Tuesday, February 28, 2023

DAUN KADUK DAN KISAH MENARIK

POKOK DAUN KADUK
(Piper sarmentosum) mungkin kurang dikenali ramai merupakan adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga Piperaceae yang terdapat di Malaysia dan natif dari negara kita. Tumbuhan ini juga terdapat di Brunei dan juga Indonesia. Penulis mempunyai satu pasu pokok kadok yang ditanam dikawasan rumah di Johor Bahru. Pokok kaduk ini ditanam didalam pasu dengan tanaman herba lain seperti serai wangi, tenggek burung, limau purut, serai biasa, pokok potong kolesterol, snake grass dan beberapa lagi. Daun Kaduk telah lama dikenali sebagai ulam yang dimakan segar bersama-sama nasi putih dan juga boleh dimasak dengan pelbagai cara mengikut kehendak pengguna. Pokok Kadok adalah tumbuhan herba renek yang tumbuh dengan adanya naungan. Tumbuhan ini ditanam untuk tujuan kegunaan sendiri dikeliling rumah atau dikawasan keliling kebun. Tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman kaduk di Malaysia tetapi penulis mengganggarkan sekitar 15-20 hektar CHE. Pokok kadok mempunyai bentuk daun seperti daun sireh (Heart Shape) atau lonjong yang berwarna hijau gelap dan urat daun yang jelas dan berketak-ketak. Bahagian daun merupakan komponen yang digunakan sebagai ulam dimana daun ini akan mengeluarkan aroma atau bau apabila diramas atau di koyakkan. Daunnya mempunyai rasa seperti berlada (Pedas) dan sedikit pahit sesuai untuk dijadikan ulam yang segar. Kalau di masak daunnya menyebabkan rasa masakan kita akan menjadi lebih sedap terutama untuk masakan ikan, daging, udang kering, telur dan juga kerang-kerangan. Batangnya adalah jenis yang agak lembut berwarna hijau. Tumbuhan ini mempunyai akar serabut atau 'lateral roots' yang aktif. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kisah dan fakta tentang daun kaduk dalam media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan dan juga bacaan semua.

Kisan bagaimana 'Kerepek Daun Kaduk Rangup' dilaporkan dalam beberapa portal media tempatan. Dalam portal bharian.com dimana 
kerepek sebagai makanan ringan berasaskan herba iaitu daun kaduk siap digoreng menjadi produk menarik. Kisah dari Kuala Kangsar, Perak laporkan dimana setiap kali sebut herba, ramai memikirkan rasanya yang pahit, kelat dan mungkin menolak untuk mengambilnya, namun hasil inovasi Kudapan Herba Enterprise persepsi itu berjaya ditepis. Dengan menggunakan slogan ‘nampak biasa yang luar biasa', syarikat yang terletak di Kampung Kubang Udang Bekor, Manong itu mereka mengambil langkah mengusahakan makanan ringan berasaskan herba termasuk daun kaduk di bawah jenama ‘Kerepek Herba Yongtie'. Menurut salah satu pengusahanya, Noorhayati Zakaria (49) yang membuat inovasi terhadap daun kaduk iaitu sejenis herba yang berbentuk seperti daun sirih dengan menjadikannya kerepek menggunakan ramuan yang cukup mudah dan ternyata usahanya itu berhasil apabila ia menjadi snek kegemaran ramai. Idea menghasilkan kerepek daun kaduk yang penuh khasiat antaranya membuang angin dalam badan, membantu proses penghadaman serta melawaskan pembuangan air kecil itu timbul selepas berpindah semula ke Perak pada awal 2017 setelah berhenti kerja di sebuah syarikat Jepun di Pulau Pinang. Bekalan daun kaduk akan memetik daun kaduk untuk dibuat kerepek makanan ringan berasaskan herba. Cara membuat kerepek daun kaduk untuk dinikmati bersama keluarga, namun tidak menyangka ia mendapat permintaan termasuk daripada rakan-rakan yang kebanyakannya memberikan komen positif. Dia ada menghadiri kursus tetapi turut membawa kerepek herba ke mana sahaja untuk tenaga pengajar, rakan-rakan serta peserta kursus merasainya bagi tujuan penambahbaikan.


Kisah bagaimana '
Tauke miang kham' iaitu sejenis makanan tang berasaskan daun kaduk menarik dikongsikan. Miang Kham adlah sejenis makanan berasal daripada Thailand yang diusahakan oleh Siti Ruby Mahyah bagaimana rahsia sebagai seorang penjual miang kham secara dalam talian. Hidangan dari negara jiran ini biasanya disajikan sebagai menu pembuka selera terutama di restoran masakan Thailand. Selain daun kaduk sebagai bahan utama makanan miang kham disajikan juga bersama sos, bawang, kacang tanah, kelapa parut yang digoreng, udang kering, cili padi dan limau nipis. Rasa manis, masam, rangup dan pedas secukup rasa menambah keenakannya. Apa pun idea menghasilkan miang kham bermula selepas dia mendapati banyak pokok kaduk hidup subur di hadapan dan di belakang rumahnya. Pada mulanya dia hanya menjadikan tanaman ini sebagai penghias halaman dan ‘penyedap’ dekorasi sahaja. Bagaimanan pun pada suatu hari seorang rakannya datang ke rumah dan meminta daun kaduk untuk dibuat miang kham. Selepas merasa dia mula menggemarinya dan tidak sangka ramai yang ingin membuat tempahan selepas memuatnaik gambar menerusi Facebook,” katanya yang menetap di Taman Medan, Telok Panglima Garang, Selangor. Walaupun nampak mudah tetapi dengan kesabaran dan ketelitian amat diperlukan bagi menghasilkan menu istimewa Thailand ini. Dia sendiri mengambil masa beberapa hari mempelajari kaedah memotong bahan utama. Mujur sos miang kham diperoleh dari rakan justeru ia tidak menimbulkan kesukaran memasaknya. Paling rumit adalah mendapatkan kelapa kisar, kerana isinya perlu disangai berjam-jam untuk mendapatkan aromanya. Menyedari bahan utama miang kham adalah daun kaduk, Ruby memberikan lebih perhatian kepada tanaman ini. Sebab itu di hadapan rumah kelihatan pokok kaduk hidup subur bersama tanaman lain seperti sayur-sayuran herba. Daun kaduk banyak khasiatnya, antaranya merawat sembelit, sakit gigi dan lenguh. Air rebusannya juga elok untuk selesema dan sakit pinggang manakala daunnya yang menghijau seakan-akan sireh sesuai dijadikan ulam. Pokok kaduk mudah dijaga asalkan cukup air dan baja. Bagi mengelak serangga, saya hanya menggunakan baja dan racun serangga organik. Caranya dengan menggunakan pencuci cecair pinggan, kemudian dicampur bawang putih dan cili padi. Agar sebati campuran ini dibiarkan seketika sebelum ditambah sedikit air dan disembur ke semua bahagian pokok. Memang ia berkesan kerana semut dan serangga tidak lagi datang menyerang,” katanya yang sangat berhati-hati dalam pemilihan racun perosak kerana mahu mengelak daripada bahan kimia berbahaya. Tambah pula daun-daun herba dimakan mentah dan perlu dijaga daripada tercemar. Dia yang ada menanam pokok kaduk bersama tumbuhan herba yang lain dimana minat berkebun sejak 20 tahun lalu. Herba lain ditanamnya adalah tenggek burung, selasih, salam, origano, daun sup, kucai, peria dan tomato. Selain diberikan air dan baja, saya ambil masa seketika untuk meneliti keadaan tanah dan daun agar tiada haiwan lain merosakkannya. Sayur-sayuran yang ditanam sendiri mempunyai khasiat yang tinggi. Pucuk tenggek burung dikatakan mengandungi pelbagai khasiat kesihatan contohnya mencegah serangan darah tinggi dan melancarkan peredaran darah. Jika dimakan selalu dapat menyegarkan badan dan menghilangkan rasa lenguh selepas penat bekerja. Sejak menanam pelbagai jenis sayuran herba dia dapat mengurangkan perbelanjaan dapur. Jika ingin memasukkan ke dalam masakan hanya petik sahaja di belakang rumah. Berkongsi rezeki dengan jiran dan ada sayuran diberikan kepada rakan terdekat.


Kisah dari universiti tempatan bertajuk '
Daun Kadok: Harapan Baru Untuk Rawatan Osteoporosis' adalah menarik dikongsikan dengan pembaca semua. 
Dilaporkan dimana sejenis daun tumbuhan yang biasa digunakan dalam masakan Melayu mengandungi anti-oksidan yang mungkin boleh membantu melindungi tulang dari dilanda penyakit osteoporosis. Dilaporkan seorang penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Dr Elvy Suhana Mohd Ramli dan pasukan penyelidiknya mendapati bahawa daun kadok atau piper sarmentosum mengandungi bahan penawar untuk mencegah retak tulang dan mampu mempercepatkan penyembuhan retakan tulang. Dr Elvy Suhana pernah memberitahu Portal Berita UKM di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) bahawa herba daun kadok berupaya menghalang ungkapan gen dalam tisu adipos dan tulang yang membuat struktur tulang menjadi rapuh. Kajian yang dijalankan oleh beliau dan pasukannya ke atas tikus menunjukkan bahawa ciri-ciri anti-oksida melalui sebatian flavonoids iaitu naringenin bertindak membantu sistem pertahanan antioksidan endogen untuk melindungi tulang daripada osteoporosis. Pasukannya itu terdiri dari Prof Dr Ima Nirwana Soelaiman, Prof Dr Farihah Suhaimi, Prof Dr Srijit Das, Prof Dr Ahmad Nazrun Shuid dan Dr Siti Fadziyah Mohd Asri. Mereka telah memberi tumpuan kepada kesan penawar pati daun kadok terhadap penyembuhan tulang retak pada tikus yang ovari mereka dikeluarkan dan kesan perlindungan terhadap tikus yang menghidapi osteoporosis akibat bahan glukokortikoid. Daun Kadok digunakan sebagai bahan dalam makanan tradisional di Asia Tenggara dan secara tradisi digunakan untuk merawat pelbagai penyakit seperti simptom keradangan, dermatitis dan sakit sendi. Dr Elvy Suhana berkata bahawa osteoporosis adalah satu masalah kesihatan yang meluas. Osteoporosis adalah suatu penyakit kehilangan jisim dan kekuatan tulang yang membawa kepada kesan peningkatan risiko patah, biasanya terhadap wanita yang putus haid. Rawatan glukokortikoid adalah punca utama osteoporosis sekunder. Tindakan glukokortikoid dalam tulang bergantung kepada ungkapan jenis 1 enzim 11beta-hydroxysteroid dehydrogenase (11β - HSD1). Keadaan kekurangan estrogen menyebabkan osteoporosis kerana peningkatan osteoclastogenesis oleh tekanan oksidatif yang membawa kepada penyerapan kalsium dan mineral lain dari tulang ke darah. Kajian terbaru mendapati bahawa pati daun kadok mempunyai keupayaan untuk menghalang ungkapan dan aktiviti 11β – HSD1 dalam tisu adipos dan tulang dan dapat memulihkan struktur tulang. Ia juga mempercepatkan penyembuhan patah apabila estrogen berkurangan melalui sifat antioksidannya. Kos rawatan konvensional adalah tinggi dan terdapat kesan sampingan yang tidak menggalakkan sesetengah doktor dan pesakit daripada menggunakan ubatan yang terdapat di pasaran. Dr Elvy Suhana berkata rawatan menggunakan herba mempunyai potensi dan perlu diterokai kerana ia bukan sahaja murah bahkan tidak mempunyai kesan sampingan yang boleh memudaratkan. Dr Elvy Suhana adalah seorang pensyarah Anatomi di Fakulti Perubatan di samping memberi khidmat kepada Jabatan Farmakologi, di Pusat Perubatan UKM di Kuala Lumpur. Beliau juga adalah ahli kumpulan penyelidikan Metabolisme Tulang di bawah Nic Kesihatan dan Teknologi Perubatan UKM. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini.  Wasallam!!!...
DAUN KADUK... SEJENIS HERBA...
DIBUAT KEREPEK... ENAK RASA...
MIANG KHAM... THAILAND ASALNYA...
KAJIAN DI UKM... BOLEH DIBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Syaaban 1444H).

Monday, February 27, 2023

CIRI-CIRI BURUNG KAKAKTUA YANG UNIK

BURUNG KAKAK TUA (PARROT)
merupakan salah satu spesis burung yang sangat disukai ramai dan dipelihara sebagai haiwan peliharaan (pets). Burung Kakaktua terdiri daripada 21 spesies burung yang tergolong dalam keluarga Cacatuidae iaitu selain dari keluarga Psittacidae (parrot sebenar) yang membentuk dibawah order Psittaciformes. Apa yang penulis blog tahu dimana burung kakak tua mampu hidup agak lama berbanding burung peliharaan yang lain jika diuuruskan dengan baik. Berbeza dengan haiwan yang tidak menentu yang hidup dalam kurungan dimana selalunya burung kakak tua dilihat sangat sesuai dibela kerana ia mampu hidup lebih lama. Dilaporkan dimana spesis burung nuri macaw dia boleh mencecah sehingga 20 - 60 tahun. Bagi spesis burung kakak tua kelabu dan Amazon biasanya boleh hidup selama 50 tahun sementara bagi jenis Conures dilaporkan ia boleh hidup selama 30 tahun. Bagaimana pun disebabkan habitat dan persekitaran burung kakak tua yang tinggal di kawasan bandar atau semi-urban maka biasanya lebih 70% tidak mencapai umur hidup yang panjang lagi. Pada penulis blog memang seronok melihat burung kakak tua yang cantik, aktif, menghiburkan dengan pergerakannya dan bunyinya. Itulah sebabnya burung kakak tua adalah burung yang palng awal dipelihara oleh manusia diseluruh dunia sejak lama dulu. Secara umum boleh dikatakan ciri-ciri burung kakak tua memang berlainan akan tetapi secara umumnya boleh dikatakan ia mempunyai ukuran badan diantara 30 - 40 cm dengan mempunyai ciri paruhnya yang melengkung cantik dan saiz kepala yang besar. Pernah dilaporkan sebagai juga 'Burung Paling Bijak' disebabkan gelagatnya apabila didekati oleh pemiliknya. Dalam dunia bebas lazimnya burung kakak tua mampu terbang dengan baik dan mudah pula hinggap diatas dahan pokok. Kemudian uniknya burung kakak tua ini boleh memanjat pokok dengan kaki yang ada kuku tajam. Artikel pada padi 1 Syaaban 1444H ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" berkaitan beberapa ciri-ciri burung kakak tua untuk dikenali dan dijadikan bahan rujukkan semua.

Keunikan burung kakaktua dilaoorkan dimana ada spesis tertentu yang boleh meniru cakap manusia jika dilatih dengan bauk. Burung kakaktua yang cerdas dan manja ini memunyai beberapa ciri jhas yang boleh dibincangkan dengan baik. Umumnya kebanyakan burung kakaktua bergantung kepada jenisnya 
merupakan burung hiasan atau belaan yang dilihat ia mempunyai bulu indah dan suara yang cukup nyaring. Ia merupakan spesies burung dengan kecerdasan yang bagus. Sebab itulah burung kakaktua ini sering digunakan untuk mengisi acara hiburan seperti di kebun binatang ataupun acara hiburan yang lain. Burung kakaktua ini juga banyak dikenal melalui lagu anak-anak ini mempunyai ciri dan bentuk yang sangat menarik. Ada beberapa kartun juga yang menggunakan burung kakaktua untuk hiburan kanakak. Tidak kurang juga ia dijadikan logo kepada jenama produk pakaian dan sebagainya. Sebaiknya pembaca blog mengenal si cerdas ini melalui ciri ciri burung kakak tua yang dibincangkan kali ini. Penulis blog akan membincangkan burung ini dari aspek marfologi fizikal dan ciri khas untuk difahami. Pertama adalah PARUH (Beal) burung ini iaitu sesuai dengan familinya dalam kumpulan Psittacidae dimana burung kakak tua memiliki paruh yang bengkok, besar dengan hujung yang runcing. Paruh tersebut yang membuat ciri ciri burung kakak tua menjadi khas. Hal tersebut berguna untuk mengunyah, menyepit dan mengendalikan makananya. Selain itu dilihat bentuk paruh yang membengkok menyebabkan ia juga ia disukai oleh ramai peminat dan pencinta burung paruh bengkok di seluruh dunia. Ciri kedua burung kakaktua adalah POSTUR BADANNYA dimana dilihat tubuhnya yang gempal disertai dengan sayap-sayap yang kuat dan dilihat sebagai burung yang gagah.  Ia boleh berdiri, mengiring, berbaring dan sebagainya dengan menyerlahkan kecantikan postur badannya.


Ciri ketiga mengenai burung kakaktua adalah ia mempunyai WARNA bulu yang menarik dengan pelbagai corak dan kekuatannya yang tersendiri. Dilihat dimana ada 
warna bulu dan warna paruh bengkok yang mana ia menjolok mata. Ini disebabkan warnanya adalah berwarna-warni dengan corak khas menarik (Sila lihat foto disebelah).  Ada jenis burung kakaktua juga yang mempunyai satu warna sahaja yang mendominasi coraknya dan ada berwarna calm. Beberapa warna pada bulunya seperti warna putih, hitam, merah muda, biru, kuning dan sebagainya menjadikan ia diantara spesis burung yang suka dilihat ramai. Lazimnya setiap jenis kakak tua memiliki warna khas yang membezakannya diantara satu jenis kakaktua dengan jenis lainnya. Ciri keempat yang perlu dilihat adalah kewujudan JAMBUL bagi jenis kakaktua tertentu. Bagi kakaktua dimana selain paruh yang menjadi ciri khas burung cerewet yang boleh meniru percakapan manusia ini dimana ciri khas lainnya adalah jambul yang ada di kepala bahagian atas. Setiap spesies cacatuidae memiliki warna yang berbeza untuk jambulnya itu dimana ia merupakan satu lagi ciri uniknya. Ciri khas yang satu ini dapat dilihat ia sesuai dengan suasana perangainya dimana jika diperhatikan semasa burung ini dalam keadaan senanghati atau malahan ketika ia stress maka jambulnya akan dilihat tegak. Jika ia dalam keadaan perasaan biasa saja maka akan dilihat dimana jambulnya tidak akan naik ke atas. Beberapa pakar burung kakaktua mendakwa dimana keadaan jambul dilaporkan juga dapat digunakan sebagai alat komunikasi dengan sesama burung ini dengan baik walau pun manusia tidak dapat untuk memahaminya.

Kehebatan burung kakaktua adalah juga BULU yang unik dengan warnanya, bentuknya dan juga kemasannya. Lazimnya kebanyakkan burung 
bulu dari burung Cactuidae dilihat seakan ia mempunyai serbuk bedak yang berfungsi untuk melindunginya dari air. Serbuk ini dilihat sehingga ia tidak jadi basah kalau kena air dimana bulunya akan tetap kering. Bergantung kepada jenisnya dimana burung kakakrtua ini juga terkenal memiliki bulu yang indah dan menarik dengan corak-corak khas yang hebat (Sila lihat foto disebelah). Ada warna garang dan terang dan sebaliknya ada yang biasa sahaja. Ciri burung kakaktua yang paling dikehendakku peminatnya adalah SUARA. Suara yang dimiliki burung kakaktua yang banyak dijumpai di Malaysia dan negara lain selalunya didengar nyaring seperti berteriak. Selain itu suaranya juga cenderung amat bising sehingga boleh didengar dengan jarak sejauh satu kilometer. Meskipun tidak begitu jelas uniknya beberapa spesis burung kakaktua mampu meniru akan suara manusia hingga 20 perkataan yang diajarkannya. Perkara ini juga menjadikan burung ini dijadikan hiburan yang lucu dan ada kalanya dipamerkan untuk menarik perhatian ramai pengunjug ditaman-taman dan sebagainya. Burung kakaktua mempunyai sifat KELAKUAN atau perangai yang dilihat bijak dan cerdas. Dilihat dimana kelakuan atau kebiasaan burung yang cerdas ini sangat istimewa dimana selain ia bolej ianya meniru akan suara manusia dimana ia jug a suka jumpa atau bersosialisasi dengan manusia. Selalunya dilihat ia suka bertenggek di tangan, bahu atau pun ada yang tenggek pada atas kepala manusia. Burung ini akan rasa tertekan atau stress jika kurang diberikan perhatian. Ciri yang ke 8 burung kakaktua dikenali sebagai DIMOFIK dimana burung kakaktua sebenarnya memang agak sukar untuk dibezakan jantina Jantan atau Betina. Perkara ini disebabkan ada beberapa spesies burung ini hanya mempunyai perbezaan ukuran dan warna mata sahaja yang agak sukar dikenali orang biasa. Apa pun hanya melakukan ujian DNA sahaja kaedah yang boleh menentukan jenis kelaminnya dengan tepat. Terkahir ke 9 mengenai ciri burung kakaktua adaah pada KAKI (Feet). Ia adalah ciri unik dimana burung kakak tua memiliki kaki dengan susunan jari yang bersilang. Jumlah jarinya memang ada empat (4) tetapi dilihat dua jari menghadap hala kedepan sedangkan dua lagi jarinya dilihat ia menghadap ke belakang. Kaki tersebut berfungsi untuk menggenggam makanannya dan memanjat batang pokok dengan cara kuat. Perkara ini pada penulis blog juga merupakan ciri ciri burung kakak tua yang unik yang berlainan dengan burung-burung lain. Semuga artikel ditulis jam 4 pagi ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
BURUNG KAKAKTUA.. KENALI CIRINYA...
DARI KAKI.. SEHINGGA KEPADA KEPALA...
WARNA MENARIK... NYARING SUARANYA...
BOLEH BERCAKAP... MACAM MANUSIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Syaaban 1444H).

Sunday, February 26, 2023

AIR SARBAT - APAKAH DIA?

AIR SARBAT
merupakan sejenis minuman 
unik atau lebih dikenali dengan ais tingkap dimana ia bukan saja menjadi tumpuan pelancong malah mampu memikat warga Pulau Pinang atau Pulau Mutiara untuk menghilangkan dahaga tatkala musim panas melanda negara. Minuman ini yang sudah bertapak hampir 102 tahun itu mempunyai rasa berbeza berbanding ais sirap lain kerana ia mengandungi pelbagai gabungan ramuan yang dikatakan memang mampu menyejukkan suhu badan. Apa pun minuman popular dalam kalangan warga tempatan dan pelancong yang berkunjung kesini iaitu air sarbat yang dijual mana salah satu yang viral berada di sebuah kedai di Lebuh Tamil dimana ia merupakan kombinasi 25 rempah ratus selain mengandungi anggur, biji selasih, akar sarbat, isi kelapa, kembang semangkuk dan sebagainya. Dalam insiden lain dimana apabila tiba waktu berbuka puasa dimana lazimnya minuman sejuk pastinya menjadi pilihan bagi menghilangkan dahaga selepas seharian berpuasa. Apa pun bagi memberi sedikit kelainan minuman untuk berbuka puasa ramai membuat sendiri air sarbat yang cukup terkenal di Pulau Pinang.  Minuman ais campuran yang istimewa itu merupakan campuran air sirap yang ditambah dengan bahan-bahan untuk menyejukkan badan antaranya selasih, kembang semangkuk, getah anggur, isi kelapa, air kelapa dan resipi rahsia iaitu sarbat. Khasianya dimana selain menyejukkan badan didakwa campuran air akar sarbat boleh melegakan sakit tekak jika diminum tanpa ais. Semua bahan tadi dicampurkan dalam satu cawan dimana ia boleh terus dihidangkan untuk waktu berbuka nanti. Bagi memberi sedikit kelainan pada citarasa ada sesetengan air sarbat ini boleh juga menambah lemon dan laici mengikut pilihan. Penulis blog kongsikan resepi membuat air sarbat dengan bahan asas yang digunakan adalah Akar Sarbat, Air Gula, Pencelup Warna Merah, Biji selasih, Kembang semangkuk, Getah anggur dan juga Isi dan air kelapa. Cara penyediaannya dengan mula-mula memanaskan air hingga ia mendidih. Masukkan akar sarbat, gula, pencelup dan daun pandan. Masak hingga gula larut dah mendidih.  Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas bertutup. Sebaiknya untuk sediakan minuman sarbat hanya campurkan dengan air dan bahan-bahan yang digemari seperti kelapa muda, biji selasih, getah anggur, kembang semangkuk dan sedikit ais dan sedia untuk dihidangkan. Artikel malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai air sarbat untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Di negeri utara pula memang unik apabila dilaporkan '
Kenduri di Kedah mesti kenal air sarbat' juga berkait dengan tajuk kali ini. Sesiapa juga orang luar yang pergi kenduri di Kedah jangan terkejut sebab air sirap dia rasa macam pelik sikit. Dilihat dimana air sirap tersebut dilihat lengkong dengan 'telur katak lagi' dimana apabila ditanya orang Kedah katanya itu adalah Air Sarbat. Apa pun bagi penulis blog dimana secara asasnya air sarbat ni mengandungi rempah ratus macam kulit kayu manis, jintan manis dan bunga cengkih. Rempah ratus itu akan dicampur dengan pewarna merah, air dan gula. Dilaporkan dimana air sarbat ni dah wujud sejak ribuan tahun di Parsi. Malah air sarbat juga dicatatkan dalam buku Canon of Medicine dan Hikayat Seribu Satu Malam. Apabila jalan Sutera dibuka maka air sarbat mula tersebar di merata tempat dimana salah satunya adalah Empayar Mughal di India. Dalam masa yang singkat sahaja dimana air sarbat mula popular di seluruh India. Apa yang menjadikan lagi sedap apabila Empayar Mughal telah tambah baik sedikit resepi air sarbat dimana mereka telah letakkan ais daripada Banjaran Himalaya bagi tujuan  menghasilkan satu minuman yang sedap dan menyegarkan. Sejarah Malaysia melihat berlaku gelombang perpindahan penduduk daripada India ke Tanah Melayu pada awal 1900-an dimana mereka turut membawa makanan turun temurun seperti air sarbat. Kini air sarbat menjadi minuman yang sangat popular di negeri-negeri utara. Paling popular adalah di Pulau Pinang, korang akan nampak orang beratur punya panjang dekat satu berdekatan Chowrasta.


Dari Pulau Pinang hmetro.com laporkan bagaimana '
Air sarbat, cendol jadi pilihan' yang sesuai dijadikan bahan rujukkan kali ini. Ketika negara berdepan cuaca panas dan kering terutama bulan Januari - April ada segelintir peniaga minuman di sekitar Georgetown, Pulau Pinang yang mengambil kesempatan untuk melariskan perniagaan mereka. Maka tidak hairanlah jika orang ramai berbaris panjang bagi membeli cendol, ais kepal dan air batu campur sebagai penghilang dahaga. Begitu juga dimana perniagaan Air Sarbat atau Ais Tingkap yang popular di Lebuh Tamil, Georgetown yang sudah beroperasi hampir 100 tahun lalu popular dikalangan pengguna. Bagi pengusaha kedai Ais Tingkap, Muhamed Jafri yang dakwa air sarbat mendapat permintaan luar biasa sejak musim panasdan tidak hairanlah jika melihat pengunjung beratur di bawah cuaca terik bagi membeli segelas air itu. Air sarbat adalah campuran air dan isi kelapa, getah anggur, biji selasih, akar sarbat dan sirap gula selain lemon dan laici mengikut pilihan. Selain menyejukkan badan didakwa campuran air akar sarbat dipercayai boleh melegakan sakit tekak jika diminum tanpa ais. Pada hari biasa dia menjual kira-kira 200 gelas namun beberapa minggu kebelakangan ini semasa musim panas dimana jualannya meningkat sehingga 350 gelas setiap hari. Air sarbat dijual pada harga RM2.50 hingga RM4 segelas dan turut menjadi pilihan ialah cendol yang dijual pada harga RM2.90 hingga RM4 semangkuk. Dilaporkan dilokasi dimana orang ramai mula berbaris di kedai ais tingkap seawal 11 pagi bagi menikmati keenakan minuman itu. Bagi Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), NV Subbarow, berkata dimana orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air kosong semasa cuaca panas. Aktiviti di luar rumah perlu dihadkan terutama bagi kanak-kanak dan warga emas kerana dibimbangi mudah mendapat serangan strok haba. Sesiapa pun boleh sahaja menikmati air manis atau berais ketika cuaca panas namun ia perlu sebaiknya dikurangkan. Apa pun orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air kosong bagi mengelakkan hidrasi. Air kelapa menjadi isotonik semulajadi bagi mengekalkan kesegaran selain soya dan tebu.


Media lain laporkan '
Mai Pekena Ayaq Sarbat' memang menarik untuk kisah ini dikongsikan juga. Sesiapa juga yang  Lebuh Tamil di tengah bandaraya Georgetown bagaikan tidak lengkap kalau kunjungan ke Pulau Mutiara jika tidak singgah ke deretan kedai yang dipenuhi dengan jualan juadah sinonim dengan masyarakat negeri ini. Nasi kandar sememangnya antara yang menjadi tumpuan ramai yang ada namun ada satu lagi tarikan yang menggamit pengunjung dimana ada yang memanggilnya ais tingkap dan juga dinamakan ais dinding akan tetapi rasanya lebih dikenali ramai dengan air sarbat
Ia dinamakan ais tingkap kerana ketika operasi perniagaan ini bermula pada 1928 dilaporkan yang pengasasnya masa itu Abdul Azeez menjual minuman menyegarkan itu pada harga 10 sen segelas melalui tingkap pada dinding bangunan di situ. Usaha dan kreativiti Abdul Azeez yang berhijrah dari Sri Lanka itu bakal menjangkau ulang tahun ke-90 dan kini diuruskan tujuh beradik yang juga cucunya. Resipi yang diwarisi hingga generasi ketiga ini masih mengekalkan cara penyediakan air sarbat asli dan ia kini dijual pada harga RM2.50 segelas. Penghasilannya juga sesuatu menarik perhatian ramai kerana kepakaran penjual sekarang iaitu Mohd Taufique yang pantas dalam memarut ais, mengisi deretan gelas dengan air kelapa, air gula yang dimasak dengan daun pandan, biji selasih, kembang semangkuk, getah anggur, isi kelapa dan juga semburan herba yang memberi kelainan kepada hidangan yang wangi itu. Tanpa mengira musim dilaporkan kini gerai ini sentiasa dipenuhi pelanggan yang menggemari minuman itu termasuk mereka yang sakit tekak. Ternyata antara resipi utama yang memastikan perniagaan yang diwarisi sejak sekian lama itu masih mampu berdiri kukuh untuk terus mempertahankan usaha datuk mereka.


Menarik kisah dilaporkan bernama.com dimana '
Badut jual air serbat' menjadi satu perkara viral. Kisah yang dipetik dari Georgetown dimana ada badut yang lengkap berpakaian sut dikenali sebagai  Yusmanizam Hassan menghiburkan orang ramai di Pasar Chowrasta Pulau Pinang sambil dia menjual air serbat yang dibuatnya sendiri untuk menjana pendapatan. Dia yang mana juga dikenali sebagai 'Yuyu the Clown' berkata dimana pekerjaan sepenuh masanya itu terjejas akibat wabak covid19 dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu. Biasanya selalunya akan membuat persembahan sekurang-kurangnya di lima acara seminggu dan mampu memperoleh RM3,000 hingga RM4,000 seminggu. Semasa perlaksanaan PKP dulu dia hanya menghadapi masaalah dibuang kerja dimana kini sudah boleh beroperasi semula.  Kemudian dia membuat keputusan untuk menjual air serbat bagi menambah pendapatan dan isterinya pula memberikan idea untuk berpakaian seperti badut ketika menjual air yang popular di negeri ini itu bagi menarik pelanggan. Selain menjual di Pasar Chowrasta dimana dia turut menjual air serbat yang dibotolkannya itu dari rumah ke rumah. Dia yang menjual air campuran khas ini di sekitar Teluk Bahang ke Balik Pulau di pulau sehingga kadang-Kadang menjualnya sampai ke Kepala Batas (di tanah besar). Dia turut sering mempromosikan produknya itu secara dalam talian dan sambutannya amat menggalakkan. Jualan terbanyak yang dia dapat setakat ini ialah kira-kira 285 botol air serbat sehari dimana sebotol air serbat berharga RM6 manakala dua botol dengan harga istimewa sebanyak RM10. Dia terus melakukan pekerjaan sepenuh masa sebagai badut bila PKP berakhir selagi air serbat masih ada permintaan. Memang menjadi badut bukan sekadar hobi baginya tetapi juga kerjaya dan selagi saya dapat melihat anak-anak gembira dengan persembahannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
AIR MINUMAN... AIR SARBAT NAMANYA...
DI PULAU PINANG... IA UJUD DAH LAMA...
SEJUKKAN BADAN... MURAG HARGANYA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Syaaban 1444H).

Saturday, February 25, 2023

GARAM BULUH - APA DIA?

GARAM BULUH (Bamboo Salt) atau di Korea dipanggil sebagai 'Jugyeom' agak kurang dikenali dikalangan penuduk Malaysia kecuali mereka yang pernah ada membeli dan menggunakannya. Penulis blog yang ada dua kali ke korea untuk hadir kursus pernah ada membuat lawatan teknikal kesalah satu kilang memproses 'garam buluh' sekitar tahun 2001. Apa pun asasnya proses membuat garam buloh ini memang rumit dan sukar kerana ia melibatkan proses pembakaran berulang-kali dengan suhu setinggi 900 Celcius hingga 1,500 Celcius dengan memasukkan garam laut dari pantai barat negara Korea ke dalam buluh yang berusia melebihi 3 tahun dan ditutup dengan tanah liat organik. Apa yang ada ditunjukkan dalam youtube juga jelas menunjukkan dimana proses pembakaran berulang- kali dengan suhu yang tinggi akan menguraikan logam berat dan toksin dalam garam. Kehebatan khasiat dan fungsi Garam Buluh yang dilaporkan ia bersifat alkali (pH10.44) dimana ini boleh meneutralkan toksik dalam badan yang berasid. Dalam pada itu dilaporkan dimana garam buluh juga mengandungi 70 - 80 jenis mineral yang penting untuk kesihatan. Ia juga adalah satu-satunya bahan makanan yang mempunyai lebih kurang 80 jenis garam mineral kerana ia dapat membekal garam mineral yang diperlukan oleh manusia. Khasiat lain kehebatan garam buloh dimana ia adalah bahan anti-oksidan dan amat naik untuk  proses pemulihan dengan cara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya dalam badan, melambatkan proses penuaan dan radikal bebas serta menyerlahkan kejelitan. Dilaporkan ia juga memunyai unsur 'Tenaga Bio, Infra merah jauh ( FIR )' yang mana ia  dapat membantu melancarkan pengedaran darah dan meningkatkan tahap kesihatan badan. Ada banyak produk garam buluh dan pelbagai jenama dipasaran di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Kini mudah sahaja untuk mendapatkan produk garam buluh melalui iklan 'on-line' sama ada di Shopee atau Lazada atau portal lain dengan harga diantara RM21 - RM65 satu unit. Dalam mengetahui cara penggunaan juga ada dijelaskan dalam banyak produk dimana paling mudah adalah dengan dicampur dalam air dan diminum atau sesuai juga digunakan dalam masakan sebagai penyedap rasa. Ada pun bagi pesakit kencing manis paling banyak diiklankan dimana sebaiknya diambil 2 paket sehari garam buluh yang perlu diminum sebelum sarapan dan sebelum makan malam. Dialakkan agar pengambilan pada waktu pagi dengan mencampurkan 1 paket ke dalam 300ml air dan tambah separuh biji jus lemon kerana disyorkan hanya ditambah jus lemon untuk minum pagi sahaja. Dalam pada itu bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi dijelaskan pada minggu yang pertama dan kedua diambil 1 paket ditambah ke dalam 1.5 liter air dan tuangkan 300 ml ke dalam cawan. Tambahkan separuh biji jus lemon ke dalam cawan dan minum sekaligus. Air yang lebih boleh diminum sepanjang hari. Bagaimana pun cara penggunaan ini berlaina diantara satu produk dengan produk garam buluh lain mengikut label. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan apakah dia Garam Buluh sekadar untuk berkongsi ilmu pengetahuan dengan pembaca blog semua.


Beberapa keterangan mengenai apa itu garam buluh dan cara memposesnya terutama di Korea ada dilaporkan dalam beberapa sumber rujukkan. Banyak diperkatakan dimana teknologi dan mitos mpembuatan garam buuh ini adalah a
sal usul dan sejarah Garam Buluh dari negara Korea. Ia bermula degan asal usul garam buluh adalah garam laut yang dikeringkan secara semula jadi oleh matahari dan dibakar di dalam buluh secara berulang-ulang melalui kaedah kuno yang unik berdasarkan teori 5 unsur (elemen). Garam buluh dilapaorkan dimana ia mampu menyediakan garam mineral organik beralkali (tahap pH9 - pH12). Ia didakwa ada membekalkan 70 - 80 mineral dan unsur surih. Ia adalah anti-oksidan yang kuat (dengan tahap ORP sehingga -426mV) dan dapat memulihkan sel-sel badan dengan berkesan. Ada banyak laporan testimoni daripada laporan dimana berlaku kejadian penyembuhan penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, kanser, arthritis, gastrik, buasir dan lain-lain serta penyakit ringan seperti sakit gigi dan sembelit adalah bukti dan respon yang diberikan oleh pengguna garam buluh. Kalangan pengguna juga diberi nasihat tentang kesan garam buluh terhadap kesan penjagaan kulit, penjagaan gigi, penjagaan mata, resipi makanan khas, melegakan mabuk atau pening dan sebagainya. DIlaporkan untuk penggunaan jangka panjang garam buluh boleh mengimbangi nilai pH dalam cecair badan. Penyelidikan terhadap kehebatan garam buluh telah mendapati banyak manfaat garam buluh seperti mengawal dan mencegah kencing manis, penurunan berat badan, kanser, alahan, gastrik, arthritis, kesihatan gigi, keradangan, jangkitan yis, sakit tekak dan lain-lain lagi. Apa pun dilaporkan zaman dulu garam laut semula jadi dari Pantai Barat Korea Selatan dituai secara manual. Garam laut semula jadi yang dijemur dibawah matahari diisi ke dalam batang buluh yang berusia 3 tahun dimana kemudian batang buluh yang terbuka ditutup dengan tanah liat merah yang tidak tercemar diambil dari gunung (hanya tanah liat merah dari 10 meter kedalaman digunakan kerana ia adalah lebih kaya dengan mineral). Proses selanjutnya dimana garam buluh dipanggang atau dibakar pada 900 ℃elcius sehingga kepanasan 1500 ℃elcius untuk membuang kekotoran dan logam berat (Sila lihat foto disebelah). Kajian mendapati dimana dalam proses tersebut bahan mineral dan unsur surih dari tanah liat merah dan batang buluh meresap ke dalam produk akhir garam buluh. Garam buluh yang pertama kali siap dibakar dibersihkan abu buluhnya yang terbakar. Garam buluh kemudiannya dikisar menjadi serbuk dan dimasukkan dalam batang buluh baru dan ditutup dengan tanah liat merah untuk proses pembakaran seterusnya (proses pembakaran berulang. Lazimnya untuk meningkatkan kandungan mineral yang baik dan menghapuskan logam berat dan mineral yang tidak baik). Warna garam buluh dengan proses 6 kali bakar adalah putih-kelabu. Apabila proses pembakaran berterusan hingga kali ke-9, garam buluh itu berubah menjadi warna ungu dan mempunyai keberkesanan yang tertinggi. Saintis percaya perubahan warna adalah disebabkan oleh penyusunan semula molekul sulfur ke dalam bentuk heksagon dan mempunyai jumlah tenaga yang tinggi untuk penyembuhan.


Merujuk kepada artikel tentang produk garam buluh jenama 
'Garam Buluh HKIII' yang didakwa ia sangat berkesan untuk membantu Penayakit Kencing Manis adalah wajar dikongsikan. Produk ini ada diiklankan dalam shopee dan lazada juga. Dilaporkan produk jenama ini mengandungi 70-80 jenis zat galian iaitu hasil dari beberapa kajian sains dimana telah membuat kesimpulan bahawa kandungan Kromium dalam badan merupakan faktor utama yang mempengaruhi sensitiviti insulin. Selain itu mineral zink (Zn) dan magnesium (Mg) juga amat penting untuk mengalahkan kencing manis. Penyakit kencing manis bukanlah penyakit yang boleh diselesaikan dengan satu jenis mineral sahaja kerana ia dilaporkan akan memerlukan kesan sinergi daripada pelbagai jenis mineral untuk memberi kesan optimum. Produk ini juga dilaporkan merupakan sejenis makanan Beralkali Tinggi (pH10.44). Ini berkait dimana apabila darah menjadi asid maka kandungan oksigen dalam badan akan menurun. Tanpa oksigen yang mencukupi maka sel-sel dan organ-organ tidak berfungsi secara normal. Tubuh badan memerlukan makanan beralkali tinggi untuk meneutralkan asid agar kandungan oksigen dalam badan sentiasa cukup. Produk ini merupakan makanan beralkali tinggi yang boleh menggembalikan fungsi normal sel-sel dan organ-organ, mencapai kecergasan fizikal optimum dan membantu mengatasi masaalah kencing manis dari akar penyebabnya. Produk ini juga didakwa mempunyai 'Kuasa Antioksidan Tinggi (ORP = -426mV)'. Radikal bebas boleh didapati dimana-mana sahaja dimana ia dihasilkan apabila manusia terus bernafas, bergerak dan sebagainya. Boleh dikatakan yang radikal bebas dijana secara semulajadi oleh tubuh badan. Namun didakwa radikal bebas merupakan penyebab berlakunya proses penuaan. Untuk membanteras radikal secara berkesan maka produk Garam Buluh HKIII didakwa akan memainkan peranan yang sangat penting. Kuasa antioksidan garam buluh hk3 setinggi ORP -426mV (2 kali ganda lebih tinggi daripada pengawet terbaik di dunia). Ia mengembalikan kesihatan organ terutamanya pankreas untuk membantu menguruskan diabetes. Kehebatan seterusnya ia mempunyai apa yang dikatakan sebagai 'Tenaga Bio (Sinaran Infra Merah Gelombang Jauh' yang unik. Bagi pesakit kencing manis seringkali mempunyai masalah peredaran darah akibatnya khasiat nutrisi tidak dapat dibekalkan dan toksin-toksin tidak dapat dikeluarkan. Lama kelamaan disebabkan oleh kerana kekurangan nutrisi dan toksin yang terkumpul akan menyebabkan penyakit-penyakit yang lebih serius. Oleh itu dalam cara melancarkan peredaran darah adalah penting untuk menguruskan diabetes juga. Sinaran Infra Merah Jauh telah diterima oleh para saintis bahawa ia boleh meningkatan peredaran darah. Garam Buluh HKIII telah dibakar selama 48 jam pada suhu 800 - 1,500 darjah Celsius. Kesannya ia menyinar infra merah jauh yang cukup untuk membantu peredaran darah. Itulah sebab kenapa sesetengah pengguna terasa hilang kebas selepas menggunakangram buluh. Apa pun sila dapatkan nasihat doktor jika berminat mengambilnya.


Bagaimana pun penulis blog merujuk kepada artikel bertajuk '
Garam Buluh Boleh Merawat Penyakit : Adakah Ia Fakta, Mitos Atau ‘Over Claim’?' untuk dikongsikan. Lazimnya penggunaan garam dalam sesuatu masakan adalah untuk menambahkan lagi rasa sajian. Apa pun bagi penulis blog dimana ia juga merupakan bahan paling asas dan wajib digunakan ketika memasak. Lazimnya jenis garam yang digunakan sekarang bukanlah hanya jenis yang biasa sahaja malahan terdapat pelbagai jenis garam lain yang boleh ditemui iaitu Garam halus, Garam kasar, Garam bukit, Garam buluh (bamboo salt), Garam kosher dan Garam Himalaya. Apa pun bagi pengguna selalunya penggunaan garam yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan seseorang. Begitu juga dengan aktiviti penggunaan garam buluh. Secara umum  mungkin ramai sudah mengetahui bahawa garam buluh merupakan garam yang dijemur di bawah matahari. Garam ini akan dibakar di dalam buluh selama enam hingga lapan jam. Biasanya kita terdengar dakwaan bahawa garam buluh ini boleh merawat penyakit. Persoalannya di sini adakah benar bahawa garam buluh ini memang betul-betul dapat merawat penyakit? Jika ia boleh merawat penyakit, bagaimana pula dengan garam-garam yang lain?. Adakah ia fakta yang benar? Atau mitos? Atau sekadar ‘over claim‘ oleh pihak tertentu? Bagi menjawab persoalan itu, Public Health Malaysia ada jawapannya. Apa pun jika pembaca blog ini adalah penjual produk berasaskan garam buluh maka boleh dihentikan aktiviti aktiviti pemasaran berlebihan dengan menyatakan ia sebagai bahan untuk merawat penyakit. Semua jenis garam sama ada ia dari Garam buluh, Garam himalaya, Garam kosher dan Garam laut adalah sejenis garam dan pasti ia mengandungi kandungan natrium (Na) yang hampir sama. Oleh itu cara pengambilan harian perlu terhad dan tidak melebihi 1 sudu teh sehari adalah penting difahami. Dilaporkan juga dimana sebenarnya garam buluh adalah sejenis garam biasa yang dimasukkan ke dalam buluh dan dibakar selama 6-8 jam. Ia mungkin lebih bersih dan mengandungi kandungan potasium yang lebih tinggi walau pun sebenarnya ia tetap sejenis garam dan dilaporkan tidak mempunyai kesan untuk merawat semua penyakit kronik seperti dalam iklan. Dilapororkan dimana insiden sebelum ini pernah terjadinya kes dimana seorang pelajar universiti yang berusia 20 tahun telah dikejarkan ke bahagian kecemasan setelah mengalami muntah berterusan melebihi 10 kali dan cirit-birit untuk dua hingga tiga jam. Bila dibuat pemeriksaan lanjut pegawai kesihatan mendapati tubuh badannya lemah. Ujian darah mendapati paras garam sodium dibadannya adalah terlalu tinggi. Keadaan beliau dikenalpasti sebagai Hypernatraemia. Dilaporkan dia telah mengamalkan pengambilan garam buluh sebanyak 150 gram setiap hari selama 10 hari untuk membantu penghadaman dan dia cuba  mengurangkan berat badan. Dalam kes berlainan Kementerian Kesihatan melaporkan dimana ada seorang pesakit buah pinggang kronik yang stabil dan dalam pemantaun pakar buah pinggang datang dengan kerosakan buah pinggang akut akibat pengambilan garam buluh yang diambil untuk menyembuhkan masalah buah pinggang. Ikut nasihat dari KKM dimana pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit hipertensi yang jika tidak dikawal akan menyebabkan penyakit jantung serta penyakit angin ahmar. Apabila minuman seperti kopi pun ditambah dengan garam seperti ini, bayangkan berapa banyak garam yang anda ambil setiap hari. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
GARAM BULUH.. APAKAH DIA..
GARAM BIASA... DIBAKAR LAMA...
DALAM BULUH... HANGUS JADNYA...
HEBAT KHASIAT... SEPERTI DIDAKWA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Rejab 1444H).

Friday, February 24, 2023

PENYAKIT AYAM BERAK KAPOR - FAKTANYA (Part 2)

PENYAKIT AYAM BERAK KAPOR
atau sebagai Pullorum dan Bacillary white diarrhea (BWD) yang pernah menjadi ancaman di Malaysia dimana penyebabnya adalah bakteria Salmonella pullorum dan bakteria gram negatif yang mana ia mampu bertahan hidup lebih dari 1 tahun berada di dalam tanah. Haiwan ayam ternakan yang diserang penyakit ini pada umumnya mengeluarkan tahi (feses) yang berwarna putih kapur dengan tekstur seperti kapur yang cair (Sila lihat foto diatas). Seingat penulis blog memang pernah mengalami insiden ini semasa tinggal dikampong dahulu di Gersik, Muar semasa zaman remaza diman ada ayam peliharaan pernah diserang penyakit ini. Dilaporkan dimana bukan hanya ayam sahaja yang dapat terkena penyakit ini, namun berbagai jenis unggas seperti puyuh, burung, kalkun, angsa dan lainnya pun rentan (boleh diserang) untuk terjangkit penyakit feses kapur ini. Kajian saintisa dilaporkan mendapati dimana penyebab dari penyakit feses kapur pada ayam adalah sejenis bakteria Salmonella pullorum sebagai salah satu keluarga bakteria dari Enterobacteriae yang mempunyai tahap adaptasi yang sangat tinggi. Bakteria ini selalunya menyebabkan ternak ayam akan mengalami kerosakan pada fungsi jantung dan juga kerosakan fungsi hati. Ini mengakibatkan terjadinya penurunan kualiti pada kesihatan ayam sehingga boleh menyebabkan kematian pada ayam. Penyakit ayam berak kapur ini sangat berbahaya dan boleh mengakibatkan kadar kematian yang tinggi kepada ayam berusia 1-10 hari. Secara amnya, pembuangan air kapur adalah penyakit yang sangat biasa, walaupun ia menjejaskan ayam pada pelbagai peringkat tetapi kadar kematian tertinggi adalah kepada anak ayam yang baru yang menetas sebanyak 40% dan kadar kematian atau kematian sebanyak 85%. Apa pun jangkitan penyakit berak kapur secara umum adalah melalui dua cara sama ada dari ibu kepada anaknya (contoh seperti melalui telur) atau pun melalui hubungan langsung ayam terjangkit dengan ayam sihat (contohnya melalui semua peralatan, sangkar, sampah dan pakaian dari pekerja sangkar yang tercemar). Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis kajian saintifik ayam berak kapor untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Dalam kajian dimana p
enyebab Penyakit Berak Kapur pada ayam adalah oleh bakteria dikenalpasti sebagai Samonella pullorum dan berbagai bakteria lainnya yang berasal dari tanah. Bakteria jenis Samonella pullorum sendiri merupakan jenis bakteria yang dapat bertahan hidup hingga selama 1 tahun di dalam tanah. Kawasan ternakan tercemar adalah kurang baik dimana ia boleh menjadi penyebab penularan penyakit berak kapur kepada ayam. Bakteria seperti ini merupakan salah satu bakteria yang menyebabkan banyak penyakit jenis cirit birit pada ayam termasuk penyakit berak kapur. Dilaporkan bakteria ini akan mudah menular dengan cepat dengan tingkat kematian yang cukup tinggi. Bagaimana pun bukan hanya kematian masaalahnya dimana bakteria penyebab penyakit berak kapur ini juga membuat pengeluaran telur ayam akan menurun. Banyak penternak ayam yang rugi kerana bakteria ini bukan sahaja boleh menyerang ayam akan tetapi ia juga haiwan itek, puyuh, burung, angsa, arnab dan bahkan dilaporkan boleh menyerang manusia. Memang bakteria yang jadi penyebab penyakit berak kapur pada ayam dapat menular dengan sangat cepat. Penularan penyakit adalah melalui banyak cara seperti menular dari induk ayam ke anaknya.  Antara cara penularan penyakit berak kapur pada ayam yang harus anda perhatikan secara kontak langsung atau cara penularan dari induknya. Secara Kontak Langsung dimana bakteria penyebab penyakit berak kapur pada ayam boleh hidup dimana saja dan dapat menular apabila ayam sihat ada kontek atau menyentuh tempat yang tercemar bakteria ini. Bakteria ini dapat hidup di dinding reban ayam dan tempat makan dan minum serta semua peralatan reban yang biasa di gunakan. Cara Penularan Dari Ayam Induk ada risiko untuk mewariskan penyakit ini kepada anaknya ketika bertelur. Oleh itu ayam yang baru lahir juga boleh mengidap penyakit berak kapur kalau induknya pernah memiliki riwayat penyakit yang sama.


Rawatan 
Penyakit Berak Kapur pada ayam perlu dilakukan sebaik sahaja disahkan ia positif. Ada beberapa cara yang boleh dilakukan jika mendapati ayam yang anda miliki tercemar dengan bakteria Salmonella pullorum dan menderita penyakit berak kapur. Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi penyakit berak kapur adalah kaedah praktikan yang perlu dilakukan  selain rawatan perubatan. Pertama adalah dengan melakukan Pemisahan Ayam yang Sakit dimana seperti yang sudah diketahui apabila bakteria penyebab sakit berak kapur sangat mudah menular pada ayam lain terutama dari aspek ada kontak fizikal terus. Langkah ini mesti dibuat dengan memisahkan ayam yang sakit agar tidak menular. Segera memisahkan ayam yang sakit di reban lain yang dikhususkan dan pastikan agar dipindahkan ayam yang sakit di rebang yang bersih dan dirawat agar daya tahan tubuh ayam juga meningkat untuk melawan bakteria. Kedua adalah dengan cara Pemberian Ubat atau Penyuntikan dimana sesuai dilakukan setelah memisahkan ayam yang sakit mana boleh diberikan ubat. Sebenarnya sampai sekarang belum ada ubat yang benar-benar ampuh untuk menyembuhkan penyakit berak kapur. Meski belum ada ubat khusus yang boleh merawat penyakit ini secara efektif tetapi bukan bermakna tidak ada cara yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan ayam. Sebaiknya berikan antibiotik untuk membantu daya tahan tubuh ayam semakin kuat. Daya tahan tubuh ayam yang kuat akan melawan bakteria dan penyakit berak kapur sendiri. Berikan antibiotik dengan dosis yang sesuai karena dosis antibiotik yang terlalu banyak boleh menjadikan masalah kesihatan yang baik untuk ayam anda. Cara ketiga adalah dengan Cara Pemusnahan Ayam. Ini kerana apabila sudah diberikan antibiotik dan ayam tidak sembuh maka langkah terakhir yang mesti dilakukan adalah memusnahkan ayam yang sakit dimana cara ini perlu dilakukan untuk mencegah penularan yang lebih parah kepada ayam lain.


Pastikan sentiasa amalkan c
ara untuk pencegahan Penyakit Berak Kapur dikawasan ternakan ayam. Walau pun ia sangat merbahaya dimana penyakit berak kapur masih boleh dicegah dengan berbagai cara. Pada penulis blog konsep ini iaiti 'Lebih baik mencegah' penyakit berak kapur pada ayam. Pertama adalah dengan pastikan Kebersihan Reban Ayam. Ini kerana bakteria Salmonella pullorum yang mana ia menyebabkan penyakit berak kapur akan tinggal di mana saja dalam waktu yang lama dan umumnya tempat favorit bagi bakteria tersebut adalah tempat yang kotor. Oleh itu selalu jaga kebersihan keliling dan dalam reban ayam dengan cara mencucinya setiap hari dan memastikan tidak ada kotoran najis atau sisa makanan di dalam reban. Pastikan untuk membersihkan tempat makanan dan minuman ayam sebab faktor penularan paling tinggi dari makanan dan minuman. Kedua adalah sentiasa Memberikan Makanan Ayam Sesuai Nutrisi diperlukan ayam. Nutrisi yang tepat untuk ayam akan meningkatkan kekebalan tubuhnya untuk melawan berbagai penyakit. Bakteria penyebab penyakit berak kapur juga dapat dibunuh dengan imuniti ayam yang baik. Ada banyak pilihan makanan ayam yang disyorkan untuk diberikan kepada ayam seperti jagung, pelet dan sisa kacang soya dan pastikan kualitinya masih baik. Pemberian makanan ayam yang lebih tepat dan memperhatikan komposisi serta kandungan nutrisi dinilai lebih berkesan dan efektif. Punca makanan mampu juga meningkatkan metabolisme dalam tubuh ayam dan akan juga meminimakan serangan penyakit pada ayam. Pencegahan ke 3 adalah melalui Cara Vaksinasi diberikan kepada ayam agar dapat mencegah penyakit berak kapur. Vaksinasi adalah bertujuan untuk membentuk daya tahan tubuh untuk melawan penyakit tertentu termasuk penyakit berak kapur. Sebaiknya sebelum memberikan vaksin dipastikan kalau ayam tidak sedang sakit agar imuniti ayam akan dapat terbentuk dengan sempurna. Perhatikan masa tepat untuk memberikan vaksin sebab ia terpengaruh terhadap keberhasilannya. Cara ke 4 adalah jalankan Pemberian Suplemen yang bertujuan untuk meningkatkan daya tahan tubuh melawan berbagai penyakit. 
Di pasaran sudah ada banyak suplemen yang sesuai diberikan kepada ayam iaitu seperti berbagai vitamin hingga probiotik. Segala jenis vitamin yang biasa digunakan manusia juga boleh diberikan kepada ayam kerana probiotik berfungsi agar pencernaan ayam tidak terganggu. Probiotik merupakan salah satu suplemen yang sangat penting dan sesuai untuk mencegah serangan penyakit berak kapur pada ayam. Boleh diberikan suplemen kepada ayam setiap hari secara rutin agar penyakit kapur dapat dicegah. Salah satu rekomendasi probiotik ayam yang mengandung bakteria premium seperti Bacillus brevis adalah penghasil antibiotik tyrocidine yang dilaporkan ia bermanfaat untuk menambah kekebalan tubuh ternak dari serangan penyakit. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang ke 7,338 kali ini. Wasallam!!!...
AYAM BERAK KAPOR.... APA DIA...
MENYERANG AYAM...MERBAHAYA....
PERIKSA SIMPTOM... DAN TANDA...
JIKA POSITIF... RAWAT SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agriculturist,
No 50, Gerai Nasi Lemak Wak,
Stadium Ipoh, Ipoh,
Perak,
Malaysia.
(30 Rejab 1444H).

Thursday, February 23, 2023

PENYAKIT AYAM BERAK KAPOR - FAKTANYA (Part 1)

PENYAKIT AYAM BERAK KAPOR
atau sebagai Pullorum dan Bacillary white diarrhea (BWD) yang pernah menjadi ancaman di Malaysia dimana penyebabnya adalah bakteria Salmonella pullorum dan bakteria gram negatif yang mana ia mampu bertahan hidup lebih dari 1 tahun berada di dalam tanah. Haiwan ayam ternakan yang diserang penyakit ini pada umumnya mengeluarkan tahi (feses) yang berwarna putih kapur dengan tekstur seperti kapur yang cair (Sila lihat foto diatas). Seingat penulis blog memang pernah mengalami insiden ini semasa tinggal dikampong dahulu di Gersik, Muar semasa zaman remaza diman ada ayam peliharaan pernah diserang penyakit ini. Dilaporkan dimana bukan hanya ayam sahaja yang dapat terkena penyakit ini, namun berbagai jenis unggas seperti puyuh, burung, kalkun, angsa dan lainnya pun rentan (boleh diserang) untuk terjangkit penyakit feses kapur ini. Kajian saintisa dilaporkan mendapati dimana penyebab dari penyakit feses kapur pada ayam adalah sejenis bakteria Salmonella pullorum sebagai salah satu keluarga bakteria dari Enterobacteriae yang mempunyai tahap adaptasi yang sangat tinggi. Bakteria ini selalunya menyebabkan ternak ayam akan mengalami kerosakan pada fungsi jantung dan juga kerosakan fungsi hati. Ini mengakibatkan terjadinya penurunan kualiti pada kesihatan ayam sehingga boleh menyebabkan kematian pada ayam. 
Penyakit ayam berak kapur ini sangat berbahaya dan boleh mengakibatkan kadar kematian yang tinggi kepada ayam berusia 1-10 hari. Secara amnya, pembuangan air kapur adalah penyakit yang sangat biasa, walaupun ia menjejaskan ayam pada pelbagai peringkat tetapi kadar kematian tertinggi adalah kepada anak ayam yang baru yang menetas sebanyak 40% dan kadar kematian atau kematian sebanyak 85%. Apa pun jangkitan penyakit berak kapur secara umum adalah melalui dua cara sama ada dari ibu kepada anaknya (contoh seperti melalui telur) atau pun melalui hubungan langsung ayam terjangkit dengan ayam sihat (contohnya melalui semua peralatan, sangkar, sampah dan pakaian dari pekerja sangkar yang tercemar). Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis kajian saintifik ayam berak kapor untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Serangan penyakit ayam adalah cukup menghantui dimana salah satunya penyakit ayam berak kapur. Bagi para peternak ayam yang baru atau pun sudah lama tentunya penyakit ayam ini mesti diperhatikan serta dikawal dari ia terus merebak. Serangan ini akan kemudian mempengaruhi kualiti kesihatan ayam dimana merugikan penternak yang terjejas. Maka pemberitahuan kepada pihak berwajib seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang terdekat adalah perlu dilakukan dengan segera. Ini kerana ancaman penyakit ini boleh merugikan penternak dan industri ayam negara juga. Harga ayam kini semakin mahal sebab kos makanan dan penjagaannya semakin meningkat. Sejak tahun 2021 lagi harga daging ayam menjadi krisis kenaikan harga dengan teruk sehingga menyebabkan keloh kesah pengguna di Malaysia. Jika berlaku wabak penyakit ini ianya 
meresahkan banyak pihak sehingga penting bagi semua untuk mengetahui akan bentu gejala, penyebab, pengubatan sehingga kepada cara mencegah penyakit berak kapur pada ayam. Antara tanda serangan Penyakit Berak Kapur pada ayam banyak boleh dilihat. Mendiagnos dengan tepat penyakit ini sangat penting agar kawalan dengan tepat segera dilakukan. Pertama tandanya adalah jika Ayam Tidak Ada Nafsu Makan walau pun ia diberikan makanan seperti biasa. Ia adalah tanda awal serangan dimana nafsu makan yang menurun pada ayam. Kalau jika ia sihat ayam dapat menghabiskan makanannya dengan seberat 180 gram hingga 3 kg tergantung dari berat ayam tersebut. Semakin berat badannya maka jumlah makanannya juga semakin banyak. Namun jika ayam hanya makan kurang dari 180 gram maka ia berkemungkinan besar ada mengidap penyakit tertentu. Selalu di perhatikan terus jumlah makanan yang diberikan dimana jika ternyata ayam kurang dari biasanya bermakna ia harus segera diambil tindakan.

Tanda 
atau simptom serangan kedua apabila dilihat Ayam Kelihatan Sangat Lemas atau Tidak Bermaya dimana jika ia sihat akan bergerak dan juga selalu berkokok. Bila ayam yang dipelihara mula dilihat lemas dan lembik maka ia harus dicurigai dan diperiksa jika ayam tersebut terinfeksi suatu penyakit. Ada banyak jenis penyakit ayam yang menjadi penyebab ayam menjadi lesu. Penyakit kapur berak juga dapat membuat ayam menjadi lemas dan lesu diman perlu segera diberikan rawatan apabila melihat ayam mulai lesu dan lemas. Paling utama adalah dengan melihat Kekotoran (najis) ayam yang Tidak Normal. Najis atau feses ayam yang normal akan terlihat berwarna agak coklat dan menggumpal dimana ayam akan mengeluarkan kotoran sedikit sahaja tetapi sangat sering. Dilihat dimana najis ayam dapat memberikan signal akan tahap kesihatannya. Penyakit berak kapur akan membuatkan tahi ayam menjadi tidak normal dimana ada najis seakan berak kapur akan membuat ayam mengeluarkan kotoran yang terlihat sangat menyamai dengan warna kapur. Feses (tahi) ayam yang tidak normal kemungkinan juga mengandung berbagai penyakit sehingga lebih baik jika ia dibersihkan. Jangan sesekali membiarkan kotoran terlalu lama melekat atau berada di lantau reban ayam kerana ia akan menjangkiti ayam lain. Tanda seterusnya ke 4 adalah dimana dilihat bahagian Anus Kloaka Ayam Jadi Kering. Ayam terjangkit penyakit ini dilihat ia membuang kotoran najis yang warnanya seperti kapur maka perlu segera diperiksa bahagian kloaka ayam agar dapat memastikan penyakit berak kapur. Ayam yang sudah diserang penyakit berak kapur akan memiliki kloaka yang kering. Kloaka adalah organ yang berfungsi sebagai satu-satunya lubang pembuangan sisa pencernaan dari ayam. Ayam juga dilaporkan akan menggunakan kloaka untuk bertelur, membuang kotoran dan buang air kecil. Apa pun periksa juga selain menjadikan organ kloaka kering dimana penyakit berak kapur juga dapat dilihat dari kloaka ayam yang melekat akan najis yang berwarna putih. Warna putih ini seakan sama dengan warna kapur. Biasanya najis yang melekat pada kloaka ayam ini cepat kering.

Tanda serangan ke 5 dimana diperiksa atau dilihat iaitu 
Ayam Menjadi Pucat
Penyakit berak kapur juga akan membuat seluruh badan ayam menjadi pucat. Salah satu cara untuk membezakan ayam yang sihat dengan ayam yang pucat dimana boleh dipastikan warna dimukanya (Sila lihat foto disebelah). Simptom ini sebenarnya tidak hanya terbatas pada penyakit berak kapur saja akan tetapi beberapa penyakit ayam lain juga. Langkah awal adalah dimana sebaiknya terus dengan segera memisahkan ayam yang terlihat pucat untuk mengurangkan risiko penularan penyakit atau jangkitan. Ayam yang pucat ini biasanya juga disertai dengan keadaan ayam lesu dan tidak bermaya. Paling mudah dilihat simptom ke 6 adalah dimana ayam dijangkiti akan dilihat selalu Matanya Terus Terpejam. Ayam yang terkena penyakit berak kapur akan terlihat terus mengantuk atau memejamkan matanya. Jika diperhatikan pada bahagian matanya akan dilihat matanya sangat kuyu dan sayup. Mata ayam yang sakit berak kapur mungkin akan terpejam dalam masa seharian. Ayam terjangkit juga mempunyau Bulu Yang Kusam dimana kalau ayam sihat mempynyai warna yang putih cerah akan tetapi yang sakit bulunya menjadi kusam seperti tidak terawat. Oleh itu dengan segera dipisahkan ayam bila mendapati bulunya tidak cantik atau kusam. Tanda ke 7 dimana Ayam Lumpuh dimana penyakit berak kapur yang sudah akut akan membuatkan ayam menjadi lumpuh. Bila ayam sudah lumpuh sebab penyakit berak kapor ini maka risiko kematian akan semakin besar. Kawalan yang lebih cepat dan tepat mesti segera diberikan kepada ayam yang mana sudah ada simptom mengalami kelumpuhan. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang ke 7,336 kali ini. Wasallam!!!...
AYAM BERAK KAPOR.... APA DIA...
MENYERANG AYAM...IA BAHAYA....
PERIKSA SIMPTOM... DAN TANDA...
JIKA POSITIF... RAWAT SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agriculturist,
No 50, Gerai Nasi Lemak Wak,
Stadium Ipoh, Ipoh,
Perak,
Malaysia.
(30 Rejab 1444H).