Thursday, February 23, 2023

PENYAKIT AYAM BERAK KAPOR - FAKTANYA (Part 1)

PENYAKIT AYAM BERAK KAPOR
atau sebagai Pullorum dan Bacillary white diarrhea (BWD) yang pernah menjadi ancaman di Malaysia dimana penyebabnya adalah bakteria Salmonella pullorum dan bakteria gram negatif yang mana ia mampu bertahan hidup lebih dari 1 tahun berada di dalam tanah. Haiwan ayam ternakan yang diserang penyakit ini pada umumnya mengeluarkan tahi (feses) yang berwarna putih kapur dengan tekstur seperti kapur yang cair (Sila lihat foto diatas). Seingat penulis blog memang pernah mengalami insiden ini semasa tinggal dikampong dahulu di Gersik, Muar semasa zaman remaza diman ada ayam peliharaan pernah diserang penyakit ini. Dilaporkan dimana bukan hanya ayam sahaja yang dapat terkena penyakit ini, namun berbagai jenis unggas seperti puyuh, burung, kalkun, angsa dan lainnya pun rentan (boleh diserang) untuk terjangkit penyakit feses kapur ini. Kajian saintisa dilaporkan mendapati dimana penyebab dari penyakit feses kapur pada ayam adalah sejenis bakteria Salmonella pullorum sebagai salah satu keluarga bakteria dari Enterobacteriae yang mempunyai tahap adaptasi yang sangat tinggi. Bakteria ini selalunya menyebabkan ternak ayam akan mengalami kerosakan pada fungsi jantung dan juga kerosakan fungsi hati. Ini mengakibatkan terjadinya penurunan kualiti pada kesihatan ayam sehingga boleh menyebabkan kematian pada ayam. 
Penyakit ayam berak kapur ini sangat berbahaya dan boleh mengakibatkan kadar kematian yang tinggi kepada ayam berusia 1-10 hari. Secara amnya, pembuangan air kapur adalah penyakit yang sangat biasa, walaupun ia menjejaskan ayam pada pelbagai peringkat tetapi kadar kematian tertinggi adalah kepada anak ayam yang baru yang menetas sebanyak 40% dan kadar kematian atau kematian sebanyak 85%. Apa pun jangkitan penyakit berak kapur secara umum adalah melalui dua cara sama ada dari ibu kepada anaknya (contoh seperti melalui telur) atau pun melalui hubungan langsung ayam terjangkit dengan ayam sihat (contohnya melalui semua peralatan, sangkar, sampah dan pakaian dari pekerja sangkar yang tercemar). Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis kajian saintifik ayam berak kapor untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Serangan penyakit ayam adalah cukup menghantui dimana salah satunya penyakit ayam berak kapur. Bagi para peternak ayam yang baru atau pun sudah lama tentunya penyakit ayam ini mesti diperhatikan serta dikawal dari ia terus merebak. Serangan ini akan kemudian mempengaruhi kualiti kesihatan ayam dimana merugikan penternak yang terjejas. Maka pemberitahuan kepada pihak berwajib seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang terdekat adalah perlu dilakukan dengan segera. Ini kerana ancaman penyakit ini boleh merugikan penternak dan industri ayam negara juga. Harga ayam kini semakin mahal sebab kos makanan dan penjagaannya semakin meningkat. Sejak tahun 2021 lagi harga daging ayam menjadi krisis kenaikan harga dengan teruk sehingga menyebabkan keloh kesah pengguna di Malaysia. Jika berlaku wabak penyakit ini ianya 
meresahkan banyak pihak sehingga penting bagi semua untuk mengetahui akan bentu gejala, penyebab, pengubatan sehingga kepada cara mencegah penyakit berak kapur pada ayam. Antara tanda serangan Penyakit Berak Kapur pada ayam banyak boleh dilihat. Mendiagnos dengan tepat penyakit ini sangat penting agar kawalan dengan tepat segera dilakukan. Pertama tandanya adalah jika Ayam Tidak Ada Nafsu Makan walau pun ia diberikan makanan seperti biasa. Ia adalah tanda awal serangan dimana nafsu makan yang menurun pada ayam. Kalau jika ia sihat ayam dapat menghabiskan makanannya dengan seberat 180 gram hingga 3 kg tergantung dari berat ayam tersebut. Semakin berat badannya maka jumlah makanannya juga semakin banyak. Namun jika ayam hanya makan kurang dari 180 gram maka ia berkemungkinan besar ada mengidap penyakit tertentu. Selalu di perhatikan terus jumlah makanan yang diberikan dimana jika ternyata ayam kurang dari biasanya bermakna ia harus segera diambil tindakan.

Tanda 
atau simptom serangan kedua apabila dilihat Ayam Kelihatan Sangat Lemas atau Tidak Bermaya dimana jika ia sihat akan bergerak dan juga selalu berkokok. Bila ayam yang dipelihara mula dilihat lemas dan lembik maka ia harus dicurigai dan diperiksa jika ayam tersebut terinfeksi suatu penyakit. Ada banyak jenis penyakit ayam yang menjadi penyebab ayam menjadi lesu. Penyakit kapur berak juga dapat membuat ayam menjadi lemas dan lesu diman perlu segera diberikan rawatan apabila melihat ayam mulai lesu dan lemas. Paling utama adalah dengan melihat Kekotoran (najis) ayam yang Tidak Normal. Najis atau feses ayam yang normal akan terlihat berwarna agak coklat dan menggumpal dimana ayam akan mengeluarkan kotoran sedikit sahaja tetapi sangat sering. Dilihat dimana najis ayam dapat memberikan signal akan tahap kesihatannya. Penyakit berak kapur akan membuatkan tahi ayam menjadi tidak normal dimana ada najis seakan berak kapur akan membuat ayam mengeluarkan kotoran yang terlihat sangat menyamai dengan warna kapur. Feses (tahi) ayam yang tidak normal kemungkinan juga mengandung berbagai penyakit sehingga lebih baik jika ia dibersihkan. Jangan sesekali membiarkan kotoran terlalu lama melekat atau berada di lantau reban ayam kerana ia akan menjangkiti ayam lain. Tanda seterusnya ke 4 adalah dimana dilihat bahagian Anus Kloaka Ayam Jadi Kering. Ayam terjangkit penyakit ini dilihat ia membuang kotoran najis yang warnanya seperti kapur maka perlu segera diperiksa bahagian kloaka ayam agar dapat memastikan penyakit berak kapur. Ayam yang sudah diserang penyakit berak kapur akan memiliki kloaka yang kering. Kloaka adalah organ yang berfungsi sebagai satu-satunya lubang pembuangan sisa pencernaan dari ayam. Ayam juga dilaporkan akan menggunakan kloaka untuk bertelur, membuang kotoran dan buang air kecil. Apa pun periksa juga selain menjadikan organ kloaka kering dimana penyakit berak kapur juga dapat dilihat dari kloaka ayam yang melekat akan najis yang berwarna putih. Warna putih ini seakan sama dengan warna kapur. Biasanya najis yang melekat pada kloaka ayam ini cepat kering.

Tanda serangan ke 5 dimana diperiksa atau dilihat iaitu 
Ayam Menjadi Pucat
Penyakit berak kapur juga akan membuat seluruh badan ayam menjadi pucat. Salah satu cara untuk membezakan ayam yang sihat dengan ayam yang pucat dimana boleh dipastikan warna dimukanya (Sila lihat foto disebelah). Simptom ini sebenarnya tidak hanya terbatas pada penyakit berak kapur saja akan tetapi beberapa penyakit ayam lain juga. Langkah awal adalah dimana sebaiknya terus dengan segera memisahkan ayam yang terlihat pucat untuk mengurangkan risiko penularan penyakit atau jangkitan. Ayam yang pucat ini biasanya juga disertai dengan keadaan ayam lesu dan tidak bermaya. Paling mudah dilihat simptom ke 6 adalah dimana ayam dijangkiti akan dilihat selalu Matanya Terus Terpejam. Ayam yang terkena penyakit berak kapur akan terlihat terus mengantuk atau memejamkan matanya. Jika diperhatikan pada bahagian matanya akan dilihat matanya sangat kuyu dan sayup. Mata ayam yang sakit berak kapur mungkin akan terpejam dalam masa seharian. Ayam terjangkit juga mempunyau Bulu Yang Kusam dimana kalau ayam sihat mempynyai warna yang putih cerah akan tetapi yang sakit bulunya menjadi kusam seperti tidak terawat. Oleh itu dengan segera dipisahkan ayam bila mendapati bulunya tidak cantik atau kusam. Tanda ke 7 dimana Ayam Lumpuh dimana penyakit berak kapur yang sudah akut akan membuatkan ayam menjadi lumpuh. Bila ayam sudah lumpuh sebab penyakit berak kapor ini maka risiko kematian akan semakin besar. Kawalan yang lebih cepat dan tepat mesti segera diberikan kepada ayam yang mana sudah ada simptom mengalami kelumpuhan. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang ke 7,336 kali ini. Wasallam!!!...
AYAM BERAK KAPOR.... APA DIA...
MENYERANG AYAM...IA BAHAYA....
PERIKSA SIMPTOM... DAN TANDA...
JIKA POSITIF... RAWAT SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agriculturist,
No 50, Gerai Nasi Lemak Wak,
Stadium Ipoh, Ipoh,
Perak,
Malaysia.
(30 Rejab 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.