Sunday, February 26, 2023

AIR SARBAT - APAKAH DIA?

AIR SARBAT
merupakan sejenis minuman 
unik atau lebih dikenali dengan ais tingkap dimana ia bukan saja menjadi tumpuan pelancong malah mampu memikat warga Pulau Pinang atau Pulau Mutiara untuk menghilangkan dahaga tatkala musim panas melanda negara. Minuman ini yang sudah bertapak hampir 102 tahun itu mempunyai rasa berbeza berbanding ais sirap lain kerana ia mengandungi pelbagai gabungan ramuan yang dikatakan memang mampu menyejukkan suhu badan. Apa pun minuman popular dalam kalangan warga tempatan dan pelancong yang berkunjung kesini iaitu air sarbat yang dijual mana salah satu yang viral berada di sebuah kedai di Lebuh Tamil dimana ia merupakan kombinasi 25 rempah ratus selain mengandungi anggur, biji selasih, akar sarbat, isi kelapa, kembang semangkuk dan sebagainya. Dalam insiden lain dimana apabila tiba waktu berbuka puasa dimana lazimnya minuman sejuk pastinya menjadi pilihan bagi menghilangkan dahaga selepas seharian berpuasa. Apa pun bagi memberi sedikit kelainan minuman untuk berbuka puasa ramai membuat sendiri air sarbat yang cukup terkenal di Pulau Pinang.  Minuman ais campuran yang istimewa itu merupakan campuran air sirap yang ditambah dengan bahan-bahan untuk menyejukkan badan antaranya selasih, kembang semangkuk, getah anggur, isi kelapa, air kelapa dan resipi rahsia iaitu sarbat. Khasianya dimana selain menyejukkan badan didakwa campuran air akar sarbat boleh melegakan sakit tekak jika diminum tanpa ais. Semua bahan tadi dicampurkan dalam satu cawan dimana ia boleh terus dihidangkan untuk waktu berbuka nanti. Bagi memberi sedikit kelainan pada citarasa ada sesetengan air sarbat ini boleh juga menambah lemon dan laici mengikut pilihan. Penulis blog kongsikan resepi membuat air sarbat dengan bahan asas yang digunakan adalah Akar Sarbat, Air Gula, Pencelup Warna Merah, Biji selasih, Kembang semangkuk, Getah anggur dan juga Isi dan air kelapa. Cara penyediaannya dengan mula-mula memanaskan air hingga ia mendidih. Masukkan akar sarbat, gula, pencelup dan daun pandan. Masak hingga gula larut dah mendidih.  Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas bertutup. Sebaiknya untuk sediakan minuman sarbat hanya campurkan dengan air dan bahan-bahan yang digemari seperti kelapa muda, biji selasih, getah anggur, kembang semangkuk dan sedikit ais dan sedia untuk dihidangkan. Artikel malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai air sarbat untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Di negeri utara pula memang unik apabila dilaporkan '
Kenduri di Kedah mesti kenal air sarbat' juga berkait dengan tajuk kali ini. Sesiapa juga orang luar yang pergi kenduri di Kedah jangan terkejut sebab air sirap dia rasa macam pelik sikit. Dilihat dimana air sirap tersebut dilihat lengkong dengan 'telur katak lagi' dimana apabila ditanya orang Kedah katanya itu adalah Air Sarbat. Apa pun bagi penulis blog dimana secara asasnya air sarbat ni mengandungi rempah ratus macam kulit kayu manis, jintan manis dan bunga cengkih. Rempah ratus itu akan dicampur dengan pewarna merah, air dan gula. Dilaporkan dimana air sarbat ni dah wujud sejak ribuan tahun di Parsi. Malah air sarbat juga dicatatkan dalam buku Canon of Medicine dan Hikayat Seribu Satu Malam. Apabila jalan Sutera dibuka maka air sarbat mula tersebar di merata tempat dimana salah satunya adalah Empayar Mughal di India. Dalam masa yang singkat sahaja dimana air sarbat mula popular di seluruh India. Apa yang menjadikan lagi sedap apabila Empayar Mughal telah tambah baik sedikit resepi air sarbat dimana mereka telah letakkan ais daripada Banjaran Himalaya bagi tujuan  menghasilkan satu minuman yang sedap dan menyegarkan. Sejarah Malaysia melihat berlaku gelombang perpindahan penduduk daripada India ke Tanah Melayu pada awal 1900-an dimana mereka turut membawa makanan turun temurun seperti air sarbat. Kini air sarbat menjadi minuman yang sangat popular di negeri-negeri utara. Paling popular adalah di Pulau Pinang, korang akan nampak orang beratur punya panjang dekat satu berdekatan Chowrasta.


Dari Pulau Pinang hmetro.com laporkan bagaimana '
Air sarbat, cendol jadi pilihan' yang sesuai dijadikan bahan rujukkan kali ini. Ketika negara berdepan cuaca panas dan kering terutama bulan Januari - April ada segelintir peniaga minuman di sekitar Georgetown, Pulau Pinang yang mengambil kesempatan untuk melariskan perniagaan mereka. Maka tidak hairanlah jika orang ramai berbaris panjang bagi membeli cendol, ais kepal dan air batu campur sebagai penghilang dahaga. Begitu juga dimana perniagaan Air Sarbat atau Ais Tingkap yang popular di Lebuh Tamil, Georgetown yang sudah beroperasi hampir 100 tahun lalu popular dikalangan pengguna. Bagi pengusaha kedai Ais Tingkap, Muhamed Jafri yang dakwa air sarbat mendapat permintaan luar biasa sejak musim panasdan tidak hairanlah jika melihat pengunjung beratur di bawah cuaca terik bagi membeli segelas air itu. Air sarbat adalah campuran air dan isi kelapa, getah anggur, biji selasih, akar sarbat dan sirap gula selain lemon dan laici mengikut pilihan. Selain menyejukkan badan didakwa campuran air akar sarbat dipercayai boleh melegakan sakit tekak jika diminum tanpa ais. Pada hari biasa dia menjual kira-kira 200 gelas namun beberapa minggu kebelakangan ini semasa musim panas dimana jualannya meningkat sehingga 350 gelas setiap hari. Air sarbat dijual pada harga RM2.50 hingga RM4 segelas dan turut menjadi pilihan ialah cendol yang dijual pada harga RM2.90 hingga RM4 semangkuk. Dilaporkan dilokasi dimana orang ramai mula berbaris di kedai ais tingkap seawal 11 pagi bagi menikmati keenakan minuman itu. Bagi Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), NV Subbarow, berkata dimana orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air kosong semasa cuaca panas. Aktiviti di luar rumah perlu dihadkan terutama bagi kanak-kanak dan warga emas kerana dibimbangi mudah mendapat serangan strok haba. Sesiapa pun boleh sahaja menikmati air manis atau berais ketika cuaca panas namun ia perlu sebaiknya dikurangkan. Apa pun orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air kosong bagi mengelakkan hidrasi. Air kelapa menjadi isotonik semulajadi bagi mengekalkan kesegaran selain soya dan tebu.


Media lain laporkan '
Mai Pekena Ayaq Sarbat' memang menarik untuk kisah ini dikongsikan juga. Sesiapa juga yang  Lebuh Tamil di tengah bandaraya Georgetown bagaikan tidak lengkap kalau kunjungan ke Pulau Mutiara jika tidak singgah ke deretan kedai yang dipenuhi dengan jualan juadah sinonim dengan masyarakat negeri ini. Nasi kandar sememangnya antara yang menjadi tumpuan ramai yang ada namun ada satu lagi tarikan yang menggamit pengunjung dimana ada yang memanggilnya ais tingkap dan juga dinamakan ais dinding akan tetapi rasanya lebih dikenali ramai dengan air sarbat
Ia dinamakan ais tingkap kerana ketika operasi perniagaan ini bermula pada 1928 dilaporkan yang pengasasnya masa itu Abdul Azeez menjual minuman menyegarkan itu pada harga 10 sen segelas melalui tingkap pada dinding bangunan di situ. Usaha dan kreativiti Abdul Azeez yang berhijrah dari Sri Lanka itu bakal menjangkau ulang tahun ke-90 dan kini diuruskan tujuh beradik yang juga cucunya. Resipi yang diwarisi hingga generasi ketiga ini masih mengekalkan cara penyediakan air sarbat asli dan ia kini dijual pada harga RM2.50 segelas. Penghasilannya juga sesuatu menarik perhatian ramai kerana kepakaran penjual sekarang iaitu Mohd Taufique yang pantas dalam memarut ais, mengisi deretan gelas dengan air kelapa, air gula yang dimasak dengan daun pandan, biji selasih, kembang semangkuk, getah anggur, isi kelapa dan juga semburan herba yang memberi kelainan kepada hidangan yang wangi itu. Tanpa mengira musim dilaporkan kini gerai ini sentiasa dipenuhi pelanggan yang menggemari minuman itu termasuk mereka yang sakit tekak. Ternyata antara resipi utama yang memastikan perniagaan yang diwarisi sejak sekian lama itu masih mampu berdiri kukuh untuk terus mempertahankan usaha datuk mereka.


Menarik kisah dilaporkan bernama.com dimana '
Badut jual air serbat' menjadi satu perkara viral. Kisah yang dipetik dari Georgetown dimana ada badut yang lengkap berpakaian sut dikenali sebagai  Yusmanizam Hassan menghiburkan orang ramai di Pasar Chowrasta Pulau Pinang sambil dia menjual air serbat yang dibuatnya sendiri untuk menjana pendapatan. Dia yang mana juga dikenali sebagai 'Yuyu the Clown' berkata dimana pekerjaan sepenuh masanya itu terjejas akibat wabak covid19 dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu. Biasanya selalunya akan membuat persembahan sekurang-kurangnya di lima acara seminggu dan mampu memperoleh RM3,000 hingga RM4,000 seminggu. Semasa perlaksanaan PKP dulu dia hanya menghadapi masaalah dibuang kerja dimana kini sudah boleh beroperasi semula.  Kemudian dia membuat keputusan untuk menjual air serbat bagi menambah pendapatan dan isterinya pula memberikan idea untuk berpakaian seperti badut ketika menjual air yang popular di negeri ini itu bagi menarik pelanggan. Selain menjual di Pasar Chowrasta dimana dia turut menjual air serbat yang dibotolkannya itu dari rumah ke rumah. Dia yang menjual air campuran khas ini di sekitar Teluk Bahang ke Balik Pulau di pulau sehingga kadang-Kadang menjualnya sampai ke Kepala Batas (di tanah besar). Dia turut sering mempromosikan produknya itu secara dalam talian dan sambutannya amat menggalakkan. Jualan terbanyak yang dia dapat setakat ini ialah kira-kira 285 botol air serbat sehari dimana sebotol air serbat berharga RM6 manakala dua botol dengan harga istimewa sebanyak RM10. Dia terus melakukan pekerjaan sepenuh masa sebagai badut bila PKP berakhir selagi air serbat masih ada permintaan. Memang menjadi badut bukan sekadar hobi baginya tetapi juga kerjaya dan selagi saya dapat melihat anak-anak gembira dengan persembahannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
AIR MINUMAN... AIR SARBAT NAMANYA...
DI PULAU PINANG... IA UJUD DAH LAMA...
SEJUKKAN BADAN... MURAG HARGANYA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Syaaban 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.