Saturday, January 28, 2023

ISU SIMPANAN STOK MANANAN NEGARA

ISU STOK BEKALAN MAKANAN NEGARA
kini 
semakin dilihat satu isu yang semakin mendapat perhatian semua pihak daripada kerajaan sehingga kepada pihak pengguna di Malaysia. Ada beberapa isu dalam berita yang menyatakan dimana stok bekalan makanan negara adalah pada tahap membimbangkan dan ada juga berita yang melaporkan dimana stok bekalan makanan negara adalah stabil. Pernah penulis blog membaca isu bagaimana stok bekalan makanan ruji negara pada masa itu hanya mampu bertahan untuk tempoh empat hingga enam bulan sahaja dimana ia sekali gus ia boleh menyebabkan kestabilan bekalan makanan negara berada pada tahap membimbangkan. Menurut pakar sekuriti makanan negara daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) masa itu iaitu Profesor Datuk Dr Abdul Shukor Juraimi yang penulis blog beberapa kli jumpa ada menyatakan dimana perkara berlaku disebabkan oleh Malaysia terlalu bergantung kepada sumber bekalan makanan import yang menyebabkan kadar sara diri bagi makanan negara adalah bersifat stagnant (di takuk sama). Beliau nyatakan dimana stok penimbal makanan perlu ditambah supaya tahap sekuriti bekalan makanan negara mampu bertahan bagi tempoh lebih panjang selain penumpuan pelaburan tidak sewajarnya ditumpukan semata-mata kepada komoditi seperti kelapa sawit. Dilaporkan dimana dari segi jangka masa panjang iaitu negara bakal berhadapan dengan pertambahan populasi penduduk dengan unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia menjangkakan kadar populasi rakyat Malaysia menjangkau sehingga 40 juta tidak lama lagi. Sebagai panduan dimana ketika ini kalau kita ambil contoh kadar sara diri pengeluaran padi tempatan adalah sebanyak 70 peratus untuk keperluan 32.7 juta rakyat maka kadar itu dijangka menurun sekiranya bilangan rakyat meningkat 40 juta. Kadar Sara Diri bagi setiap produk makanan penting negara tidak boleh terus 'stagnant'. Dlam pada itu sebaiknya kerajaan perlu menambah keluasan tanaman pertanian kritikal selain menumpukan kepada penggunaan teknologi terkini serta sistem pertanian efisien. Sebagai strategi dimana perlu ditekankan akan kepentingan kerajaan mewartakan setiap kawasan pertanian yang mana akan menyumbang kepada sekuriti makanan negara sebagai zon sekuriti makanan negara yang tidak boleh ditebus guna bagi tujuan lain. Ini kerana sekiranya jumlah keluasan kawasan pertanian semakin berkurang akibat aktiviti tebus guna maka dibimbangi kelak tahap sara diri bagi setiap bekalan makanan ruji akan menjadi semakin rendah. Contoh yang berlaku dimana dilaporkan ada seluas 8,000 hektar kawasan pertanian padi milik Lembaga Pertanian Kemajuan Muda (MADA) di Kedah yang sudah ditebus guna untuk kegunaan pembangunan dan pertanian lain dalam setahun. Bagi penulis bloh senario sebegini memang tidak sihat untuk kelangsungan tahap sekuriti makanan negara dan ia ditambah pula jumlah keseluruhan 300,000 hektar sawah di Malaysia hanya mencukupi untuk pengeluaran 70 peratus daripada keperluan beras negara sahaja. Adalah wajar agar kerajaan tidak boleh berterusan menganaktirikan sektor pertanian yang menyumbang sekuriti makanan negara berbanding sektor pertanian komoditi bernilai tinggi seperti kelapa sawit dan getah. Sepatutnya kerajaan dan pihak lain kena lebih proaktif dalam memastikan kerajaan tidak mengambil jalan mudah dengan melambakkan produk import makanan atas alasan menstabilkan harga kerana senario itu akan memberi mudarat besar kepada golongan petani dan tahap sekuriti makanan negara untuk jangka masa panjang. Artikel pagi Jumaat Rejab 1444 hijrah ini dalam blog "Anim Agro Technology'' saya gembira kongsikan mengenai simpanan stok makanan negara untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Isu bagaimana s
impanan stok makanan mesti ditambah agar tahan hingga setahun adalah pwelu dilakukan di Malaysia. Adalah penting isu untuk memastikan keterjaminan bekalan makanan sebenarnya memang perlu bermula sejak awal lagi sewaktu negara dalam keadaan aman dan produktif. Adalah masih belum terlambat untuk kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) melakukan tindakan segera bagi menangani kejadian yang tidak diingini akibat daripada krisis bekalan makanan ketika pandemik dan ketidakstabilan ekonomi seperti ini. Beberapa siu dunia seperti pandemij covid-19, perang Rusia-Ukraine, kenaikan harga minyak, perubahan cuaca dunia dan kenaikan harga bahan input menyebabkan isu stok bekalan makanan turut terjejas. Dilaporkan dimana sudah ada  beberapa negara telah melaksanakan tindakan melindungi keterjaminan bekalan makanan dalam negara masing-masing dengan melaksanakan arahan pemberhentian eksport untuk sementara iaitu Vietnam (beras), Khazakhstan (tepung gandum) dan Serbia (minyak masak dan barangan keperluan harian). Tidak lama dulu Rusia juga sedang dalam usaha bagi mempertimbangkan larangan eksport bergantung kepada perkembangan semasa. Merujuk keada sejarah penulis blog ingat dimana kejadian krisis bekalan beras dunia pada tahun 1974 dan 2008 mempunyai punca yang sama iaitu negara pengeluar mengenakan larangan eksport kerana berlaku kekurangan pengeluaran akibat cuaca dan spekulasi harga. Lazimnya semasa keadaan krisis dimana bekalan simpanan stok beras negara dan bekalan beras di pasaran seharusnya dapat bertahan selama tiga bulan kerana teorinya ia adalah  memadai untuk tempoh krisis. Bagaimana pun di Malaysia jika didapati jumlah sebenar stok tidak mencukupi atau krisis ini yang lebih berpanjangan maka sebaiknya pihak kerajaan mesti segera melaksanakan misi membawa masuk bekalan beras melalui saluran kerajaan kepada kerajaan untuk melangkau larangan eksport atau membawa masuk bekalan dari negara lain. DI Malaysia dilaporkan oleh kementerian poertanian dimana seorang rakyat unakan 80kg beras setahun. Malaysia tidak boleh terlalu bergantung kepada pihak swasta kerana pengalaman krisis bekalan beras tahun 2008 membuktikan kelemahan pihak swasta untuk mewakili kerajaan dalam rundingan membawa masuk bekalan beras, menyebabkan kerajaan perlu masuk campur pada saat akhir dan menyebabkan kerugian ratusan juta ringgit. Sebaiknya strategi menentukan jumlah simpanan stok beras ditambah agar dapat bertahan selama enam bulan hingga setahun lebih-lebih lagi dengan ramalan kemelesetan ekonomi dan krisis makanan berlaku diseluruh dunia. Faktor lain yang menjamin jaminan bekalan makanan kepada semua rakyat adalah pengedaran dan logistik beras yang adil. Biasanya harga beras tempatan perlu dikekalkan sebanyak RM2.60 sekilogram iaitu paras yang masih memadai melainkan jika ekonomi keluarga didapati benar-benar teruk terjejas. Sasaran SSL beras diletakkan pada 75 - 80 peratus bagi membuka ruang pertukaran perdagangan komoditi dengan kelapa sawit dan lain-lain.

Beberapa kali dinyatakan dalam media agar negara disyorkan untuk laksanakan dasar stok penimbal tangani krisis sekuriti makanan. Kerajaan perlu melaksanakan dasar stok penimbal bagi menangani krisis sekuriti makanan dengan segera terutama dalam keadaan dunia menghadapi pelbagai kemelut dan kejutan ketika ini. Dasar stok penimbal memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan peruntukan membeli serta menyimpan secara pukal bekalan makanan selain keperluan utama rakyat termasuk petrol dan diesel. Dilaporkan dimana kini simpanan pukal stok penimbal akan digunakan dengan disuntik ke pasaran apabila ada gangguan bekalan yang menyebabkan kenaikan harga mendadak. Stok penimbal boleh mengurangkan kesan kekurangan bekalan mendadak dan membolehkan kerajaan mengawal kenaikan harga barang makanan serta keperluan asas. Ada pelbagai cara dan instrumen kewangan yang boleh digunakan untuk membina stok penimbal negara. Ia termasuklah menggunakan kawalan nilai atau kontrak pembelian masa depan. Suruhanjaya itu boleh diletakkan di bawah Parlimen dan dipantau tegas untuk mengelakkan peruntukan bagi stok penimbal disalah guna seperti unsur rasuah, akan bertanggungjawab membina stok penimbal bagi tujuan mengurangkan risiko kekurangan bekalan dan kenaikan mendadak harga makanan. Adalah digesa agar kerajaan membuat pelarasan dan penggabungan kementerian serta agensi bagi mengelak kerenah birokrasi, manakala kelemahan pelaksanaan dasar berhubung dengan kelangsungan makanan serta kos sara hidup perlu dirombak. Sebaiknya kuasa dan tanggungjawab menggubal, melaksana, menyelia dan menguatkuasakan dasar serta undang-undang membabitkan keseluruhan rantaian bekalan makanan perlu berpusat pada satu kementerian sahaja. Ini membolehkan perancangan menyeluruh bagi seluruh rantaian bekalan makanan dilaksanakan lebih berkesan apabila pertindihan kuasa seperti sekarang dihapuskan. Sekarang, kuasa dan tanggungjawab keseluruhan rantaian makanan dibahagikan kepada beberapa kementerian dan agensi di bawahnya. Apa pun dilaporkan diantara kementerian itu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC).

Dalam satu forum dimana isu s
tok makanan hanya boleh bertahan 45 hari amat relevan ada dibincangkan yang diadakan di Universiti Pertanian Malaysia menarik dikongsikan. Ia berkait dengan isu bila makanan hanya mampu bertahan untuk tempoh 45 hari sahaja maka sekali gus boleh menyebabkan kestabilan bekalan makanan negara berada pada tahap membimbangkan disebabkan kebergantungan terlalu tinggi terhadap sumber import. Mmenurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM masa itu dimana stok penimbal makanan perlu ditambah supaya mampu bertahan bagi tempoh lebih panjang, manakala penumpuan pelaburan tidak harus semata-mata terhadap sektor komoditi tetapi juga sektor pertanian makanan. Walau pun kini ada laporkan ia stabil akan tetapi kestabilannya rapuh sebab kita banyak bergantung kepada import dan ini adalah isu yang membimbangkan. Dalam program itu yang dianjurkan Majlis Profesor Negara (MPN) dengan kerjasama Utusan Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan UPM. Dua lagi anggota panel program berkenaan ialah Naib Canselor UPM, Datin Paduka Dr. Aini Ideris,dan Ketua Kluster Pertanian dan Makanan MPN, Prof Dr. Ghizan Saleh. Dilaporkan dimana kadar import (net import) makanan negara pada tahun lalu meningkat kepada RM18.1 bilion iaitu jumlah yang jauh lebih tinggi berbanding RM1.1 bilion pada 1990. Jika situasi kebergantungan yang tinggi kepada import tidak dikawal maka ia boleh mengundang berlakunya krisis makanan jika hasil di negara pengeksport terjejas atau negara terbabit apabila ia menghentikan eksportnya seperti Vietnam menghentikan eksport berasnnya pada tahun 2008 maka ia akan menjadi huruhara. Kajian saintis menunjukkan sekiranya makanan tidak mencukupi selama empat hari sahaja mana kesannya ia boleh menimbulkan ketidakstabilan dan huruhara. Para pemain industri pertanian harus mengambil kira pulangan sosial iaitu kestabilan serta kemananan negara dan tidak pulangan ekonomi semata-mata ketika membuat pelaburan bagi memastikan kestabilan terus kekal. Tatkala pelabur menumpukan kepada sektor komoditi atau perladangan sebaiknya mereka juga tidak harus mengabaikan sektor pertanian makanan dengan membiarkan sektor itu diusahakan oleh petani kecil sahaja. Pulangan daripada sekuriti makanan adalah kestabilan dan keamanan negara merupakan satu tanggungjawab semua. Takrif sekuriti makanan membabitkan faktor kecukupan yang merangkumi kesediaan, kecapaian atau ‘affordability’ terhadap bahan makanan. Sebaiknya sektor industri asas tani mesti terus diperkasakan untuk melahirkan lebih ramai usahawan tani. Kerajaan perlu meningkatkan keluasan tanah untuk pertanian makanan bagi meningkatkan tahap kestabilan bekalan kerana 1 juta hektar yang digunakan untuk pertanian sekarang ini adalah terlalu kecil dibandingkan dengan keluasan 5.5 juta hektar untuk aktiviti perladangan dan komoditi terutama penanaman kelapa sawit.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
STOK BEKALAN MAKANAN....ISU BAGAIMANA ...
MAKANAN RUJI... IAITU BERAS DI UTAMA....
KURANGKAN IMPORT... APAKAH CARANYA...
LUASKAN KAWASAN... PERTANIAN NEGARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Rejab 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.