Pada penulis blog tanaman tebu kini merupakan sejenis tanaman yang cukup terkenal sebagai sumber utama dalam penghasilan gula. Dilaporkan dimana air tebu mengandungi pelbagai nutrisi penting seperti karbohidrat, protein dan mineral seperti kalsium, zat besi, kalium dan fostor di dalamnya. Bukan itu sahaja kerana tebu juga sering diproses menjadi jus atau air tebu yang mengandungi sukrosa, fruktosa dan glukosa lain. Memang air tebu dikatakan lebih sihat berbanding mengambil gula kerana gula yang diekstrak daripada air tebu hanya mengandungi 15 kalori. Tebu didakwa mempunyai pelbagai khasiat yang mungkin ramai tidak tahu. Pun begitu rasa manis semula jadi yang terdapat pada tebu serta khasiatnya bukan bererti ia boleh diambil secara berlebihan sebaliknya ia perlu dikawal agar tidak mengundang bahaya kepada kesihatan. Dalam pada itu rasa tebu bukan sahaja manis dan enak akan tetapi ia juga terbukti mempunyai pelbagai manfaat seperti meningkatkan sistem kekebalan tubuh, mencegah kanser dan juga beberapa penyakit lain. Antara manfaat tebu yang ramai tidak tahu adalah ia boleh merawat luka, menguatkan tulang, menurunkan kadar kolestrol, mengawal tekanan, menjaga paru-paru dan menambah tenaga. Air tebu juga cukup baik untuk ibu hamil kerana sifatnya yang meningkatkan proses metabolisme, melancarkan penghadaman serta mampu mengurangkan gejala 'morning sickness'. Air tebu sangat enak diminum dimana ia juga dapat memberikan tenaga kepada ibu mengandung kerana indeks glisemik yang rendah. Air tebu juga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh ibu hamil secara semula jadi daripada bergantung kepada ubat-ubatan atau antibiotik. Ia juga membantu meredakan masalah sembelit yang sering dialami oleh wanita mengandung. Apa pun jika minum air tebu boleh menyebabkan kesan sampingan seperti sakit kepala dan mual sekiranya ia diambil secara berlebihan. Jika ingin mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada air tebu, sebaik-baiknya hanya minum segelas sehari sudah memadai. Memanag kena dengan peribahasa yang dijadikan tajuk artikel ini mengenai kemanisan air tebu.
Menanam tebu mampu memberikan pulangan baik kepada pengusahanya dimana kisah 'Tuai hasil tebu telur' dam hmetro.com sesuai dikongsikan. Walau pun suianya baru sahaja 29 tahun namun mempunyai pengetahuan luas dan minat mendalam terhadap bidang pertanian. Dilaporkan melihat potensi luas dalam bidang itu maka Abdul Hakim Abu Bakar mengusahakan penanaman tebu telur secara sepenuh masa di Kampung Pulau Raja, Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan. Tanaman tebu diusahakan di ladang kelapa yang sudah dijalankan selepas menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Hasil daripada jualan santan itu, dijadikan modal untuk memulakan penanaman tebu telur. Dia memilih untuk serius dengan penanaman tebu telur selepas tanaman ini memiliki pasaran yang luas kerana mendapat permintaan tinggi sehingga ke Singapura namun masih tidak mencukupi. Dia yang terbabit secara serius dengan penanaman tebu telur bersama ayah dan adik di atas tanah seluas 1.2 hektar. Kini selepas sembilan bulan sudah mula menuai hasil sehingga 10 tan jumlahnya. Asalnya dia tidak memiliki latar belakang dalam bidang pertanian tetapi berani menongkah arus untuk menjadikan bidang itu sebagai sumber pendapatan bagi menyara keluarga. Bermula dengan menyertai kursus mengenai tanaman ini anjuran Koperasi Pembangunan Usahawan Bestari Johor Berhad di Pahang dia diajar pelbagai perkara mengenai proses penanaman sehingga proses selepas tuaian tebu telur. Kini dia gunakan dua sistem iaitu lubang dan parit untuk menanam. Tanaman tebu memerlukan penjagaan konsisten termasuk pemberian baja, racun serangga dan air. Kini selepas sembilan bulan ke atas ditanam, tebu yang sudah mencapai ketinggian 2.1 meter ke atas boleh dituai. Tebu ini keluarkan 'anaknya' yang boleh dituai dalam tempoh tiga bulan selepas 'ibunya' dituai. Proses ini akan berterusan dalam tempoh tiga hingga empat tahun. Dakwanya penanaman tebu telur ini sangat mudah namun memerlukan penjagaan rapi supaya pertumbuhan tidak terbantut. Pada usia tiga hingga empat bulan, apabila daunnya terbuka sendiri, petani perlu cabut daun untuk elakkan serangan ulat. Kes serangan ulat pengorek batang boleh mengakibatkan pertumbuhan tebu terbantut, sekali gus menurunkan kualitinya. Pengawalan rumpai juga perlu dilakukan untuk elakkan kehadiran ular dan tikus yang boleh membahayakan keselamatan pekerja. Ada juga cabaran musim kemarau kerana tanah tidak dapat menyimpan air dalam tempoh lama untuk dibekalkan kepada tanamannya. Kini dia memasang sistem pengairan sebagai persediaan untuk hadapi musim kemarau. Tebu telur memiliki kelebihan tersendiri berbanding tebu lain sehingga ia mendapat permintaan tinggi. Tekstur kulit dan isinya lebih rapuh dan lembut. Selain itu dilaporkan aroma air tebu ini lebih wangi serta warnanya lebih terang.
Kisah bagaimana kenaikan mendadak harga tebu pada setiap kali bulan Ramadan di Kuantan, Pahang memang meresahkan peniaga minuman tersebut. Dawa seorang peniaga air tebu Syazwab (27 tahun) dimana pada hari biasa harga tebu dijual tidak menentu sekitar 80 sen sebatang ke atas tetapi pada bulan Ramadan tebu dijual pada harga RM2.50 sebatang. Dia yang berniaga air tebu dakwa kenaikan harga tebu adalah begitu mendadak. Dia yang berniaga minuman itu sejak berusia 15 tahun nyatakan agak hairan kenapa setiap kali bulan Ramadan harga tebu menjadi tidak terkawal dan dianggapnya sebagai melampau. Dahulu dalam tiga ke empat tahun lalu dimana harga tebu tidak lebih 80 sen sebatang yang mana jika dijual pada berkenaan ketika itu maka ia sudah terlalu mahal. Walau pun dia berniaga bukan pada bulan puasa sahaja dimana kerjaya harian yang mana sejak berusia 15 tahun lagi dia membantu arwah ayah menjual air balang. Kini harga tebu terlalu mahal dan melampau RM2.50 sebatang dan dia perlu bergantung pada air balang lain. Jika tidak ia sukar baginya ditambah dengan sewa tapak bazar yang meningkat. Dulu sewa tapak hanya RM550 sahaja tetapi kini meningkat kepada RM950. Bagi seorang peniaga air tebu lain setiap kali bulan Ramadan Ahmad Faisha nyatakan harga tebu kali ini disifatkannya sebagai tidak masuk akal. Dia yang juga peniaga roti canai kini mengambil keputusan untuk tidak berniaga minuman air tebu pada Ramadan kali ini. Kalau mahu beli tebu pun modal perlu besar kerana harganya mahal ketika ini, lebih RM2 sebatang dan tidak mahu berniaga air tebu lagi.
Menarik juga kisah 'Tanam tebu depan rumah isi masa tiga bulan bercuti’ di Pasir Gudang, Johor untuk dikongsikan. Bagi usahawan Anuar Mohd (44 tahun) yang bertugas sebagai operator kren dengan sebuah syarikat di negara itu tidak mahu terus berpeluk tubuh dimana dia sebaliknya melihat sebidang tanah di hadapan rumahnya sebagai peluang untuk melakukan sesuatu. Idea ketika melayari video mengenai proses menanam tebu yang dilihatnya ketika sedang berehat di pelantar minyak beberapa ketika dahulu diterjemahkan sebaiknya setelah dia pulang ke tanah air, sekitar Februari lalu. Dia yang sampai di Malaysia sebelum Hari Raya Aidilfitri lagi akan tetapi sehingga sekarang belum dapat panggilan daripada majikan untuk kembali bekerja semula di Nigeria. Jadi bagi menampung perbelanjaan keluarga, saya menanam tebu di kawasan lapang hadapan rumah di samping menjual makanan juga di depan rumah. Usaha memulakan tanaman tebu itu sebenarnya bermula secara kecil-kecilan ketika balik bercuti sementara sebelum dipanggil bekerja semula tidak lama selepas itu. Dia yang kembali semula ke Nigeria untuk bertugas terpaksa menyerahkan kerja-kerja penanaman tebu yang baru diusahakan kepada keluarganya. Akibat pandemik Covid-19 melanda dimana dia kembali semula ke Malaysia hingga kini yang secara tidak langsung menyambung semula tugasan sebagai pekebun secara serius selepas belum ada apa-apa panggilan daripada majikan. Kini kebun tebu yang diusahakan di tanah kosong ini mempunyai kira-kira 600 batang dengan keluasan satu ekar setengah merangkumi tebu jenis tebu telor, tebu hitam kapur, tebu buluh dan tebu ragnar. Apa pun setelah enam bulan maka pokok tebunya sudah mula mendatangkan hasil dan dia juga telah membuat jus tebu yang dibotolkan untuk jualan kepada orang ramai. Dia berharap pihak berkuasa tempatan dapat benarkan saya terus tanam tebu di tanah ini buat masa ini yang dahulunya merupakan semak samun yang terbiar. Saya turut berharap mendapat bantuan dari Jabatan Pertanian dan Peladang bagi tujuan mengusahakan tanaman ini dengan lebih baik. Walaupun tanah itu adalah rizab kerajaan dia berharap kawasan itu dapat dijadikan sumber rezeki kepada penduduk yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dengan mengusahakan pelbagai tanaman. Sekurang-kurangnya mereka dapat menjana pendapatan dengan hasil jualan air tebu dan sebagainya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembac ablog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
PERIBAHASA LAMA... IA DIFIKIR...
ADA USAHAWAN... TIDAK FAKIR...
RASA MANIS... MINUM SEBUTIR...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Rejab 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.