Wednesday, November 30, 2022

ISU MENANGANI SISA KELAPA SAWIT

ISU MENANGANI SISA KELAPA SAWIT
merupakan satu perkara penting dilakukan demi memelihara kelestarian alam sekitar dan mengatasi pencemaran kualiti air. Penulis blog mendapati dimana tanaman Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) merupakan salah satu tanaman industri yang telah komersil diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun 1870 (iaitu 150 tahun dahulu) dan kini merupakan salah satu komoditi utama dapat menjana pendapatan negara. Semenjak tahun 1960 lagi telah dilaporkan kawasan penanaman kelapa sawit terus meningkat dengan peratus yang amat tinggi dilaksanakan oleh pisak perladangan, agensi kerajaan (GLC) serta oleh sektor pekebun kecil. Beberapa estet perladangan seperti Sime Darby, IOI, Guthrie, Tabung Haji, SOP dan banyak lagi menjadikan sebanyak 118 syarikat 924 perladangan seluruh negara seluas 1.87 juta hektar dan memiliki sebanyak 209 buah Kilang Kelapa Sawit. Penglibatan agensi kerajaan (GLC) dalam industri penanaman kelapa sawit terus berkembang dengan tertubuhnya banyak agensi seperti FELDA, FELCRA, SALCRA, RISDA Plantation dan banyak lagi. FELDA sebagai contoh memajukan seluas 820,000 hektar kelapa sawit sehingga tahun 2019 yang melibatkan seramai 112,635 orang peneroka dimana 490,000 hektr adalah kawasan ada peneroka dan seluas 330,000 adalah sistem pengurusan perladangan tanpa peneroka. FELCRA pula memajukan kelapa sawwit seluas 212,903 hektar dengan jumlah peserta seramai 111,684 orang. Dalam pada itu di Sarawak SALCRA memajukan seluas 51,072 hektar kelapa sawit melibatkan 19 buah ladang dan 5 buah kilang sawit. PELITA asalah agensi pembangunan tanah-tanah NCR di Sarawak dengan membangunkan seluas 554,523 hektar. Sekktor pekebun kecil yang menanam kelapa sawit menyebar seluruh negara. Rajah diatas menunjukkan daripada seluas 4.197 juta hektar kelapa sawit pada tahun 2011 seluas 4,820 juta hektar (87%) adalah kelapa sawit dewasa sementara seluas 0.637 juta hektar (12.96%) adalah tanaman sawit belum matang. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi info mengenai beberapa isu sisa dari industri kelapa sawit di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan.  

A
dalah benar jika dikatakan dimana kepentingan keujudan air adalah merupakan nadi kehidupan manusia dan lainnya. Air juga digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada perlu digunakan oleh benda bernyawa mahu pun benda tidak bernyawa. Namun begitu penulis blog dapati dimana isu sama ada adakah air itu masih boleh digunakan jika kualitinya dicemari dengan sisa dan sarap dimana ia membahayakan kesihatan menjdai masaalah di zaman moden. Memang sudah tentu pembaca faham jawapannya adalah tidak kerana ini dapat menjejaskan kesihatan hidupan. Melalui masalah ini penulis blog fikir dapatlah dilihat bahawa air juga mampu membawa kesan sebaliknya jika keasliannya tidak dikekalkan. Sejak sekian lama pembaca blog sering mendengar dan juga melihat berita tentang isu pencemaran air dan sungai serta banjir melanda negara kita yang terpapar melalui media  massa. Ini jelas menunjukkan bahawa sikap segelintir pihak yang tidak menindah perbuatan kurang sesuai yang boleh mengancam keselamatan air. Di Malaysia dan beberapa negara lain dilaporkan dimana salah satu pihak yang masih dilibatkan termasuk adalah industri perladangan dan komoditi negara selain sektor perkilangan dan pembuatan lain. Sisa industri kelapa sawit dilaporkan dalam media sering juga ianya menggangu keselamatan air serta perlu sentiasa dijalankan langkah-langkah yang boleh dipaktikkan bagi membendung masalah berkenaan. Walau pun dikatakan ia agak pahit untuk ditelan, namun begitulah hakikatnya di mana kebanyakan sumber air dalam negara kita seperti sungai mengalami pencemaran kerana sungai dimana ia sering dijadikan satu sebagai destinasi mendapan bagi sisa toksik kilang kelapa sawit. Ini merupakan salah satu masalah pencemaran yang akan berlaku dimana ia menggambarkan bahawa pihak industri kelapa sawit masih belum lagi benar-benar dapat
menjaga kemampanan alam sekitar dengan baik. 

Da
lam media tempatan sering dilaporkan kes pencemaran air disebabkan perkara ini. Sebagai satu contoh dimana satu buah Sungai Kampung Batang Benar, Pajam, Seremban di Negeri Sembilan didakwa tercemar dengan sisa daripada aktiviti pemprosesan kelapa sawit  sehingga menyebabkan bau busuk terutamanya selepas hujan. Perkara ini didakwa pihak berwajib adalah berpunca daripada pemeriksaan dimana terdapat sebatian berwarna hitam yang terbentuk hasil daripada sejenis tepung asid hidroklorik yang digunakan bagi tujuan pemprosesan kelapa sawit telah dibuang ke dalam sungai. Pencemaran air tersebut bukan sahaja menyebabkan ia tidak menyenangkan penduduk kampung malahan juga telah menyebabkan ikan ternakan di dalam kolam-kolam yang berhampiran mati. Dilaporkan juga isu keselamatan air turut terganggu apabila sungai yang berdekatan dengan ladang kelapa sawit dijadikan sebagai tempat menyalurkan sisa ladang sehingga menimbulkan masalah banjir. Sebelumnya pernah dilaporkan dimana berlaku situasi banjir di kampung Ramuan China Besar, Alor Gajah, Malaka akibat daripada kes sisa pelepah dan pokok kelapa sawit dari ladang hanyut ke dalam anak sungai. Apabila diperiksa dimana berlaku keadaan lambakan sisa ladang tersebut disalurkan ke dalam sungai kerana sistem pengurusan ladang yang tidak mempunyai logi pelupusan. Akibatnya anak sungai terbabit tersumbat dan air naik ke kawasan rumah orang kampung. memang isu ini akan merisaukan penduduk terlibat kerana kes kekerapan banjir ini berlaku adalah sebanyak dua kali dalam seminggu yang boleh menggangu keselamatan dan keselesaan penduduk kampung melakukan aktiviti harian. Dilaporkan berdasarkan kepada kedua-dua isu keselamatan air tersebut di atas seakan ia isu yang sudah terang lagi bersuluh apabila ada sungai telah dijadikan sebagai tempat untuk melupuskan sisa-sisa kelapa sawit. Sebagai salah satu alternatif atau langkah yang boleh diamalkan untuk mengatasinya adalah dengan mewajibkan pihak pengurusan ladang sawit untuk memperuntukan lokasi khas pelupusan sisa sawit sejak awal ladang ditubuhkan. Keluasan tempat pelupusan berkenaan hendaklah cukup untuk menampung jumlah sisa yang terhasil agar sungai tidak menjadi lokasi pelupusan kedua pula. Setiap lokasi pelupusan sisa seharusnya juga harus mempraktikkan ddengan sistem pengurusan yang betul agar boleh diikuti oleh semua pihak yang terlibat. Disyorkan agar ditentukan satu lokasi khas bagi tujuan pelupusan diwujudkan bergantung kepada jenis sisa yang terhasil dimana ada terdapat lokasi khas khusus untuk menempatkan sisa ladang yang boleh dilupuskan secara alami, boleh dikitar semula dan dijual. 

Sebaiknya ada juga beberapa lokasi lain atau disebut sebagai kolam rawatan sisa sawit 
dipilih bagi melupuskan sisa bahan kimia dengan lebih selamat. Sisa-sisa tersebut perlu ditempatkan iaitu secara berasingkan agar mudah dikendalikan bagi mewujudkan suasana tempat  pelupusan yang lestari. Dengan cara ini maka sisa tidak lagi sewenang-wenangnya dibuang terus ke dalam sungai demi menjaga kelestarian punca air. Seterusnya kawalan ini menjamin kelestarian alam sekitar apabila semua pihak sudah terlibat dalam mengamalkan apa yang dikatakan sebgai 'kaedah sisa sifar'. Istilah sisa sifar ini adalah sebagai tidak ada sebarang sisa daripada pemprosesan sawit akan dilepaskan ke alam sekeliling sama ada di tanah, udara dan air. Sisa kilang dan ladang kelapa sawit berkenaan boleh  diproses menjadi suatu produk yang boleh digunakan. Sisa kilang atau yang dikenali sebagai sisa akhir efluen kelapa sawit (POME) adalah terdiri daripada sisa buangan berbentuk
pepejal, cecair dan gas kimia atau kumbahan. Pihak MPOB sudah memberikan beberapa kaedah apabila telah berjaya mencipta satu teknologi berkesan untuk merawat sisa tersebut dengan menggunakan biojisim tempurung kelapa sawit. Sisa ini dirawat menjadi air kitar semula sebelum disalurkan ke persekitaran. Dalam pada itu penulis blog mendapati bagi isu sisa ladang pula seperti pelepah dan batang pokok sawit boleh diproses menjadi produk baharu yang pelbagai. Apa pun terkini dalam kes ini ia sekurang-kurangnya boleh direputkan menjadi baja kompos di dalam tempat khas berbanding disalurkan terus ke dalam sungai. Bahan buangan sawit bukan sahaja dapat dikurangkan malah dapat dimanfaatkan. Industri kelapa sawit Malaysia antara yang termaju didunia bagaimana pun masih perlu didalam menambahbaik kualiti binaan kolam rawatan sisa sawit agar lebih tahan lama dan tahan lasak. Teknologi reka bentuk infrastruktur ini haruslah menyedari bahawa setiap binaan yang dihasilkan pasti ada waktu luputnya. Bahan yang digunakan untuk membina infrastruktur tersebut juga sudah tentu ada kelemahannya yang menyebabkan suatu masa nanti akan mengalami kes kerosakkan. Semakin lama binaan tersebut digunakan, maka semakin rendahlah kekuatannya untuk menampung beban. Pernah dilaporkan dalam media tempatan dimana berlaku peristiwa benteng kolam rawatan sisa sawit berusia lebih 30 tahun telah pecah akibat hujan lebat mengakibatkan Sungai Pukin, Ulu Keratong, Rompin, Pahang dan sungai jadi tercemar. Kejadian ini perlu dijadikan ikhtibar supaya ianya tidak berulang lagi. Penulis blog dapati dimana beberapa cadangan tindakan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini seperti dengan membuat penyelidikan dari masa ke masa agar dapat menghasilkan kolam rawatan yang lebih tahan lama dan lasak menadah beban luar seperti hujan lebat, banjir, gempa bumi dan lain-lain. Perlu sentiasa ada langkah berjaga-jaga seperti pihak kilang boleh memasang sistem penggara di bahagian kolam rawatan tersebut agar amaran kerosakan segera dapat dikesan dan sistem automatik dapat memindahkan sisa berkenaan ke dalam kolam rawatan lain yang selamat digunakan. Teknologi ini dijangka akan dapat mengurangkan risiko sisa berbahaya berkenaan tertumpah ke dalam tanah dan punca air bersih. Apa pun sumber air akan selamat daripada dicemari sisa dan sarap apabila tahap kesedaran semua pihak dalam industri dapat berganding bahu dengan cara mengamalkan tiga langkah menangani sisa industri kelapa sawit. Tiga langkah tersebut adalah memerlukan kita untuk memperuntukan lokasi khas pelupusan sisa sawit, mengamalkan kaedah sisa sifar serta menambahbaik kualiti binaan kolam rawatan sisa sawit agar lebih tahan lama dan tahan lasak. Akhirnya matlamat untuk negara memelihara dan memulihara kelestarian air dapat dicapai jika sisa sawit berhenti daripada berakhir ke dalam sungai. Penting agar sumber air dijamin lebih selamat digunakan oleh semua hidupan. Langkah-langkah tersebut terus diamalkan oleh pemain industri sawit negara demi kemampanan sumber air agar industri kelapa sawit negara terkenal sebagai industri yang mapan di seluruh dunia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini.
Wasallam!!!..
SISA SAWIT ... BANYAK JENISNYA....
MENCEMAR SUNGAI... AIR BAHAYA...
PIHAK INDUSTRI... BEKERJASAMA...
AIR BERKUALITI.... SEMUA GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 JamadilAwal 1444H).

Tuesday, November 29, 2022

TANAMAN POULOWNIA - POTENSINYA

TANAMAN POKOK PAULOWNIA
di Malaysia merupakan salah satu strategi yang dilakukan pihak tertentu bertujuan bagi menyediakan bekalan bahan kayu untuk industri berkaitan. Pada penulis blog yang beberapa kali membuat tinjauan mendapati dimana spesies tumbuhan Paulownia ialah sejenis pokok Scrophulariaceae yang dilaporkan ia berasal dari China. Dilaporkan dimana pokok Paulownia mempunyai ciri-ciri pertumbuhan yang cepat dimana ia adalah salah satu sebab untuk dibangunkan di negar ini dan ia merupakan bahan utama yang baik serta penggunaan yang hebat dan balak yang bernilai tinggi. Tumbuhan Paulownia juga adalah spesies pokok pilihan yang sangat berpotensi dimajukan dinegara ini dalam usaha untuk mengatasi masaalah seperti hakisan tanah (soil eroison) serta membersihkan tanah dan yang tercemar dan dilaporkan ia juga mampu untuk dapat  mengembalikan aspek kesuburan tanah. Tumbuhan jenis Paulownia ini juga dilaporkan mampu untuk membersihkan udara gas berbahaya kerana hasil kajian mendapati dimana  pokok paulownia boleh berkemampuan menyerap 10 kali lebih banyak Karbon Dioksid (CO2) jika dibandingkan dengan mana-mana spesies pokok lain. Dilaporkan dimana sifat ini dengan cara melepaskan kuantiti O2 yang banyak menjadikan ia mat diperlukan untuk klestarian alam sekitar. Terdapat tiga jenis Paulownia yang ada untuk dijadikan bahan rujukkan iaitu Paulownia jenis liar, Paulownia jenis separa liar dan Paulownia jenis premium. Dilaporkan dimana spesis paulownia jenis liar terletak di kawasan gunung dengan ciri-ciri yang tidak berapa komersil dan ia jelas kurang tahap kapasiti penjanaan semula jadi yang kuat. Kajian oleh saintis menyatakan dimana hasil kajian yang dijalankan oleh bekas Akademi Pertanian dan Perhutanan Kebangsaan China nyatakan kini terdapat lima spesies paulownia jenis liar dikenalpasti iaitu jenis Paulownia albiphloea Z.H.Zhu sp.nov, P. photeinophylla, P. catalpifolia Gong Tong, P. fargesii Franch dan P. kawakamii Ito. Fakta ini merujuk kepada kajian mengenai paulownia yang dilakukan dimana ia adalah jenis separa liar yang telah melalui jangka panjang penngadaptasian dilapangan. Dalam pada itu dilaporkan kini 
terdapat empat spesies paulownia jenis separa liar iaitu dikenali sebagai P. fortunei (Seem) Hemsl, P. elongata S.Y.Hu, P. catalpifolia Gong Tong, P. tomentosa (Thunb.) Steud. Paulownia jenis liar dan paulownia jenis separa liar memang dilaporkan masih  tidak sesuai dikomersilkan kerana ia tidak dapat memenuhi tujuan yang dikehendakki industri perkayuan. Akhirnya spesis paulowina jenis premium dimana ia telah dibuat program biakbaka didapati mempunyai ciri-ciri yang dikehendakki. Baka ini sesuai dikomersilkan sebagai tanaman perladangan kerana ia memempunyai ciri-ciri kadar pertumbuhan yang pesat, skop pertumbuhan yang luas, baka tumbuhan yang tahan lasak, kualiti kayu yang tinggi, kuantiti pengeluaran yang besar serta sesuai untuk perladangan termasuk di Malaysia. Artikel petang Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai potensi tanaman pokok Paulownia di Malaysia untuk ia dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Dilaporkan dimana antara k
aedah bagi penanaman pokok paulownia pula adalah melalui amalan agronomi yang sesuai. Ini termasuklah ketika peringkat pemilihan tapak, penentuan dan penyimpanan benih, pembangunan stok benih untuk proses penanaman dan penjagaan ladang. Pa pun kesemua amalan agronomi ini penting bagi akhirnya akan dapat menghasilkan pokok paulownia yang kayunya kelak akan berkualiti tinggi. Dari beberapa teknologi dimana sebenarnya ada empat cara untuk menanam pokok paulownia dilapangan. Kaedah tersebut adalah (1) Gunakan Stok Akar dan (2) Benih dari Keratan Akar, (3) Bekalan Benih dari pembekal berwibawa, (4) Benih Import yang disahkan. Apa pun sebaiknya merujuk kepada pihak berwajib bagaimana kaedah terbaik untuk mendapatkan bekalan anak benih pokok paulownia yang sah. Pada masa ini ada beberapa pembekal anakbenih paulownia yang telah disenaraikan dan mampu membekalkan anakbenih yang dijamin tulin, sihat dan sesuai untuk dikomersilkan. Pemilihan spesies paulownia yang disyorkan oleh MTIB atau agensi berkaitan amat menentukan potensi pulangan penanaman pokok paulownia di Malaysia. Aspek jangkamasa penanaman dan harga jualan atau pasaran perlu dikenapasti kerana kelak penanam kecewa jika tiada permintaan bagi bidangusaha ini. Hasil penelitian oleh pihak berwajib dilaporkan dimana potensi industri ini baik apabila tanaman ini selain daripada kadar pertumbuhannya yang pesat dan sangat cepat didakwa dimana ia didakwa dapat memenuhi permintaan industri perkayuan negara disebabkan ia mempunyai kayu yang berkualiti tinggi. Malaysia merupakan salah satu negara yang hebat didalam menghasilkan perabot berasaskan kayu didunia dimsna penggunaan kayu getah dirawat sudah jauh kehadapan. Kehadiran tanaman pokok paulownia juga mempunyai potensi baik apabila proses pembiakbakaan yang baik  akan dapat menghasilkan jenis pokok paulownia yang terbaik di Malaysia dimasa akan datang. Tanaman pokok paulownia ini dijangkan akan dapat memberikan keuntungan kepada penanam serta berikan kesan baik kepada alam sekitar dalam pelbagai bentuk termasuk boleh mengawal pemanasan global disamping ia akan dapat memberikan sumber pendapatan kepada pengusaha tempatan.

Dalam portal BH ada kisah mengenai tanaman ini bertajuk '
Paulownia tanaman alternatif bantu pekebun getah' adalah wajar dirujuk. Kisah dipetik daripada Padang Besar, Perlis dimana pihak RISDA dilapor akan memperkenalkan sejenis tanaman baharu membabitkan pokok balak yang dikenali Pokok Paulownia yang mana ia bertujuan untuk diusahakan golongan pekebun kecil getah. Bagi pengerusinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin ada nyatakan dimana pokok paulownia akan diperkenal bagi membantu golongan terbabit sebagai satu sumber pendapatan alternatif sementara menunggu pulangan hasil getah. Program ini dilancarkan selain dari mendapatkan pulangan dari hasil tanaman lain seperti sayuran dan buah-buahan yang sudah dilaksanakan di kawasan tanaman getah di negara ini. Kini dilaporkan pihak RIDSA sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat berpangkalan di China bagi memperkenalkan paulownia yang turut dikenali sebagai 'Empress and Princess Tree' atau 'Foxglove Tree'. Ada laporan dimana tanaman ini terbukti mendapat permintaan tinggi bagi tujuan pembuatan perabot dan bahan bakar bio. RISDA dilaporkan mendapati tanaman paulownia sangat sesuai ditanam di negara ini berdasarkan kajian terhadap iklim dan kelembapan di kawasan monsun tropika. okok ini dilaporkan memang boleh ditanam di kawasan lapang berhampiran rumah dan kawasan ladang getah yang dalam proses penanaman semula dan ini sekali gus mampu mendatangkan pulangan hasil selepas ia ditebang dan dijual pada kadar dua tahun sekali. Proses memperkenalkan tanaman paulownia ini sedang dalam peringkat perbincangan akhir oleh pihak RISDA bersama beberapa syarikat dari China dan mungkin akan mula diberikan kepada pekebun kecil untuk ditanam dalam masa yang terdekat. 

Dalam pada itu beberapa media tempatan juga ada melaporkan dimana pihak '
UPM bantu Kelantan tanam pokok hutan ‘PAULOWNIA’ untuk projek ladang hutan' dimana ia sesuai dikongsikan. Kisah dari Gua Musang, Kelantan ini menyatakan dimana pihak Institut Penyelidikan Perhutanan dan Produk Hutan (INTROP), Universiti Putra Malaysia (UPM) menerajui penyelidikan dalam membantu Kelantan menanam 2,000 anak pokok spesies pokok hutan ‘Paulownia tomentosa’ untuk ladang hutan di Kg Mering. Aktiviti penyelidikan dan penanaman tanaman pokok Paulownia yang merupakan pokok asli Asia itu dijalankan di kawasan seluas 200 hektar di hutan mukim Mering di Lojing iaitu satu kawasan dalam daerah Gua Musang, Kelantan dengan bantuan Syarikat Pollywood Sdn Bhd. Penyelidikan penanaman pokok itu bertujuan untuk melihat kesesuaian paulownia ditanam di negara ini berdasarkan kajian terhadap iklim dan kelembapan di kawasan monsun tropika sebelum ia boleh dikomersialkan. Bagi penyelidik daripada INTROP UPM iaitu Prof. Madya Dr. H’ng Paik San nyatakan dimana pokok Paulownia yang dikenali dengan nama Empress Cina, Pokok Princess atau Pokok Kiri itu terkenal kerana dilaporkan yang kadar pertumbuhan cepat, bunganya cantik berwarna lavender dan berbau harum, saiz daun besar seakan telinga gajah mempunyai nilai komoditi jualan kayu sangat tinggi. Kni didakwa dimana pasaran eksport paulownia terutamanya ada iaitu dari negara China, Taiwan dan Jepun. Ia selalu akan digunakan untuk membuat perabot, kotak hadiah, mangkuk, mainan, terompah, kraf tangan dan alat muzik. Kini selain daripada itu produk kayunya digunakan untuk membuat hasilan tradisional seperti kayu gergaji, industri pembinaan, papan lapis dan venir. Dilaporkan pembangunan perladangan ini adalah dengan menggunakan benih genetik Paulownia yang tinggi kualiti melalui pemilihan variasi pokok dan ia adalah merupakan tanaman dimana pertumbuhannya juga cepat dan mampu menghasilkan hasil kayu yang lebih tinggi. Dilaporkan kaedah ini dapat mempertingkatkan ekonomi seperti penghasilan bahan penyelidikan yang bernilai tinggi seperti enzim untuk perindustrian dan pertanian. Dr. H’ng nyatakan dimana pihak UPM dan Pollywood berhasrat menambah konservasi hutan di Lojing bagi menangani kesan pencemaran alam sekitar dan kekurangan hutan, pemencilan karbon hutan, pengeluaran biosumber secara mampan dan biodiversiti hutan. Penubuhan ladang hutan percubaan Paulownia adalah sebagai salah satu langkah bagi menangani kekurangan sumber kayu tradisional yang semakin meningkat. Apa pun melalui memorandum persefahaman ini UPM dalam penyaringan dan mengenal pasti tanaman yang berpotensi untuk industri biokomposit dan mengkomersialkan tanaman baharu melalui pembangunan sistem perladangan mampan.  Kerjasama itu akan menumpukan penyelidikan terperinci produk hutan daripada pokok Paulownia serta pertukaran penyelidik dan pelajar pasca siswazah, penempatan pelajar pra siswazah untuk latihan industri, pertukaran data penyelidikan dan penyelidikan bersama. Pollywood dilapor merupakan syarikat tempatan yang menjalankan perniagaan berkaitan dengan pertanian,perhutanan dan produk hutan sementara INTROP adalah institusi penyelidikan UPM yang berperanan mengembangkan penyelidikan perhutanan hutan tropika dan produk hutan di Malaysia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pambaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK PAULOWNIA... ASAL CHINA...
CEPAT MEMBESAR...MUDAH SAJA...
CARI BENIH... PASTIKAN JENISNYA...
ADA POTENSI... PERLU DICUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(16 RabiulAkhir 1444H).

Monday, November 28, 2022

SABUT KELAPA DAN GUNANYA (Part 2)

SABUT KELAPA
(coconut husk) merupakan bahagian mesokarp (kulit luar) yang terdiri daripada serat kasar pada buah kelapa. Pokok Kelapa (Cocos nucifera) merupakan tanaman serbaguna yang masih luas di tanam di Malaysia. Lazimnya ia berfungsi sebagai pelapik (cushion) apabila buah kelapa tua jatuh ketanah dari pokok yang tinggi agar tidak pecah. Fungsi lain secara alami dimana ia akan mempastikan buah kelapa terapong pada permukaan air dan menyebabkan ia tidak tenggelam iaitu fungsinya sebagai 'pelampong'. Sabut yang terdiri dari serat yang terkumpul ini akan diasingkan denag menoupas sebelum isinya di jual sebagai biji kelapa yang mengandungi air kelapa dan santan. Ia dibuang menggunakan alat khas dan selalunya dikumpulkan dipusat khas kemudian diiarkan atau dibakar atau kering membusuk jika tidak diproses. Bagaimana pun terkini longgokan sabut kelapa sudah kurang kerana sudah dipelbagaikan kegunaanya selain daripada secara tradisinya dijadikan bahan bakar sahaja. Banyak aktiviti memproses sabut kelapa seperti dijadikan cocopeat iaitu bahan tanaman yang diguna untuk fertigasi, alas kaki, kusyen kerusi kereta, tali dan sebagainya. Penghasilan serat sabut (cocofibre) dan serbuk sabut (cococoir) merupakan produk yang paling banyak diusahakan dikawasan penananaman kelapa. Saya ada menulis banyak artikel mengenai kelapa dan sabut kelapa termasuk pautan berikut (Sila klik disini). Kini bukan sahaja ia digunakan sebagai media tanaman malahan sudah diformulasi sebagai bahan baja tanaman yang pelbagai jebusnya. Penulis blog dapati dimana sabut kelapa juga merupakan hasil buangan daripada buah kelapa yang dikupas kulitnya dan boleh diproses menjadi pelbagai produk berguna. Secara umum sabut kelapa dapat diproses menjadi Cocopeat (nama teknikal untuk serbuk dari sabut kelapa). Kini produk cocopeat telah menjadi satu pilihan terbaik dikalangan usahawan nurseri dan petani untuk dijadikan media tanaman yang cekap dan kos efektif. Kajian menunjukkan bahawa kandungan cocopeat ini memang ternyata mengandungi beberapa unsur zat makro dan mikro yang diperlukan oleh tanaman. Unsur zat tersebut adalah Kalium (K), Posforan (P), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg) dan beberapa lagi. Dalam membuat beberapa lapporan teknikal didalam dan luar negara, penulis mendapati bahawa kandungan unsur nutrien sabut kelapa yang paling dominan adalah unsur Kalium (K). Ini diikuti dengan unsur Posforan didalam cocopeat. Keujudan kedua-dua unsur kalium dan Posforan ini sangat diperlukan oleh tanaman terutama sewaktu tanaman kita sedang mengalami tahap peringkat pembungaan (Flowering) dan pembuahan (Fruiting). Lazimnya unsur kalium memberikan “rasa” pada buah agar lebih berkualiti dari segi kemanisannya, kelembutannya dan juga aromanya. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" kenggunaan sabut kelapa dan kehebatan bahan produk tersebut untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Sabut kelapa merupakan bahan sesuai untuk dijadikan SUNGKUPAN kepada tanaman. Makna sungkupan (Mulching) adalah bahan organik atau bukan organik yang diletakkan menutupi permukaan tanah dipangkal tanaman untuk pelbagai faedah kebaikan. Antara jenis sungkupan yang sering digunakan termasuk serat kelapa, tandan kelapa sawit, kompos dan jenis plastik (terutama plastik silvershine). Penggunaan sabut kelapa sebagai sungkupan sejak dulu banyak digunakan petani diatas batas tanaman sayutan dan tanaman makanan lain sebelu petani kini lebih selesa dengan mengamalkan penggunaan plastik silvershine. Bagaimana pun kelebihan sabut kelapa jika digunakan sebagai sungkupan adalah kemampuannya untuk mengawal kelembapan tanah, membolehkan air hujan untuk meresap masuk dan juga akan reput menjadi unsur baja yang kaya dengan Posforan (P) dan Kalium (K) sebagai tambahan kepada unsur baja organik kepada tanah. Kebaikan lain kerana penggunaan sabut kelapa adalah mesra alam (environmental friendly) dimana ia amat disyorkan ketika ini. Ia mudah didapati dalam bentul asli atau diproses sebagai serbuk atau cocopeat dan mudah juga disimpan. Bahan ini ringan dan selalunya dibungkus didalam bekas yang tahan lama digunakan dikebun. Ada petua agar sebelum menggunakan sabut kelapa komersil ini direndam dahulu bagi membuang sebarang bahanasing termasuk garam yang mungkin terkandung didalamnya.

Menerik penulis blog membaca berita dari portal bharian.com yang bertajuk 'Sabut Kelapa inovasi baru kepada industri perabut' yang dipetik dari Marang, Terengganu. Penulis blog setuju dengan dakwaan akbar BH menyatakan k
elapa dikatakan sebagai pokok 1,001 kegunaan dengan setiap bahagian daripada pokok berkenaan mempunyai kegunaan dan boleh dihasilkan produk. Jika dahulu sabut kelapa hanya dibuang dan dibakar, kini ia menjadi inovasi baharu dalam industri pembuatan perabot, tilam dan tempat duduk kereta. Kini dilaporkan dimana sabut yang diproses didapati boleh menghasilkan produk cocopeat (habuk sabut) dan coir (fiber panjang). Bahan itu digunakan dalam industri seperti dalam pembuatan perabot, permaidani, tilam serta tempat duduk kereta, selain fertigasi pertanian moden bagi menggantikan tanaman di atas tanah. Usahawan tempatan ada nyatakan dimana untuk menghasilkan cocopeat dan coir maka sabut kelapa akan direndam di dalam kolam takungan selama sebulan, kemudian sabut yang diawet itu ditoskan sebelum dipukul bagi memecah, melembut dan kemudian diasingkan untuk menghasilkan cocopeat serta coir. Kajian MARDI ada dilaporkan berjaya menghasilkan mesin pengasing sabut kelapa bagi memudahkan usahawan yang mahu menceburi bidang ini dan setiap mesin dijual dengan harga RM25,000. Bagaimanapun, kami sedia beri pinjam kepada usahawan buat sementara selama sembilan bulan. Dakwa Mohd Salleh sehingga kini penggunaan mesin pengasing sabut kelapa ini masih belum digunakan secara meluas. Dilaporkan setakat ini hanya empat negeri sahaja yang ada beberapa usahawan menggunakan mesin ini iaitu di Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Hasil cocopeat dan coir ini sangat mendapat permintaan tinggi bagi pasaran dalam industri pembuatan negara. Bagi seorang daripada pengusaha cocopeat dan coir dari Kampung Bukit Kolam dikenali Mamat Osman (61) tahun yang nyatakan dia yang asalnya berniaga santan selama enam tahun kini memperoleh hasil lumayan setelah menceburi bidang ini tiga tahun lalu (Sila anda lihat foto disebelah). Dia yang mulanya fikir apa nak buat apa dengan sabut kelapa ni sebab kerjanya hanya menjual santan. Sebelum ini dia hanya amalkan cara dimana kelapa dia guna, tetapi tempurung dan sabut tu tak tahu nak buang ke mana. Kebetulan dia ada juga terbaca mengenai mesin mempproses sabut kelapa dan beli 2 unit untuk perusahaannya. Pendapatannya menjual santan selepas pencen hanya sekitar RM50 hingga RM60 sehari akan tetapi kini pendapatannya meningkat tiga kali ganda hasil permintaan cocopeat yang tinggi. Produk Cocopeat ini boleh digunakan sebagai media untuk penanaman fertigasi dan permintaan terhadap cocopeat ini sangat tinggi dan saya hanya menjualnya RM4.50 seguni. Dulu pengusaha fertigasi ambil dari luar negeri akan tetapi kini mereka ambil dengan dia sebab dijual dengan lebih murah. Untuk produk coir pula dia selalu akan digunakan dalam industri penghasilan perabot seperti produk karpet, tilam serta tempat duduk kereta yang mana coir ini tahan lama dan tidak mudah rosak serta tidak panas dan sangat sesuai dengan bahan dihasilkan. Coir dijual dengan harga RM900 bagi satu treler. Sabut kelapa dia akan perolehi daripada orang kampung dengan harga RM60 selori, tetapi kini saya menghadapi sedikit kesukaran untuk mengeluarkan lebih produk kerana pengeluaran kelapa di negeri ini semakin berkurangan.

Ada kisah bagaimana 
Penyelidik Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) menghasilkan inovasi bekas makanan (pinggan) biodegradasi berasaskan sabut kelapa yang mana ia menyumbang ke arah kelestarian alam sekitar serta menyokong dasar-dasar kerajaan mengurangkan penggunaan plastik. Bagi Ketua Penyelidik, Prof Madya Dr Siti Salwa Abd Gani mendakwa iaitu fokus utama penghasilan inovasi itu adalah untuk memastikan ia mudah terurai dan cepat dibiodegradasi bagi menjadikannya alternatif terbaik kepada polisterin serta plastik. Penggunaan plastik yang berterusan dalam kuantiti banyak boleh mengakibatkan isu pemanasan global, pengumpulan gas rumah hijau, mengancam keseimbangan ekosistem negara serta kepupusan haiwan akuatik kerana menganggap plastik yang terdampar di lautan adalah bahan makanan hidupan laut. Kini dengan menggunakan sabut kelapa, bekas makanan tidak lagi menjadi faktor yang menyumbang kepada pencemaran alam untuk jangka masa panjang sekali gus meningkatkan usaha negara untuk memulihara ekosistem kehidupan. Penghasilan bekas makanan mesra alam juga menawarkan pelbagai kelebihan seperti mudah dileraikan, murah, efektif dan menawarkan daya ketahanan tinggi yang boleh menampung berat makanan sehingga satu kilogram. Pendekatan yang diambil untuk menghasilkan inovasi itu adalah menarik berbanding bekas makanan di pasaran dengan mengetengahkan konsep "From Waste to Wealth" menjadikannya sebagai daya penarik pengguna terutama bagi pencinta alam sekitar. Konsep diterapkan ternyata memberi kelebihan mengenai perhatian yang diberikan dengan menukarkan sisa terbuang menjadi bahan penting komponen bekas makanan demi memastikan kelestarian alam sekitar dan pengurangan sisa tanaman sabut kelapa dapat dicapai. Ekonomi Malaysia mencatatkan industri berasaskan pokok kelapa keempat terbesar dan terpenting membolehkan sisa tanaman sabut kelapa murah, mudah serta boleh dijadikan bahan asas yang baik untuk menghasilkan inovasi hijau. Ciptaan yang sudah dipatenkan itu dijangka menerima sambutan hangat daripada pengusaha makanan kerana faedah yang ditawarkannya. Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 1 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
SABUT KELAPA.... BANYAK GUNANYA...
JADI COCOPEAT... PALING KETARA...
DIBUAT PERABOT...AUTOMOTIF JUGA...
BACA ARTIKEL... MULUT TERNGANGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 RabiulAkhir 1444H).

Sunday, November 27, 2022

SABUT KELAPA DAN GUNANYA (Part 1)

SABUT KELAPA
(coconut husk) merupakan bahagian mesokarp (kulit luar) yang terdiri daripada serat kasar pada buah kelapa. Pokok Kelapa (Cocos nucifera) merupakan tanaman serbaguna yang masih luas di tanam di Malaysia. Lazimnya ia berfungsi sebagai pelapik (cushion) apabila buah kelapa tua jatuh ketanah dari pokok yang tinggi agar tidak pecah. Fungsi lain secara alami dimana ia akan mempastikan buah kelapa terapong pada permukaan air dan menyebabkan ia tidak tenggelam iaitu fungsinya sebagai 'pelampong'. Sabut yang terdiri dari serat yang terkumpul ini akan diasingkan denag menoupas sebelum isinya di jual sebagai biji kelapa yang mengandungi air kelapa dan santan. Ia dibuang menggunakan alat khas dan selalunya dikumpulkan dipusat khas kemudian diiarkan atau dibakar atau kering membusuk jika tidak diproses. Bagaimana pun terkini longgokan sabut kelapa sudah kurang kerana sudah dipelbagaikan kegunaanya selain daripada secara tradisinya dijadikan bahan bakar sahaja. Banyak aktiviti memproses sabut kelapa seperti dijadikan cocopeat iaitu bahan tanaman yang diguna untuk fertigasi, alas kaki, kusyen kerusi kereta, tali dan sebagainya. Penghasilan serat sabut (cocofibre) dan serbuk sabut (cococoir) merupakan produk yang paling banyak diusahakan dikawasan penananaman kelapa. Saya ada menulis banyak artikel mengenai kelapa dan sabut kelapa termasuk pautan berikut (Sila klik disini). Kini bukan sahaja ia digunakan sebagai media tanaman malahan sudah diformulasi sebagai bahan baja tanaman yang pelbagai jebusnya. Penulis blog dapati dimana sabut kelapa juga merupakan hasil buangan daripada buah kelapa yang dikupas kulitnya dan boleh diproses menjadi pelbagai produk berguna. Secara umum sabut kelapa dapat diproses menjadi Cocopeat (nama teknikal untuk serbuk dari sabut kelapa). Kini produk cocopeat telah menjadi satu pilihan terbaik dikalangan usahawan nurseri dan petani untuk dijadikan media tanaman yang cekap dan kos efektif. Kajian menunjukkan bahawa kandungan cocopeat ini memang ternyata mengandungi beberapa unsur zat makro dan mikro yang diperlukan oleh tanaman. Unsur zat tersebut adalah Kalium (K), Posforan (P), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg) dan beberapa lagi. Dalam membuat beberapa lapporan teknikal didalam dan luar negara, penulis mendapati bahawa kandungan unsur nutrien sabut kelapa yang paling dominan adalah unsur Kalium (K). Ini diikuti dengan unsur Posforan didalam cocopeat. Keujudan kedua-dua unsur kalium dan Posforan ini sangat diperlukan oleh tanaman terutama sewaktu tanaman kita sedang mengalami tahap peringkat pembungaan (Flowering) dan pembuahan (Fruiting). Lazimnya unsur kalium memberikan “rasa” pada buah agar lebih berkualiti dari segi kemanisannya, kelembutannya dan juga aromanya. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" kenggunaan sabut kelapa dan kehebatan bahan produk tersebut untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Pada penulis blog yang banyak mnulis mengenai tanaman kelapa dalam blog ini (ada lebih 480 artikel) mendapati dimana tanaman kelapa adalah 
tumbuhan palma (Keluarga - Arecaceae) yang masyhur dimana ia adalah sebagai tanaman serbaguna. Hampir keseluruhan pokok kelapa yang juga dikenali sebagai 'nyiur' atau 'kerambil' ini digunakan daripada bahagian buah, daun dan batang dimana ia dapat dimanfaatkan untuk kegunaan seharian manusia. Penulis blog juga faham dimana ada banyak produk hasil dari kegunaan sabut kelapa dalam kehidupan harian. Sabut kelapa merupakan salah sati hasil sampingan yang banyak dalam industri kelapa. Pernah penulis blog membuat penelitian dibeberapa pusat pertanian semasa proses pendaftaran varieti kelapa di Malaysia mengukur dan menilai buah kelapa dimana sebiji buah mempunyai lebih kurang 0.4 kg sabut dengan kandungan sebnayak 30% serat atau gentian. Sabut kelapa terdiri daripada serat dan gabus dimana ia adalah satu kelebihan dalam bahan ni (Sila lihat foto paling atas). Serat atau pun dalam bahasa Inggeris disebut sebagai 'fiber' ini sesuai diproses daripada sabut dari jenis kelapa tinggi dengan kandungan lignin dan rendah dengan kandungan selulosa menjadikannya kuat dan tahan lama. Apa pun selalunya aktiviti pemprosesan sabut kelapa boleh ianya dilakukan dengan dua kaedah iaitu secara Pengeretan (retting) atau Pengisaran (milling). Secara umum dimana  kaedah teknologi pengeretan boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti air, embun, enzim, kimia dan mekanikal untuk menceraikan jaringan polisakarida pektin yang mengikat serat pada batang untuk mendapatkan serat secara individu. Tempoh pengeretan yang lebih pendek akan menghasilkan serat yang lebih berkualiti tinggi namun kajian mendapati pengeretan terbaik adalah hasil gabungan kimia dan enzim. Pengeretan sabut kelapa memerlukan masa sehingga 4 - 12 bulan untuk menghasilkan serat yang baik, panjang dan putih bersih. Bagaimana pun penulis blog dapati dimana dengan kemajuan teknologi pada masa kini maka proses ini dapat disingkatkan dengan bantuan enzim dan kimia. Kaedah pengisaran pula terbahagi kepada dua cara iaitu Kaedah Pengisaran Basah (wet milling) dan Kaedah Pengisaran Kering (dry milling). Pengisaran basah menghasilkan serat yang panjang, pendek dan berwarna coklat. Pengisaran kering pula dilakukan tanpa proses perendaman atau sabut hanya dibasahkan sedikit sahaja untuk menghasilkan serat yang pendek, kasar dan berwarna coklat. 

Seterusnya perlu tahu apakah dia kegunaan 
yang dapat diperolehi daripada hasil pemprosesan sabut kelapa untuk dijadikan produk akhir yang ada dijalankan di Malaysia dan beberapa negara lain yang banyak menanam kelapa. Sabut Kelapa memang berkait dalam Industri Tekstil dimana serat kelapa adalah satu-satunya serat daripada buah-buahan yang boleh digunakan dalam industri tekstil. Antara produk yang dapat dihasilkan daripada serat kelapa adalah seperti tikar, tali, karpet dan pengisi tilam. Walau pun kini di Malaysia industri ini semakin berkurangan akan tetapi ia masih ada lagi dibeberapa kilang kecil. Dalam pada itu serat kelapa sudah dilaporkan sangat berguna kepada Tanah Perlombongan. Ini kerana serat kelapa juga digunakan untuk menambak tanah bekas lombong. Aktiviti perlombongan lazimnya akan juga menyebabkan perubahan pada struktur fizikal dan kimia tanah yang menyebabkan aktiviti pertanian tidak sesuai dijalankan di kawasan ini. Selain itu terdapat juga risiko kepada terjadinya hakisan dan pemendapan tanah lebih tinggi di kawasan bekas lombong. Dalam perkara ini penggunaan serat kelapa iaitu yang diletak pada lereng lereng kawasan perlombongan untuk mengurangkan kejadian hakisan pada tanah yang ditimbun pada kawasan bekas lombong kerana keupayaan serat kelapa untuk menyerap dan menyimpan air adalah tinggi. Selain itu apa yang penulis blog nilai dimana serat kelapa adalah bahan semulajadi, murah dan bermanfaat dalam digunakan dalam jangka masa panjang kerana ia akan menjadi humus apabila terurai (Sila lihat foto paling bawah sekali). Setelah dibuat penimbunan tanah dilakukan maka lazimnya kawasan lombong ini boleh ditanam dengan tanaman penutup bumi seperti tanaman kekacang (legume) dan rumput untuk ianya dapat mengembalikan struktur fizikal dane) kimia tanah yang sesuai untuk kegiatan pertanian. Di Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Slim River dan TKPM Sungkai Perak amalan ini telah menjadi satu kaedah yang sering dilakukan.

Kegunaan sabut kelapa paling kelas banyak digunakan dalam sektor Pertanian. Bahan g
ambut atau habuk sabut kelapa adalah bahan yang dihasilkan daripada sabut kelapa yang telah diproses dan dihancurkan untuk dijadikan sebagai medium tanaman bagi membantu tumbesaran pokok dikenali sebagai COCOPEAT. Serbuk sabut kelapa atau lebih dikenali secara komersial sebagai cocopeat adalah salah satu media penanaman yang baik kerana nilai pH, konduktiviti elektrik, dan sifat kimia yang lain yang sesuai sebagai media penanaman. Namun begitu kadar upaya simpan air yang tinggi menyebabkan kadar pengudaraan cocopeat adalah rendah yang menyebabkan akar menerima kurang oksigen. Dalam pertanian moden dimana penggunaan media cocopeat amat popular sebagai media untuk semaian benih dan teknik penanaman secara fertigasi. Anda boleh membaca dengan jelas mengenai cocopeat dalam tulisan saya dengan pautan berikut (Sila klik disini). Selalunya terdapat juga beberapa bahan lain turut ditambah ke dalam media cocopeat seperti perlite dan sekam padi yang dibakar untuk mengurangkan masalah pengudaran akar bagi menyuburkan lagi bahan ini. Dalam pada itu sabut kelapa sesuai dijadikan Produk Perabot juga. Kandungan lignin dan selulosa dalam sabut kelapa menjadikan ia sesuai sebagai bahan alternatif dalam kaedah pembuatan papan partikal. Selain itu memang ia juga ada digunakan didalam industri Automotif. Ini kerana kesesuaian serat atau gentian kelapa telah dieksploitasi dalam bidang automatif dalam pembuatan kusyen kereta, tilam dan perabot. Dalam kes lain agak pelik apabila sabut kelapa juga berguna didalam proses Pembuatan Kuih terutama kuih tradisional di Malaysia. Dalam pembuatan kuih tradisional seperti akok, bika dan bahulu, sabut kelapa dijadikan sebagai bahan bakar untuk menghasilkan kuih yang lebih beraroma. Penggunanan sabut kelap juga ada didalam kilang iaitu Kilang Pembuatan Silika. Ini kerana abu sabut kelapa mengandungi 62.43% Kalium oksida (K2O), 17.9% Silikon dioksida (SiO2) dan 8.79% Kalsium oksida (CaO) iaitu kompopnen yang berguna dan berpotensi untuk menghasilkan silika. Silika digunakan dalam banyak industri namun penghasilan silika (Si02) yang tulen dan berkualiti tinggi adalah mahal kerana takat leburnya yang tinggi. Oleh sebab itu biasanya proses pengekstrakan silika daripada sisa pertanian seperti sabut kelapa adalah salah satu alternatif untuk mengurangkan kos pengeluaran silika. Terkini dalam dunia moden dimana sabut kelapa meluas digunakan didalam proses Rawatan Air Buangan dan sebagainya. DIlaporkan dimana sabut kelapa juga digunakan sebagai ‘activated carbon’ yang berpotensi sebagai bahan penyerap yang baik yang dapat membantu masalah rawatan air buangan. Sabut kelapa juga dibakar untuk menghalau nyamuk pada waktu lewat petang di kawasan kampung. Banyak lagi kegunaan sabut kelapa dilaporkan seperti sebagai bahan untuk meneutralkan air dan bau simen, penapis air sederhana dan bahan mentah penyala. Teknik pemprosesan sabut kelapa pada hari ini telah membantu petani untuk mendapat pendapatan tambahan kerana ia berpotensi untuk menjadi serat kelapa, cocopeat dan papan partikal dan lain lain disambing menjaga kelestarian alam sekitar. Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 1 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
SABUT KELAPA.... BANYAK GUNANYA...
JADI COCOPEAT... PALING KETARA...
DIBUAT PERABOT...AUTOMOTIF JUGA...
BACA ARTIKEL... MULUT TERNGANGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 RabiulAkhir 1444H).

Saturday, November 26, 2022

APA DIA AYAM SAGA?

AYAM SAGA
atau lebih senang dipanggil sahaja sebagai Ayam Kampong merupakan spesis ayam yang sering ianya diternak dan ia dijadikan lauk yang eksotik hasil dari bahagian daging terutamanya. Penulis blog paling suka makan lauk ayam saga dimasak sebagai Ayam Ungkep, Ayam masak Kicap dan juga Sup Ayam Saga. Dilaporkan dimana sejak dulu aktiviti penternakan ayam (poultry) di Malaysia yang dibuat secara tradisional sebelum ianya di komersilkan di Malaysia. Daging Ayam merupakan satu jenis sumber protin yang paling meluas diambil oleh masyarakat Malaysia dan mungkin diseluruh dunia. Penternakan poltri (unggas) ini merupakan industri utama dalam subsektor penternakan. Industri unggas ini merupakan penyumbang utama ekonomi dalam industri ternakan di Malaysia. Pada tahun 2020 sahaja pihak MAFI melaporkan dimana penghasilan poltri menyumbang sebanyak 74% daripada nilai ladang untuk hasilan ternakan yang bernilai melebihi RM17 bilion. Penggunaan daging poltri terutamanya ayam berterusan mendapat tempat permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat dengan meningkatnya kuasa membeli pengguna. Bagaimana pun penghasilan daging ayam adalah dari ladang ayam komersil yang melebihi SSL negara. Mengikut bancian Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dimana buat masa ini terdapat 24 buah ladang baka ayam (parent stock) yang membekalkan anak ayam kampung untuk penternakan dimana sekitar 71% daripadanya beroperasi pada kapasiti bawah 50,000 ekor per ladang. Rekod bilangan ladang pembiak baka (grand parent stock) untuk jenis ayam kampung masih belum dilaporkan dengan terpeinci lagi. Berbanding dengan industri ayam pedaging yang mana dilihat industri ini disokong dengan 115 ladang baka yang mana 71% daripadanya berkapasiti melebihi 50,000 ekor per ladang dan 12 daripada ladang-ladang tersebut mempunyai populasi ayam baka melebihi 200,000 ekor per ladang. Dalam pada itu JPV melaporkan dimana ada sebanyak 13 ladang pembiak baka ayam pedaging yang diterajui oleh empat syarikat pembiak baka utama beroperasi pada kapasiti 20,000 - 75,000 setiap ladang. Jumlah penternakan ayam kampung (atau ada yang memanggilnya sebagai ayam saha juga) di Malaysia mengikut statistik pada tahun 2020 ialah 4% sahaja daripada jumlah keseluruhan jumlah populasi penternakan ayam, itik dan unggas yang lain seperti puyuh dan angsa yang mana ia merangkumi 1,529 juta tan metrik penggunaan dari hasilan daging. Pada masa kini penulis blog merujuk banyak testimoni dimana ada terdapat 'kekeliruan' dalam masyarakat tempatan berikutan penggunaan ayam pedaging berwarna (coloured broiler) yang didakwa sebagai ayam kampung. Penulis blog pun beberapa kali ada membeli ayam daging berwarna ini dengan harga selalunya lebih mahal (premium price). Apa pun sehingga kini masih dibincangkan mengenai isu pergantungan sumber baka luar negara, ketidakseragaman kualiti dan juga kadar pertumbuhan ayam kampung sedia ada di Malaysia. Walau pun memang ada usaha penyelidikan melalui kajian pembangunan pembiakbakaan ayam kampung di Malaysia yang dijalankan oleh MARDI (Ayam Kampung MARDI) akan tetapi kejayaannya masih belum nyata. Saintis MARDI telah menjalankan kajian bagi tujuan penambahbaikan genetik dan prestasi pertumbuhan ayam kampung bagi tujuh generasi untuk menghasilkan ayam kampung dengan fenotaip atau fizikal yang seragam dan boleh dipanggil ayam kampung atau ayam saga. Artikel pagi Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya berkarya mengenai apakah dia ayam saga dan beberapa kisah menarik untuk dikongsikan sebagai bahan rujukkan semua.

Dalam portal berita BH dimana kisah '
Ayam Saga mampu tampung keperluan permintaan' agak menarik penulis blog kongsikan. Foto disebelah menunjukkan dimana seorang pekerja di Ladang Induk MARDI Muadzam Shah, Pahang yang sedang melakukan kerja pengeraman telur Ayam Saga. Dilaporkan dimana pihak MARDI memperkenalkan baka ayam kampung dikenali sebagai Ayam Saga iaitu sejenis ayam yang dapat membantu industri ternakan ayam tempatan dalam jangka masa panjang. Pembangunan baka Ayam Saga itu bukan sahaja dapat membantu menampung keperluan permintaan ayam malahan ia mampu membekalkan telur yang diperlukan pengguna. DIdakwa dan dijangka MARDI menghasilkan 500,000 ekor Ayam Saga menjelang 2025 iaitu jumlah yang boleh disembelih atau menghasilkan telur lebih banyak dalam tempoh lebih singkat berbanding ayam kampung biasa. Ayam Saga mempunyai ciri seperti ayam kampung biasa akan tetapi pertumbuhannya lebih cepat dan seragam serta boleh ianya mencapai berat satu kilogram (kg) iaitu berat yang sesuai untuk disembelih dalam tempoh lapan minggu atau dua bulan, berbanding tempoh enam bulan untuk ayam kampung biasa.  Baka yang dibangunkan MARDI menggunakan sumber genetik gabungan ayam kampung tempatan itu boleh mencapai berat sekitar 1.8kg bagi ayam jantan dan 1.5kg bagi ayam betina pada umur 10 minggu hingga 12 minggu. Dari segi penghasilan telur pula, Mohamad Kamal berkata, Ayam Saga mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 100 biji hingga 120 biji telur seekor selama 65 minggu hingga 70 minggu berbanding 60 biji hingga 80 biji bagi tempoh sama untuk ayam kampung biasa. Pihak MARDI dilaporkan sudah menjalankan pembangunan baka Ayam Saga sejak 2008 dan kajian berkaitannya berterusan hingga kini bagi meningkatkan mutu baka ayam kampung ini ke arah kelestarian pengeluaran sumber protein negara. Ayam Saga adalah terhasil daripada gabungan empat strain ayam kampung yang dihasilkan MARDI iaitu Alfa, Beta, Gamma dan Tetta iaitu dengan kadar tumbesaran lebih cepat dan penghasilan telur yang lebih banyak. Makanannya pula diformulasi menggunakan bahan tempatan dan kos makanannya 15 peratus lebih rendah berbanding kos makanan ayam biasa, yang berasaskan bahan import seperti jagung dan mil kacang soya. Ayam Saga ini juga sesuai untuk diternak secara separa intensif atau lepas bebas di bawah ladang kelapa sawit, getah atau buah-buahan, yang mana mana pemeliharaan dan pemakanannya lebih mudah dan ringkas berbanding ayam daging biasa. Adalah dijangkakan anggaran penghasilan 500,000 ekor Ayam Saga menjelang 2025 dengan sebanyak 2.5 juta ekor setahun. Mungkin dengan penghasilan Ayam Saga itu dapat membantu mengurangkan kebergantungan import induk dan baka ayam jantan. Dilaporkan kini ada enam penternak pembaka atau induk (parentstock (PS)) Ayam Saga dan masih lagi mencari sekurang-kurangnya 16 lagi penternak PS untuk mereka dapat mengembangkan baka itu. Purata induk Ayam Saga kurang daripada 1,000 ekor bagi setiap ladang PS iaitu dengan tahap penghasilan setiap bulan adalah daripada 84,000 hingga 100,000 anak ayam setiap bulan. Ayam Saga mempunyai daging yang lebih pejal dan kenyal dan ia berupaya untuk menggunakan makanan berserat tinggi tanpa mengganggu prestasi pertumbuhannya. Kelebihan  Ayam Saga mungkin akan menjadi salah satu bahan makanan alternatif tempatan yang kebanyakannya berserat tinggi dapat dimasukkan ke dalam formulasi makanan Ayam Saga pada paras lebih tinggi, sekali gus mengurangkan penggunaan bahan import dan kos penghasilan makanan untuk ternakan itu.

Portal berita mediaprima pula dengan laporan bertajuk '
Ayam saga cepat matang' juga sesuai dikongsikan. Apa pun dilaporkan dimana keputusan seorang lelaki berusia 44 tahun ini berundur dari bidang kejuruteraan lapan tahun lalu untuk menceburkan diri dalam dunia pertanian dan penternakan nyata menampakkan hasilnya. Bagi Mohd Yazid Sulaiman telah melihat kedua-dua bidang itu mempunyai nada sama untuk menjana pendapatan dalam perniagaan. Anak kelahiran Kuala Selangor yang pada awalnya mengusahakan tanah keluarganya seluas 0.8 hektar dengan melakukan kerja penanaman sayur-sayuran kemudian beralih kepada penternakan ayam kampung. Kini dia bukan sahaja petani yang menanam sayur-sayuran malahan pada masa sama bergelar usahawan dalam semua rantaian penternakan ayam. Pada awalnya saya menternak 300 ayam kacuk dengan modal permulaan RM3,000 bagi tujuan jualan daging. Seterusnya, mengembangkan kepada 5,000 ayam kacuk. Namun dilaporkan akibat cabaran bekalan dan persaingan ladang ayam kacuk pedaging maka dia melangkah setapak dengan menyertai pengeluaran anak ayam saga iaitu ayam kampung hasil kajian MARDI. Dia yang menjadi peserta pengembangan ayam saga di bawah bimbingan Mardi dan Jabatan Veterinar sehingga kini mempunyai 5,000 ayam merangkumi pembaka dan anak ayam saga dan juga ada sedikit ayam kacuk. Dakwanya ayam saga mempunyai keunikan rasa tersendiri dan tempoh matang untuk disembelih hanya mengambil masa tiga hingga tiga bulan setengah berbanding ayam kampung asli iaitu antara empat hingga lima bulan. Apa pun untuk ayam saga dimana dia bukan sahaja mengusahakan jualan baka akan tetapi merangkumi semua rantainya iaitu bermula dari jualan telur sehingga daging sejuk beku. Dia bukan sahaja menjualnya di sekitar Selangor, malah mempunyai pembeli di Kelantan dan Melaka yang mempunyai 4,000 ayam saga pelbagai peringkat usia. Dari segi makanan, ayam yang diternaknya diberikan 80 peratus adalah jenis makanan komersial dan 20 peratus makanan secara alternatif. Makanan menjadi elemen paling penting dalam penternakan ayam berkualiti dan mampu menghindari penyakit. Ketika ini harga makanan komersial semakin meningkat dan ia boleh memberi kesan kepada kos penjualan kepada pengguna. Apa pun dakwanya sebagai penternak selalunya dia akan juga mencampurkan 20 peratus makanan alternatif terdiri daripada pokok ketum ayam dan jagung yang ditanam di sekeliling ladang. Selalunya dia membelanjakan sehingga RM10,000 untuk makanan ayam sebulan. Ayam saga khasnya mendapat permintaan tinggi daripada pembeli kerana ia digemari pelbagai bangsa di Malaysia dan pekerja asing. Bagi telur ayam saga dijual pada harga antara 50 sen - 80 sen sebiji dan bagi anaknya yang hidup dijual pada RM2.50 seekor dan daging siap diproses mampu mencecah RM18 sekilogram kepada pembeli akhir. Kini dia lebih fokus kepada penjualan anak ayam dimana secara purata mampu menjual sehingga 4,000 ekor sebulan dan bagi ayam saga matang, sehingga 500 ekor sebulan. Sebagai penternak dan peniaga dia perlu bijak menguruskan bekalan supaya ia tidak terputus kepada pembeli dalam kalangan peniaga selain penternak. Dia juga kini mempunyai kedai makanan ternakan yang diusahakan bersama rakan sekampung dan Jasa Jaya Agro miliknya serta keluarga supaya penternak dapat membeli barangan untuk keperluan penternakan pada harga berpatutan. Antara perkara yang tidak dilupakan ialah ayam ternakan pernah mengalami kematian kerana serangan selesema.  

Seterusnya penulis blog pernah bertanya terus kepada rakan-rakan yang terlibat dengan kajian ayam di MARDI. 
Baka Ayam Kampung atau Ayam Saga pernah didakwa merupakan baka terbaik hasil kajian mereka. Ayam Kampung (Gallus gallus) adalah nama saintifik bagi ayam hutan merah, Gallus varius untuk ayam hutan hijau, Gallus sonneratii untuk ayam hutan kelabu dan juga Gallus lafatetii untuk ayam hutan Ceylon atau Sri Lanka. memang menarik mengenali akan jenis ayam unik ini jika berminat untuk mempelajarinya. Namun bagi kebanyakan daripada orang ramai dan pembaca blog ini semuanya akan mengenalinya sebagai 'ayam kampung' sahaja yang secara mudahnyakerana  baka ayam tempatan berwarna perang balung merah dengan bentuk badan tegap dan dibiar untuk ia berkeliaran atau lepas bebas. Penulis blog pun ada berpuloh ekor di kampong semasa remaja dahulu dan memakannya selalu. Jenis Ayam pedaging dan penelur yang kini diternak secara komersial serta besar-besaran adalah berasal daripada spesies ayam hutan merah. Berbanding ayam pedaging dan penelur komersial, ayam kampung tidak menjalani proses pembiakbakaan yang sistematik walaupun berasal dari ayam hutan merah. Proses pembiakbakaan yang tidak terkawal serta sistematik telah menghasilkan ayam kampung pada hari ini yang mempunyai pelbagai ciri fizikal yang berbeza dari seekor ke seekor walaupun dalam kelompok reban yang sama. Kini industri penternakan ayam sama ada untuk pedaging atau penelur telah pun mencapai tahap sara diri (SSL), tetapi bilangan ternakan ayam kampung masih lagi dalam jumlah yang kecil iaitu kurang dari lima peratus sahaja. Selalunya dengan jumlah bilangan penternak dan populasi ayam kampung atau ayam saga yang terhad, berserta tempoh penternakan yang lama (12 minggu minimum) serta ditambah dengan prestasi pertumbuhan yang kurang memuaskan akan menyumbang kepada harganya agak mahal di pasaran. Ayam kampung bukan sahaja diternak sebagai sumber pendapatan penternak akan tetapi juga untuk sajian-sajian istimewa selain untuk memenuhi masa lapang atau hobi. Permintaan yang tidak pernah putus terhadap daging ayam kampung atau ayam saga ini telah menyebabkan bekalan berkurangan. Ini telah mendorong orang ramai untuk melibatkan diri dalam usaha penternakan ayam kampung atau ayam saga dengan secara komersial. Namun masalah bekalan anak ayam kampung berumur sehari menjadi penghalang kepada usaha-usaha penternak itu. Pernah dilaporkan dimana pihak MARDI ada mengambil inisiatif menjalankan penyelidikan pembiakbakaan dan pembaikbakaan ayam kampung. Usaha menambakbaik baka ayam kampung telah dimulakan seawal tahun 2000  dimana ayam kampung jantan telah dikahwinkan dengan ayam Sasso betina yang dibawa masuk dari Perancis untuk menghasilkan ayam kampung terpilih MARDI. Ayam kampung terpilih itu mempunyai ciri-ciri seperti ayam kampung. Tetapi dengan prestasi pertumbuhan mirip kepada ayam pedaging menyebabkan ia kurang diterima ramai sebagai ayam kampung. Projek pembiakbakaan dan pembaikbakaan ayam kampung telah diteruskan pada 2008 di bawah geran penyelidikan Sciencefund Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berjumlah RM200,000. Penyelidikan untuk menghasilkan ayam kampung yang seragam daripada segi saiz badan, bulu, rupa dan pertumbuhan serta peneluran yang lebih baik berbanding ayam kampung asli. Dilaporkan berat ayam kampung MARDI yang diternak secara teratur dengan pemberian makanan komersial yang seimbang mampu mencapai 1.5 kilogram (kg) bagi jantan dan 1.3 kg bagi ayam betina pada umur 12 minggu dan telurnya menetas selepas 21 hari. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
AYAM KAMPONG... ADA AYAM SAGA...
DIDAKWA EKSOTIK... JARANG JUMPA...
HARGA MAHAL... RAMAI ORANG SUKA...
KALAU BERMINAT... CUBA PELIHARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melak, Melaka,
Malaysia.
(17 RabiulAkhir 1444H).

Friday, November 25, 2022

KENAPA PERLU GUNA BAJA FOLIAR?

Kenapa perlu gunakan Baja Foliar?. Itu adalah salah satu soalan yang penulis blog sering ditanya semasa membuat tinjauan teknologi kebanyak lokasi pekebun di seluruh negara. Apa pun BAJA FOLIAR (Foliar Fertilizer) merupakan satu kaedah pembajaan melalui daun iaitu baja cecair yang boleh diserap dengan cekap. Ramai kurang tahu dimana didalam air hujan terdapat bahan nutrien yang diperlukan oleh tanaman. Dalam pad itu di atas permukaan lautan dan pantai selalunya akan terhasil begitu banyak buih-buih air yang berterbangan iaitu diudara atau ia juga di tepi pantai. Jika berlaku proses iaitu hentaman-hentaman ombak pada batu-batu di pesisir pantai menghasilkan begitu banyak buih-buih air yang berterbangan di udara dimana partikal-partikal ini dinamakan “aerosols” dan kemudian partikel ini bergabung dengan debu-debu yang berterbangan dari daratan dan menjadi partikel nutrien. Partikel ini kemudiannya naik dan berkumpul di atmosfera dan menjadi awan yang terkumpul kemudian menjadi hujan menimpa bumi dan akhirnya kemudian mencurah ke helaian daun tanaman. Boleh dikatakan setiap luas permukaan daun terkena air hujan yang mencurah ini dimana kemudian pula mengalir kesetiap ranting-ranting dan cabang dimana ia juga kemudiannya turun ke batang. Jika pokoknya sawit biasanya disimpannya nutrien bersama air hujan pada sisa-sisa iaitu dipelepah yang masih terlekat pada batang dimana menjadi simpanan makanan yang diperlukan. Struktur daun yang berwarna hijau memang cukup bersedia menerima dan memerangkap air. Selain itu ada struktur bulu-bulu berupa seperti bulu roma kita pada daunnya, menegak dan condong ke sisi yang bersedia menerima hujan dan memerangkap sedikit air pada roma-romanya. Semburan baja foliar pada sayuran berdaun dan sauran buah sesuai dilakukan iaitu mengikut aturan yang dinyatakan pada label pembungkusan. Artikel dalam blog ''Anim Agro Technology'' akan berkongsi info mengenai beberapa perkara menjawab kenapa perlu gunakan baja foliar untuk dijadikan sebagai bahan rujukkan pembaca semua.

Kelebihan baja foliar antaranya adalah mampu menambah kekurangan nutrien tertentu kepada tumbuhan. A
pabila akar tanaman agak sukar untuk menyerap nutrien yang ada disekelilingnya didalam tanah seperti yang sering berlaku pada peringkat lewat pertumbuhan tanaman maka daya hidup akar menurun dan keupayaan untuk menyerap baja akan berkurangan. Keadaan ini juga berlaku apabila persekitaran tanah tidak membolehkan pertumbuhan tanaman sama ada keadaan kes air berlebihan, kemarau, keasidan tanah yang berlebihan atau tanah beralkali dimana ini akan menyebabkan akar tanaman terhalang melakukan penyerapan nutrien. Kesan ini menyebabkan kepada pproses penuaan pramatang tanaman dimana akibatnya pokok perlu dipulihkan dengan kadar segera melalui beberapa cara termasuk amalan menggunakan baja foliar atau baja daun atau baja semburan. Kini sudah ada banyak jenis baja foliar yang dijual dipasaran dimana ia lazimnya dijual dengan harga berpatutan dan memberikan kesan efektif kepada tanaman. Kalau dahulu apa yang penulis blog lihat penggunaan baja foliar agak kurang digunakan kerana ramai petani kurang mengetahuinya. Tetapi kini penggunaan baja foliar lebih popular terutama untuk jenis tanaman makanan sepert sayuran daun, sayuran buah, tanaman kontan dan buah-buahan termasuk tanaman nanas. Lazimnya petani akan memberikan semburan baja foliar kepada tanaman dengan mengikuti kaedah atau cara yang betul bagi mendapatkan kesan yang maksima. Banyak testimoni yang diberikan oleh semua pihak sama daripada petani mahu pun penjual baja foliar akan keberkesanan jika menggunakan baja foliar dengan betul. Penggunaan baja foliar dengan tepat pada masanya dimana semburan foliar boleh menambah nutrien dengan cepat dan memenuhi aspek bagi mempastikan keperluan pertumbuhan dan aspek seperti perkembangan tanaman berlaku dengan baik.

 

Di laporkan dimana pada peringkat penyediaan benih tanaman iaituketika akar tidak keluar sepenuhnya dan daun pokok sudah ada maka ianya boleh disembur dengan unsur Nitrogen (N), Phosforan (P) dan Kalium (K) dimana ianya kini boleh ditambah sebagai salah dari keperluan nutrien tanaman. Semburan baja foliar dilaporkan boleh diberi untuk ia segarakan kadar pertumbuhan tanaman. Lazimnya sebelum dan selepas berbunga berbunga (peringkat reproduktif) maka kadar nutrian untuk unsyr Posforus dan Kalium agak tinggi. Dari segi teknikal maka sebaiknya pada masa ini unsur-unsur tersebut boleh diberikan melalui daun sebagai baja semburan atau baja tambahan terutamanya Posforus dan Kalium bagi unsur tersebut. Pada masa yang sama dilaporkan berlaku juga keadaan keperluan unsur Boron (B) semasa waktu tersebut iaitu boleh dibuat dengan semburan baja Boron. Peringkat seterusnya adalah peringkat pembesaran buah yang berlaku dimana ketika ini keperluan untuk unsur Nitrogen (N) agak tinggi selain daripada unsur Kalium juga. Pemberian unsur K ini boleh dilakukan dengan unsur Kalium Nitrat. Seterusnya adalah fasa untuk memberikan warna kepada  buah-buahan dimana ketika ini diperlukan unsur K yang agak tinggi untuk diberikan. Lazimnya pada peringkat terakhir pertumbuhan tanaman adalah pokok yang sudah tua dimana berlaku kes kemerosotan kecekapan akar yang menyebabkan keupayaan akar tanaman untuk menyerap unsur-unsur nutrien menjadi berkurangan. Disyorkan sebagai satu langkah untuk petani menambah pelbagai unsur-unsur nutrien seperti nitrogen, fosforus dan kalium melalui daun adalah berikan Baja Foliar melalui semburan terus kepada daun. Bagaimana pun penulis blog dapat tahu dimana bagi sesetengah tanaman seperti tanaman tembikai dan buah-buahan tertentu yang mana ia memerlukan sejumlah besar Kalsium ia boleh ditambah dengan sengaja melalui daun dari awal pembentukkan buah-buahan dengan cara yang tepat dan betul.


Bagaimana cara tepat untuk menambah permakanan tumbuhan dengan cepat?. Dari segi teknikal dimana dalam proses pertumbuhan tanaman berlaku keadaan dimana tanaman boleh menunjukkan simptom atau tanda berlaku kekurangan nutrien tertentu. Disebabkan oleh kerana ia mengambil masa tertentu untuk nutrien diserap oleh tanaman menggunakan penyerapan sumber nutrien dari dapal tanah selalunya tanda gejala kekurangan unsur makanan ini tidak dapat ditunjukkan dengan kadar cepat sebalikny alambat dilihat. Pada masa ini petani sudah disyorkan untuk menggunakan baja foliar agar ia boleh membuat nutrien dengan cepat memasuki kedalam tumbuhan melalui daun dimana ini akan menyelesaikan masalah dari berlaku keadaan kekurangan nutrien. Sebagai contoh apa yang penulis blog pernah alami dimana apabila berlaku situasi dimana rumbuhan sekan lemah dan longlai seperti ada tanda warna daun berwarna kuning dan keadaan pertumbuhannya adalah perlahan merupakan tanda dimana tumbuhan tersebut ia sedang mengalami kekurangan nitrogen. Baja nitrogen harus digunakan sebagai bahan utama diberikan disamping dengan unsur kain yang juga penting seperti baja P dan K yang sebaiknya perlu disembur bersama- sama. Pokok yang subur selalunya dilihat mempunyai saiz daun yang besar dan lembut, ada internode yang panjang serta mempunyai saiz batang yang terbaik. Pemeriksaan dan pemberian baja tertentu seperti Fosforun (P), Besi (Fe), Manganese (Mn), tembaga, zink, dan lain-lain, jika digunakan sebagai akar adalah agak mudah diperbaiki oleh tanahi. Walau pun begitu memang penggunaan dan penyemburan baja foliar memang ia tidk akan dihadkan oleh keadaan tanah. Sebagai contoh dimana da juga dilaporkan beberapa pokok buah-buahan dan tanaman lain yang berakar umbi mempunyai penyerapan nutrien tertentu yang agak rendah. Jika kaedah persenyawaan tradisional digunakan adalah agak sukar untuk digunakan pada tapak penyerapan akar dan tidak boleh memberi kesan baja sepenuhnya. Walau bagaimanapun, penyemburan foliar boleh mencapai kesan yang lebih baik.


Pengambilan unsur Makro dan Mikro bagi tanaman merupakan satu asas dalam bidang pembajaan. Memang masih lagi dibincangkan bagaimana unsur mikro (unsur surih) adalah nutrien penting dalam proses pertumbuhan dan pembangunan tanaman akan tetapi jumlah yang unsur ini diperlukan adalah sangat kecil seperti unsur iaitu Molybdenum (Mb) iaitu dilaporkan keperluannya beberapa gram setiap ekar. Kini dengan hanya lakukan penyemburan baja foliar ia boleh menjimatkan kos dan selalunya sangat berkesan. Menurut pengiraan saintis pertanian dimana tanaman umum yang disembur dengan baja boron pada foliar dimana kadar penggunaan boron adalah lebih daripada 8 kali ganda daripada permohonan asas. Dari sudut ekonomi pula didakwa dimanaaktiviti  penyemburan foliar kepada tanaman adalah kaedah yang lebih menjimatkan kos daripada melakukan proses penyemburan akar. Teknologi ini juga didapati membantu dalam mengurangkan kes pencemaran tanah. Apabila ramai petani yang menggunakan baja Nitrogen (N) kepada tanah maka dengan mudah boleh ianyamenyebabkan pengumpulan nitrat dalam air bawah tanah dan sayur-sayuran, dimana kesannya ia membahayakan kesihatan manusia. Apa pun dilaporkan sekitar 75% daripada nitrat yang diserap oleh manusia datang atau berasal dari sayur-sayuran. Jika kaedah pembajaan foliar diterima pakai dmaka kandungan nitrat di dalam tumbuhan dan nitrogen mineral sisa toksik di dalam tanah dapat dikurangkan. Pada jangkamasa lama dimana jika amalan pembajaan konvensional diteruskan maka ia akan memb memburukkan lagi kes salinization tanah. Membaja dengan baja foliar bukan sahaja menjimatkan kos akan tetapi mungkin juga mengurangkan pencemaran tanah dan sumber air. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.

BAJA FOLIAR ... KENAPA PERLU GUNA...

BENTUK CECAIR... DIJUAL DIMANA-MANA...

SENANG GUNA... BERKESAN FAEDAHNYA...

MEMBACA ARTIKEL... JELAS CERITANYA...


By,

M Anem,

Senior Agronomist,

Precint 11, Putrajaya,

WP Putrajaya,

Malaysia.

(16 November 2022).