Saturday, November 26, 2022

APA DIA AYAM SAGA?

AYAM SAGA
atau lebih senang dipanggil sahaja sebagai Ayam Kampong merupakan spesis ayam yang sering ianya diternak dan ia dijadikan lauk yang eksotik hasil dari bahagian daging terutamanya. Penulis blog paling suka makan lauk ayam saga dimasak sebagai Ayam Ungkep, Ayam masak Kicap dan juga Sup Ayam Saga. Dilaporkan dimana sejak dulu aktiviti penternakan ayam (poultry) di Malaysia yang dibuat secara tradisional sebelum ianya di komersilkan di Malaysia. Daging Ayam merupakan satu jenis sumber protin yang paling meluas diambil oleh masyarakat Malaysia dan mungkin diseluruh dunia. Penternakan poltri (unggas) ini merupakan industri utama dalam subsektor penternakan. Industri unggas ini merupakan penyumbang utama ekonomi dalam industri ternakan di Malaysia. Pada tahun 2020 sahaja pihak MAFI melaporkan dimana penghasilan poltri menyumbang sebanyak 74% daripada nilai ladang untuk hasilan ternakan yang bernilai melebihi RM17 bilion. Penggunaan daging poltri terutamanya ayam berterusan mendapat tempat permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat dengan meningkatnya kuasa membeli pengguna. Bagaimana pun penghasilan daging ayam adalah dari ladang ayam komersil yang melebihi SSL negara. Mengikut bancian Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dimana buat masa ini terdapat 24 buah ladang baka ayam (parent stock) yang membekalkan anak ayam kampung untuk penternakan dimana sekitar 71% daripadanya beroperasi pada kapasiti bawah 50,000 ekor per ladang. Rekod bilangan ladang pembiak baka (grand parent stock) untuk jenis ayam kampung masih belum dilaporkan dengan terpeinci lagi. Berbanding dengan industri ayam pedaging yang mana dilihat industri ini disokong dengan 115 ladang baka yang mana 71% daripadanya berkapasiti melebihi 50,000 ekor per ladang dan 12 daripada ladang-ladang tersebut mempunyai populasi ayam baka melebihi 200,000 ekor per ladang. Dalam pada itu JPV melaporkan dimana ada sebanyak 13 ladang pembiak baka ayam pedaging yang diterajui oleh empat syarikat pembiak baka utama beroperasi pada kapasiti 20,000 - 75,000 setiap ladang. Jumlah penternakan ayam kampung (atau ada yang memanggilnya sebagai ayam saha juga) di Malaysia mengikut statistik pada tahun 2020 ialah 4% sahaja daripada jumlah keseluruhan jumlah populasi penternakan ayam, itik dan unggas yang lain seperti puyuh dan angsa yang mana ia merangkumi 1,529 juta tan metrik penggunaan dari hasilan daging. Pada masa kini penulis blog merujuk banyak testimoni dimana ada terdapat 'kekeliruan' dalam masyarakat tempatan berikutan penggunaan ayam pedaging berwarna (coloured broiler) yang didakwa sebagai ayam kampung. Penulis blog pun beberapa kali ada membeli ayam daging berwarna ini dengan harga selalunya lebih mahal (premium price). Apa pun sehingga kini masih dibincangkan mengenai isu pergantungan sumber baka luar negara, ketidakseragaman kualiti dan juga kadar pertumbuhan ayam kampung sedia ada di Malaysia. Walau pun memang ada usaha penyelidikan melalui kajian pembangunan pembiakbakaan ayam kampung di Malaysia yang dijalankan oleh MARDI (Ayam Kampung MARDI) akan tetapi kejayaannya masih belum nyata. Saintis MARDI telah menjalankan kajian bagi tujuan penambahbaikan genetik dan prestasi pertumbuhan ayam kampung bagi tujuh generasi untuk menghasilkan ayam kampung dengan fenotaip atau fizikal yang seragam dan boleh dipanggil ayam kampung atau ayam saga. Artikel pagi Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya berkarya mengenai apakah dia ayam saga dan beberapa kisah menarik untuk dikongsikan sebagai bahan rujukkan semua.

Dalam portal berita BH dimana kisah '
Ayam Saga mampu tampung keperluan permintaan' agak menarik penulis blog kongsikan. Foto disebelah menunjukkan dimana seorang pekerja di Ladang Induk MARDI Muadzam Shah, Pahang yang sedang melakukan kerja pengeraman telur Ayam Saga. Dilaporkan dimana pihak MARDI memperkenalkan baka ayam kampung dikenali sebagai Ayam Saga iaitu sejenis ayam yang dapat membantu industri ternakan ayam tempatan dalam jangka masa panjang. Pembangunan baka Ayam Saga itu bukan sahaja dapat membantu menampung keperluan permintaan ayam malahan ia mampu membekalkan telur yang diperlukan pengguna. DIdakwa dan dijangka MARDI menghasilkan 500,000 ekor Ayam Saga menjelang 2025 iaitu jumlah yang boleh disembelih atau menghasilkan telur lebih banyak dalam tempoh lebih singkat berbanding ayam kampung biasa. Ayam Saga mempunyai ciri seperti ayam kampung biasa akan tetapi pertumbuhannya lebih cepat dan seragam serta boleh ianya mencapai berat satu kilogram (kg) iaitu berat yang sesuai untuk disembelih dalam tempoh lapan minggu atau dua bulan, berbanding tempoh enam bulan untuk ayam kampung biasa.  Baka yang dibangunkan MARDI menggunakan sumber genetik gabungan ayam kampung tempatan itu boleh mencapai berat sekitar 1.8kg bagi ayam jantan dan 1.5kg bagi ayam betina pada umur 10 minggu hingga 12 minggu. Dari segi penghasilan telur pula, Mohamad Kamal berkata, Ayam Saga mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 100 biji hingga 120 biji telur seekor selama 65 minggu hingga 70 minggu berbanding 60 biji hingga 80 biji bagi tempoh sama untuk ayam kampung biasa. Pihak MARDI dilaporkan sudah menjalankan pembangunan baka Ayam Saga sejak 2008 dan kajian berkaitannya berterusan hingga kini bagi meningkatkan mutu baka ayam kampung ini ke arah kelestarian pengeluaran sumber protein negara. Ayam Saga adalah terhasil daripada gabungan empat strain ayam kampung yang dihasilkan MARDI iaitu Alfa, Beta, Gamma dan Tetta iaitu dengan kadar tumbesaran lebih cepat dan penghasilan telur yang lebih banyak. Makanannya pula diformulasi menggunakan bahan tempatan dan kos makanannya 15 peratus lebih rendah berbanding kos makanan ayam biasa, yang berasaskan bahan import seperti jagung dan mil kacang soya. Ayam Saga ini juga sesuai untuk diternak secara separa intensif atau lepas bebas di bawah ladang kelapa sawit, getah atau buah-buahan, yang mana mana pemeliharaan dan pemakanannya lebih mudah dan ringkas berbanding ayam daging biasa. Adalah dijangkakan anggaran penghasilan 500,000 ekor Ayam Saga menjelang 2025 dengan sebanyak 2.5 juta ekor setahun. Mungkin dengan penghasilan Ayam Saga itu dapat membantu mengurangkan kebergantungan import induk dan baka ayam jantan. Dilaporkan kini ada enam penternak pembaka atau induk (parentstock (PS)) Ayam Saga dan masih lagi mencari sekurang-kurangnya 16 lagi penternak PS untuk mereka dapat mengembangkan baka itu. Purata induk Ayam Saga kurang daripada 1,000 ekor bagi setiap ladang PS iaitu dengan tahap penghasilan setiap bulan adalah daripada 84,000 hingga 100,000 anak ayam setiap bulan. Ayam Saga mempunyai daging yang lebih pejal dan kenyal dan ia berupaya untuk menggunakan makanan berserat tinggi tanpa mengganggu prestasi pertumbuhannya. Kelebihan  Ayam Saga mungkin akan menjadi salah satu bahan makanan alternatif tempatan yang kebanyakannya berserat tinggi dapat dimasukkan ke dalam formulasi makanan Ayam Saga pada paras lebih tinggi, sekali gus mengurangkan penggunaan bahan import dan kos penghasilan makanan untuk ternakan itu.

Portal berita mediaprima pula dengan laporan bertajuk '
Ayam saga cepat matang' juga sesuai dikongsikan. Apa pun dilaporkan dimana keputusan seorang lelaki berusia 44 tahun ini berundur dari bidang kejuruteraan lapan tahun lalu untuk menceburkan diri dalam dunia pertanian dan penternakan nyata menampakkan hasilnya. Bagi Mohd Yazid Sulaiman telah melihat kedua-dua bidang itu mempunyai nada sama untuk menjana pendapatan dalam perniagaan. Anak kelahiran Kuala Selangor yang pada awalnya mengusahakan tanah keluarganya seluas 0.8 hektar dengan melakukan kerja penanaman sayur-sayuran kemudian beralih kepada penternakan ayam kampung. Kini dia bukan sahaja petani yang menanam sayur-sayuran malahan pada masa sama bergelar usahawan dalam semua rantaian penternakan ayam. Pada awalnya saya menternak 300 ayam kacuk dengan modal permulaan RM3,000 bagi tujuan jualan daging. Seterusnya, mengembangkan kepada 5,000 ayam kacuk. Namun dilaporkan akibat cabaran bekalan dan persaingan ladang ayam kacuk pedaging maka dia melangkah setapak dengan menyertai pengeluaran anak ayam saga iaitu ayam kampung hasil kajian MARDI. Dia yang menjadi peserta pengembangan ayam saga di bawah bimbingan Mardi dan Jabatan Veterinar sehingga kini mempunyai 5,000 ayam merangkumi pembaka dan anak ayam saga dan juga ada sedikit ayam kacuk. Dakwanya ayam saga mempunyai keunikan rasa tersendiri dan tempoh matang untuk disembelih hanya mengambil masa tiga hingga tiga bulan setengah berbanding ayam kampung asli iaitu antara empat hingga lima bulan. Apa pun untuk ayam saga dimana dia bukan sahaja mengusahakan jualan baka akan tetapi merangkumi semua rantainya iaitu bermula dari jualan telur sehingga daging sejuk beku. Dia bukan sahaja menjualnya di sekitar Selangor, malah mempunyai pembeli di Kelantan dan Melaka yang mempunyai 4,000 ayam saga pelbagai peringkat usia. Dari segi makanan, ayam yang diternaknya diberikan 80 peratus adalah jenis makanan komersial dan 20 peratus makanan secara alternatif. Makanan menjadi elemen paling penting dalam penternakan ayam berkualiti dan mampu menghindari penyakit. Ketika ini harga makanan komersial semakin meningkat dan ia boleh memberi kesan kepada kos penjualan kepada pengguna. Apa pun dakwanya sebagai penternak selalunya dia akan juga mencampurkan 20 peratus makanan alternatif terdiri daripada pokok ketum ayam dan jagung yang ditanam di sekeliling ladang. Selalunya dia membelanjakan sehingga RM10,000 untuk makanan ayam sebulan. Ayam saga khasnya mendapat permintaan tinggi daripada pembeli kerana ia digemari pelbagai bangsa di Malaysia dan pekerja asing. Bagi telur ayam saga dijual pada harga antara 50 sen - 80 sen sebiji dan bagi anaknya yang hidup dijual pada RM2.50 seekor dan daging siap diproses mampu mencecah RM18 sekilogram kepada pembeli akhir. Kini dia lebih fokus kepada penjualan anak ayam dimana secara purata mampu menjual sehingga 4,000 ekor sebulan dan bagi ayam saga matang, sehingga 500 ekor sebulan. Sebagai penternak dan peniaga dia perlu bijak menguruskan bekalan supaya ia tidak terputus kepada pembeli dalam kalangan peniaga selain penternak. Dia juga kini mempunyai kedai makanan ternakan yang diusahakan bersama rakan sekampung dan Jasa Jaya Agro miliknya serta keluarga supaya penternak dapat membeli barangan untuk keperluan penternakan pada harga berpatutan. Antara perkara yang tidak dilupakan ialah ayam ternakan pernah mengalami kematian kerana serangan selesema.  

Seterusnya penulis blog pernah bertanya terus kepada rakan-rakan yang terlibat dengan kajian ayam di MARDI. 
Baka Ayam Kampung atau Ayam Saga pernah didakwa merupakan baka terbaik hasil kajian mereka. Ayam Kampung (Gallus gallus) adalah nama saintifik bagi ayam hutan merah, Gallus varius untuk ayam hutan hijau, Gallus sonneratii untuk ayam hutan kelabu dan juga Gallus lafatetii untuk ayam hutan Ceylon atau Sri Lanka. memang menarik mengenali akan jenis ayam unik ini jika berminat untuk mempelajarinya. Namun bagi kebanyakan daripada orang ramai dan pembaca blog ini semuanya akan mengenalinya sebagai 'ayam kampung' sahaja yang secara mudahnyakerana  baka ayam tempatan berwarna perang balung merah dengan bentuk badan tegap dan dibiar untuk ia berkeliaran atau lepas bebas. Penulis blog pun ada berpuloh ekor di kampong semasa remaja dahulu dan memakannya selalu. Jenis Ayam pedaging dan penelur yang kini diternak secara komersial serta besar-besaran adalah berasal daripada spesies ayam hutan merah. Berbanding ayam pedaging dan penelur komersial, ayam kampung tidak menjalani proses pembiakbakaan yang sistematik walaupun berasal dari ayam hutan merah. Proses pembiakbakaan yang tidak terkawal serta sistematik telah menghasilkan ayam kampung pada hari ini yang mempunyai pelbagai ciri fizikal yang berbeza dari seekor ke seekor walaupun dalam kelompok reban yang sama. Kini industri penternakan ayam sama ada untuk pedaging atau penelur telah pun mencapai tahap sara diri (SSL), tetapi bilangan ternakan ayam kampung masih lagi dalam jumlah yang kecil iaitu kurang dari lima peratus sahaja. Selalunya dengan jumlah bilangan penternak dan populasi ayam kampung atau ayam saga yang terhad, berserta tempoh penternakan yang lama (12 minggu minimum) serta ditambah dengan prestasi pertumbuhan yang kurang memuaskan akan menyumbang kepada harganya agak mahal di pasaran. Ayam kampung bukan sahaja diternak sebagai sumber pendapatan penternak akan tetapi juga untuk sajian-sajian istimewa selain untuk memenuhi masa lapang atau hobi. Permintaan yang tidak pernah putus terhadap daging ayam kampung atau ayam saga ini telah menyebabkan bekalan berkurangan. Ini telah mendorong orang ramai untuk melibatkan diri dalam usaha penternakan ayam kampung atau ayam saga dengan secara komersial. Namun masalah bekalan anak ayam kampung berumur sehari menjadi penghalang kepada usaha-usaha penternak itu. Pernah dilaporkan dimana pihak MARDI ada mengambil inisiatif menjalankan penyelidikan pembiakbakaan dan pembaikbakaan ayam kampung. Usaha menambakbaik baka ayam kampung telah dimulakan seawal tahun 2000  dimana ayam kampung jantan telah dikahwinkan dengan ayam Sasso betina yang dibawa masuk dari Perancis untuk menghasilkan ayam kampung terpilih MARDI. Ayam kampung terpilih itu mempunyai ciri-ciri seperti ayam kampung. Tetapi dengan prestasi pertumbuhan mirip kepada ayam pedaging menyebabkan ia kurang diterima ramai sebagai ayam kampung. Projek pembiakbakaan dan pembaikbakaan ayam kampung telah diteruskan pada 2008 di bawah geran penyelidikan Sciencefund Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berjumlah RM200,000. Penyelidikan untuk menghasilkan ayam kampung yang seragam daripada segi saiz badan, bulu, rupa dan pertumbuhan serta peneluran yang lebih baik berbanding ayam kampung asli. Dilaporkan berat ayam kampung MARDI yang diternak secara teratur dengan pemberian makanan komersial yang seimbang mampu mencapai 1.5 kilogram (kg) bagi jantan dan 1.3 kg bagi ayam betina pada umur 12 minggu dan telurnya menetas selepas 21 hari. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
AYAM KAMPONG... ADA AYAM SAGA...
DIDAKWA EKSOTIK... JARANG JUMPA...
HARGA MAHAL... RAMAI ORANG SUKA...
KALAU BERMINAT... CUBA PELIHARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melak, Melaka,
Malaysia.
(17 RabiulAkhir 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.