Dilaporkan dimana antara kaedah bagi penanaman pokok paulownia pula adalah melalui amalan agronomi yang sesuai. Ini termasuklah ketika peringkat pemilihan tapak, penentuan dan penyimpanan benih, pembangunan stok benih untuk proses penanaman dan penjagaan ladang. Pa pun kesemua amalan agronomi ini penting bagi akhirnya akan dapat menghasilkan pokok paulownia yang kayunya kelak akan berkualiti tinggi. Dari beberapa teknologi dimana sebenarnya ada empat cara untuk menanam pokok paulownia dilapangan. Kaedah tersebut adalah (1) Gunakan Stok Akar dan (2) Benih dari Keratan Akar, (3) Bekalan Benih dari pembekal berwibawa, (4) Benih Import yang disahkan. Apa pun sebaiknya merujuk kepada pihak berwajib bagaimana kaedah terbaik untuk mendapatkan bekalan anak benih pokok paulownia yang sah. Pada masa ini ada beberapa pembekal anakbenih paulownia yang telah disenaraikan dan mampu membekalkan anakbenih yang dijamin tulin, sihat dan sesuai untuk dikomersilkan. Pemilihan spesies paulownia yang disyorkan oleh MTIB atau agensi berkaitan amat menentukan potensi pulangan penanaman pokok paulownia di Malaysia. Aspek jangkamasa penanaman dan harga jualan atau pasaran perlu dikenapasti kerana kelak penanam kecewa jika tiada permintaan bagi bidangusaha ini. Hasil penelitian oleh pihak berwajib dilaporkan dimana potensi industri ini baik apabila tanaman ini selain daripada kadar pertumbuhannya yang pesat dan sangat cepat didakwa dimana ia didakwa dapat memenuhi permintaan industri perkayuan negara disebabkan ia mempunyai kayu yang berkualiti tinggi. Malaysia merupakan salah satu negara yang hebat didalam menghasilkan perabot berasaskan kayu didunia dimsna penggunaan kayu getah dirawat sudah jauh kehadapan. Kehadiran tanaman pokok paulownia juga mempunyai potensi baik apabila proses pembiakbakaan yang baik akan dapat menghasilkan jenis pokok paulownia yang terbaik di Malaysia dimasa akan datang. Tanaman pokok paulownia ini dijangkan akan dapat memberikan keuntungan kepada penanam serta berikan kesan baik kepada alam sekitar dalam pelbagai bentuk termasuk boleh mengawal pemanasan global disamping ia akan dapat memberikan sumber pendapatan kepada pengusaha tempatan.
Dalam portal BH ada kisah mengenai tanaman ini bertajuk 'Paulownia tanaman alternatif bantu pekebun getah' adalah wajar dirujuk. Kisah dipetik daripada Padang Besar, Perlis dimana pihak RISDA dilapor akan memperkenalkan sejenis tanaman baharu membabitkan pokok balak yang dikenali Pokok Paulownia yang mana ia bertujuan untuk diusahakan golongan pekebun kecil getah. Bagi pengerusinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin ada nyatakan dimana pokok paulownia akan diperkenal bagi membantu golongan terbabit sebagai satu sumber pendapatan alternatif sementara menunggu pulangan hasil getah. Program ini dilancarkan selain dari mendapatkan pulangan dari hasil tanaman lain seperti sayuran dan buah-buahan yang sudah dilaksanakan di kawasan tanaman getah di negara ini. Kini dilaporkan pihak RIDSA sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat berpangkalan di China bagi memperkenalkan paulownia yang turut dikenali sebagai 'Empress and Princess Tree' atau 'Foxglove Tree'. Ada laporan dimana tanaman ini terbukti mendapat permintaan tinggi bagi tujuan pembuatan perabot dan bahan bakar bio. RISDA dilaporkan mendapati tanaman paulownia sangat sesuai ditanam di negara ini berdasarkan kajian terhadap iklim dan kelembapan di kawasan monsun tropika. okok ini dilaporkan memang boleh ditanam di kawasan lapang berhampiran rumah dan kawasan ladang getah yang dalam proses penanaman semula dan ini sekali gus mampu mendatangkan pulangan hasil selepas ia ditebang dan dijual pada kadar dua tahun sekali. Proses memperkenalkan tanaman paulownia ini sedang dalam peringkat perbincangan akhir oleh pihak RISDA bersama beberapa syarikat dari China dan mungkin akan mula diberikan kepada pekebun kecil untuk ditanam dalam masa yang terdekat.
Dalam pada itu beberapa media tempatan juga ada melaporkan dimana pihak 'UPM bantu Kelantan tanam pokok hutan ‘PAULOWNIA’ untuk projek ladang hutan' dimana ia sesuai dikongsikan. Kisah dari Gua Musang, Kelantan ini menyatakan dimana pihak Institut Penyelidikan Perhutanan dan Produk Hutan (INTROP), Universiti Putra Malaysia (UPM) menerajui penyelidikan dalam membantu Kelantan menanam 2,000 anak pokok spesies pokok hutan ‘Paulownia tomentosa’ untuk ladang hutan di Kg Mering. Aktiviti penyelidikan dan penanaman tanaman pokok Paulownia yang merupakan pokok asli Asia itu dijalankan di kawasan seluas 200 hektar di hutan mukim Mering di Lojing iaitu satu kawasan dalam daerah Gua Musang, Kelantan dengan bantuan Syarikat Pollywood Sdn Bhd. Penyelidikan penanaman pokok itu bertujuan untuk melihat kesesuaian paulownia ditanam di negara ini berdasarkan kajian terhadap iklim dan kelembapan di kawasan monsun tropika sebelum ia boleh dikomersialkan. Bagi penyelidik daripada INTROP UPM iaitu Prof. Madya Dr. H’ng Paik San nyatakan dimana pokok Paulownia yang dikenali dengan nama Empress Cina, Pokok Princess atau Pokok Kiri itu terkenal kerana dilaporkan yang kadar pertumbuhan cepat, bunganya cantik berwarna lavender dan berbau harum, saiz daun besar seakan telinga gajah mempunyai nilai komoditi jualan kayu sangat tinggi. Kni didakwa dimana pasaran eksport paulownia terutamanya ada iaitu dari negara China, Taiwan dan Jepun. Ia selalu akan digunakan untuk membuat perabot, kotak hadiah, mangkuk, mainan, terompah, kraf tangan dan alat muzik. Kini selain daripada itu produk kayunya digunakan untuk membuat hasilan tradisional seperti kayu gergaji, industri pembinaan, papan lapis dan venir. Dilaporkan pembangunan perladangan ini adalah dengan menggunakan benih genetik Paulownia yang tinggi kualiti melalui pemilihan variasi pokok dan ia adalah merupakan tanaman dimana pertumbuhannya juga cepat dan mampu menghasilkan hasil kayu yang lebih tinggi. Dilaporkan kaedah ini dapat mempertingkatkan ekonomi seperti penghasilan bahan penyelidikan yang bernilai tinggi seperti enzim untuk perindustrian dan pertanian. Dr. H’ng nyatakan dimana pihak UPM dan Pollywood berhasrat menambah konservasi hutan di Lojing bagi menangani kesan pencemaran alam sekitar dan kekurangan hutan, pemencilan karbon hutan, pengeluaran biosumber secara mampan dan biodiversiti hutan. Penubuhan ladang hutan percubaan Paulownia adalah sebagai salah satu langkah bagi menangani kekurangan sumber kayu tradisional yang semakin meningkat. Apa pun melalui memorandum persefahaman ini UPM dalam penyaringan dan mengenal pasti tanaman yang berpotensi untuk industri biokomposit dan mengkomersialkan tanaman baharu melalui pembangunan sistem perladangan mampan. Kerjasama itu akan menumpukan penyelidikan terperinci produk hutan daripada pokok Paulownia serta pertukaran penyelidik dan pelajar pasca siswazah, penempatan pelajar pra siswazah untuk latihan industri, pertukaran data penyelidikan dan penyelidikan bersama. Pollywood dilapor merupakan syarikat tempatan yang menjalankan perniagaan berkaitan dengan pertanian,perhutanan dan produk hutan sementara INTROP adalah institusi penyelidikan UPM yang berperanan mengembangkan penyelidikan perhutanan hutan tropika dan produk hutan di Malaysia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pambaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
CEPAT MEMBESAR...MUDAH SAJA...
CARI BENIH... PASTIKAN JENISNYA...
ADA POTENSI... PERLU DICUBA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(16 RabiulAkhir 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.