Sunday, September 18, 2022

SUASANA 'HIJAU' DIDALAM RUMAH

KESELESAAN
untuk tinggal dirumah akan lebih baik jika ada 'suasana' dan aktiviti penghijauan didalam rumah. Aura positif boleh wujud didalam atau dipersekitaran rumah apabila ada warna hijau, bunyi air terjun, warna sesuai dan pencahaan yang serasi. Dalam suasana kampong tradisional lazimnya yang membuat rumah kayu atau rumah batu disekelilingnya memang sudah ada suasa alam semulajadi yang cantik dan indah apa lagi jika rumahnya berhampiran saliran air terjun yang sentiasa mengalir dengan pokok-pokok yang menghijau. Bagaimana pun penduduk bandar yang tinggal di rumah moden seperti kondominium, rumah bungalow, rumah semi-D, rumah teres dan sebagainya boleh menwujudkan suasana 'hijau' dengan melakukan beberapa landskap dan susunatur yang mirip dengan suasana desa. Dalam pada itu ramai pakar menyatakan dimana tahukah anda bahawa masa depan anak juga bergantung kepada sejauh mana kita berjaya melindungi alam sekitar pada hari ini. Biarpun sedikit perubahan kepada gaya hidup akan tetapi untuk jangkamasa panjang ia mampu memberi perbezaan besar dalam kehidupan akan datang. Ada banyak perkara yang boleh dilakukan semua penghuni rumah bagi melestarikan alam sekitar bermula dari rumah. Ianya banyak bergantung kepada bagaimana dilakukan dan kos serta implikasi yang terbaik didalam rumah yang mereka tinggal. Idea berkenaan sedikit sebanyak memberi contoh yang baik kepada anak dalam memperkenalkan ting­kah laku yang cintakan kehijauan alam sekeliling dan menjadikan mereka lebih memahami kelestarian. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" bagaimana semua pembaca boleh meningkatkan suasa kehijauan didalam rumah untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semuanya.

Tabiat dan pemahaman serta amalan semua ibubapa didlam rumah terutama didalam mengujudkan suasana ‘hijau’ dalam rumah perlu dilatih kepada anak-anak dan semua ahli keluarga. Antara beberapa amalan yang boleh dilakukan seperti selalu Menghentikan Pembaziran Elektrik. Ini kerana banyak dilaporkan dimana peralatan elektrik yang selalunya mempunyai mod siap sedia (stand by mode) seringa ia menggunakan jumlah tenaga yang hampir sama dengan memasang mentol lampu konvensional secara berterusan. Manjadikan tabiat dimana sentiasa padamkan suis televisyen, pemain cakera video digital (DVD), komputer, mesin basuh dan peralatan elektronik besar yang lain apabila selesai menggunakan peralatan berkenaan adalah amalan terbaik semua ahli ekeluarga didalam rumah. Selain itu juga sebaiknya perlulah elak meninggalkan telefon bimbit atau kamera digital dalam keadaan mengecas jika tidak perlu semasa melakukan aktiviti lian atau lebih parah meninggalkan rumah. Amalan untuk menyalakan lampu dengan betul juga adalah amalan 'hijau' yang patut dilakukan. Mentol lampu tradisional selalunya akan membazirkan banyak tenaga. Ini kerana ia menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba, bukannya cahaya. Mentol lampu jimat tenaga hanya akan menggunakan satu perempat daripada jumlah elektrik yang digunakan mentol biasa untuk menghasilkan jumlah cahaya yang sama dan ia juga tahan hingga 12 kali lebih lama.

Amalan pembaziran air pam tandas selalunya berlaku jika tidak diperhatikan. Kini memandangkan perubahan iklim mengubah corak cuaca dunia makan jumlah penggunaan air kini menjadi isu besar sama seperti pengambilan karbon. Menurut Agensi Alam Sekitar United Kingdom dimana kini sehingga 30 peratus air dalam rumah digunakan untuk mengepam tandas. Oleh itu dalam amalan 'hijau' dimana melalui pemasangan pengepam pendek atau jenis tangki berkapasiti rendah dimana ia boleh membantu mengurangkan jumlah air yang digunakan dalam rumah. Bagi cara alternatif yang berteknologi rendah sebaiknya di letakkan batu atau botol plastik satu atau dua liter yang diisi dengan batu kecil di dalam tangki tandas. Cara berkenaan membantu menjimatkan satu atau dua liter air bagi setiap pengepaman. Periksa sentiasan rumah jika ada paip bocor dan sistem pancuran air. Apa yang menakjubkan dimana jika ada air yang menitik daripada paip yang bocor boleh menyebabkan pembaziran sehingga 75 liter sehari maka ia sudah cukup untuk mengisi separuh tab mandi. Justeru itu sebaiknya di pastikan anda betulkan dengan segera sebarang kebocoran yang berlaku. Walaupun pancuran secara tradisionalnya dianggap lebih mesra alam akan tetapi jenis pancuran moden yang berkuasa tinggi boleh meng­gunakan lebih ba­nyak air berbanding mandi di dalam tab kurang daripada lima minit. Selain itu juga diingatkan agar jangan biarkan paip terbuka ketika memberus gigi bagi mengelakkan pembaziran. Seterusnya mengenai aktiviti 'Basuhan sejuk' kerana tahukah anda bahawa mencuci baju pada suhu 30 darjah Celcius juga menjimatkan tenaga?. Justeru itu memang tidak hairanlah jika ada serbuk pencuci moden kini diformulasi supaya berkesan pada suhu air yang rendah kecuali jika pakaian sangat kotor. Selain itu jiga sentiasa penuhkan mesin basuh dengan pakaian sebelum ia dibasuh bagi membantu mengurang­kan jumlah tenaga elektrik dan air yang digunakan.

Amalan menjemur baju di luar rumah sebagai aktiviti mengering baju pakaian juga merupakan cara yang terbaik . Apa pun memang masih ramai lagi pengguna menggunakan ampaian di bawah cahaya matahari, itupun jika rumah mempunyai ruang untuk menjemur pakaian di luar. Dalam pada iu jika mempunyai mesin pengering perlu juga ia dibersihkan habuk daripada penapisnya setiap kali sebelum memasukkan pakaian kerana ia membantu mengurangkan penggunaan tenaga sehingga kira-kira 30 peratus. Susu ibu adalah susu yang terbaik kepada anak-anak. Setiap botol susu formula memberi kesan kepada alam sekitar seperti memasak air menggunakan cerek elektrik, kertas dan plastik yang digunakan untuk membungkus susu tepung. Bukan itu saja dimana aktiviti penternakan lembu memerlukan kawasan yang luas dan ia turut menyumbang kepada masalah hujan asid. Dalam pada itu pembaca perlu fikir semula penggunaan tisu lembap. Ini kerana kebanyakan tisu lembap mengambil masa beberapa tahun untuk diuraikan. Fikirkan jumlah tisu yang digunakan untuk mengelap seorang bayi. Kurangkan jumlah tisu yang digunakan dan cuba alternatif lain apabila perlu. Misalnya, menggunakan sapu tangan lembap untuk mengelap muka bayi ketika berada di luar rumah. Biasakan membawa beg sendiri kemana-mana. Walau pun beg plastik memang murah akan tetapi kemudahan ini datang dengan kos yang tinggi kepada alam sekitar. Kita boleh melakukan perbezaan dengan menggunakan beg kanvas atau beg khas apabila membeli-belah. Jika boleh, guna semula beg plastik lama atau barangan lain yang masih dalam keadaan baik. Amalan membawa botol minuman sendiri adalah baik kerana cara mengilang dan mengitar semula botol air plastik menggunakan tenaga. Alternatif yang kurang mahal dan lebih mesra alam daripada membeli air minuman dalam botol ialah dengan mengisi semula botol aluminium atau keluli tahan karat dengan air kosong.

Amalan membuat kompos dari sisa makanan dirumah adalah terbaik dengan konsep menghijaukan rumah anda. Dianggarkan sehingga satu pertiga daripada sampah yang kita buang setiap tahun boleh ditukar menjadi kompos berharga untuk tanaman di samping me­ngurangkan jumlah yang dihantar ke tapak pembua­ngan. Amalan menjadikan sisa buangan dapur yang tidak dimasak kepada kompos seperti kulit buah dan sayuran, kulit telur, sisa teh dan kopi (tetapi bukan produk berasaskan haiwan atau susu). Kemudian selepas beberapa bulan maka sisa buangan ini bertukar menjadi baja untuk menyuburkan pokok bunga, sayur-sayuran dan tumbuhan hiasan. Aktiviti berkebun dikawasan rumah terutama menanam tanaman sayuran dan ulam-ulaman juga adalah satu lagi cara yang bagus untuk kanak-kanak berinteraksi dengan alam sekitar. Bagi kawasan rumah yang tidak mempunyai ruang tanah maka ia boleh dicuba menanam pokok di dalam pasu atau polibeg atau secara fertigasi sahaja. Namun begitu sebaiknya di pastikan ibu bapa sentiasa ada bersama dengan anak ketika aktiviti berkebun dijalankan. Kempen Bumi Hijau yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian dilaporkan adalah satu pendekatan terbaik yang menghijaukan kawasan rumah dengan pelbagai tanaman sayuran, ulam-ulaman serta pokok hiasan ornamental yang mencantikkan lagi persekitaran didalam dan diliar rumah. Suasana 'hijau' dikawasan rumah merupakan satu konsep yang perlu dilakukan oleh masyarakat di Malaysia untuk kehidupan yang lebih selesa, lestari dan memberikan aura positif. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
HIJAUKAN RUMAH... PELBAGAI CARA...
JIMATKAN ELETRIK... AIR PUN SAMA...
MENJEMUR BAJU... DILUAR SAHAJA...
MEMBUAT KOMPOS... IA BERGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Jamadilakhir 1443H).
updated 18/9/22.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.