Saturday, September 17, 2022

KISAH DAUN PANDAN

DAUN PANDAN
(Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis daun dari tumbuhan pandan yang pelbagai guna dan ia mudah ditanam serta banyak kegunaannya. Pokok pandan mudah dikenali kerana ia mempunyai daun yang berwarna hijau dan tumbuh menegak dimana daunnya panjang halus seperti berjambak dengan mempunyai akar seakan berkayu. Pada penulis blog memang faham dimana pokok pandan mempunyai 1001 kegunaan dalam masyarakat tempatan daripada untuk kegunaan dalam masakan sehingga kepada kosmetik dan bunga rampai. Ia sering digunakan sebagai mewangikan bilik atau didalam kereta, menyegarkan udara dan juga mampu untuk menghalau serangga seperti lipas dari bilik. Bagaimana pun penulis blog lihat masih ramai terutama penduduk dibandar yang masih membeli daun pandan dipasar atau dipasaraya untuk digunakan. Sebenarnya menanam sendiri pokok pandan adalah sangat mudah dimana dirumah penulis blog ada banyak pasu pokok pandan yang selalu dipetik untuk kegunaan memasak. Paling penting adalah ada kemahuan untuk hobi bercucuk tanam disekeliling rumah daripada jenis tanaman daput sehingga kepada jenis tanaman hiasan. Memang sangat mudah menanam beberapa jenis tanaman seperti pokok pandan, pokok daun kari, pokok cekur, pokok daun salam, ulam raja, daun kesum, pokok kunyit, pokok ubi kayu (untuk diambil pucuknya dibuat sayur). daun bawang dan beberapa lagi. Menanam pandan sebagai tumbuhan tropika dibiakkan dengan cara keratan, akar, anakbenih sulur dan juga anakbenih pokok. Lazimnya pokok pandan hanya menghasilkan daun sahaja dan penulis blog belum pernah melihat pokok pandan ini berbunga. Pembaca blog perlu faham dimana ada dua (2) jenis pokok pandan di Malaysia yang perlu dikenali. Pertama adalah Pokok Pandan Biasa dimana pokoknya tinggi, berdaun panjang dan berbau harum dimana jenis ini sering ditanam dikawasan rumah dan digunakan untuk masakan. Jenis kedua adalah dikenali sebagai Pokok Pandan Wangi dimana pokoknya lebih rendah bersaiz kecil daripada pandan biasa. Aroma pandan wangi ini berkali ganda kuatnya dari pandan biasa. Pandan wangi ini selalunya ditanam secara komersil untuk diproses dijadikan bahan kosmetik dan juga untuk produk penjagaan muka dan agak jarang digunakan untuk masakkan. Artikel pagi Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa kisah daun pandan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Media tempatan melaporkan dimana ada 'Produk tanpa bahan kimia' dihasilkan dari daun pandan yang cukup besar dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu sejak dulu lagi dan banyak digunakan dalam masakan kerana baunya yang harum. Dun pandan atau nama saintifiknya Pandanus amaryllifolious juga digunakan sebagai pembalut makanan, pewarna, pewangi bedak sejuk dan pewangi asli bunga rampai. Daun pandan boleh digunakan sebagai ubat pencegah lipas. Daya kreatif masyarakat dulu menggunakan daun pandan untuk menghalau lipas menarik minat sekumpulan saintis muda sehingga terciptanya produk inovasi, 'Pandanus-Cockra'. Ia dibangunkan sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kenangan, Segamat, Johor. Mereka ialah Nursyamimi Safura, 16, Nur Alia Kamal Din, 16, dan Nurhanani Nor, 16. Ia mendapat bimbingan guru penasihat, Saodah Ramli (Sila lihat foto disebelah). Idea itu melayakkan mereka memenangi tiga anugerah dalam tiga pertandingan berbeza iaitu naib johan dalam pertandingan reka cipta dan inovasi Sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu di Peringkat Kebangsaan, pingat Perak dalam Pameran Rekacipta Penyelidikan dan Inovasi Universiti Putra Malaysia serta pingat emas dalam Pertandingan Invention, Innovation and Design (IID) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Segamat.  Produk inovasi itu dipersembahkan sempena Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Putra Malaysia (UPM). Produk Pandanus-Cockra adalah satu produk yang berbentuk gel yang dibangunkan daripada daun pandan.  Ramuan asasnya membabitkan daun pandan, garam, gel dan antikulat yang diadun ke dalam sebuah bekas. Fungsi bahan ini untuk menghalau lipas dengan dua kelebihan iaitu tahan lama dan produk semula jadi. Produk ini sebagai alternatif kepada penggunaan ubat gegat dan semburan aerosol.  Penggunaan aerosol dapat menipiskan lapisan ozon di atmosfera. Ia tidak memberi kesan atau bahaya kepada kanak-kanak jika terpegang dan termakan secara tidak sengaja. Menurutnya, ia terbukti berdasarkan eksperimen dilakukan di lapangan. "Dalam masa tujuh hari, lipas lari daripada menghampiri produk ini. Ekperimen membahagikan tiga petak iaitu A (mengandungi makanan dan produk), B (mengandungi produk saja) dan C (makanan). Sepanjang Produk yang dicipta ini didapati lipas lari daripada kotak B ke A dan C dan sesuai untuk premis kediaman dan restoran. Ini kerana jika guna bahan kimia, ia memberi kesan kepada makanan dan pelanggan. Produk inin akan dikomersialkan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada kesesuaian persekitaran.

Dalam akhbar lain bertajuk 'Lipas Benci Daun Pandan' juga menarik untuk dikongsikan. Ini kerana Lipas adalah diantara serangga perosak yang sering ditemui dalam perabot seperti kabinet atau laci terutama di ruang dapur. Portal berita hmetro.com menyatakan dimana jenis serangga ini gemar bertelur di tempat tersorok, gelap dan lembap termasuk di celah atau sudut perabot selain meninggalkan najis di tempat membiak. Apa pun tabiat lipas yang kotor seperti mencari makan dan gemar berkumpul termasuk di kawasan longkang, tong sampah dan tandas menyebabkan ia memberi kesan kesihatan kepada penghuni. Malah serangga ini akan merayap hingga mencemari makanan, perkakasan dapur dan meja selain bau kurang menyenangkan. Justeru penting bagi penghuni kediaman menghalang dan mengurangkan kehadiran serangga ini dalam rumah. Ada beberapa tip boleh diamalkan antaranya dengan menggunakan sabun. Sabun mandi dipotong kecil dan diletakkan di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Antaranya pada laci, kabinet dapur dan sudut berdekatan tempat memasak. menghalau dengan hirisan lemon dengan memotong lemon dan letakkan di kawasan yang dipercayai menjadi tempat perkumpulan serangga ini. Biarkan hingga lemon kering dan gantikan dengan hirisan baru. Dalam pada itu buah pelaga juga boleh menghalang pembiakan lipas. Rempah ratus ini kerana ia mempunyai bau kuat ini tidak disukai lipas. Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas sering membiak. Penggunaan daun pandan di dalam laci atau ruang sering lipas bersembunyi. Bau harum daun pandan boleh membawa aroma menyenangkan pada ruang tertentu. Ia juga antara alternatif terbaik mengusir kewujudan serangga seperti lipas. Potong halus letakkan dalam uncang dan letakkan di dalam laci atau lokasi sering lipas bersembunyi. Seterusnya adalah memotong timun boleh membunuh lipas. Hujung dan pangkal timun antara penghalau terbaik untuk lipas. Caranya letakkan di tempat ada banyak lipas dan boleh lihat kesannya.

Kisah bagaimana 'Rumah Segar dan Wangi' menarik untuk dikongsikan dengan pembaca blog ini. Dilaporkan dimana semua orang suka berada didalam rumah yang segar mewangi setelah penat bekerja seharian. 
Rumah yang bersih, segar dan diserikan dengan haruman seperti aromaterapi secara tidak langsung menambahkan keselesaan buat penghuni dan tetamu. Sekurang-kurangnya bau-bauan dari bahagian dapur atau bilik air dapat dihindari dengan haruman segar yang anda pilih. Malah kita juga maklum bahawa persekitaran segar juga mampu memberikan kesan positif kepada mood seseorang. Bau yang harum turut dikatakan boleh menghidupkan suasana ceria di samping memberikan ketenangan sepanjang masa. Bagaimanapun, anda boleh manfaatkan tanaman di sekeliling kediaman tanpa perlu mengeluarkan belanja besar. Letakkan hirisan buah dan kulit oren, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang dalam periuk berisi air secukupnya. Didihkan di atas api yang sederhana dan dalam beberapa minit, ruang dapur terutamanya dipenuhi aroma hangat, bersih dan menyegarkan. Anda juga boleh menggunakan daun pandan. Selain dimasukkan dalam masakan untuk aroma wangi, pandan juga boleh dijadikan wangian semula jadi di dalam rumah. Hirisan daun pandan mampu memberi aroma harum semerbak di bilik tidur, bilik air, almari pakaian dan laci untuk tempoh kira-kira dua minggu. Selain itu, kelopak bunga mawar yang diracik halus dan dicampur bersama daun pandan menjadi bunga rampai. Masukkan campuran bahan ini dalam bekas khas untuk dijadikan potpuri semula jadi. Di samping itu, serai wangi selain menghalau nyamuk dan serangga juga mampu menghasilkan aroma segar. Luangkan masa untuk menyediakan lidi bulu, balang dan minyak pati pilihan anda.  Isikan balang dengan minyak pati pilihan dan selebihnya dengan minyak bayi. Ia akan menyerap ke dalam lidi buluh dan meninggalkan bilik anda bau yang cukup nyaman. Bagi melakukan aromaterapi dimana ia tidak dinafikan memberikan tindak balas positif kepada penghuninya. Di ruang mana sekali pun, ia secara tidak langsung membuai emosi untuk lebih tenang dan selesa sepanjang masa. Persekitaran yang kemas dengan gaya penataan eksklusif di ruang tamu umpamanya lebih bermakna jika diserikan dengan haruman aromaterapi. Kini terdapat juga lilin dengan haruman aromaterapi yang secara tidak langsung mencipta keindahan tersendiri di segenap ruang. Begitu juga dengan aneka minyak pati aromaterapi yang ditawarkan di pasaran. Situasi itu membawa gambaran, tiada alasan untuk para pembaca mengabaikan penataan ruang dengan penyerinya haruman aromaterapi. Pati minyak bunga mawar dikatakan membantu menghilangkan tekanan, lavender membantu membangkitkan semangat dan kekuatan sementara lemon pula memberikan ketenangan dan menyegarkan suasana. Semuga semua pembaca blog anim agro technology mendapat ilmu berguna dari penulisan ini. Wasallam!!!....

DAUN PANDAN.. WANGI DAUNNYA...
DIJADIKAN PRODUK... HEBATNYA...
DITAKUTI LIPAS... MEMANG BERGUNA...
DALAM BILIK...SELALU LETAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Syaaban 1443H).
Selamat Pengantin Baru Dr Fairuz dan Dr Arifin di Villa Istana Melaka...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.