Friday, September 16, 2022

LINTAH - TERAPI MERAWAT LUKA

HAIWAN LINTAH
(Hirudo medicinalis) merupakan sejenis haiwan analid dari subklas Hirudenea yang terdapat di negara kita dan ramai orang takut kena gigitan lintah. Lintah atau dipanggil sebagai 'Leech' dalam bahasa Inggeris merupakan haiwan yang boleh hidup pada air tawar, air laut dan juga dikawasan daratan (Mungkin anda tahu haiwan seperti lintah iaitu 'pacat' dikawasan hutan). Lintah mampu menghisap darah sebanyak 5-15 ml iaitu sebanyak 4-5 kali ganda dari berat badan lintah setiap kali makan. Ini yang ajaib mengenai lintah yang dulu liar dimana kini ia mula di ternak untuk tujuan komersil menghasilkan minyak lintah dan juga dijadikan bahan perubatan serta kesihatan dengan teknik berbekam yang juga menggunakan lintah. Kalau dahulu memang penulis blog agak takut dan geli kena gigitan lintah ketika kerja dalam sawah padi di Sawah Ring, Muar tetapi kini apabila ada ternakan lintah telah pun di komersilkan oleh ramai usahawan di Malaysia ianya sudah berkurangan. Lintah adalah haiwan yang juga merupakan golongan Olegochaeta iaitu haiwan yang mempunyai kulit analid sebagai organ badan yang mana ia mampu mengembang dan merembeskan cecair. Lintah seperti juga cacing merupakan haiwan Hemaprodit iaitu ia mempunyai kedua-dua organ pembiakan Jantan dan Betina setiap ekor yang cepat membiak dengan sendiri. Saiz badan lintah bergantung kepada spesis lazimnya sekitar 5.0 - 10.0 cm dengan warna kulit coklat kehitaman atau hitam atau kekuningan bergantung kepada keadaan keliling. Bahagian kepala mempunyai mulut dan bergigi untuk menghisap darah daripada mangsa sehingga kenyang. Setelah kenyang maka lintah dewasa lazimnya akan melepaskan gigitan dan akan meneruskan proses penghadaman melalui 34 segmen yang terdapat pada badan lintah. Keberadaan lintah dikawasan tertentu kini sudah menjadi satu industri dimana ada produk khusus daripada lintah dipasaran. Artikel pada malam Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis artikel yang ke 7,117 mengenai kehebatan haiwan lintah yang digunakan didalam rawatan luka untuk dijadikan bahan rujukan pembaca semua.

Kaedah perubatan kini semakin unik apabila ada gabungan diantara cara perubatan moden dengan cara perubatan alternatif yang diamalkan ramai pesakit. Bagaimana pun kini penulis blog dapat melihat sendiri bagaimana p
erubatan menggunakan lintah mungkin bukan perkara baharu berikutan haiwan yang dikatakan mempunyai 300 gigi sudah digunakan merawat pelbagai penyakit sejak 2,500 tahun lalu. Ilmu pengetahuan mengenai kehebatan lintah bagaimana pun 'disenyapkan' jika hendak dibandingkan dengan cara perubatan moden sekarang tetapi ia didakwa amat efektif untuk masaalah penyakit tertentu. Melihat kepada tajuk ini sahaja mungkin ramai pembaca blog tidak mahu membacanya kerana ada foto haiwan lintah yang melekat ditapak tangan (Sila lihat foto paling awal diatas dan juga disebelah). Bagaimana pun sama ada ramai orang akan geli atau takut atau fobia dengan haiwan biasa hidup di sawah dan sungai itu menghisap darah hingga badannya membesar dua tiga kali ganda sebenarnya ia hanya aktiviti yang kemuidan akan melepaskan objek dihisapnya selepas kekenyangan. Penulis banyak kali juga kena gigitan lintah semasa berada disawah padi, di dungai ketika memancing udang galah atau pun semasa membuat lawatan kepada usahawan menternah lintah dahulu. Bagaimanapun untuk tujuan rawatan terapi didakwa  tidak semua jenis lintah boleh ditangkap bagi tujuan untuk menghisap darah manusia kerana mempunyai risiko dan mungkin memudaratkan jika tidak ada kepastian sebenarnya.

Dilaporkan di Malaysia hanya terdapat enam spesies lintah akan tetapi yang digunakan di negara ini hanya dua spesis iaitu Hirudinaria manillensis (berasal dari Manila seperti foto disebelah) dan juga spesis Hirudo javanica iaitu spesis yang mana ia biasa dijumpai di Asia Tenggara. Dalam satu laporan yang saya rujuk dan diterbitkan oleh pihak Ketua Unit Penjagaan Luka, Jabatan Perubatan Dalaman Hospital Kuala Lumpur (HKL) iaitu oleh Prof Dr Harikrishna KR Nair yang berkata lintah biasanya dijumpai dalam air bersih dimana ia sebenarnya sudah menjadi terapi tradisional perubatan tertua bagi merawat pelbagai penyakit. Biasanya lendiran liur lintah mempunyai antikoagulan, antitrombin hirudin dan analog sintetik dan dibenarkan digunakan pada manusia. Selalunya rawatan ini menggunakan lintah bertujuan untuk merawat kongesi darah, selain sakit-sakit sendi, bengkak dan masalah pergerakan disebabkan oleh kesakitan atau bengkak. Didalam teknik merawat luka dimana haiwan lintah yang biasa dianggap parasit itu tergolong dalam spesies Phylum Annelida, Order: Hirudinida daripada jenis Hirudinidae ini akan digunakan. Ini berikutan ciri dimana lintah adalah hermafrodit dengan setiap daripadanya mempunyai organ reproduktif jantan dan betina. Dr Harikrishna yang Presiden dan Pengasas Persatuan Penjagaan Luka Profesional Malaysia (MSWCP) menjelaskan lagi dimana daripada kebanyakan jenis lintah didapati spesies umum digunakan adalah Hirudo medicinalis (lebih dikenali sebagai sejenis lintah perubatan Eropah). Dalam penulisan Cina iaitu pada awal abad pertama masihi sudah menggambarkan masyarakat dahulu dimana mereka ada menggunakan lintah iaitu sejak 2,500 tahun lalu. Ia adalah sejenis haiwan yang mempunyai panjang kira-kira 10 sentimeter dan berat dua gram. Terapi Hirudo ini banyak memberikan kesan positif diantaranya kepada pesakit yang menderita luka akibat diabetes, sakit dan bengkak. Daripada tidak boleh berjalan dalam tempoh hanya dua bulan dengan menggunakan lima ekor lintah maka rawatan pesakit kemudian dilaporkan kian pulih dan lukanya tertutup kembali.

Dilaporkan dimana terapi ini hanya dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dimana rawatan bagi setiap lintah yang telah dinyah kuman menggunakan campuran kimia bagi tujuan untuk memusnahkan bakteria dan kuman terdapat di dalam perutnya. Kaedah ini berbeza dengan terapi lintah yang ada banyak dilakukan di Hong Kong serta Russia berikutan keadaan dimana lintah yang digunakan mereka tidak bersih dan tidak melalui proses sanitasi. Penyeledikan ini libatkan kaedah lintah yang disteril dengan bahan kimia. Terapi lintah yang sedang dalam penyelidikan dan dijangka selesai dalam masa singkat dalam kajian ini dimana semua proses sanitasi dilakukan di Unit Entomologi, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di bawah kelolaan Dr Nazni Wasi Ahmad yang sudah melakukan kajian mendalam sejak beberapa tahun lalu. Apa pun selalunya terapi lintah di luar negara menggunakan lintah daripada spesies Hirudo medicinalis, akan tetapi dalam kajian di HKL ini mereka menggunakan spesis lintah Hirudinaria manillensis. Lintah ini didapati di taman yang diternak di Kuala Lumpur dan Terengganu yang kemudian disteril dengan larutan bahan kimia atau sanitasi supaya tiada bakteria kerana jika tidak ada berkemungkinan berlaku jangkitan silang. Hasil kajian juga telah mendapati dimana bengkak berkurangan. Ada terdapat kira-kira 20 kes yang sedang kajian di HKL menunjukkan akan keadaan penyembuhan semakin baik dan perubahan luka kian mengecil. Dilihat juga selain bengkak berkurangan kesan daripada injap darah yang tidak berfungsi telah menyebabkan kesakitan kepada pesakit bertambah baik. Dilaporkan dimana dengan menggunakan terapi ini keadaan bengkak pada luka pesakit berkurangan, pesakit akan berasa ringan dimanal lama-kelamaan boleh berjalan daripada sebelumnya berkerusi roda kepada bertongkat. Bagaimana pun rawatan ini hanya untuk yang sesuai dan memerlukan rawatan ini serta atas saranan doktor kerana lintah ini sedang dalam penyelidikan biarpun HKL sudah ada menerbitkan jurnal penyelidikannya. Dilaporkan setiap kali rawatan pesakit dibiarkan lima atau enam lintah yang akan setiap satu akan menyedut kira-kira 15 mililiter (ml) darah.

Dilaporkan juga dimana negara Malaysia negara pertama guna lintah dimana Dr Harikrishna dakwa ketika ini, lintah digunakan bagi kes bengkak, pesakit mengalami keradangan sendi, artritis, tampalan tisu lain pada luka, kulit, pembedahan plastik dan luka akibat pengumpulan darah atau ulser vena. Terapi ini juga digunakan untuk merangsang pengaliran darah pada bahagian terputus seperti jari, cuping telinga dan apabila disambungkan (dijahit) lintah itu akan mencairkan pengumpulan darah beku dan membantu mewujudkan saluran darah baru supaya hujung yang terputus mempunyai cukup aliran darah. Dakwanya jika kaedah bioterapi ini diluluskan maka Malaysia bakal menjadi yang pertama di dunia berjaya menggunakan lintah dinyah kuman terlebih dulu bagi tujuan mengelakkan jangkitan kepada pesakit. Kaedah ini ke arah kaedah hospital 'pain free' iaitu teknik rawatan yang tidak menyakitkan dengan menggunakan lintah, tidak perlu gunakan antibiotik atau ubat tahan sakit. Bagaimanapun ini bergantung kepada ujian klinikal lagi untuk dilakukan. Sejarah dalam penggunaan lintah dalam perubatan dipercayai wujud sejak Tamadun India. Bagi Melayu Nusantara lintah apabila ia sering digunakan sebagai ramuan perubatan, namun ia tidak diuji secara saintifik, berbanding di Amerika Syarikat pakar bedah plastik menggunakan lintah untuk mengeringkan luka selepas penyambungan anggota badan atau tisu. Semuga pakar-pakar perubatan di Malaysia akan berjaya menjadikan terapi rawatan lintah sebagai satu kaedah rawatan merawat luka yang berkesan. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Sumber maklumat juga adalah dari bharian.com yang dirujuk. Wasallam...!
NAMANYA LINTAH... DARAH DIHISAPNYA...
ADA ENAM JENIS.... 2 YANG BERGUNA...
DI HKL SANA... KAJIAN DILAKUKANNYA...
MERAWAT LUKA... HEBAT KEGUNANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
 Bandaraya Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(27 Zulhijjah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.