Wednesday, June 8, 2022

MENUAI DAN PASCATUAI BUAH SALAK

BUAH SALAK
(Salacca edulis) merupakan salah satu buah tropika yang meluas ditanam di Indonesia dan ada sedikit di tanam di Malaysia daripada keluarga Arecaceae. Buah ini memiliki kandungan zat yang cukup tinggi dan dapat dimakan sebagai buah segar mahu pun diproses sebagai jeruk, minimal proses, minuman sebagai jus atau manisan. Buah salak tidak terlalu popular do  Malaysia jika hendak dibandingkan buah lain seperti pisang atau tembikai yang sering menjadi bahan pencuci mulut setelah makan. Penulis blog juga mendapati dimana ada sumber maklumat yang menyatakan terdapat segelintir orang yang menghindari makan buah salak ini kerana berlaku kemungkinan mengalami kesulitan untuk buang air besar. Mungkin dakwaan ini tidak benar dimana daripada pengalaman penulis blog sendiri yang meminati makan buah salak mendapati perkara sebaliknya berlaku. Hasil rujukkan dilaporkan dimana keluasan tanaman salak di Malaysia dilaporkan seluas 1,320 hektar dengan anggaran pengeluaran sebanyak 4,330 metrik tan setahun (Sumber: Laporan statistik tanaman buah-buahan, Jabatan Pertanian 2012). Bagaimana pun terkini penulis blog dapati pada tahun 2021 hanya terdapat seluas 691 hektar dengan penghasilan sekitar 3,075 metrik tan pada (Sumber: Booklet keluasan tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2021). Kawasan penanaman salak pada 2021 berada di Negeri Kelantan (266 ha), Sabah (133 ha) dan juga Pahang (200 ha). 
Pokok Salak tumbuh dengan agak rendah iaitu kira-kira 2-5 meter dan hampir-hampir tiada mempunyai batang. Pokok ini tumbuh berumpun iaitu banyak mengeluarkan sulur anak. Hampir keseluruhan pokok salak berduri tajam terutamanya di pangkal pokok. Pokok Salak adalah jenis diesius. Bunga jantan tersusun rapat dalam jambak berbentuk jejari dan dalam kelompok yang mengandungi kuntum bunga. Tangkai bunganysa adalah berukuran panjang dimana bunga betina lebih besar dan lebar dan bertangkai pendek. Buah salak adalah berbagai bentuk hampir bulat atau bujur bergatung kepada varietinya. Warna kulitnya perang atau berwarna agak perang kemerahan. Kulit ini mempunyai lapisan sisik-sisik leper yang teratur bertindih-tindih dan rapat. Sebiji buah mengandungi 1-3 ulas yang berbiji. Isinya berwarna putih, krim, kekuningan dan mempunyai rasa kelat manis atau manis. Salak merupakan buah-buahan berpotensi untuk ditanaBuah salaj sesuai ditanam secara monokrop atau didalam kawasan dusun bercampur. Artikel malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology'' saya paparkan satu teknologi berkaitan proses menuai dan pasca tuai buah salak untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Pokok salak yang ditanam dan dijaga dengan baik boleh berbuah awal untuk dituai. Lazimnya mutu buah salak yang baik diperoleh bila penuaian dilakukan pada tahap peringkat kematangan sesuai. Buah salak yang belum masak dimana apabila di potong akan menjadikan buah tersebut akan terasa KELAT dan tidak manis. Maka adalah sebaiknya proses penuaian ini dilakukan dengan cara mempastikan pemilihan semasa KERJA MEMETIK. Petani perlu ada kepakaran semasa memetik dan menentukan tahap kematangan buah salak tersebut pada masa yang tepat. Bagaimana pun lazimnya penanam pokok salak yang sudah berpengalaman tidak menghadapi masaalah proses menuai tandan salak. Petani perlu pastikan buah salak benar-benar sudah tua tetapi belum ketahap buah  masak. Penulis blog yang beberapa kali meninjau aktiviti menuai mendapati dimana buah salak dapat di petik apabila cukup matang berada di pokok atau pun biasanya berumur 6 bulan setelah bunga mekar (anthesis). Biasanya petani akan menbuat tanda khas pada sisik yang telah jarang dan dilihat warna kulit buah menjadi warna merah kehitaman atau kuning tua serta dilihat dimana keadaan bulu-bulunya telah hilang. Pada hujung kulit buah salak ini (bagian buah yang meruncing) terasa lembut sedikit apabila ditekan. Dalam pada itu antara tanda buah salak sudah cukup tua apabila warnanya mejsdi kilat. Dalam pada itu apabila dipetik maka buah sala akan mudah terlepas dari tangkai buah dan beraroma salak. Banyak bahan rujukkan berkaitan ciri-ciri pokok salak mengikut varietinya untuk difahami. Antara varieti salak yang menjadi pilihan petani adalah seperti Salak Pondoh (Salak Pondoh Hitam dan Salak Pondoh Merah), Salak Raja, Salak Sabah, Salak Bali, Salak Nangka dan beberapa varieti lagi. Penulis blog merujuk dari beberapa sumber di negara jiran yang menyatakan p
roduktiviti buah salak pada tahun 2010 - 2015 telah dilaporkan mencapai sekitar 25 - 26 tan/ha/tahun (Sumber: Jabatan Pertanian Indonesia - Deptan, 2007). Salak pondoh dikenalpasti adalah salah satu varieti buah salak yang terus popular dimana ia  mengalami peningkatan penghasilan setiap tahun. Kini dilaporkan dimana di Kabupaten Sleman, Yogyakarta , Jawa Tengah, Indonesia amat berjaya dan merupakan salah satu kawasan yang mampu menghasilkan salak pondoh dengan kuantiti yang banyak dan berkualiti.

Cara menuai buah salak merupakan satu perkara yang agak rumit bagi mereka yang baru berkecimpong dengan tanaman ini. Bagaimana pun antara faktor yang perlu difahami petani adalah buah salak ini lazimnya disebabkan masa masaknya tidak serempak dan ianya mesti dilakukan proses memetik mesti memilih. Sebaiknya apa yang perlu diperhatikan dalam pemetikan apakah buah salak tersebut sama ianya akan disimpan lama atau jika segera untuk dimakan. Sebaiknya jika bercadang untuk buah salak tersebut dijangka untuk disimpan lama maka kerja pemetikan dilakukan pada masa buah peringkat salak tua (Dalam istilah bahasa Jawa adalah - Gemadung) dimana sebaiknya elakkan daripada memetik buah apabila mencapai peringkat terlalu tua dipokok. Buah salak yang masih agak terlalu masak lazimnya adalah ia tidak tahan lama jika disimpan dan cepat busuk. Penuaian buah salak ini perlu dilakukan dengan cara petani tersebut memotong tangkai tandan buah salah yang terpilih. DIlaporkan secara teknikal dimana jangkamasa penuaia buah salak ini adalah dibahagikan kepada 4 musim dalam setahun. Penuaian petama paling banyak hasilnya selalu berlaku pada Bulan November, Disember dan Januari. Peringkat penuaian kedua adalah sedang jumlahnya pada bulan Mei, Jun dan Julai. Sementara itu penuaian luar musim (Sedikit hasilnya) pada bulan Febuari, March dan April. Peringkat pokok tidak berbuah (kosong) atau peringkat pokok rehat pula lazimnya berlaku pada bulan Ogos, Septemer dan juga Oktober. Jika ada buah salak yang keluar pada fasa ini pun ia jarang diambil tetapi dibuang sahaja agar pokok salak akan tumbuh dengan lebih baik. Biasanya petani yang menjaga tanaman salak dengan penjagaan sederhana mampu mendapatkan purata hasil segar sekitar 15 metrik tan sehektar.

Apa yang penting didalam pengendalian buah salak selepas dituai perlu dilakukan dengan teliti. Ini kerana buah salak juga selalunya dikelaskan sebagai salah satu produk hasil pertanian yang mempunyai sifat yang mudah rosak (perishable). Kerosakan yang terjadi pada buah salak yang telah di peyik selalunya juga adalah disebabkan buah salak tersebut masih melakukan proses metabolisme dengan menggunakan simpanan makanan yang terdapat dalam buah salak tersebut. Penjagaan buah salak segar ini mesti dilakukan bertujuan untuk memperpanjangkan jangkahayat kesegaran dan mengurangkan tahap kehilangan buah rosak melalui teknologi yang baik dan tepat. Apa pun sama seperti buah-buahan lainnya, buah salak segar dilaporkan agak mudah rosak dan memang tidak tahan lama. Kerosakan dapat dikesan apabila ada tanda seperti ada bau busuk dan isi daging buah menjadi lembik serta berwarna kecoklatan. Setelah dipetik sebaiknya buah salak yang masih meneruskan aktiviti proses hidupnya seperti proses fisiologi (perubahan warna, pernafasan, proses biokimia dan jugaga perubahan fungsional dengan adanya aktiviti pembusukan semulajadi). Akhirnya jik atidak dirawat baik maka buah salak tidak akan dapat disimpan lama dalam keadaan segar dan penting rawtan pasca tyai dilakukan dengan baik. Antar beberapa cara disyorkan termasuk buat kerja PEMBERSIHAN BUAH. 
Pembersihan buah salak bertujuan untuk pastikan petani dapat pisahkan buah salak dari sisa-sisa duri, sampah daun dan seludang yang melekat. Pembersihan ini akan dilakukan dengan kuas atau sikat, cara membersihkannya pun berbeda dari buah lainnya. Pembersihan buah salak dibuat dengan menyusun buah dalam arah sama agar sisiknya tidak merosak kulit buah. Pengumpulan buah salak dari kebun sebaiknya dilakukan dengan telidi termasuk di pusat pengumpulan dan pusat penggredan. Pusat ini berfungsi sebagai tempat penerima buah salak yang berasal dari petani lain atau dari banyak kebun salak. Di Pusat ini apa yang mesti dilakukan adalah pengasingan, penggredan dan kerja-kerja pengemasan buah sebelum dipasarkan. Kerja pemilihan adalah bertujuan untuk memilih buah berkuali dimana buahnya adalah baik, tidak cacat dan layak untik dipasarkan domestik dan eksport. Ia juga bertujuan untuk membersihkan buah-buah salak segar ini dari berbagai bahan yang tidak berguna seperti tangkai, ranting dan kotoran lain yang terdapat. Bahan-bahan tersebut perlu dipotong dengan pisau tajam atau gunakan sabit, gunting pangkas yang tajam dan ia tidak berkarat sehinga tidak menimbulkan kerosakan pada buah.

Aktiviti pasca tuai buah salak yang penting termasuk aktiviti penggredan buah. Ia mesti dilakukan 
bertujuan untuk mendapat hasil buah yang seragam dari segi ukuran dan kualitinya. Cara ini juga akan dapat memudahkan aktiviti penyusunan buah salak di dalam bakul atau didalam kotak pemasaran dengan lebih kemas. Apabila susunan dan kualiti dapat dipastikan dengan pisawian ditentukan maka petani akan mendapatkan harga pasaran yang lebih tinggi. Pembungkusan dengan baik dan menarik juga akan merangsang minat untuk sesiapa juag membeli dimana proses perundingan pasaran akan jadi lebih mudah. Setelah dibuat penggredan maka petanu akan mudah untuk menaksir anggaran pendapatan kasar sementara. Aktiviti penggredan ini boleh dikelaskan mengikut beberapa ciri seperti aspek yang terdapat pada buah salak iaitu BERAT, BESAR, BENTUK, RUPA, WARNA, CORAK dan BEBAS dari PENYAKIT serta KECACATAN. warna, corak, bebas dari penyakit dan ada tidaknya cacat/luka. Semua itu dimasukkan kedalam kelas dan golongan sendiri-sendiri. Lazimnya pisawian buah salak boleh dikelaskan kepada GRED SALAK AA iaitu buah salak u=yang betul-betul buah super, berwarna kekuningan dimana berat se=atu kilogram sebanyak 12 biji jumlahnya. 
Kedua adalah GRED AB iaitu buahnya yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil dimana ia masih sihat dan segar. Bagi buah salak GRED C adalah buah yang sederhana saiznya dengan 1 kg mempunyai 25 - 30 biji dan sesuai diproses menjadi buah manisan. Bagi kategori ke empat adalah GRED BS iaitu jenis buah busuk atau buah dilihat setengah pecah selalunya ia tidak akan boleh dijual. Dalam aspek pembungkusan buah salak segar sebaiknya bakul atau kotak mempunyai lubang udara, berstruktur kuat agar buah salak terlindung tekanan dari luar. Bakul atau kotak ini sebaiknya akan dapat diangkut dengan mudah. Apa pun perlu dipastikan ada ukuran khusus yang dapat disesuaikan dengan jumlah buah. Buah salak yang diproses menjadi jeruk atau halwa sebaiknya disimpan didalam bekas khas seperti balang kaca atai balang plastikyang kedap udara dan ditutup rapat dan kuat. Ini bagi mempastikan tidak akan ada mikrob yang boleh masuk yang enyebabkan ia rosak. Pastikan buah salak segar dan salak proses ini dihantar dengan segera kepada pelanggan dengan pengangkutan yang baik. Sebaiknya bagi memudahkan pasaran dibahagian luat bakul atau kotak atau balang produk salak proses diberikan label jelas yang mengandungi maklumat termasuk nama barang, jenis gred buah atau nama produk, nama pengeluar, tarikh tamat tempoh, berat bersih, nama pengeluar, nama pengimport dan sebagainya. Dalam pada itu proses penyimpanan buah salak pula boleh dilakukan di dua lokasi iaitu Pusat Penyimpanan Sementara atau Pusat Penyimpatan Tetap Berhawa Dingin. Apa pun lazimnya buah salak yang dimasukkan kedalam tempat penyimpanan sementara adalah salak yang akan segera dijual ke pasar sedangkan salak yang berada di bilik sejuk beku untuk pasaran eksport atau jauh. Kajian menunjukkan dimana bagi tujuan eksport buah salak hasrus dipetik tahap kematangan buah sekitar 60-70% semasa buah tersebut berumur 5 bulan atau kurang dari 6 bulan. Sebelum itu disyorkan agar rawatan khas buah salak perlu dicelupkan terlebih dahulu ke dalam bahan kimia antimikrob sesuai pada kepekatan 5% selama 30 saat. Kemudian bauh tersebut mesti disusun dengan persekitar diubahsuai (PE 0.04:72 perforasion micro) kapasiti iaitu sebanyak 5kg/karton dengan sistem pengudaraan yang baik. ia disimpan dalam suhu terkawal iaitu sekitar 10 - 15 Celcius. Cara memperpanjang masa kesegaran buah salak sebaiknya mampu menyebabkan kerosakan disebabkan oleh jabgkitan kulat dan “chilling injury” yang mungkin boleh berlaku. Kajian berjaya membuktikan kaedah ini membolehkan memperpanjangkan masa simpan buah salak menjadi 21-30 hari. Kini ada banyak buah salak segar dijual di Malaysia yang menggunakan teknologi tersebut daripada negara indonesia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH SALAK... ENAK RASANYA...
LUAS DITANAM.. DI INDONESIA....
PENGGREDAN BUAH...SUDAH ADA...
RAWATAN DIBERI... BUH TAHAN LAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Jalan Cendana of Jalan Istana,
Melaka,
Malaysia.
(6 Zulkaedah 1443H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.