Tuesday, June 7, 2022

BUNGA BAKUNG - FAKTA MENARIK

BUNGA BAKUNG (Bunga Lily) adalah tumbuhan daripada keluarga Liliaceae yang lazimnya tumbuh di sebagian besar Eropah dan juga disebahagian besar Asia sehingga di Jepun, Selatan India, di China dan kebanyakan negara-negara di Asia Tenggara. Apa pun nama tanaman hiasan ini popular sebagai 'Bunnga Lily' atau Lili sahaja dan ia diminati ramai kerana kecantikan bunga dan kegunaannya. Ini kerana tanaman hiasan ini boleh dikomersilkan atau ditanam secara suka-suka dikawsan keliling rumah. Dalam pada itu tumbuhan ini secara asalnya timbuh liar dikawasan habitat hutan, kawasan di pegunungan, habitat padang rumput, serta ada beberapa spesis yang mampu hidup dikawasan tanah berpaya. Bunga bakung lebih sesuai untuk hidup dengan baik didalam habitat dengan tanah yang mempunyai keadaan jenis tanah yang kadar keasidan tanah seimbang. 
Apa pun pokok bunga bakung adalah tumbuhan renek dengan ketinggian pokok antara 60 -180 cm. Bunga bakung biasanya memiliki tangkai yang kukuh dimana didapati kebanyakan spesis bunga ini mempunyai bahagian umbi atau 'bulb' dibawahnya (dalam tanah). Di laporkan dimana ada beberapa jenis bunga bakung yang tumbuh di Amerika Utara yang umbisinya boleh tumbuh seakan menjadi rizom atau mempunyai ruas. Rizom ini adalah biasanya akan terbentuk daripada batang tumbuhan yang tumbuhnya menjalar di bawah permukaan tanah dan dapat menghasilkan tunas dan akar baru dari ruas-ruasnya. Biasanya bunga bakung yang besar memiliki tiga daun bunga dengan aroma wangi yang khas. Dilaporkan ada banyak warna bunga bakung daripada yang berwarna putih, kuning, jingga, merah muda, merah, ungu, warna tembaga, hingga hampir hitam dan uniknya ada juga yang bercorak bintik-bintik. Penulis blog pernah menanam bunga bakung ini semasa tinggal di kuarters di Segamat dan Mersing dahulu. Artikel pada tengahari Khamis 19 Ramadan 1443H ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta tanaman bunga bakung untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog dan anda semua.

Di laporkan aktiviti menanam bunga bakung boleh menjadi alternatif untuk mencantikkan keindahan kawasan tempat tinggal di rumah atau di taman-taman bunga. Bunga bakung biasanya boleh ditanam dengan menggunakan benih daripada umbinya (bulb) walau pun ada kalangan pakar menanamnya dengan menggunakan biji. Bunga bakung akan terpengaruh kadar pertumbuhannya setelah mendapat jumlah besar sinar matahari yang diperlukan. Dilaporkan dimana kebanyakkan jenis bunga bakung tumbuh dengan baik pada kawasan tanah liat dan berrongga dan banyak organik dengan ada sistem saliran yang baik. Di Malaysia memang pasti dimana teknik penanaman bunga bakung ada dilakukan dibeberapa lokasi terutama dikawasan tanah tinggi yang mempunyai cuaca dingin dan juga disekeliling rumah sebagai tanaman hiasan menarik. Asas menanam bunga bakung sama dengan cara menanam tumbuhan ornamental lain dimana salah satu syarat agar tanaman ini boleh tumbuh dengan baik bermula daripada penyediaan tanah, penyediaan benih berkualiti, amalan agronomi serta pemilihan lokasi yang sesuai. Bunga bakung juga sering dijadikan sebagai Bunga Keratan (cut flower) dan dijadikan sebagai 'bunga jambangan' atau Bunga Buket (bucket flowers) yang digunakan dalam beberapa majlis termasuk majlis perkahwinan dan sebagainya. Bergantung kepada keunikan dan kreativiti serta kombinasi bunga yang digunakan kini 'bucket flowers' ini boleh dibeli secara on-line dengan harga diantara RM60 - RM80 satu unit. Pembaca blog ini boleh google sahaja di Lazada dan Shopee dimana ada tawaran bunga ini ada diiklankan. Memang pasaran bunga ini agak baik di negara kita.

Menanam bunga bakung boleh dilakukan oleh sesiapa yang minat menanamnya. Perkara pertama adalah kerja penyediaan kawasan sama ada ingin menanam diatas tanah atau tanam didalam pasu sahaja. Seterusnya adalah mendapatkan benih tanaman terdiri daripada bulb dari pokok bajubg yang telah matang atau senang sahaja membelinya secara on-line sahaja. Kalau sudah ada pokok induk untuk dihadikan benih pelu memilih hanya pokok yang sihat, cukup matang dan dari varieti terbaik digunakan. Sebaiknya sebelum ditanam umbi bunga bakung direndam di dalam air selama 24 jam. Tujuan merendam ini adalag untuk membolehkan tunas dari dalam umbi cepat tumbuh. Agar proses pertumbuhan berjalan dengan cepat maka sebaiknya umbi disemai terlebih dahulu. Setelah umbi ini keluar tunas dan tumbuh dengan baik baru sesuai untuk dipindahkan ke media tanam berupa polybag atau diatas tanah. Setelah bulb tersebut yang disemai sudah mulai tumbuh tunas maka ia sudah boleh ditanam. Media tanaman bunga bakung boleh menggunakan tanah campuran pada kadar 1:1:1 (tanah, organik dan pasir). Masa sesuai memindahkan benih dari tempat tapak semaian ke dalam pasu mesti dilakukan dengan berhati-hati agar tidak merosakkan tunas dan benih. Amalan terbaik menanam adalah pada waktu pagi atau petang dimana sinar matahari tidak terlalu terik. Lakukan penyiraman secara rutin pada pagi dan petang agar tanaman bunga bakung tidak layu. Penyiraman perlu dikawal kuantiti air dan jejerapannya kerana jika terlalu bayak air akan menyebabkan umbi tanaman menjadi busuk. Tanaman bunga bakung sebenarnya tidak memerlukan perawatan yang istimewa. Cukup mencabut segala rumpai yang ada dan memerikan baja asas NPK dan baja organik secara berkala.

Beberapa fakta mengenai bunga bakung 
adalah unik sebab ia mempunyai umbi. Umbi ini boleh berkembang menjadi rizom atau rimpang. Rizom ini adalah modifikasi dari batang tumbuhan yang tumbuhnya selalu menjalar di bawah permukaan tanah dimana menghasilkan tunas dan akar baru dari ruas-ruasnya. Dari umbi maka bunga bakung dapat tumbuh secara mudah untuk dibiakkan. Selalunya bakung putih kerap dimaksudkan sebagai lambang kesucian, kemurnian, ketulusan, kemuliaan, pengabdian sekaligus lambang persahabatan sejati. Ada juga dikalangan pihak yang menggunakan bunga bakung dijadikan 'hand bucket' bagi pengantin wanita. Dalam pada itu sering dilaporkan bunga bakung juga punya sifat anti-mikrob yang dari bahagian bunga yang di ekstrak. Bahan ini didakwa untuk rawatan sebarang jangkitan atau pencegahan infeksi. Dalam pada itu dilaporkan ekstrak bunga bakung juga boleh ianya  digunakan sebagai aktioksidan sama ada dari bahagian umbi, daun atau pun bahagian bunga. Bahagian umbi dari bunga bakung dilaporkan juga ia mengandungi banyak bahan Steroidal glycoalcaloid dan Furostanol saponin yang mana ia merupakan 
komponen yang berfungsi sebagai anti kulat (anti fungi). Ada kajian dimana kandungan terdapat anti-inflamasi pada bahagian daun bunga bakung yang mampu meredakan panas dalam serta merawat sakit tekak. Kajian lain melaporkan dimana bunga bakung kuga mampu mengatasi masaalah dkenali sebagai 'Insomnia' atau gangguan susah tidur sebagai bahan terapi yang berkesan. Petua dengan mengambil bunga bakung secara rutin didakwa mampu untuk meningkatkan daya tahan tubuh seseorang (Immune). Akan tetapi tentunya harus tetap melakukan gaya hidup sihat dengan selalu berolahraga. Tidak kurang juga khasiat dimana bunga bakung mampu merawat masaalah sakit mata serta mata berair. Caranya dengan mengambul daun dan bunga abakung dan direbus bersama air bersih. Setelah sejuk maka dititiskan kemata yang bermasaalah sekitar 3 titis. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUNGA BAKUNG... BUNGA LILY SAMA...
MUDAH DITANAM... MESTI DIJAGA...
PUTIH POPULAR... BANYAK WARNA...
ADA KHASIAT... BACA PETUANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist.
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia. 
(21 Ramadan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.