Thursday, June 9, 2022

MAKANAN LAUT - ENAK DAN KESAN NEGATIF

MAKANAN LAUT
(Seafood) merupakan diantara jenis-jenis makanan yang kini menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia yang disesuaikan dengan citarasa tempatan iaitu di negara kita. Berlainan negara mempunyai kuliner makanan laut yang berbeza bergantung kepada bahan mentah digunakan dan juga kaedah penyediaannya. Makanan laut juga pada penulis blog adalah sebarang bentuk hidupan laut dianggap sebagai makanan oleh manusia iaitu termasuk ikan dan kerangan. Apa pun jenis kerangan termasuk pelbagai spesis moluska, krustasea dan ekinoderma. Dari segi sejarah pula dilaporkan dimana mamalia laut seperti ikan paus dan ikan lumba-lumba telah digunakan sebagai makanan sejak lama dulu walaupun kini sudah berkurangan pada zaman moden. Dalam pada itu jenis tumbuh-tumbuhan laut yang boleh dimakan seperti ada beberapa rumpai laut dan mikroalga juga sudah dimakan secara meluas sebagai makanan laut di seluruh dunia dan berlaku terutama di Asia (dalam kategori sayur-sayuran laut). Di laporkan dimana diAmerika Utara serta di United Kingdom dimana istilah "makanan laut" diperluaskan kepada organisma air tawar yang dimakan oleh manusia dimana ini menjadikan semua hidupan akuatik yang boleh dimakan boleh dirujuk sebagai makanan laut atau seafood juga. Dalam pada itu jika membincangkan bagaimana proses penuaian makanan laut liar biasanya dikenali sebagai dunia industri perikanan atau pemburuan spesis hidupan dilaut. Bagaimana pun kini apabila sektor penternakan akuakultur sudah berkembang manu ia memperluaskan lagu bahan asas membuat makanan laut. Antara industri akuakultur yang luas dibangunkan seperti penternkan udang, kupang dan pelbagai jenis ikan sama ada ikan laut, ikan air payau atau ikan air tawar. Selalunya jenis makanan laut ini 
sering dibezakan daripada daging dimana ia mjuga masih dari haiwn berprotin dan tidak termasuk dalam diet vegetarian yang ketat. Makanan laut adalah sumber protein penting dalam banyak diet di seluruh dunia terutama kepada penduduk tegar yang berada di kawasan pantai. Apa pun dilihat dimana kebanyakan penuaian hasilan laut ini akan digunakan oleh manusia akan tetapi sebahagian besar lagi akan digunakan sebagai makanan ikan untuk ternakan ikan lain atau haiwan lain sebagai 'ikan baja'. Dalam pada itu ada produk dari laut yang akan digunakan sebagai baja tanaman atau makanan untuk tpokok. Baja dari produk hasilan laut sangat berkesan untuk dijadikan baja tanaman yang kaya dengan pelbagai mineral dan enzim. Dilaporkan juga ada beberapa hasilan produk seperti minyak ikan dan tablet spirulina juga diekstrak daripada ikan, kerangan dan juga rumpai laut. Ada juga sesetengah makanan laut dijadikan makanan kepada ikan akuarium atau digunakan untuk ianya diberi makan haiwan peliharaan domestik seperti kucing dan sebahagian kecil digunakan dalam bidang perubatan. Penulis blog sejak dulu memang suka mendapatkan makanan laut seperti yang terdapat di Medan Ikan Bakar di Melaka,Restoren Seafood di Kota Kinabalu dan banyak premis lain diseluruh Malaysia. Artikel pada tengahari ini saya menulis artikel ke 7,035 dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai makanan laut yang menjadi kegemaran ramai di Malaysia akan tetapi ada kes kesan negatif untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Negara kita Malaysia boleh dikategorikan bertuah kerana ia adalah dikelilingi atau berdekatkan dengan laut yang menyimpan khazanah hasilan laut yang hebat. Jadi memang beruntung juga penduduk di Malaysia yang mana bagi p
enggemar makanan laut mereka lazimnya akan sanggup berbelanja lebih dan mencarinya di serata tempat untuk dapat menikmati kelazatan hidangan laut segar disukai. Bagi mereka selalunya faktor kesegaran makanan laut ini pada setiap gigitannya memberikan keenakan tersendiri dan sukar digambarkan dengan kata-kata. Penulis blog sanggup ke Kuala Sepetang, Taiping, Perak untuk menikmati mee udang yang viral di pekan tersebut (Sila lihat foto disebelah). Sering juga menikmati ikan bakar, kupang, udang dan sotong di beberapa gerai di medan ikan bakar di Melaka setiap bulan juga. Bagaimana pun ada pula sekelompok individu yang akan menghadapi masaalah kesihatan seperti 'Gout' yang merana dan menyiksakan iaitu selepas menikmati beberapa jenis makanan laut yang tidak dikawal. Secara umumnya di Malaysia diantara jenis makanan laut yang digemari ramai selain ikan adalah termasuk jenis udang, kupang dan kerang memang sedap untuk dijadikan pelbagai menu yang hebat dari di bakar, ikan 3 rasa, dimasak goreng salut tepong, masak sambal, maskak cheese, di stim dan pelbagai lagi. Penulis blog mendapati dimana permintaan tinggi makanan laut bukan sahaja dalam kalangan pengusaha restoran di perairan pantai tetapi terkini ia sudah turut menjadi tumpuan kepada pengusaha di banyak bandar besar di seluruh Malaysia. Ada banyak gerai, restoren (terutama jenis restoren Cina) yang menghidangkan pelbagai pilihan makanan laut daripada yang murah sehingga kepada mahal. Ada juga beberapa hotel terkemuka yang khusus menghidangkan kuliner makanan laut seperti di beberapa hotel yang berada dipesisir laut. Pendek kata asalkan ada duit dan selera maka pembaca blog boleh pergi kemana-mana premis yang menyediakan makanan laut untuk dinikmati.

Bagaimana pun pada penulis blog bukan semua orang sewenang-wenangnya akan dapat menikmati makanan laut sebab kalangan mereka ada yang alergi dan tidak kurang 'kena berpantang' mengambilnya khususnya penghidap penyakit tertentu seperti gout dan darah tinggi. Namun biasanya ramai orang juga perlu berhati-hati kerana makanan laut ada kalanya mudah tercemar dengan masaalah kontaminasi oleh masaalah mikro organisma, bahan kimia atau kandungan logam berat dimana kesannya adalah sehingga ia boleh membawa maut. Dari beberapa media tempatan pernah dilaporkan bagaimana ada kes tiga orang telah maut selepas makan kerang dan lokan yang dibeli di Pasar Malam Inanam, Sabah dan mengerikan. Kes tersebut adalah disebabkan oleh fenomena 'laut merah' yang melanda negeri Sabah yang menjadi punca pencemaran kepada hidupan laut itu. Pada 1 Januari 2021pula telah dilaporkan dimana ada enam individu mengalami simptom keracunan seperti kebas di leher, muntah, pening dan sesak nafas selepas memakan kerang yang dikutip di perairan Sepanggar, Sabah. Penulis blog memetik laporan dimana mengulas berkaitan perkara tersebut dimana Pensyarah Kanan Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu Dr Saliza Mohd Elias menyatakan keracunan makanan laut boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pertama disebabkan oleh agen jangkitan termasuk virus, bakteria dan parasit. Punca kedua berlaku kerana ejen toksin (racun) yang terhasil secara semula jadi dalam makanan laut tersebut seperti jenis ciguatera dan scombroid atau berlaku akibat pencemar kimia daripada bahan buangan industri seperti logam berat, dioksin dan pestisid. Bagaimana pun dilaporkan diantara punca keracunan makanan ialah bakteria, mikro-organisma, virus, racun atau toksin dan bahan kimia atau akibat proses penyediaan makanan kotor, makanan tersebut memang tidak dimasak dengan sempurna atau terdedah kepada persekitaran.

Hasil daripada banyak kajian dilaporkan pada kebiasaannya akan ada dilaporkan di media berlaku kes-kes keracunan makanan berlaku termasuk disebabkan oleh makanan laut dalam tempoh 48 jam selepas makan bila makanan tercemar. Kesan bahaya akibat keracunan dari makanan memang dilaporkan ia boleh membawa maut. Selain itu juga dilaporkan dimana ada juga kes-kes dimana ia akan membabitkan keracunan sistem saraf. Dilaporkan dimana diantara gejala keracunan sering berlaku adalah gastroenteritis iaitu seperti loya, mual, muntah, cirit-birit dan sakit perut. 
Selain itu juga ada kes dimana keadaan pengeluaran najis luar biasa, berak cair dan juga kerap turut menyebabkan keadaan tubuh kehilangan cecair dan juga elektrolit. Masalah keradangan sistem gastro-usus yang selalu dikaitkan dengan darah dan nanah pada najis atau secara saintifiknya disebut 'dysentery' juga berkemungkinan berlaku pada individu mengalami keracunan. Laporan perubatan sering merujuk kepada berlaku jangkitan sistem gastro-usus yang mana ia boleh menghasilkan kesan yang pelbagai bermula cirit-birit tidak berbahaya dan pulih dengan sendirinya atau kepada masalah berlarutan dan parah hingga menyebabkan kematian. Secara amnya gejala keracunan makanan termasuk jenis makanan laut tercemar ini termasuklah perut memulas atau berpeluh tanpa sebab, demam, rasa sejuk walaupun cuaca panas dan sakit kepala, katanya. Sebaiknya pesakit yang mengalami keracunan makanan boleh menjalani beberapa kaedah rawatan bergantung kepada kategori penyakit dihadapi mereka. Pesakit perlu menjalani rawatan sehingga tanda keracunan makanan laut menunjukkan berkurang dan peningkatan pada tahap kesihatan. Adalah dinasihatkan orang ramai supaya melihat secara terperinci makanan laut dibeli di pasar untuk mengelak sebarang keracunan yang boleh menjejaskan kesihatan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MAKANAN LAUT... MEMANG ENAK DIRASA...
PELBAGAI PILIHAN... BERBEZA HARGA...
DI GERAI KAMPONG... RESTOREN ADA...
AWAS KERACUNAN... RAWATAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(4 Shawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.