Friday, June 10, 2022

BUNGA TUNERA - KISAH MENARIK

BUNGA TUNERA
atau Bunga Pukul Lapan Pagi (Turnera ulmifolia L.) yang juga dikenali dengan nama pokok bunga Lidah Kucing (bahasa Jawa) adalah spesis tumbuhan dari keluarga Passifloraceae. Tumbuhan ini dilaporkan adalah natif dari negara tropika termasuk Mexico, Asia Tenggara dan juga Hindia Barat. Bunga Tunera selalunya ditanam dikawasan sekeliling rumah, ditaman-taman bunga atau kawasan riadah kerana kecantikkan warna bunganya yang menarik. Dua jenis bunga tenera yang popular di Malaysia adah jenis Tunera Kuning dan jenis Tunera Putih. Dalam usaha kita hendak mengenali tanaman renek ini sebaiknya kita ingin tahu akan apakah tumbuhan ini, kelebihannya serta kegunaanya. Selain darpada ditanam untuk memperlihatkan bunga yang cantik, didalam dunia perubatan didakwa air rebusan akar tumbuhan bunga tunera ini ada gunanya. Air rebusan ini didakwa sesuai untuk digunakan bagi mengatasi masaalah seperti rematik sendi atau kes bengkak. Dalam pada itu pengamal perubatan tradisional juga didakwa jika ada bengkak yang disebabkan kurang selesa. Tumbuhan ini berpotensi sebagai antibiotik berdasarkan kepada beberapa kajian klinikal yang dilakukan pada tahun 2009 terhadap patogen yang dikenali sebagai Staphylococcus aureusresisten-metisilin yang menyembuhkan penyakit disebabkan olehnya. Dalam dunia ternakan lebah dan kelulut pula tumbuhan yang berbunga ini menghasilkan nektar dan debunga yang digemari oleh serangga tersebut. Ia disenaraikan sebagai salah satu bunga yang sesuai ditanam untuk membekalkan makanan kepada dunia perlebahan. Artikel pada subuh dingin ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kisah menarik berkenaan Bunga Tunera bertujuan bagi memberikan info tumbuhan kepada pembaca setia blog ini.

Dalam portal berita hmetro.com yang bertajuk 'Turnera serasi semua jenis tanah' saya kupas dan tulis semula kali ini. Dilaporkan dimana spesis tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Passifloraceae ini dikatakan berasal dari Mexico dan India Barat. Bunga ini atau lebih dikenali dengan nama bunga lidah kucing juga adalah spesies tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Passifloraceae. Pokok bunga dipercayai berasal dari Mexico dan India Barat ini mendapat nama sempena ‘Bapa Botani Inggeris’ iaitu ahli ornitologi dan botani William Turner. Pokok yang bersifat renek, tahan kering, lebat dan tahan lama ini dikatakan mampu mencapai ketinggian sekitar 60 cm. Apa yang menarik dimana pokok yang menghasilkan bunga berwarna kuning-oren terang ini turut mempunyai kebaikan untuk kesihatan badan. Daunnya yang berwarna hijau gelap itu dipercayai dapat membantu mengubati penyakit jantung, gastrik dan selesema. Bunga Turnera adalah sejenis tanaman yang serasi dengan sebarang keadaan mahupun berbeza tanah. Kunci utama untuk memastikan ia dapat tumbuh dan hidup subur adalah melalui sistem aliran air yang baik. Juga didakwa dimana tanaman ini sesuai diletakkan di bawah matahari, tempat berteduh atau berdekatan kawasan air selain boleh disiram dengan air pH berbeza. Pokok ini perlu ditanam dengan jarak setiap satu 0.45 meter sekiranya ingin didalam menampilkan kesan rimbun atau tanam secara tunggal dengan jarak 0.6 hingga 0.9 meter. Perlu dipastikan baja yang diletak pada pokok tidak terkena pada bahagian daun kerana ia berupaya menyebabkan daun panas dan terbakar. Siram air pada baja berkenaan bagi memastikan ia dapat larut ke dalam tanah. Pokok bunga Turnera tidak memerlukan pemangkasan untuk berbunga atau berkembang, tapi ia kelihatan lebih lebat dan menarik sekiranya dipangkas. Tanaman bunga ini juga boleh berpenyakit dan terkena masalah perosak seperti ulat pelombong daun (leafminer) yang akan memakan dan menembusi daun pokok. Kebiasaannya jika masalah itu tidak berpanjangan dan hanya menyebabkan rupa bentuk pokok tidak menarik jadi, buang bahagian daun yang rosak.

Dalam portal utusan.com pula dilaporkan satu artikel bertajuk '
Bendung serangan makhluk perosak' yang sesuai dijadikan bahan rujukkan. Dilaporkan dimana amalan kejuruteraan ekologi adalah satu alternatif yang boleh diguna pakai dalam teknil bagi menguruskan serangga perosak secara mesra alam di kawasan pertanian seperti sawah padi. Konsep ini membabitkan amalan kultura seperti pengurusan vegetasi secara manipulasi habitat yang berfungsi menggalakkan aktiviti kawalan serangga perosak secara biologi. Menerusi amalan ini didakwa aktiviti spesis musuh semula jadi dapat ditingkatkan dengan menyediakan sumber seperti makanan alternatif apabila mangsa atau perumah tiada. Penanaman spesies tumbuhan berbunga yang kaya nektar turut berfungsi sebagai tempat berlindung dan membiak untuk pelbagai spesies musuh semula jadi terdiri daripada serangga pemangsa dan parasitoid. Amalan ini sudah lama diperkenalkan di China dan negara ASEAN seperti Myanmar, Vietnam, Thailand serta Indonesia. Ia terbukti berjaya dan dapat meningkatkan kepelbagaian artropod di kawasan sawah padi terutama spesies musuh semula jadi yang secara tidak langsung menyumbang dalam mengurangkan kadar serangan serangga perosak seperti benah perang, ulat gulung daun dan ulat pengorek batang. Di samping itu juga kadar penggunaan racun serangga kimia juga menurun dan kelestarian ekosistem sawah padi dapat dipelihara dan dipulihara. Bagi tujuan tersebut dilaporkan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjalankan projek kejuruteraan ekologi dalam meningkatkan kepelbagaian artropod dalam ekosistem padi. Dilaporkan bagi seorang saintis Kanan, Pusat Penyelidikan Tanaman dan Sains Tanah MARDI iaitu Encik Badrulshah dimana kajian ini dimulakan pada musim luar 2016 membabitkan kawasan sawah seluas dua hektar. Beliau nyatakan dalam kajian ini, perbandingan populasi artoropod antara plot kejuruteraan ekologi dan plot amalan biasa petani yang melaksanakan semburan racun serangga dilakukan (Sila lihat foto disebelah). Diberitahu plot kejuruteraan ekologi sudah ditanam dengan beberapa spesies tumbuhan Turnera atau nama tempatannya bunga pukul delapan di sekeliling batas petak berkenaan. Diantara spesies yang ditanam ialah Turnera subulata (bunga berwarna putih) dan T. trioniflora (bunga berwarna kuning). Pensampelan serangga dibuat menerusi beberapa kaedah seperti pengecaman visual, penggunaan jaring sapuan, perangkap lekat dan perangkap bekas. Hasil pemerhatian menunjukkan plot kejuruteraan ekologi boleh menampung lebih banyak artropod berdasarkan bilangan dan kepelbagaian spesies serta pengiraan indeks berbanding plot amalan biasa petani. Badrulhadza berkata, prinsip kejuruteraan ekologi adalah sebahagian daripada komponen pengurusan perosak bersepadu (IPM) iaitu penggunaan agen kawalan biologi yang mesra alam. Ia memperkenalkan elemen seperti rekaan landskap dengan penggunaan tanaman berbunga yang kaya nektar sebagai perumah kepada serangga bermanfaat dalam ekosistem padi. Apa pun penanaman pokok bunga Turnera dilaporkan mampu menyediakan habitat alternatif kepada spesies musuh semula jadi untuk membiak seterusnya secara tidak langsung dapat mengawal serangga perosak yang ada dalam sawah di persekitaran. Pengurusan perosak menerusi kaedah kejuruteraan ekologi ini mempunyai potensi besar untuk diamalkan di sawah di Malaysia. Kajian menyeluruh perlu dijalankan pada masa hadapan untuk mengukuhkan bukti dan meyakinkan pesawah padi bahawa kaedah ini mampu mengurangkan masalah serangan perosak. Ia sekali gus bermanfaat dari segi kelestarian alam sekitar dan kesihatan manusia. Berlaku peningkatan hasil padi menerusi kaedah kejuruteraan ekologi dapat meningkatkan pengeluaran hasil padi yang berkualiti dan selamat dimakan. Beliau berkata, ia dapat meningkatkan keuntungan petani menerusi peningkatan hasil dan pengurangan kos pengeluaran termasuk berjaya untuk mengurangkan penggunaan racun perosak yang tidak terkawal. Mewujudkan kelestarian dan persekitaran sawah yang ceria, indah dan sejahtera menerusi penyusunan semula landskap sawah yang terancang dan mempelbagaikan aktiviti ekonomi berasaskan kepelbagaian bio seperti aktiviti pelancongan agro, inap desa serta pengeluaran produk organik. Bagi seorang petani dikenali Mohd Yatim Basri (64 tahun) mendakwa dimana sejak IADA, Jabatan Pertanian dan MARDI memperkenalkan kaedah kejuruteraan ekologi ini maka hasil pengeluaran padinya semakin meningkat. Kaedah tanaman bunga ini untuk menarik perhatian serangga bermanfaat yang umum seperti lebah, labah-labah dan kumbang kura-kura. Sementara tanaman pokok ini juga boleh menarik perhatian serangga musuh khusus kepada perosak padi seperti benah perang.

Dalam blog saya 'Anim Agro Technology' ditulis artikel bertajuk 'Bunga Tunera kawal babi?' juga sesuai dirujuk (Untuk pautan - Sila Klik Disini). Saya menulis dimana dalam d
alam dunia ternakan lebah dan kelulut pula tumbuhan yang berbunga ini menghasilkan nektar dan debunga yang digemari oleh serangga tersebut. Ia juga telah disenaraikan sebagai salah satu bunga yang sesuai ditanam untuk membekalkan makanan kepada dunia perlebahan. Pokok bunga tunera ini didakwa merupakan tumbuhan jenis renek yang cepat membesar. Pokok Tunera selalunya didapati tumbuh meliar di tempat terbiar sahaja terutamanya tepi pantai dan kawasan tanah belukar. Apa pun jika ditanam ia mudah dikenali dengan bentuk bunganya dan juga daunnya. Lazimnya bunga tunera akan mula untuk berkembang lebih kurang pada waktu 8 pagi dan menguncup semula selepas waktu tengah hari dan ia berlaku setiap hari sehingga bunga tersebut matang dan gugur. Dalam beberapa rujukan penulis blog dapat info dimana tanaman bunga tunera ini dapat menghalang serangan babi hutan (wild boar) kerana bau yang dikeluarkan bunga ini memang tidak disukai oleh babi hutan. Bagaimana pun dakwaan ini BELUM DIBUKTIKAN SECARA SAINTIFIK lagi. Bunga ini sesuai ditanam ditepi-tepi kebun yang berkemungkinan babi hutan suka datang untuk memusnahkan tanaman. Penulis juga ada beberapa kali terserempak gerombolan babi hutan di Johor dan Pahang ditepi kebun iaitu 'babi lapar' memang tidak peduli pun dengan kehadiran kita. Ini kerana babi hutan tersebut hanya 'menjeling sahaja' kita yang datang tetapi kalau kita dengan membawa senapang, satu kilometer kita belum sampai dilokasi dia sudah lintang pukang bersembunyi. Memang masih perlukan banyak penyelidikan dan kajian saintifik untuk mengesahkan bahawa tanaman bunga tunera boleh menghalau dan mengelakkan serangan babi hutan dikawasan kebun. Begitulah kisah bunga tunera atau bunga pukul lapan untuk anda kenali. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BUNGA TUNERA.... CANTIK WARNA....
MUDAH TUM,BUH... DIMANA SAHAJA...
KAWAL PEROSAK.. DISAWAH SANA...
HAIWAN BABI... TAKUT DENGANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 Zulkaedah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.