Saturday, June 11, 2022

TERNAK RUSA - APA CERITA?

KISAH MENTERNAK RUSA
 (Cervus spp) di Malaysia sudah lama kedengaran akan tetapi banyak cerita yang kurang diposting didalam blog mahupun media tempatan. Penulis blog lebih banyak mendengar ada projek ternakan rusa yang didakwa 'gagal' daripada cerita yang 'berjaya'. Ini kerana haiwan rusa erupakan sejenis haiwan dari keluarga Cervidae yang dilindungi di Malaysia iaitu dibawah undang-undang perlindungan haiwan terancam. Aktiviti penternakan rusa pula merupakan suatu perusahaan yang masih belum menarik minat ramai penternak di Malaysia. Tanggapan bahawa rusa adalah hidupan liar dan jika menjadikan rusa antara jenis perusahaan potensi adalah masih kurang mendapat tempat sepenuhnya di hati para penternak lokal khususnya golongan belia negara. Keadaan ini menjadikan bekalan untuk produk rusa khususnya daging dan tanduk (antler/velvet) rusa sering mengalami masalah kekurangan stok. Apabila masalah ini timbul, maka harga pasaran semasa rusa sering mengalami kenaikan, khususnya rusa hidup (baka rusa). Merujuk kepada portal berita Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JOV) dimana dilaporkan ada terdapat beberapa jenis rusa dan juga sub spesisnya yang hidup di seluroh dunia dan kawasan Asia Tenggara secara semulajadi semenjak dulu. Haiwan rusa merupakan sejenis haiwan eksotik yang diburu semenjak dahulu sehingga ianya akan pupus jika tidak dilindungi oleh kerajaan. Permintaan daging rusa, tanduk rusa, kulit rusa dan sebagainya dipasaran antarabangsa adalah sangat baik kerana daging rusa mengandungi kolesterol rendah dan tujuan perubatan. Laporan menunjukkan antara beberapa jenis rusa adalah seperti Rusa Sika (Cervus nippon), Rusa Sambar (Cervus unicolor), Rusa Merah atau Red Deer (Cervus elapus), Rusa Wapiti atau Elk, Rusa Fallow Deer (Cervus dama-dama), Rusa Chital (Cervus axIs-axis) dan Rusa Timor atau exotic deer (Cervus timorensis). Artikel petang Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology'' saya paparkan cerita dari beberapa media mengenai beberapa artikel berkaitan dengan penternakan rusa yang mempunyai pelbagai cerita untuk dijadikan bahan rujukan anda semua.

Cerita pertama dikutip dari portal berita
kosmo.com.my bertajuk 'Ternak rusa jana pulangan lumayan' bolej dijadikan panduan pembaca semua. Cerita dari Pontian, Johor ini nyakan seorang peniaga cenderamata di Kampung Parit Kerimon, Benut tidak me­nyangka percubaan pertama kali menceburi bidang penternakan rusa sejak tiga tahun lalu membuahkan hasil apabila meraih pula­ngan yang lumayan. Bsgi Mad. Nin Hassan (50 tahun) pada peringkat permulaan dia hanya menternak 30 ekor rusa yang dibeli dengan harga RM90,000 untuk dijadikan induk. Kini selepas tiga tahun mengusahakan penternakan itu dia mampu tersenyum puas apabila penat lelah sebelum ini mendatangkan hasil dengan rusa membiak sehingga 113 ekor (Sila lihat foto disebelah). Pada tahun 2017 saya memulakan bidang penternakan ini, anak-anak atau baka rusa jenis Timorensis yang dibenarkan di­ternak di negara ini yang berusia lapan bulan dibeli dengan harga RM1,500 seekor daripada pengusaha di Perak dan Negeri Sembilan. Menurutnya selain beli baka dia juga sudah membelanjakan sebanyak RM60,000 bagi menyediakan kandang yang dipasang dengan pagar khas dan lain-lain keperluan. Terkini daripada 113 ekor rusa yang ada sebanyak 78 ekor telah dijual kepada penggemar ternakan tersebut sama ada disembelih untuk dimakan atau dibeli sebagai hobi mengisi lapang di rumah mereka. Kini terdapat hanya 35 ekor rusa diladang­nya yang sebahagiannya telah menerima tawaran untuk dijual kepada pembeli dalam tempoh terdekat dengan harga RM3,000 seekor. Dakwanya bagi yang ingin membeli da­ging, kami menjualnya dengan harga RM70 sekilogram terutama pada musim perayaan se­perti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Setiap pagi rusa-rusa ini akan diberikan makanan rumput segar yang dicampur dengan biskut kering serta di­biarkan bergerak bebas di kawasan berumput bagi memberikannya suasana semula jadi. Penternakan rusa tidak terdedah kepada ba­nyak penyakit seperti kambing dan lembu dan keadaan ini memudahkan penjagaannya serta kadar jangka hayatnya sekitar tujuh hingga lapan tahun. Daging rusa adalah halus dan sesuai dimasak dengan pelbagai cara termasuk dibuat sup atau dipanggang. Dia belum berhasrat untuk menambahkan bilangan ternakan rusa memandangkan kesukaran untuk mendapatkan baka baharu, namun dia juga sedang mengusahakan ternakan ayam kampung di dalam kandang kambing yang telah dikosongkan sementara dengan permulaan sebanyak 10,000 ekor.

Portal berita
hmetro.com pula menulis artikel tulis semula cerita bertajuk 'Ternak rusa lebih menguntungkan' dimana bagi En.  Ghazali mendakwa di Hulu Terengganu pada kebiasaannya penternak lebih berminat menternak lembu atau kambing. Baginya berbeza dengan lelaki ini apabila meraih pendapatan lumayan hasil menjalankan penternakan rusa timorensis sejak lima tahun lalu. Dia yang tinggal di Kampung Pauh, Kuala Berang telah mengeluarkan modal sebanyak RM20,000 pada 2018 untuk membeli 10 ekor rusa timorensis dari Lenggong, Perak. Dalam tempoh lima tahun, saya memperolehi RM40,000 hasil daripada menjual 15 ekor rusa dan sudah mendapat modal yang dikeluarkan dahulu. Sekarang sudah memiliki sebanyak 50 ekor rusa hasil pembiakan yang dijalankan dan ia ialah keuntungan. Seronok ternak rusa kerana ternakan itu cepat membiak berbanding ternakan lain termasuk kambing dan lembu. Selagi banyak induk betina, semakin banyak purata jumlah ternakan bertambah pada setiap tahun. Kos makanan ternakan pada setiap bulan juga tidak besar berbanding ternakan lain. Kini selain memberi makanan palet dia juga memberi rumput dan sisa buah-buahan rosak yang dibeli secara borong. Semua rusa berkenaan dijual pada harga RM3,000 hingga RM7,000 seekor dan ia memang berbaloi dimana memang dia turut menjual daging rusa segar. Dia sentiasa memberi galakan kepada orang ramai terutama generasi muda supaya cuba menceburi bidang penternakan rusa. Rusa dilapor lebih lasak berbanding kambing dan permintaan terhadap daging rusa semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Portal berita
utusan.com pula laporkan cerita bertajuk 'Ternak rusa bantu pesara jana pendapatan' yang juga menarik dibaca. Cerita dari Kuala Krai, Kelantan ini nyatakan hobi menternak rusa memberi pendapatan lumayan kepada seorang pesara apabila ternakan yang diusahakan mendapat permintaan tinggi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Rusa baka Timorensis diusahakan Mohd. Zaid Zakaria (58 tahun) di Kampung Sungai Sam sejak lapan tahun lalu membiak dengan cepat dan semakin bertambah bilangannya dari bulan ke bulan. Kos dan kaedah penjagaan rusa jauh lebih jimat berbanding haiwan seperti lembu dan kambing. Pada permulaannya dia mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM13,500 untuk membeli lima induk rusa dari seorang penternak di Sungai Jin, Kuantan, Pahang. Kemudian ternakan itu terus membiak dimana Sekarang ini masih ada 13 ekor lagi termasuk enam ekor rusa betina yang sedang bunting. Kini selain dapat menjual rusa hidup antara RM2,000 hingga RM5,000 seekor bergantung kepada saiz, umur dan jantina, dia juga dapat menjual daging haiwan itu pada harga RM65 sekilogram. Bagi keselesaan haiwan ternakannya yang berumur dalam lingkungan setahun setengah hingga enam tahun itu, dia telah membina kandang yang berpagar dan terjamin keselamatan (Sila lihat foto disebelah). Rusa dilapor mudah dijaga kerana tidak mudah diserang penyakit seperti haiwan lain dan kos makanan juga tidaklah tinggi kerana saya turut memberi rumput yang boleh dicari sendiri ada di sekitar kampung. Menyedari permintaan pelanggan terhadap haiwan itu meningkat, Mohd. Zaid juga berharap agar agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) membantunya menambah baik tempat pembiakan rusa.

Seterusnya media
kosmo.com melaporkan dimana 'AIM bantu Bayah ternak rusa' adalah pada penulis blo satu usaha patut dipuji. Cerita bagaimana biarpun usianya sudah 77 tahun tetapi semangat dan kelincahan nenek ini membersih kandang rusa berkeluasan satu kolam renang cukup mengagumkan sesiapa saja yang berkunjung ke ladang ternakan dimilikinya. Dia telah menceburi aktiviti ternakan rusa sejak 2008 dan dia tidak menjangkakan hobi dimulakan itu mampu didalam menjana keuntungan. Mulanya menternak tiga rusa baka diambil dari Indonesia, perniagaan agro diberi nama Riverside Antler Valley itu berkembang kepada 10 rusa. Dia memilih ternakan rusa kerana melihat haiwan ini sangat unik selain aktiviti penjagaannya juga jauh lebih mudah berbanding ternakan lain. Sebagai permulaan dulu dia membeli dua ekor rusa betina dan seekor jantan untuk tujuan pembiakan. Kini cara penjualan daging rusa mentah mampu mencecah RM90 satu kilogram (kg) dan ia mendapat permintaan yang tinggi lebih lagi menjelang musim perayaan. Harga daging rusa segar sememangnya tinggi akan tetapi kapasiti untuk memenuhi pasaran penjualan dagingnya belum cukup walaupun rusa ini adalah jenis haiwan ternakan yang mudah membiak. Rusa betina yang dibela akan melahirkan anak dalam tempoh enam bulan bahkan kadar kematian anak rusa juga agak rendah. Kini jumlah rusa yang ada di ladangnya masih tidak lagi mencukupi kerana ia hanya mampu memuatkan 10 ekor rusa bagi memberikan keselesaan kepada haiwan ini bergerak. Apa pun selain makan rumput dan makanan khusus, rusa juga gemar memakan roti buku yang diberikan tiga kali sehari. Haiwan ini sukar mendapat penyakit. Boleh dikatakan rusa dalam kategori haiwan ternakan yang lasak dan mudah dijaga. Memang penting untuk penternak tahu makanan yang diberikan supaya daging sentiasa sedap walaupun dimasak dengan pelbagai cara. Dia yang juga sebagai Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dakwa institusi kewangan itu banyak membantunya mengembangkan perniagaan dalam bidang agro. Kehadiran AIM dilaporkan banyak membantu mengurangkan bebanan kewangan dihadapi pengusaha seperti dia yang menjadi Sahabat AIM sejak 2008 dan sejak itu sudah membuat pinjaman untuk menggerak dan melebarkan penternakan ini ke tahap lebih baik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TERNAK RUSA... BANYAK CERITA....
MEREKA SUKA... RAMAI BERJAYA....
POTENSI BAIK... BAGI ORANG MUDA...
APA LAGI... TERUSKAN USAHA ANDA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Mrlaka, Melaka,
Malaysia.
(13 Ramadan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.