Tuesday, April 12, 2022

TANAM PADI TEKNOLOGI 'HAZTON' (Part 2)

TEKNOLOGI HAZTON
bagi tanaman padi merupakan satu teknologi yang dipopularkan di negara jiran Indonesia dengan cara menggunakan anakbenih semaian tua 25 - 30 hari iaitudengan kepadatan 20 - 30 batang/lubang penanaman (point). Komponen dalam teknologi ini termasuk atau sama dengan Pengelolaan Tanaman Terpadu (PTT) Padi yang mana ia telah disyorkan oleh Badan Penelitian dan Pengembangan Pertanian (Pusat Penyelidikan Pertanian di sana). Pengenalan teknologi ini adalah sebagai salah satu bentuk penglibatan didalam usaha untuk meningkatkan produktiviti padi di negara Indonesia. Penulis blog yang beberapa kali melawat negara tersebut dan jug ada buat beberapa rujukkan tentang teknologi ini yang dijalankan dengan menanam padi dimana kajian dilapor telah dimulakan dengan gunakan tanaman padi ddidalam polibeg dengan jumlah benih yang banyak. Setelah itu kemudian dicuba plua teknologi ini pada kawasan sawah dalam petak kajian kecil di belakang Pejabat Pertanian yang kemudian diteruskan lagi dengan penyelidikan pada skala yang lebih luas. Dilaporkan kemudian pada ada tahun 2014 penanaman padi Teknologi Hazton telah mencapai sekitar 800 hektar. Lokasi pertanaman beragam mulai dari sawah di Desa Peniraman, Kabupaten Mempawah; Desa Sedau, Kota Singkawang; Desa Sungai Kakap, Kabubaten Kubu Raya; serta Desa Semparuk dan Paloh di Kabupaten Sambas. Pada pwtak sawah kawasan tadahan hujan (Luar Skim Pengairan) dilakukan kajian di Desa Anjungan Melancar dan Sembora , Kabupaten Mempawah serta Sedahan, Desa Benawai Agung, Kab. Kayong Utara. Hasil penyeledikan tersbut dilaporkan dimana teknologi Hazton memberikan produktiviti hasil padi yang beragam iaitu berkisar diantara 4 - 9 metrik tan/ha. Dilaporkan hasil padi yang rendah berlaku disebabkan oleh penyakit (serangan penyakit blast berpunca dari Pyricularia grisea). Kajian ini mendapati teknologi ini telah pun didakwa mampu meningkatkan produktiviti tanaman padi dinegara jiran untuk pembaca blog ini mengetahui akan teknologi tersebut. APa pun dilaporkan juga dimana kenyataan tersebut jiga menunjukkan dimana teknologi Hazton ini adalah besifat 'spesifik lokasi'. Antaranya dikawasan sawah yang ada masaalah Siput Gondang Emas (SGE) dan ada masaalah bekalan air serta sawah yang tinggi kandungan zat besi (Fe) maka teknologi ini dilaporkan disyorkan untuk di amalkan sebagai satu alternatif. Bunyinya 'Hazton' agak unik jika dipanggil tetapi pesawah di Malaysia mungkin boleh buat adopsi teknologi ini jika sesuai dengan keadaan setempat. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" apa salahnya kalau saya menulis satu teknologi tanaman padi dari negara Indonesia iaitu Teknologi Hazton untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

SOP seterusnya adalah kerja bagi proses penyemaian benih dimana sebanyak 
100 kg/Ha perlu disemai ditapak semaian yang berukuran 100 - 120 cm lebar degan ukuran panjang disesuaikan dengan dengan keperluan benih. Sebaiknya ketinggian batas tapak semaian dibuat dengan 20 cm - 30 cm disesuaikan untuk kerja memudahkan mencabut anakbenih padi. Digalakkan aar ditambah baja orgaik ditapak semaian dan juga jerami kering setelah itu ditutup dengan tanah. LAngkah seterusnya adalah menaburkan benih padi yang telah dirawat tadi diatas permukaan tanah. Pastikan semasa menabur benih padi ini jangan terlalu rapat dan boleh dipasang pelindung agar semaian terhindar dari serangan burung atau serangga lainnya. Penanamn atau mengubah padi ke sawh dijalankan dimana amalan teknologi hazton menggunakan kadar sebanyak 20 - 30 anakbenih pada satu lubang. Sebaiknya lakukan menggunakan anakbenih yang berumur 30 Hari Selepas Semai (HSS). Jarak tanaman yang disyirkan ada dua iaitu teknik Legowo 2 atau 1 (25 cmx 25 cm) X 40 cm atau secara Legowo 4 : 1 (30 cm x 30cm) X 40 cm dimana pastikan anakbenih padi dicabut bersama tanahnya dan pastikan jangan dicuci. Bagaimana pun cara menanam ini mengikut keadaan setempat dimana bagi tanah yang lebih subur boleh mengamalkan kepadatan lebih tinggi berbanding dengan jenis tanah kurang subur.

Kawalan serangan perosak dan penyakit tanaman padi teknologi hazton adalah paling awal mengawal serangan Penyakit BLB dan serangan oleh Ulat Pengerek Batang iaitu 14 HSS. Semburan dibuat menggunakan 
2 tablet BACTOPLUS bagi satu tangki bersama 1 sachet BT PLUS dalam 2 tangki sprayer dan juga 50 gram KNO3 dalam satu tangki. Kadar keperluan setiap hektar adalah 2 tangki sprayer dengan 4 tablet BACTOPLUS,  1 sachet BT PLUS dan juga 100 gram KNO3. Cara penggunaan dengan larutan BACTOPLUS (mengandungi sebanyak 4 tablet BACTOPLUS dilarutkan dalam 1 liter air dan di diamkan bagi selama 6-48 jam). Larutan BT PLUS (1 sachet BT PLUS dilarutkan dalam 1 liter air dan didiamkan selama 6-48 jam). kemudian dicampurkan larutan BACTOPLUS dan BT PLUS lalu tambahkan 50 gram KNO3 dan masukkan kedalam satu tong penyembur seterusnya disemburkan merata pada tapak semaian. Pembajaan pertana ( 5 - 7 Haru Selepas Tnam atau HST) adalah pemberian baja NPK Phonska dengan kadar sekitar 100 kg/ha. Baja KNO3 dengan kadar 4.5 kg/ha dimana baja KNO3 bersama baja NPK Phonska dan KNO3 kemudian sebarkan merata di lahan. Pembajaan semburan fasa vegetatif dilakukan pada 14 HST untuk mengawal serangan penyakit BLB. Bahan digunakan adalah 1 tablet BACTOPLUS setong dan juga bahan 100 gram KNO3 setong. Kadar keperluan adalah 14 tablet BACTOPLUS, 1.4 kg KNO3 (untuk sebnayak 14 tong semburan). Cara aplikasi dimana larutan BACTOPLUS (1 tablet BACTOPLUS dilarutkan dalam 100 ml air dan dibiarkan selama 6-48 jam. Seterusnya campurkan larutan BACTOPLUS dalam tong penyembur dan kemudian tambahkan 100 gram KNO3 per tong lalu dibancuh kembali sampai 1 tong penyembur kemudian sembur merata di seluruh tanaman padi. Pembajaan ke dua pada umur padi 25 HST dengan memberikan Baja NPK Phonska dengan kadar sekitar 100 kg sehektar. Seterusnya adalah pemberian baja semburan pada 28 HST atau diperingkat pertumbuhan aktif bagi mengelakkan penyakit BLB dan serangan serangga perosak yang lain. baja digunakan adalah 1 tablet BACTOPLUS satu tong, 1 sachet BT PLUS dalam 7 tong, 1 sachet METARIZEP dalam 10 tong, 100 ml, POMI dalam satu tong, 75 gram dalam satu tong dan juga MKP dalam 20 tong penyembur (Kalau tak faham boleh tanya). Ini menjadiknan keperluan input adalah 20 tablet BACTOPLUS,  3 sachet BT PLUS, 2 sachet METARIZEP,  2 liter POMI dan 1.5kg MKP bagi satu hektar. Cara aplikasi dengan larutan BACTOPLUS,  1 tablet BACTOPLUS dilarutkan dalam 100 ml air dan dibiarkan selama 6 - 48 jam. Larutan BT PLUS dan 1 sachet BT PLUS dilarutkan dalam 1 liter air serta dibiarkan selama 6 - 48 jam. Larutan METARIZEP, 1 sachet METARIZEP juga perli dilarutkan dalam 1 liter air dibiarkan selama 6 - 48 jam. Petua adalah dimana campurkan larutan BACTOPLUS, BT PLUS, METARIZEP,POMI dan MKP dalam tong penyembur dan semburkan merata di seluruh tanaman padi.

SOP teknologi hazton bagi kawalan penyakit dan perosak pada 40 HST menggunakan 
1 sachet DECOPRIMA dalam 4 tong penyembur dan 75 gram MKP dalam satu tong penyembur memerlukan sebanyak 5 sachet DECOPRIMA dan juga 1.5kg MKP(20 tong penyembur). Cara menggunakan dengan mana 1 sachet DECOPRIMA dilarutkan dalam 1 liter air dan dibiarkan 6 - 48 jam dan kemudian dicampurkan dengan MKP kemudian madukkan kedalam 4 tong penyembur sebelum disemburkan rata kepada tanaman padi. Jika tahap serangan tinggi maka aplikasi dapat dicampurkan dengan racun kulat. Penjagaan pada 50 hST pula dilakukan dengan memberikan 1 sachet DECOPRIMA dalam 4 tong penyembur, dan 75 gram MKP dalam satu tong penyembur memerlukan bahan sebanyak 5 sachet DECOPRIMA dan 1.5kg MKP bagi sehektar tanaman padi. Cara aplikasi dimana 1 sachet DECOPRIMA perlu dilarutkan dalam 1 liter air dan dibiarkan selama 6-48 jam dan kemudian di campurkan dengan MKP dalam 4 tong penyembur. Semburkan merata dimana boleh dicmpur dengan racun kimia bila serangan penyakit teruk. Akhir sekali adalah setelah pokok padi mencapai umur 60 HST dimana peringkat pengisian bulir dan pkawalan penyakit berjalan. Penggunaan 1 sachet DECOPRIMA dalam 5 tong penyembur dan 75 gram MKP setong sesuai diamalkan. Cara aplikasi dimana 1 sachet DECOPRIMA dilarutkan dalam 1 liter air dan dibiarkan selama 6-48 jam dan kemudian perlu di campurkan dengan MKP kemudian campurkan sampai 5 tangki sprayer. Sembur merata pada daun dan boleh juga jika dicampurkan dengan racun kimia apabila terjadi serangan penyakit teruk. Teknologi Hazton disebut oleh Presiden Jokowi yang galakkan penggunaan berbagai macam teknologi dalam pertanian tujuannya agar dalam tiga tahun ke depan agar makanan mencukupi di Indonesia. Teknologi Hazton didakwa sejak beberapa tahun terakhir telah diperluaskan amalannya di beberapa provinsi dengan bantuan kewangan daripada Pemerintah Daerah yang bekerja sama dengan Bank Indonesia (BI), Swasta dan Kelompok Petani atau dari sumber-sumber anggaran lainnya. Peranan penyelidikan berterusan dilakukan melalui penyelidikan berterusan apabila Teknologi Hazton berpeluang sebagai salah satu kaedah terbaik dalam meningkatkan pengeliuaran padi terutama dikawasan yang ada masaalah serangan SGE, kawasan bermasaalah pengairan serta kawasan dimana tanahnya mengandungi unsur Fe yang tinggi. Semuga saintis di Malaysia yang membaca artikel ini dapat mengubahsuai teknologi Hazton di Malaysia untuk penghasilan padi yang lebih tinggi. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Artikel ini dibahagikan kepada dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel bertajuk teknologi hazton tanaman padi ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TEKNOLOGI HAZTON...VIRAL DI INDONESIA...
SOP DISEDIAKAN... PENYELIDIKAN ADA...
SOP DI JELASKAN... TEKNOLOGI DI GUNA...
HASIL MENINGKAT... DI MALAYSIA BAGAIMANA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Ramadan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.