Monday, April 11, 2022

TANAM PADI TEKNOLOGI 'HAZTON' (Part 1)

TEKNOLOGI HAZTON
bagi tanaman padi merupakan satu teknologi yang dipopularkan di negara jiran Indonesia dengan cara menggunakan anakbenih semaian tua 25 - 30 hari iaitudengan kepadatan 20 - 30 batang/lubang penanaman (point). Komponen dalam teknologi ini termasuk atau sama dengan Pengelolaan Tanaman Terpadu (PTT) Padi yang mana ia telah disyorkan oleh Badan Penelitian dan Pengembangan Pertanian (Pusat Penyelidikan Pertanian di sana). Pengenalan teknologi ini adalah sebagai salah satu bentuk penglibatan didalam usaha untuk meningkatkan produktiviti padi di negara Indonesia. Penulis blog yang beberapa kali melawat negara tersebut dan jug ada buat beberapa rujukkan tentang teknologi ini yang dijalankan dengan menanam padi dimana kajian dilapor telah dimulakan dengan gunakan tanaman padi ddidalam polibeg dengan jumlah benih yang banyak. Setelah itu kemudian dicuba plua teknologi ini pada kawasan sawah dalam petak kajian kecil di belakang Pejabat Pertanian yang kemudian diteruskan lagi dengan penyelidikan pada skala yang lebih luas. Dilaporkan kemudian pada ada tahun 2014 penanaman padi Teknologi Hazton telah mencapai sekitar 800 hektar. Lokasi pertanaman beragam mulai dari sawah di Desa Peniraman, Kabupaten Mempawah; Desa Sedau, Kota Singkawang; Desa Sungai Kakap, Kabubaten Kubu Raya; serta Desa Semparuk dan Paloh di Kabupaten Sambas. Pada pwtak sawah kawasan tadahan hujan (Luar Skim Pengairan) dilakukan kajian di Desa Anjungan Melancar dan Sembora , Kabupaten Mempawah serta Sedahan, Desa Benawai Agung, Kab. Kayong Utara. Hasil penyeledikan tersbut dilaporkan dimana teknologi Hazton memberikan produktiviti hasil padi yang beragam iaitu berkisar diantara 4 - 9 metrik tan/ha. Dilaporkan hasil padi yang rendah berlaku disebabkan oleh penyakit (serangan penyakit blast berpunca dari Pyricularia grisea). Kajian ini mendapati teknologi ini telah pun didakwa mampu meningkatkan produktiviti tanaman padi dinegara jiran untuk pembaca blog ini mengetahui akan teknologi tersebut. APa pun dilaporkan juga dimana kenyataan tersebut jiga menunjukkan dimana teknologi Hazton ini adalah besifat 'spesifik lokasi'. Antaranya dikawasan sawah yang ada masaalah Siput Gondang Emas (SGE) dan ada masaalah bekalan air serta sawah yang tinggi kandungan zat besi (Fe) maka teknologi ini dilaporkan disyorkan untuk di amalkan sebagai satu alternatif. Bunyinya 'Hazton' agak unik jika dipanggil tetapi pesawah di Malaysia mungkin boleh buat adopsi teknologi ini jika sesuai dengan keadaan setempat. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" apa salahnya kalau saya menulis satu teknologi tanaman padi dari negara Indonesia iaitu Teknologi Hazton untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Teknologi Hazton masa kini dilaporkan sedang viral di kalangan masyarakat pesawah Indonesia disebabkan teknologi Hazton tersebut yang dirintis dan telah diterapkan di beberapa buah kabupaten di Provinsi Kalimantan Barat atau kabupaten lainnya di Indonesia diterbitkan pakejnya dalam buku (Sila lihat foto disebelah). Apa pun aplikasi dan penerapan teknologi Hazton pada umumnya memberikan peningkatan hasil pada hasil padi sebanyak tiga kali lipat dari amalan teknologi yang biasa. Dilaporkan teknologi Hazton merupakan hasil pemikiran saintis dari kawasan Kalimantan Barat iaitu Ir. Hazairin MS dan Anton Kamaruddin yang sehingga ini bertugas di Dinas Pertanian Tanaman Pangan dan Hortikultura disana. Teknologi Hazton dapat dimaksudkan sebagai cara bertanam padi iaitu dengan menggunakan anakbenih padi tua yang berumurnya mencapai 25 - 35 hari setelah disemai dengan jumlah bilangan anakbenih sebanyak 20 - 30 benih satu lubang penanaman  (tanaman padat). Idea asal adalah apabila mereka dapati dimana penghasilan padi di Kalimantan Barat yang hanya mencapai sekitar 3.1 metrik tan/ha berbanding dengan purata penghasilan nasional Indonesia iaitu 5.4 metrik tan/ha.  Ada banyak penyelidikan dijalankan semenjak tahun 2012 sehingga tahun 2014 dimana mereka menggunakan anakbenih disetiap point penanaman diantara 1, 5, 10, 20 sehingga 30 benih jumlahnya sebagai kajian. Hasil kajian mendapat keputusan dimana dengan hipotesis penggunaan benih sebanyak 20-30 akan lebih cepat mengeluarkan malai. Dapatan lain dimana jumlah 20 anakbenih lebih cepat mengeluarkan malai dibandingkan dengan padi dengan jumlah 1 anakbenih per lubang tanamnya. Kajian seterusnya mendapati dimana  bila jumlah 1 anakbenih selubang tanam dan 20 anakbenih selubang tanam dengan digunakan anakbenihyang tua iaitu bibit 27 hari setelah semai telah pun terbukti bahawa pada umur 82 hari setelah tanam maka anakbenih tersebut menghasilkan 52 anakan produktif. Temuan keempat adalah dimana teknologi Hazton yang dijalankan di Sungai Kakap berkeluasan 0.75 hektar berjaya menghasilkan sebanyak 13.5  metrik tan/ha berbanding dengan penghasilan sebelumnya tanpa menggunakan teknologi Hazton hanya sekitar 3 - 4 metrik tan/ha sahaja iaitu satu peningkatan yang ketara.

Dalam laporan lain hasil temubual dengan pesawah disana dimana mereka yang menerapkan Teknologi Hazton mengakui berlaku peningkatan hasil tuaian hasil yang signifikan dari sebelumnya. Bagi pesawah dikenali Sukiman Sambas dimana dia dakwa mampu menghasilkan sebanyak 9 metrik tan/ha dari kawasan sawahnya. Apa pun banyak laporn media yang menyatakan dimana p
enerapan Teknologi Hazton di luar Provinsi Kalimantan Barat seperti oleh pesawah bernama John Sinaga dari Desa Simalungun Sumatera Utara yang menanam 18 ha padi menghasilkan dengan purata hasil sehingga 11.5 metrik tan/ha. Dalam pada itu bagi pesawah yang amalkan teknologi Hazton pertama di Nias menghasilkan putara produktiviti sehingga 8.3 metrik tan/ha. Bagi musim kedua mereka dilaporkan mampu menghasilkan padi dengan kadar penghasilan 10.7 metrik tan/ha. Media menyebut lagi akan kejayaan teknologi ini dimana bagi pesawah bernama Alif Susanto mampu menghasilkan 9.0 metrik tan/ha setelah mengamalan penanaman padi dengan teknologi Hazton. Penulis blog teruta untuk mengetahui apakan dia pakej amalan teknologi hazton sebenarnya dan bagaimana ia mampu meningkatkan pengeluaran padi khususnya di Kalimantn dan Indonesia amnya. Kalau teknologi ini diadaptasi dan disesuaikan di negara kita berkemungkinan ia juga mampu untuk meningkatkan penghasilan padi di Malaysia dimana para saintis tempatan perlu melihat perkara ini.

Penulis blog membaca terus bagaimana prosedur 
atau cara tanam yang sangat menentukan hasil panen yang dijalankan atau SOP (Standard Operasional Prosedure) dalam teknologi Hazton yang harus diterapkan untuk mendapatkan hasil padi yang maksima. Pertama adalah berkaitan dengan penyediaan sawah yang dilakukan 3 minggu sebelum menanam.  Aplikasi bahan Aerob Dekomposer terdiri dari baja organik (Pupuk Kandang) dan Jerami di sawah dijalankan dengan kadar 500 ml BEKA/tangki dan 250 kg pupuk kandang dimana keperluannya adalah 4 liter BEKA sehektar (ramai pembaca tak faham). Ia disebarkan merata pupuk kandang semasa kerja penyediaan tanah dengan menyemburkan merata 4 liter BEKA di atas sawah yang yang telah ditabur baja organik (pupuk kandang) dan jerami sebelum ianya dibajak dan di masukkan air. Seterusnya adalah melakukan Pembajaan Asas Sawah dimana dilakukan 1 - 2 hari sebelum menanam dengan dos pembajaan baja SP36 dengan kadar 100 kg/ha iaitu pada kadar kepekatan 500 ml POMI/tangki sprayer dan 200 kg/ha BIOGREEN serta 4 kg/Ha Asid Humik 65%. Kadar diperlukan adalah sebanyak 4 liter POMI (8 tangki sprayer), 200 kg BIOGREEN dan juga 4 kg Asid Humik.  Caranya dengan mencampurkan baja SP-36, asid humik dan BIOGREEN secara merata dan kemudian tabur di sawah sebagai baja asas dan semburkan 4 liter POMI pada sawah yang telah dibaja sebaiknya dalam keadaan basah. SOP seterusnya adalah bagaimana proses merendam benih padi. Ia dijalankan untuk elakkan serangan penyakit Hawar Daun Bakteria atau Bacreria Leaf Blight (BLB) atau di Indonesia dinamakan sebagai Penyakit Kresek. Kadar kepekatan digunakan adalah dengan 1 tablet BACTOPLUS terhadap kuantiti10kg benih dimana keperluan bahan BACTOPLUS sebanyak 10 tablet sehektar. Cara aplikasi dimana 1 tablet BACTOPLUS perlu dilarutkan dalam air yang digunakan untuk perendaman benih padi selama selama 2-3 hari. Keperluan benih padi adalah pada kadar 100 kg sehektar. 
Artikel ini dibahagikan kepada dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel bertajuk teknologi hazton tanaman padi ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TEKNOLOGI HAZTON...VIRAL DI INDONESIA...
SOP DISEDIAKAN... PENYELIDIKAN ADA...
SOP DI JELASKAN... TEKNOLOGI DI GUNA...
HASIL MENINGKAT... DI MALAYSIA BAGAIMANA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Ramadan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.