Sunday, April 10, 2022

TERNAK ARNAB - HOBI JADI KOMERSIL

USAHA MENTERNAK ARNAB
(rabbit) kini telah dilakukan secara komersial di Malaysia selain daripada ramai juga yang menternak untuk hobi sebagai haiwan kesayangan. Dalam pada itu usaha peternakan arnab daging secara komersial biasanya meliputi dua bahagian utama yang saling berkaitan tetapi dalam sistem pengurusan yang berbeza sedikit iaitu untuk tujuan pengeluaran baka atau pun bagi tujuan pengeluaran daging. Penternakan untuk pembiakan baka adalah untuk menghasilkan baka-baka mengikut spesis yang tertentu dimana dalam hal ini adalah jenis arnab pedaging dimana ia kenuddian dipangil stok induk. Dari stok induk ini pula melalui program pembiakan yang dibuat untuk mengeuarkan baka ternakan komersil. Induk arnab naka ini akan kemudiannya melalui program pembiakan akan kemudian akan menghasilkan pula anak-anak. Semua anak-anak ini akan digemukkan dalam masa 2-3 bulan untuk mendapatkan dagingnya. Penternakan arnab selain untuk pengeluaran daging juga digunakan untuk pengeluaran fur (kulit bersama bulunya) dan wol (bulu). Bagaimanapun cara pengurusan bagi tujuan ini lazimnya adalah belainan sedikit. Merujuk kepada portan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dimana diantara baka-baka yang disyorkan untuk daging diternak di Malaysia adalah seperti New Zealand White, Calfornian, Carolina, New Simonare dan baka Sepanyol. Perbezaan diantara baka arnab tempatan dengan baka import adalah pada baka tempata ia selalu mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan. Keistimewaan arnab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit akan tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk permulaan pengusaha digalakkan mengambil baka arnab tempatan akan tetapi untuk pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging import. Dalam pada itu pemilihan baka pedaging import sebab berapa ciri pedaging yang ada pada arnab import adalah lebih ketara berbanding pada arnab tempatan. Baka import biasanya mempunyai purata bilangan anak peranakan 7-9 ekor dimana purata bilangan anak masa cerai susu sekitar 6-8 ekor. Jika ditimbang berat akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan iaitu sekitar lebih kurang 2 kg. Baka arnab jenis pedaging ini adalah baka-baka arnab yang boleh dimport dari negara-negara seperti United Kingdom, German Barat, ltali dan Perancis. Kini bagaimana pun dilaporkan sudah ada beberapa ladang yang telah menjual baka-baka ini dengan kadar harganya adalah lebih murah berbanding dengan import secara terus. Bagi menternak arnab hobi permulaan boleh menggunakan satu set iaitu satu pejantan (arnab jantan dewasa) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa). Bagi skala ternak arnab sederhana besar sebanyak 50 induk dan 10 pejantan. Bagaimana pun bagi tujuan komersil secara penuh masa bolehlah memulakan 500 induk dan 100 pejantan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan begaimana ternakan arnab yang bermula sebagai hobi kemudian ijadi komersil dan memberikan pulangan baik untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Kisah bagaimana seorang peminat arnab sebagai hobi kemudian mempunyai sebuah 'Ladang arnab sekitar rumah' boleh dijadikan contoh. memang dia tidak menyangka arnab yang mulanya dia dipelihara untuk suka-suka sebagai hobi pada 2018, kini berubah menjadi sumber pendapatan utama buat Mohd Fadil Baharuddin (50 tahun) di  sekitar rumah lot tepi di Taman Rasa Sayang Senawang Negeri Sembilan. Kini dia jadikan lokais tersebut sebagai 'ladang' menternak arnab daging secara komersial. Malahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sejak 18 Mac 2020 lagi yang mana telah menjejaskan sumber pendapatannya sebagai pengedar jus kurma tetapi usaha penternakan arnab berjaya menjadi penyambung rezekinya (Sila lihat foto disebelah). Dia bermula dengan hanya memiliki empat ekor arnab termasuk tiga daripadanya baka induk dimana kini jumlah ternakan arnabnya sudah lebih 200 ekor meliputi jenis arnab pedaging dan hiasan yang diletakkan dalam 100 sangkar. Arnab antara haiwan yang cepat membiak dan tidak mudah dijangkiti penyakit sekali gus memudahkan ia diternak. Walaupun dia pernah mengalami kerugian hampir RM10,000 apabila lebih 200 ekor haiwan itu dibaham anjing liar dalam tiga kejadian berasingan tahun lalu, ia tidak sesekali mematahkan semangatnya. Kini permintaan terhadap daging arnab sentiasa bertambah dan kadangkala ia tidak mampu dipenuhi kerana ada peniaga yang membuat tempahan dari luar Negeri Sembilan. Kini dia sudah pun mempunyai lebih 100 pelanggan tetap yang memerlukan bekalan daging segar dan sejuk beku antara lima hingga 10 kilogram (kg) sebulan. Harga bagi sekilogram daging arnab bersih adalah RM35 manakala sejuk beku RM45. Kini dia juga membekalkan baka atau anak arnab berumur dua bulan dengan harga antara RM80 hingga RM150 seekor.
Arnab yang diternak membabitkan beberapa jenis antaranya baka Parsi dan Anggora yang berumur sebulan setengah ke atas. Walaupun arnab tidak begitu sukar diternak berbanding haiwan lain tetapi cabarannya tetap ada seperti kos makanan dan aspek keselamatan arnab yang terdedah kepada binatang pemangsa seperti anjing liar. Secara keseluruhan dakwanya kos perbelanjaan sekitar RM500 sebulan untuk makanan palet, tetapi dengan penggunaan daun segar dan semula jadi sebagai makanan tambahan, ia dapat mengurangkan kos yang perlu ditanggung. Arnab yang makan daun tumbuhan semula jadi mempunyai kelebihan terutama dari segi kualiti dagingnya lebih baik dan kenyal. Antibodi haiwan itu juga lebih kuat jika memakan sumber alam semula jadi dan tidak mudah diserang penyakit. Ia adalah antara faktor pelanggan lebih menyukai arnab yang saya ternak kerana ia bersifat organik walaupun belum sepenuhnya. Dia dakwa berjaya menjual lebih 1,500 arnab sepanjang tempoh PKP 2.0 dan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akhir tahun 2021. Bagi memastikan tahap pembesaran dan kesihatan arnab berada pada tahap terbaik, Mohd Fadil sentiasa mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veteriner Negeri Sembilan (JPVNS). JPV mahu memastikan kepentingan pengguna sentiasa dijaga dengan memastikan arnab atau daging yang dijual berkualiti.
Dia turut bercadang membesarkan projek ternakan itu bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meluas, bukan saja di Negeri Sembilan malah di negeri lain. Permintaan arnab pedaging bertambah termasuk dari Johor, Selangor dan Melaka dan saya juga berhasrat menternak arnab organik selepas ini. Sambutan yang menggalakkan itu mendorong saya mengembangkan projek penternakan arnab ini.

Kejayaan bagaimana penternak arnab berjaya 'Pasarkan 100kg daging arnab sebulan' boleh dijadikan panduan pembaca blog ini. Bagi osahawan bernama Jamelludin (kanan) dan Mohd Amir menunjukkan antara sangkar yang menempatkan arnab di kandang mereka di Kampung Seberang Balok, Kuantan, Pahang. Mereka berdua bermula dengan hobi suka-suka dengan membela enam ekor arnab di kawasan rumah namun minat itu kini berkembang menjadi perniagaan sehingga membawa pada pulangan lumayan. Melihat kepada potensi dan permintaan terhadap daging dan produk makanan berasaskan daging arnab yang tinggi mendorong mereka mengembangkan projek ternakan arnab itu. Dia bersama empat rakanlain kini telah mengambil langkah berani bergabung modal untuk mereka memulakan projek ternakan itu walaupun tanpa ilmu dan pengalaman pada awalnya. Projek ternakan arnab pedaging yang diusahakan di bawah syarikat Sinar Bumitech Sdn Bhd bermula Disember 2020 terus berkembang. Kini terdapat 500 ekor arnab di kandang yang diusahakan di Kampung Seberang Balok dimana selain baka arnab pedaging tempatan kini mereka turut mempunyai induk jenis Hycole Hibrid dari Perancis yang mampu mencapai berat 7.5 kilogram. Keadaan kandang yang sentiasa dalam keadaan bersih bagi tujuan memastikan arnab yang diternak membesar dalam keadaan sihat. Selain menyediakan bekalan daging segar, syarikat ini turut menjual induk, arnab peliharaan, produk berasaskan arnab dan aksesori termasuk sangkar jika ada permintaan. Antara produk sedia dimasak yang dikeluarkan termasuk daging arnab perap, sate dan rendang yang dipasarkan melalui agen yang dilantik. Jelasnya harga bagi daging arnab segar yang siap dipotong dan dibungkus antara RM35 hingga RM38 sekilogram manakala daging perap berharga RM35 untuk setengah kilogram. Berdasarkan hasil jualan setakat ini, kami mampu memasarkan kira-kira 100 kilogram (kg) sebulan termasuk daging segar dan produk siap dimasak. Kini syarikat Sinar Bumitech kini mempunyai dua kandang termasuk satu baru siap dibina yang mampu menempatkan 3,000 ekor arnab pada satu-satu masa tahun 2022. Ketika ini permintaan diterima dari penggemar daging arnab sekitar Kuantan dan luar cukup menggalakkan namun bekalan yang sedia ada masih tidak mampu menampung permintaan sepenuhnya. Mereka kini sedang dalam proses pembiakan baka Hycole Hibrid Perancis yang mampu mencapai tempoh matang hanya dua bulan berbanding tiga bulan bagi baka tempatan. Produk daging arnab perap keluaran Sinar Bumitech Sdn Bhd. Usaha itu memerlukan modal agak besar kerana harga seekor arnab baka berkenaan hampir RM1,000.

Dalam masa sama ada '8,000 penternak muda pilih arnab untuk komersial' yang dialprkan oleh MAFI. Dilaporkan dimana ada lebih 80 peratus daripada kira-kira 10,000 penternak muda di seluruh negara yang kini terlibat secara langsung dengan penternakan arnab berbanding haiwan ternakan lain. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, penternakan arnab menjadi pilihan kerana kos operasi rendah, pusingan ternakan singkat dan pulangan lumayan. Kini harga jualan daging arnab ketika ini sekitar RM35 sekilogram dengan anggaran berat karkas (bahagian) haiwan itu yang sudah disembelih antara satu hingga 1.6 kilogram seekor. Populasi arnab di negara ini pada tahun lepas dianggarkan sebanyak 44,967 ekor meliputi arnab pedaging dan haiwan kesayangan sebagai hobi sahaja. Memang tidak ada syarat khusus untuk menternak arnab namun digalakkan untuk mengikuti kursus asas penternakan arnab yang dikendalikan JPV.

Menarik kisah 'Mitos pelihara arnab' dari portal hmetro.com untuk dikongsikan infonya. Bagi mereka yang membesar dengan animasi 
Looney Toons Bugs Bunny pastinya sering melihat karakter si arnab yang lincah itu kerap mengunyah lobak yang sebenarnya bukan baik untuk haiwan arnab (Sila lihat foto disebelah). Kebanyakan orang yang tidak pernah membela spesies haiwan herbivor dalam kategori pseudo-ruminan itu menyangkakan lobak merah adalah makanan utama sesuai dengan diet. Bagaimana pun Setiusaha Persatuan Penternak Arnab Malaysia (MARBA) Kamarulazwa ada menyifatkan lobak merah sebagai makanan utama dan sihat bagi arnab adalah mitos. Dalam kehidupan liarnya dimana arnab tidak sering menjadikan lobak merah sebagai makanan ruji. Sebaliknya arnab menjadikan tumbuhan hijau seperti rumput dan dedaun yang terdapat di sekitar sebagai makanan. Arnab peliharaan adalah arnab domestik yang sudah diadaptasi dengan diet pracampuran diformulakan dalam memenuhi keperluan haiwan itu dalam bentuk palet. Apa pun lobak merah tinggi karbohidrat dan tidak sesuai diberi secara berlebihan dalam diet harian arnab. Bagaimanapun, lobak merah boleh diberikan, tetapi dalam kadar yang sedikit dan sebagai makanan ringan saja. Tumbuhan yang selamat untuk diet harian arnab adalah 'hay' sama ada Timothy hay ataupun Alfafa hay. Hay mempunyai kandungan protein dan serat yang baik memenuhi keperluan nutrisi arnab. Mitos lain dalam penjagaan dan mungkin bagi yang baru pertama kali memelihara arnab sebagai haiwan perliharaan ialah haiwan itu perlu dimandikan. Memandikan arnab boleh mendatangkan risiko sehingga mungkin boleh menyebabkan kematian. Arnab yang terdedah kepada kelembapan tinggi berkemungkinan akan menyebabkan kembung. Sebenarnya arnab hanya perlu dirapikan bulu bagi spesies baka berbulu panjang selain memastikan persekitaran sangkar sentiasa bersih untuk mengekalkan kebersihan haiwan berkenaan. Saranan bagi penternak atau individu yang pertama kali pelihara arnab, kata Kamarulazwa, perlu ada pengetahuan mengenai penjagaan haiwan itu selengkapnya. Disarankan bagi mereka yang petama kali membela arnab supaya dapatkan maklumat selengkapnya. Tip kepada buat anda pertama kali ingin menjadikan arnab sebagai haiwan peliharaan yang paling utama adalah ilmu dimana perlu dapatkan maklumat selengkapnya mengenai penjagaan arnab sebelum memutuskan untuk mendapatkannya. Elakkan membeli arnab di kedai haiwan peliharaan yang tidak mementingkan aspek kebajikan dan kebersihan sebaiknya dapatkan arnab daripada pembiak baka yang beretika. Penjagaan arnab perlu diketahui pemiliknya ialah haiwan itu seharusnya dipindah milik selepas usia dua bulan. Penting untuk mengelakkan daripada menukar jenis makanan secara mendadak kerana arnab akan berisiko untuk mendapat cirit-birit yang boleh menyebabkan kematian. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
MULANYA HOBI... LAMA-LAMA SUKA...
BERMULA SEDIKIT... BERATUS JADINYA...
TERNAKAN ARNAB... RAMAI YANG SUKA...
BERIKAN HASIL... MARILAH BERMULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Persimpangan Bkt Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(13 Rejab 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.