Wednesday, April 13, 2022

SERBUK KOPI SEBAGAI BAJA TANAMAN

HABUK KOPI
(Coffea spp) merupakan salah satu daripada hasil buangan (by product) serbuk kopi (coffee powder) apabila ianya sudah digunakan untuk penyediaan minuman kopi dimana selalunya akan dibuang begitu sahaja. Penulis blog yang minat juga minum kopi serbuk memang agak jarang sekali mengambil kopi segera (instant coffee) yang ada dipasaran. Serbuk kopi segera ini biasanya tidak akan dilihat meninggalkan sisa kerana semuanya akan terlarut didalam air. Saya ada menulis lebih dari 150 artikel mengenai kopi dalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan. Dalam beberapa penelitian yang dibuat dimana ada keadaan dimana habuk daru serbuk kopi ini sebenarnya sesuai dijadikan sebagai baja tanaman dan bunga-bungaan dikawasan keliling rumah jika kuantitinya mencukupi. Kalangan peminat pertanian organik mungkin merasa tidak asing untuk menggunakan baja yang berasaskan kulit kopi dan habuk kopi sebagai salah satu komponen bahan input dalam amalan pertanian organik yang baik. DIlaporkan dimana serbuk ini boleh digunakan untuk meningkatkan pertumbuhan tanaman makanan dan ulaman serta bunga-bungaan (ornamental plants) dikawasan rumah. Selain daripada mendapat faedah sebagai baja tanaman, sisa buangan serbuk kpi yang digunakan ini akan menjimatkan belanja membeli input baka di kedai dan memberikan kesan persekitaran yang baik. Sisa serbuk kopi ini mungin boleh diperolehi dengan kuantiti yang banyak daripada premis-premis yang menjual minuman kopi dimana sahaja. Serbuk ini akan dimasukkan kedalam bekas dan jika tiada sesiapa yang membelinya akan dibuang didalam tong sampah sahaja. Apa dinyatakan dibeberapa negara maju yang ada empat musim dilaporkan dimana baja sisa serbuk kopi ini diurusakan dengan baik untuk kegunaan tanaman ornamental pada musim bunga. Adakah bahan ini sesuai digunakan sebagai baja tanaman akan dibincangkan dalam artikel kali ini. Artikel ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis memgenai potensi penggunaan sisa serbuk kopi sebagai bahan rujukkan dan bacaan semua.

Dalam beberapa laporan berkaitan sains tanah yang saya rujuk dilaporkan dimana dalam jangkamasa panjang penggunaan sisa serbuk kopi ini dipercayai sebagai alasan terbaik atau alternatif kepada jenis tanah beralkali atau untuk diberikan kepada jenis tumbuh-tumbuhan yang meningkatkan keasidan tanah. Ini adalah disebabkan hasil kajian dimana para penyelidik mendapati bahawa serbuk kopi mempunyai yang pH neutral. Walaupun pada hakikat asalnya serbuk kopi adalah asidik tetapi setelah diseduh sepenuhnya atau dibasuh keluar semasa penyediaan minuman kesannya adalah ia menjadi neuteral. Dilpaorkan dimana tanah yang banyak baja organik termasuk kulit kopi dan sisa serbuk kopi akan menarik cacing tanah. Dalam tinjauan teknologi ke kebun kopi di Chiang Rai, Thailand dahulu memang penulis blog melihat kehadiran cacing yang signifikan dengan penggunaan baja tersebut. Anda boleh membaca artikel tersebut dengan pautan berikut (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan ada beberapa lagi. Apa yang dilaporkan pekebun disna dimana kehadiran cacing ini berjaya membantu melonggarkan tekstur tanag dan menyuburjkan tanah. DIlaporkan juga dimana baja ini meningkatkan unsur Nitrojan (N) dalam tanah seterusnya akan meningkatkan sifat-sifat kesuburan tanahnya. Ia menjadi sumber makanan yang sangat baik untuk tumbuh-tumbuhan dikawasan kebun. Walau bagaimanapun ada dilaporkan dimana kandungan nitrogen ditingkatkan dengan cekap daripada asalnya tanah tersebut jika rendah kandungan unsur N. Di samping itu juga memang ada saintis laporkan dimana semua tumbuhan diberikan baja ini akan menerima unsur Magnesium (Mg) dan Kalium (K) yang menyuburkan tanah.

Pembaca blog perlu ada kesedaran dimana semasa mengambil beberapa cawan kopi setiap hari mungkin harus memikirkan sebolehnya untuk cuba mengumpulkan biji kopi untuk digunakan sebagai baja. Dilaporkan dimana ia adalah kerana sumber bahan organik yang luar biasa ini memang sudah ada di hujung jari. Sisa kopi merupakan bahan mentah semula jadi yang berharga dengan sebilangan besar sifat berguna. Baja kopi akan membantu menjadikan tanaman kebun anda lebih kuat dan sihat. Selain itu apa yang dikaji dimana ia adalah kaedah yang baik untuk menggunakan produk organik yang seharusnya terdapat di tong sampah. Belum lagi hakikat bahawa penggunaan semula bahan mentah bermanfaat dari segi anggaran. Kopi sebagai baja telah lama digunakan akan tetapi di negara-negara di ruang pasca-Soviet dimana petani mereka mengetahui tentangnya. Antara ciri khas baja organik yang terkenal adalah keperluan merebus biji-bijian tanah dimana ia hanya setelah itu melakukan manipulasi untuk membuat baja organik. Mungkin pembaca blog terfikir dimana akan berlaku perubahan komposisi kimia dalam serbuk kopi setelah menyeduh kopi untuk minuman atau menggunakan kopi untuk dibuat kek, roti kopi dan sebagai kuliner makanan yang enak.  Ada banyak unsur mikro terhasil sebagai sebatian berguna yang akan membantu tanaman untuk menguatkan sistem ketahanan (immune), pertumbuhan lebih pesat dan penuh dengan tenaga. Dalam biji-bijian biasanya walaupun setelah diproses (mendidih) apa yang didapati adalah Asid, Tanin dan Cafein berada tetap dalam jumlah besar. Dalam dos yang lebih kecil dimana unsur Kalsium, Asid organik, Vitamin B, Fosforus, Kaliu, Magnesium dan besi memamg terdapat dalam baja ini. Tetapi perkara utama ialah nitrogen. Walaupun dalam jumlah kecil akan tetapi ianya terdapat cukup banyak untuk tanaman itu dapat berkembang sepenuhnya.

Dalam kes lain penulis blog prrnah ditanya apakah dia baja kopi dalam pertanian. Dalam pertanian ada benda yang dipanggil sebagai 'B
aja Kopi' yang mana maksudnya adalah baja dari biji yang popular dan telah menjadi pilihan utama pekebun yang tinggal dikawasan bandar. I didakwa amat sesuai untuk tanaman seperti pokok bunga, sayur, buah dan herba secara organik di rumah. Kandungan NPK yang rendah dilaporkan amat sesuai untuk pokok yang sensitif terhadap baja kimia. Baja ini adalah bebas daripada najis haiwan dan diperkayakan juga dengan unsur-unsur nutrient lengkap untuk pembesaran tanaman. Dalam pada itu dinyatakan dan didakwa dimana antara kebaikan baja kopi juga kaya dengan asid humik yang meningkatkan tahap kesuburan tanah. Baja kopi juga dilaporkan mampu intik mengoptimumkan tumbesaran dan pengeluaran hasil. Ia mampu bertindak sebagai pengalak pertumbuhan dan memperbaiki akar yang rosak.Penggunaan baja kopi juga tidak mencemarkan alam sekitar dan ia juga
sesuai untuk awal pertumbuhan tanaman dan semasa pokok berbunga dan berbuah. Memang pengguna faham dimana baja kopi ini adalah sesuai untuk semua jenis tanaman seperti sayur, buah dan bunga. Cara menggunakan adalah dengan menabur satu sudu makan(3 - 5g) berdekatan pangkal pokok. Adalah disyorkan seeloknya pemberian baja ini dibuat dalam masa dua minggu sekali. Pastikan untuk menyiram air selepas membaja untuk mempercepatkan penyerapan oleh akar pokok. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
SISA SERBUK KOPI... MENJADI BAJA...
BERWARNA HITAM...M MUDAH DIGUNA...
CARA LESTARI.... JIMATKAN BELANJA...
TANAMAN DI RUMAH... MARILAH CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Ramadan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.