Friday, January 14, 2022

USAHAWAN CENDAWAN BERJAYA (Part 1)

TANAMAN CENDAWAN (mushroom) merupakan salah satu tanaman potensi yang boleh menjana pendapatan baik di Malaysia. Pengeluaran cendawan di negara kita kini menjadi satu industri dimana terdapat lebih daripada 800 pengusaha cendawan dengan tanah kecil-kecilan dan sebanyak 82% adalah berstatus kecil. Kajian oleh penulis blog berdasarkan kepada laporan pemantauan yang dilakukan pihak Jabatan Paertanian mendapati 66% jenis cendawan yang diusahakan adalah Cendawan Tiram Kelabu (Pleorotus pulminarous) atau dahulu namanya adalah Pleurotus cajor-saju yang telah disahkan penukaran nama ini melalui ujian makmal di Universiti Malaya. Saya terlibat aktif dengan pembangunan industri cendawan semasa bertugas di Daerah Muar, Johor selama 5 tahun mulai tahun 2006 hingga 2010 melibatkan projek khas Pembangunan Pertanian Pagoh. Penulis blog meninjau usahawan cendawan terbesar di Johor iaitu C&C Mushroom di Gersik bersama En Chew (Sila lihat foto diatas). Pada masa ini kapasiti pengeluaran cendawan di Malaysia sekitar 30.5 metrik tan sehari (30,500 kg sehari) dengan pengeluaran di sekitar Selangor sebanyak 12.8 mt sehari atau 42% daripada jumlah pengeluaran dalam negara. Ini kerana kawasan pasaran cendawan paling besar terletak disekitar Lembah Kelang dan Kuala Lumpur. Cendawan adalah produk yang mudah rosak (Perishable fresh produce) dimana jaeak memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti cendawan. Merujuk kepada laporan daripada FAO menyatakan kadar permintaan bagi cendawan adalah sebanyak 16 - 17 juta metrik tan setahun (Dibaca sebagai 16,000,000 - 17,000,000 kg setahun) dengan negara China menguasa 65% pengeluaran, EU (22%), USA (5%) dan Indonesia (1%). Negara utama yang direkodkan sebagai pengguna cendawan didunia adalah seperti USA (30%), German (15%), Perancis (11%), Itali (11%), UK (11%), Kanada (10%) dan lain-lain negara. China kini merupakan negara paling maju dalam industri cendawan sama ada dalam bentuk pengeluaran cendawan segar dan juga cendawan kering. Malaysia juga mengimpot banyak cendawan daripada negara China setiap tahun untuk menampong kadar permintaan yang terus tinggi setiap tahun. Sebut sahaja makanan cenawan, kita amat mudah membelinya daripada pasaraya terutamanya cendawan kering daripada negara China. Makanan dengan berasaskan bahan cendawan dihidangkan setiap hari oleh mereka yang lebih pentingkan kesihatan dan mempunyai kemampuan membeli. Artikel pagi Jumaat ini dalam blog  "Anim Agro Technology" mengenai usahawan industri cendawan di Malaysia seperti dilaporkan oleh media tempatan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan pembaca semua.

Akhbar Sinar Harian dengan tajuk berita dari Alor Gajah, Melaka iaitu 'Tanaman cendawan beri hasil lumayan' menarik untuk ditulis semula dan dikongsikan. Dilaporkan demi minat dalam bidang pertanian, seorang anak jati Batu Berendam, Melaka sanggup melepaskan kerjayanya sebagai pegawai kewangan di Perbadanan Bioteknologi Melaka untuk menceburi bidang baru tanaman cendawan. Bagi usahawan cendawan iaitu Mohd Syukor Ahmad (42 tahun) dakwa keputusan yang dibuat tujuh tahun lalu itu akhirnya berbaloi apabila berjaya dapat mengusahakan tanaman cendawan tiram kelabu di atas tanah seluas 1.6 hektar (Sila lihat foto disebelah). Menurut Pengarah Urusan Sinar Syukrawie Enterprise itu dimana segalanya bermula pada tahun 2009 apabila dia mengusahakan pertanian cendawan secara kecil-kecilan dengan menyewa tanah di Kampung Kandang dengan kadar RM120 sebulan dan kemudian berpindah menyewa di Melaka Pindah dengan kadar RM1,000 sebulan. Disebabkan oleh kerana perniagaan cendawan mudah diusahakan dan tidak memerlukan ruang yang besar maka dia berusaha lebih bersungguh-sungguh dan sentiasa menambah pengetahuan bagi memastikan pertanian diusahakan membuahkan hasil dan dapat dipasarkan. Tanah seluas 1.6 hektar yang dibina rumah cendawan, bilik seminar dan beberapa fasiliti lain. Kini berkat kesabaran lebih dua tahun menyewa akhirnya berbaloi selepas saya dipilih sebagai Pemenang Anugerah Jaya Rural Business Challenge (RBC) 2013 anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan memperolehi geran bernilai RM750,000. Dengan geran itu dia beranikan diri membeli 1.6 hektar tanah di Gadek, Alor Gajah dan membuat keputusan meninggalkan kerjaya di perbadanan itu. Perusahaan cendawan tiram kelabu berpotensi pergi lebih jauh kerana merupakan sayuran organik dan mengambil masa kira-kira sebulan untuk menuai hasil. Kini melihat kejayaan demi kejayaan yang ditempah, dia turut menyediakan bilik latihan di kawasan berkenaan selain rumah cendawan bagi memberikan latihan kepada mereka yang berminat menceburi bidang itu dan juga pelajar-pelajar dalam bidang pertanian.  Bukan sahaja mengusahakan tanaman cendawan, saya juga sering berkongsi ilmu dengan mereka yang meminati tanaman cendawan. Malah pernah juga pelajar dari negara China datang ke tempatnya untuk membuat latihan selain kakitangan agensi kerajaan juga dihantar menimba pengalaman. Apa pun pandemik Covid-19 yang melanda turut memberi kesan kepadanya apabila permintaan cendawan kelabu sedikit berkurangan berbanding tahun lalu. 

Jika sebelum ini secara purata mampu menjual cendawan sebanyak 50 - 80 kilogram (kg) sehari, namun kali ini anggaran jualan kira-kira 30kg dengan harga RM12 per kg. Bagi memastikan perniagaan terus berjalan dan mampu memberi keuntungan, dia mengambil langkah drastik dengan mengurangkan kakitangan di ladang dan membuat penghantaran terus jualan kepada pelanggan sekitar Melaka termasuk di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Dia turut dibantu anak muda kampung untuk menghasilkan bongkah cendawan menggunakan habuk kayu di premisnya (Sila lihat foto disebelah)Jika sebelum ini dia hanya berjaya memberikan latihan tentang perusahaan cendawan sama ada di tempatnya atau pergi ke tempat mereka seperti di Universiti Putra Malaysia (UPM), namun disebabkan PKP dimana dia menggunakan platform seperti webinar. Mengakui pernah mengalami kerugian lebih dari RM20,000 disebabkan bongkah cendawan rosak, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan perniagaan itu dan memberi pengajaran supaya lebih berhati-hati memantau pekerja.  Ujarnya, selain jualan cendawan, syarikatnya juga menghasilkan bongkah cendawan berkualiti berharga RM1.50 hingga RM2.50 mengikut kematangan bongkah itu dan turut dipasarkan di luar Melaka. Masalah kekurangan habuk kayu getah sepanjang PKP secara tidak langsung turut memberi kesan kepada pendapatan, namun sehingga sekarang masih dapat mengawal dan memastikan pertanian itu terus memberi keuntungan. Apa yang beliau harapkan impian adalah untuk menjadikan tanah pertanian ini sebagai agro pelancongan yang turut dilengkapi bilik pameran pelbagai jenis cendawan di Malaysia dan kemudahan chalet tercapai suatu hari nanti.

Dalam portal utusan.com.my pula seorang 'Kerani jana pendapatan RM15,000 hasil tanaman cendawan' memang patut dijadikan contoh kepada pembaca semua. Dilaporkan seorang kerani membuktikan kesungguhan terhadap sesuatu perkara akan membawa pulangan baik apabila mampu menjana sehingga RM15,000 selepas mengusahakan tanaman bongkah cendawan yang dilaksanakan sejak tiga tahun lalu. Bagi usahawan Azian Jahani (35 tahun) mendakwa pendapatan itu diraihnya hanya untuk tempoh semusim iaitu selama enam bulan. Dia telah mengusahakan tanaman itu bermula dengan hanya 60 bongkah cendawan sebelum meningkatkan kepada 500 bongkah lagi dan kemudian menjadi 1,000 bongkah tanaman itu. Dia memulakan tanaman cendawan ini kerana anak saya amat gemar makan cendawan jadi ketika itu saya terus cuba-cuba dahulu. Selepas mengusahakan 60 bongkah saya dapati cendawan ini amat mudah diuruskan dan tidak banyak karenah seperti tanaman lain yang perlu penjagaan rapi dengan baja dan sebagainya. Setiap pagi sebelum masuk ke pejabatnya dia akan menjengah dahulu rumah cendawan untuk sejukkan bongkah dengan siraman air kemudian tinggalkan sahaja. Lokasi tenaman cendawan di kediamannya di Kampung Baru Teluk Ramunia, Pengerang, Kota Tinggi, Johor (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya rumah cendawan yang dibina atas bantuan suami, Mohd. Syahher Redzha Malik, 35, bukan sahaja memberinya pendapatan tambahan tetapi menjadi tempat ‘terapi’ bagi dirinya selepas penat lelah bekerja. Ibu kepada tiga orang anak itu turut memaklumkan bagi setiap bongkah mampu menghasilkan sehingga seberat satu kilogram cendawan. Harga pasaran cendawan yang diperolehi pula dijual sekitar RM13 hingga RM15 sekilogram.
Terkini selain menjual secara dalam talian beliau juga turut menghantar hasil cendawannya itu di Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPHP) Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pengerang. Walaupun hanya sambilan hasilnya agak lumayan dan setiap kali buka tempahan pasti ramai yang mahu. Selain mengeluarkan modal sendiri, saya turut dibantu pihak PPK Pengerang menerima bantuan bongkah cendawan dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE). Daripada mengusahakan di kawasan laman rumah kini saya juga telah membuat sebuah rumah cendawan yang boleh memuatkan sehingga 2,000 bongkah dalam satu masa. Jelasnya usaha dilakukan itu juga turut berjaya mengambil perhatian pihak jabatan pertanian daerah apabila dia kini dalam proses untuk beliau menerima sijil bagi Program Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP). Artikel ini dibahagikan kepada 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang disyorkan dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAMAN CENDAWAN... SATU USAHA...
PERLU BELAJAR... JIKA HENDAK MULA...
MEDIA LAPOR... KINI RAMAI BERJAYA...
HASIL LUMAYAN... SAMPAI LIMA ANGKA...

By,
M Anem,
Senior Agriculturist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Jamadilawal 1433H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.