Thursday, January 13, 2022

USAHAWAN CENDAWAN BERJAYA (Part 2)

TANAMAN CENDAWAN
(mushroom) merupakan salah satu tanaman potensi yang boleh menjana pendapatan baik di Malaysia. Pengeluaran cendawan di negara kita kini menjadi satu industri dimana terdapat lebih daripada 800 pengusaha cendawan dengan tanah kecil-kecilan dan sebanyak 82% adalah berstatus kecil. Kajian oleh penulis blog berdasarkan kepada laporan pemantauan yang dilakukan pihak Jabatan Paertanian mendapati 66% jenis cendawan yang diusahakan adalah Cendawan Tiram Kelabu (Pleorotus pulminarous) atau dahulu namanya adalah Pleurotus cajor-saju yang telah disahkan penukaran nama ini melalui ujian makmal di Universiti Malaya. Saya terlibat aktif dengan pembangunan industri cendawan semasa bertugas di Daerah Muar, Johor selama 5 tahun mulai tahun 2006 hingga 2010 melibatkan projek khas Pembangunan Pertanian Pagoh. Foto diatas menunjukkan bagaimana proses pembungkusan cendawan tiram kelabu untuk pasaran tempatan. Pada masa ini kapasiti pengeluaran cendawan di Malaysia sekitar 30.5 metrik tan sehari (30,500 kg sehari) dengan pengeluaran di sekitar Selangor sebanyak 12.8 mt sehari atau 42% daripada jumlah pengeluaran dalam negara. Ini kerana kawasan pasaran cendawan paling besar terletak disekitar Lembah Kelang dan Kuala Lumpur. Cendawan adalah produk yang mudah rosak (Perishable fresh produce) dimana jaeak memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti cendawan. Merujuk kepada laporan daripada FAO menyatakan kadar permintaan bagi cendawan adalah sebanyak 16 - 17 juta metrik tan setahun (Dibaca sebagai 16,000,000 - 17,000,000 kg setahun) dengan negara China menguasa 65% pengeluaran, EU (22%), USA (5%) dan Indonesia (1%). Negara utama yang direkodkan sebagai pengguna cendawan didunia adalah seperti USA (30%), German (15%), Perancis (11%), Itali (11%), UK (11%), Kanada (10%) dan lain-lain negara. China kini merupakan negara paling maju dalam industri cendawan sama ada dalam bentuk pengeluaran cendawan segar dan juga cendawan kering. Malaysia juga mengimpot banyak cendawan daripada negara China setiap tahun untuk menampong kadar permintaan yang terus tinggi setiap tahun. Sebut sahaja makanan cenawan, kita amat mudah membelinya daripada pasaraya terutamanya cendawan kering daripada negara China. Makanan berasaskan bahan cendawan dihidangkan setiap hari oleh mereka yang lebih pentingkan kesihatan dan mempunyai kemampuan membeli. Artikel pagi Jumaat ini  dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai usahawan industri cendawan di Malaysia seperti dilaporkan oleh media tempatan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan pembaca semua.

Portal berita utusan.com.my juga melaporkan bagaimana '
Tanam kulat sisir tampung hidup' di Kampong Tanah Putih, Gua Musang, Kelantan yang sesuai dijadikan rujukkan. Kalau suatu masa dahulu dimana kulat sisir atau juga dikenali sebagai cendawan kukur yang biasanya dapat dinikmati hanya selepas hujan dan ia akan tumbuh meliar pada batang pokok getah tumbang atau pokok mati kini ia telah diusahakan secara komersil. Dilaporkan tumbuhan ini sudah mula ditanam secara komersial di pekarangan rumah dan didapati sepanjang tahun. Bagi usahawan Mohamad Syahadam (20 tahun) dimana dia mendapat idea mengusahakan kulat sisir muncul ketika bermulanya Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP) empat bulan lalu iaiatu April 2020. Kulat sisir yang diusahakan dalam 1,300 bongkah yang digantung di belakang rumahnya. Dia telah pun mengusahakan kulat sisir selepas mengikuti kursus tanaman itu dan percubaan pertama memberi pulangan lumayan. Kemudian basanya selepas dua minggu maka dia boleh kutip hasil antara 10 hingga 20 kilogram dan kulat sisir basah dijual RM80 sekilogram. Pihak Pegawai Jabatan Pertanian Gua Musang menyatakan dimana tanaman­ kulat sisir juga mempunyai potensi besar kerana hidup sepanjang musim. Kini harga kulat sisir basah dan kering juga mencecah RM80 sehingga RM100 sekilogram dipasaran. Beliau mula nampak tanaman kulat sisir ini mampu memberi pulangan kepada anak muda dan ibu tunggal yang ha­nya boleh diusahakan di pekarangan rumah. Kini usahawan muda ini dapat dijadikan contoh terbaik kepada individu yang berminat untuk tujuan menambah pendapatan. Dilaporkan dimana kulat sisir juga mempunyai khasiat dan perubatan yang tinggi sebagai ubat antibarah serta mengandungi sebatian antioksidan yang kuat bagi me­n­yingkir toksik dalam badan.

Portal berita hmetro.com pula berjaya melaporkan dengan berita bertajuk '
Tanaman cendawan jana pendapatan sekolah' merupakan usaha yang patut dicontohi sekolah lain. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bakong di Bachok, Kelantan ini telah mengambil inisiatif mengusahakan projek tanaman cendawan bagi menampung perbelanjaan aktiviti dan prasarana sekolah sejak dua tahun lalu. Menurut Ketua Projek Tanaman Cendawan SK Bakong Haslina Ya berkata, projek pertama tanaman cendawan itu bermula pada pertengahan 2018 apabila menanam 5,000 bongkah cendawan tiram kelabu yang diletakkan di dalam bangsal di kawasan sekolah seluas 74 meter persegi. Dalam tempoh lebih setahun mengusahakan projek tanaman itu, pihak sekolah mampu menjana keuntungan bersih sehingga RM15,000 yang sedikit-sebanyak memudahkan pengurusan sekolah menjalankan aktiviti. Apabila dilihat kejayaan itu kini mereka sekali lagi bekerjasama mengusahakan tanaman cendawan jeli hitam atau lebih dikenali sebagai ‘cendawan telinga kera’ yang mengandungi pelbagai khasiat pada awal Januari lalu. Sebanyak 300 bongkah cendawan jeli hitam ditanam dan hasilnya boleh diambil selepas tempoh 60 hari. Dilaporkan bagi tuaian pertama mereka sudah mendapat permintaan daripada pemborong di Pasar Jelawat yang dijual dengan harga RM30 sekilogram. Haslina berkata, cendawan jeli hitam ini jarang ditanam memandangkan sebelum ini hanya mendapat permintaan daripada kaum Cina sahaja tetapi kini masyarakat sudah menyedari khasiat tanaman itu termasuklah mencegah penyakit buasir, mengurangkan berat badan, mengurangkan kolestrol dan menegangkan kulit. Di pasar raya ada juga menjual cendawan jeli hitam, namun ia diimport dari Thailand dan projek tanaman cendawan yang diusahakan ini adalah satu-satunya produk tempatan. Antara keistimewaan cendawan ini ialah ia lebih tahan lama sehingga dua tahun, ia hanya perlu dikeringkan dan disimpan di dalam peti dan apabila mahu menggunakannya, perlulah direndam di dalam air terlebih dahulu. Bagi memastikan cendawan jeli hitam berada dalam keadaan baik dan tidak rosak, ibu bapa dan guru di sekolah sama-sama menjaga tanaman berkenaan dengan memantau suhu serta kelembapan di dalam bangsal selain menyiram tiga atau empat kali sehari. Projek yang diusahakan ini juga, menarik minat guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelawat 2 untuk menanam cendawan yang akan diusahakan oleh pelajar pendidikan khas di sekolah berkenaan. Dalam jangka masa terdekat ini, saya akan membekalkan 500 bongkah cendawan kepada sekolah berkenaan.

Portal sinarharian.com juga melaporkan dimana 'Jana pendapatan dengan cendawan Volverella' di Selinsing, Perak pautu dijadikan contoh yang baik. Kini dari p
ermintaan tinggi di pasaran luar negara terutama negara Asia Timur terhadap tanaman cendawan jenis Volverella mencetuskan idea syarikat bumiputera, SRG Agro Berhad menjalinkan kerjasama pertanian kontrak dengan 2,000 peserta dari seluruh negara.  Mengikut Ketua Pegawai Eksekutifnya Shah Radzi (39 tahun) dakwa ini kerana cendawan tersebut boleh menghasilkan produk hiliran seperti teh, burger dan perisa makanan berasaskan cendawan itu. Setakat ini lima negeri iaitu Perak, Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Kelantan membabitkan 2,000 peserta berminat untuk memajukan tanaman itu. Mereka telah mengumpul peserta dalam tempoh empat bulan dengan penyertaan golongan belia dan warga emas yang mahu mengusahakan tanaman itu. Cendawan Volverella adalah jenis cendarawan hibrid menggunakan kaedah pembiakan tisu kultur untuk dijadikan benih. Cendawan jenis ini mudah ditanam di atas batas dan tandan kelapa sawit kerana kesukaran untuk mendapatkan habuk kayu dan ia mudah membiak dalam tempoh dua minggu bagi tujuan mendapatkan hasilnya. Syarikat memperuntukkan RM1.5 juta bagi fasa pertama tanaman ini dengan setiap negeri akan membabitkan 400 hingga 500 peserta yang akan menjalankan tanaman itu secara bersama. Dakwanya syarikat akan memberikan dana sebanyak RM5,000 untuk setiap peserta menjalani kursus, benih dan tapak bagi mengusahakan tanaman berkenaan membabitkan sembilan fasa. Hasil tanaman itu akan beli daripada usahawan dengan harga dipersetujui dan usahawan perlu menandatangani perjanjian selama lima tahun dengan syarikat (Sila lihat foto disebelah).   Dilaporkan peserta atau usahawan terbabit boleh dijangka memperoleh pendapatan RM2,400 sebulan dan mereka tidak dibenarkan menjual cendawan itu kepada orang tengah.  Sehingga kini, sejumlah 19 lokasi tanah terbiar di Perak sudah dikenal pasti pihaknya untuk dimajukan termasuk sebidang tanah berhadapan projek pembinaan hospital baharu Parit Buntar di Simpang Lima, Parit Buntar. Jika tanaman ini dapat dilaksanakan secara ladang bersepadu, secara tidak langsung ianya boleh menjana ekonomi penduduk setempat menerusi industri agro pelancongan untuk daerah Kerian pada masa hadapan. Bagi seorang wakil peserta dari Sungai Dua, Butterworth iaitu Abdul Fatah Mahamud (66 tahun) dakwa dimana inisiatif program pertanian secara kontrak dianjurkan SRG Agro Berhad sangat baik untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk luar bandar sepertinya. Dia juga ada  menyifatkan inisiatif penanaman cendawan Volverella ini mampu mengubah nasib penduduk luar bandar menjadi lebih baik kerana bersifat lebih praktikal dan mempunyai ruang pasaran lebih luas. Apabila harga pasaran lokal cendawan volvariella mencecah lebih RM16 sekilogram, maka ia akan  menjadi satu alternatif kegiatan pertanian terbaik penduduk kampung untuk meraih pendapatan sampingan selain hasil pertanian padi dan kelapa sawit. Artikel ini dibahagikan kepada 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang disyorkan dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAMAN CENDAWAN... SATU USAHA...
PERLU BELAJAR... JIKA HENDAK MULA...
MEDIA LAPOR... KINI RAMAI BERJAYA...
HASIL LUMAYAN... SAMPAI LIMA ANGKA...

By,
M Anem,
Senior Agriculturist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Jamadilawal 1433H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.