Saturday, January 15, 2022

IKAN BUNTAL - MEMBAWA MAUT!

IKAN BUNTAL
merupakan nama sejenis ikan yang boleh menyebabkan kematian dengan racunnya. Ikan buntal memang ramai mengenalinya dari famili Diodontidae dan iaitu dalam order Tetraodontiformes yang sering dijumpai di negara kita. Pada penulis blog dimana salah satu fakta ikan buntal yang paling dikenal adalah ia sejenis ikan beracun. Bahkan ia adalah sejenis ikan yang juga disebut 'ikan fugu' yang tergolong ke dalam salah satu jenis racun semulajadi yang paling bahaya dan mematikan di dunia. Sebenarnya memang ada banyak fakta tentang ikan buntal lain yang perlu pembaca ketahui. Ikan buntal (pufferfish) sering kali digunakan sebagai bahan makanan dalam masakan di Jepun seperti sushi atau sashimi. Disebabkan oleh kandungan racun tetrodotoksin di dalamnya maka memang tidak semua orang boleh mengolah ikan unik ini menjadi hidangan yang lazat. Dikalangan masyarakat dipinggir laut dan sungai di Malaysia memang tahu bagaimana untuk menyiang ikan buntal beracun ini sehingga boleh dimakan. Adalah memang disyorkan untuk memperhatikan terlebih dahulu fakta ikan buntal yang sangat beracun ini sebelum dimakan. Dilaporkan dimana jenis racun yang dikenali sebagai Tetrodotoksin yang terdapat di dalam ikan buntal merupakan racun yang boleh menyerang sistem saraf dan sangat mematikan. Racun ini didakwa lebih mematikan dibandingkan racun sianida (cyanide). Memakan sekitar 1-2 miligram racun tetrodotoksin asi sahaja sudah dapat membuat nyawa melayang kesannya. Di negara Jepun sendiri pernah dilaporkan dimana ada sekitar 5 - 10 kes-kes keracunan ikan buntal setiap tahun berlaku. Meski pun begitu ada kes-kes keracunan akibat ikan buntal yang masih dapat diselamatkan dengan rawatan segera oleh doktor perubatan. Proses membersihkan ikan buntal perlu berhati-hati kerana racun jenis tetrodotoksin tersimpan di dalam hati, kelenjar kelamin, kulit dan usus ikan buntal. Cara membuang organ tersebut harus dibuang secara hati-hati dengan teknik khusus agar daging ikan tidak tercemar dengan racun tersebut. Selalunya ikan buntal hanya dihidangkan dengan selamat dimakan oleh restoren yang pakar membuatnya sahaja. Racun tetrodotoksin tidak akan hilang walau ikan buntal dimasak atau dibekukan. Jika tidak diproses dengan betul maka racun dari organ tubuh ikan buntal boleh menyebar dan terserap ke dalam dagingnya. Penulis blog belum pernah ujirasa atau menjamah ikan buntal walau pun sering meihatnya semasa bertugas di Sarawak dahulu. Memang ada pernah melihat hidangan ikan buntal didepan mata tetapi 'tidak berani' mencubanya. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis beberapa fakta mengenai ikan buntal yang boleh membunuh manusia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Memang mengejutkan apabila dilaporkan dimana seekor ikan buntal mampu dalam membunuh 30 orang dewasa. Ikan ini dikenal merbahaya kerana ia memiliki sejenis racun yang mematikan. Dalam satu laporan oleh National Geographic ada  menyebutkan racun seekor ikan buntal didakwa boleh membunuh hingga 30 orang dewasa kesan dari kandungan sejenis racun iaitu tetrodotoksin. Racun ini yang terdapat dalam ikan buntal lebih mematikan dibandingkan racun sianida (cyanide).  Ini kerana racun ini adalah jenis racun yang boleh menyerang sistem saraf yang umum ditemui pada haiwan di laut termasuk spesis ikan buntal. Racun ini biasanya berada pada hati, testis atau sel telur, usus dan bahagian kulit dari ikan buntal. Selain ikan buntal racun tetrodotoksin juga ada pada kulit dan organ dalaman seperti porcupine fish, globefish, ballon fish, blowfish, sunfish, toadfish, gurita cincin biru dan juga beberapa spesies salamander. Beberapa haiwan lain seperti beberapa jenis siput, ketam, kadal air dan katak juga boleh mengandungi  racun jenis ini. Uniknya kebisaan racun ini tidak hilang meski pun ianya dibekukan atau dipanaskan. Ini bermakna dimana kalau hanya memasak ikan buntal tidak akan menghilangkan ancaman racun ini. Teknik membekukan dan mencairkan makanan atau ikan yang mana ada kandungan tetrodoktoksin sebelum diproses justru boleh menjadikan racun menyebar kedalam daging ikan. Disebabkan bahan racun tetrodotoksin di dalamnya maka tidak semua orang boleh menyiang ikan unik ini menjadi hidangan yang lazat. Hanya orang-orang tertentu saja yang terlatih mampu melakukannya. Di Jepun dan negara maju lain daging ikan buntal menjadi salah satu daging ikan yang cukup mahal dan dimakan asalkan dengan teknik menyiang yang tepat. Ikan buntal menjadi salah satu sumber makanan yang kaya kandungan protein, mineral dan lemak sihat. Dilaporkan ia juga mengandungi bhahan Asid lemak Omega-3 dan vitamin K yang diperlukan tubuh. Namun, untuk memakan ikan buntal harus tetap berhati-hati kerana potensi keracunan yang boleh terjadi jika tidak dimasak dengan baik. Didakwa hanya dengan mengambil seminima sekitar 1-2 miligram racun tetrodotoksin sebenar saja sudah dapat mengancam nyawa orang dewasa. Kematian akibat oleh racun ikan buntal boleh berlaku dalam tempoh 4 - 6 jam setelah seseorang kena keracunan. Kematian umumnya juga adalah disebabkan mangsa tidak boleh bernafas akibat dari lumpuhnya sistem pernafasan. Memang elakkan dari memakan ikan buntal. Sehingga sekarng dilaporkan masih belum ada ubat penawar untuk racun ikan buntal. Sila pergi mendapatkan rawatan di hosital jika kena keracunan selepas makan ikan buntal.

Dalam portal berita  kompas.com  telah   melaporkan '4 maut makan ikan buntal beracun' memang mengesahkn akan keracunan ikan buntal di Indonesia. Berita dari Kupang dalam usaha menyambut kegembiraan tetamu sebuah majlis keraian di Desa Hoder di Sika, Nusa Tenggara Timur berakhir tragedi selepas empat daripada mereka maut kerana memakan ikan buntal beracun. Dilaporkan juga dimana seramai 13 orang lagi tetamu pula dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit perut yang serius. Mengikut Ketua Kampung Desa Hoder Martina telah memaklumkan selepas makan ikan buntal dimana penduduk berasa pening kepala. Penduduk juga berasa mual dan muntah katanya seperti dilapor Kompas. Pihak polis kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan penduduk kampung untuk siasatan lanjut. Sampel ikan buntal berkenaan diambil pasukan kesihatan untuk dihantar ke makmal bagi mengenal pasti berpunca keracunan makanan dialami mangsa. Dalam pada itu, Ketua Polis Resor Sikka Margono berkata dimana ikan buntal berkenaan mungkin telah dijadikan hidangan sebuah majlis keraian tempatan di kampung berkenaan. Mangsa memakan ikan buntal itu sambil bersembang pada majlis berkenaan.

Kisah lain di Betong, Sarawak dimana 'Ikan buntal beracun jadi hidangan lazat' menarik dikongsikan. Selalunya apabila disebut ikan buntal, umum pasti terbayang hidupan marin yang berduri serta memiliki racun yang boleh membawa maut, namun begitu ikan yang telah dikeluarkan racun boleh dimasak kari, asam pedas, panggang atau digoreng menjadi hidangan lazat. Berkongsi pengalaman dengan Dari Sait (56 tahun) dari Kampung Manggut, Spaoh yang berkata dia belajar sendiri menyiang serta membuang racun ikan buntal kuning seawal usia 20 tahun. Cara membuang racun memerlukan teknik yang betul, di bahagian badan ikan tersebut ada racun di pembuluh darah. Telur ikan buntal juga sedap dimana di bahagian ini racun berada di selaput telur dan selain membuang selaput telur menggunakan pisau ianya juga perlu di rebus bersama rebung juga dapat membuang racun di bahagian ini. Kawasan Spaoh memang terkenal dengan ikan buntal kuning. Kebanyakan penduduk di kawasan ini memang 'pakar' menyiang ikan (buang racun) seterusnya masak selera masing-masing. Perlu untuk memakai sarung tangan bertujuan mengelak duri di bahagian abdomen ikan buntal itu. Selalunya dengan tahap kemahiran dimiliki wanita ini dia hanya mengambil masa tidak sampai seminit membuang racun di bahagian pembuluh darah ikan tersebut. Di Jepun masyarakat di sana makan ikan buntal untuk mencari rasa ‘sensasi’ ikan tersebut. Dakwa beliau selalunya selepas makan lauk ikan buntal memang ada rasa kebas dan di Jepun 'rasa kebas' ini adalah perkara 'sensasi’ yang dicari masyarakat Jepun di sana apabila makan ikan buntal. Di Bentong dimana musim ikan buntal kuning bermula daripada April hingga Oktober setiap tahun di sepanjang Batang Saribas dengan Kampung Manggut, Spaoh yang mana ia terletak berhampiran Batang Saribas antara kawasan tumpuan ikan tersebut. Ikan buntal kuning segar dijual pada RM10 sekilogram, ikan buntal kering tiga ekor RM10, manakala telur ikan buntal kuning RM40 sekilogram (Sila lihat foto disebelah). Ikan buntal ditangkap dua kali sebulan semasa musimnya menggunakan jaring atau dengan kaedah tangkap tradisional menggunakan alat dikenali sebagai 'sagang'. Apabila ikan buntal mulai masuk ke Batang Saribas maka nelayan menangkap menggunakan jaring yang telah dipasang di bahagian tengah sungai. Sewaktu musim ikan buntal biasanya jumlag hasil tangkapan mampu mencecah 180 kg berbanding hanya sekitar lima hingga 10kg di luar musim. Nelayan dikenali Mohd Remy berkata selepas ikan buntal melepaskan telur untuk pembiakan di kawasan Tanjung Asam, Batang Saribas maka ikan tersebut akan menjadi lapar dimana kali ini proses untuk menangkap perlu menggunakan kaedah 'sagang' yang dihasilkan daripada besi kemudian diletakkan umpan ikan yu, Menurut Dr Samsur dari UNIMAS berdasarkan kajian kawasan Batang Saribas menjadi tumpuan ikan buntal disebabkan faktor laluan sungai yang sempit, memiliki banyak tanjung yang terlindung dari arus laut dan sesuai untuk proses pembiakan. Apabila tiba musim untuk ikan buntal mengawan lazimnya ikan buntal daripada kawasan pesisir akan mula akan memasuki Batang Saribas yang memiliki banyak kawsan tanjung serta keadaan di bawah sungai berpasir sesuai untuk melepaskan telur. Selepas proses ini selesai maka induk ikan buntal akan balik semula ke kawasan pesisir pantai selepas meninggalkan benihnya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
IKAN BUNTAL... BERACUN BAHAYA...
BPLEH MEMATIKAN... 30 MANUSIA...
DILAPAH TEITI... DIBUANG RACUNNYA...
MAKANAN EKSOTIK... DIJEPUN SANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 RabiulAwal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.