Sunday, January 16, 2022

KETAM NIPAH DAN KEHEBATANNYA DI MEDIA

KEHEBATAN KETAM NIPAH
(Scylla serrata) yang mana ia merupakan sejenis haiwan yang sesuai diternak secara komersial dan ia memberikan keuntungan dan menjana pendapatan ada dilaporkan di media tempatan. Kini telah ada teknologi ternak ketam nipah yang semakin dipertingkatkan. Pada penulis blog ketam nipah adalah haiwan dari jenis krustacea iaitu bercangkerang seperti udang. Ia juga dikenali sebagai ketam bakau atau ketam lumpur dari keluarga Portunidae. Secara semulajadi ketam hidup serta membiak di sekitar paya bakau, kuala sungai, tepi pantai atau laut, dalam air payau atau air masin mengikut masa air pasang dan surut. Menternak ketam menggunakan kolam atau 'membintur' begitu popular terutama di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Lazimnya kolam-kolam dibuat sekitar paya bakau atau berdekatan dengan laut kerana memerlukan air payau atau air masin. Namun teknik ini sebenarnya akan memerlukan kawasan yang luas berbeza dengan teknologi menggunakan bakul plastik yang mana ia lebih mudah diuruskan. Lazimnya teknoligi untuk proses menggemukkan memerlukan bekas khas untuk mengisi benih ketam secara berasingan kerana ketam adalah dari spesies yang ganas, karnivor dan tahan lasak serta akan memakan sesama sendiri apabila lapar. Ketam nipah membiak secara bertelur dan boleh membesar sehingga karapasnya mencapai 20 sentimeter atau lebih iaitu dengan berat badan melebihi satu kg (kilogram) hingga empat kg seekor. Ketam nipah boleh diperolehi dalam tiga warna iaitu hijau, coklat dan merah. Ketam tersebut mempunyai potensi dalam bidang industri perikanan terutamanya kegiatan separa kultur. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan ketam nipah seperti yang dilaporkan dalam media untuk dijadikan bahan rujukan pembaca blog semua.

Ketam Nipah merupakan sejenis haiwan kategori untuk makanan seafood yang tinggi kadar permintaannya di Malaysia sehingga ada '
Ketam nipah kena tahan' dalam operasi oleh MAQIS dipintu masuk kastam di Johor BAhru Johor. Merujuk kepada laporan Bernama dimana ada sebanyak dua kotak berisi ketam nipah dirampas dari seorang lelaki membawa masuk ketam nipah ke negara ini dipercayai untuk dijual di restoran makanan laut gagal apabila ditahan MAQIS. Hasil dari pemeriksaan ke atas bonet sebuah kereta di laluan import KSAB, pihaknya menemui dua kotak berisi ketam nipah seberat 34.95 kilogram (kg). Semua ketam nipah bernilai RM1,048.50 itu dibawa masuk tanpa dokumen sah atau permit import (IP) yang dikeluarkan MAQIS. Lelaki warga tempatan berusia 30-an itu dibawa pulang ke pejabat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). Jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 11(3), akta sama iaitu denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.
Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, seseorang itu boleh didenda tidak melebihi RM150,000 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya. Dalam pada itu pihak MAQIS sentiasa melakukan pemeriksaan di pintu masuk negara bagi menjaga biosekuriti dan keselamatan makanan untuk ianya memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas daripada ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar hingga boleh menjejaskan sektor pertanian. Semua bahan yang diimport perlu mematuhi aspek kesihatan manusia, haiwan, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Sudah menjadi amalan dan petua oleh masyarakat tempatan apabila dilaporkan 'Sup Ketam Nipah Penawar Demam Denggi' sebagai pilihan alternatif rawatan masaalah penyakit tersebut. Dilaporkan media tempatan hmetro.com dimana  Allah s.w.t tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan juga ubatnya. Dan dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. ada menyebut bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Apa pun berdasarkan hadis ini adalah jelas bahawa denggi juga didakwa mempunyai ubatnya, cuma belum ditemui oleh manusia di dalam bidang perubatan moden dewasa ini.  Selama ini para saintis dunia perubatan moden masih gagal menemui ubat atau vaksin yang mujarab untuk menentang virus denggi. Ini menyebabkan ramai orang menjadi mangsa dan tidak kurang juga yang mati akibat serangan denggi. Salah satu sebabnya kerana kurangnya kesedaran mengenai gejala-gejala (simptoms) awal serangan denggi menyebabkan sesetengah orang lewat mendapatkan rawatan di hospital. Penemuan sejak hampir dua tahun yang lalu mengenai penawar melawan demam denggi sepatutnya membuka mata para saintis mahu pun penyelidik kita untuk membuat kajian mendalam mengenai khasiat ketam (crab) untuk dijadikan penawar melawan denggi. Kajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi iaitu bahan yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit. Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut. Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini. Malah proses pemulihannya amat pantas jika dibanding rawatan semasa yang diterima oleh pesakit di hospital kerana pesakit pasca demam tidak perlu lagi memakan multivite atau pun magnesium pill untuk recovery tenaga dan staminanya, juga tidak perlu mengambil masa 2-3 minggu untuk kembali bertenaga seperti sedia kala. Juga paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptoms awal denggi tidak perlu untuk ke hospital sekiranya mereka mengambil sup ketam sebaik sahaja menyedari tanda-tanda diserang denggi. Sehingga kini observasi didapati tidak kurang daripada 20 orang kenalan yang telah diserang denggi telah sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 8 jam selepas memakan sup ketam. Malah pengalaman saya sendiri juga amat mengkagumkan di mana saya telah pulih 100% dalam masa 7 atau 8 jam sahaja ketika diserang gejala demam denggi pada Mei 2006 lalu. Berdasarkan kadar kesembuhan ke atas pesakit demam denggi yang mengambil sup ketam adalah hampir 100% didakwa pakar berpendapat bahawa ianya bukanlah suatu “kebetulan” semata-mata tetapi merupakan sesuatu yang pasti bahawa ketam merupakan penawar yang paling mujarab untuk merawat denggi.

Terkini didalam beberapa media tempatan termasuk Bernama dimana isu pandemik covid19 menjadi perkara paling luas dilaporkan di media. Bagaimana pun timbul kesedaran usahawan untuk 'Kurangkan impak Covid-19, komuniti nelayan ternak ketam nipah' disiarkan pada Febuari 2021 untuk dirujuk. Foto sebelah telah menunjukkan bagaimana pengusaha Rusasmizal sebahagian ketam nipah yang diternak di sebuah kolam yang dibina atas sebidang tanah seluas 0.2 hektar di Kubang Badak kira-kira 30 kilometer dari Bandar Kuah, Langkawi, Kedah.  Sektor pelancongan di pulau bebas cukai ini yang terkesan akibat pandemik Covid-19 turut memberi kesan kepada komuniti nelayan dan tidak mahu terlalu 'bersedih' dengan keadaan tersebut maka mereka segera menceburi bidang penternakan ketam nipah sebagai satu lagi cabang didalam tambah pendapatan buat koperasi tersebut. Pengerusi Koperasi Nelayan Sungai Kubang Badak Langkawi Berhad, Rusasmizal Mohd Ghazali berkata, projek ternakan ketam nipah itu bermula sejak Mac tahun lalu, apabila sebuah kolam dibina di sebidang tanah seluas 0.2 hektar milik seorang anggota koperasi tersebut. Ketam nipah mengambil masa 90 hari sebelum sesuai untuk dijual yang mana setiap seekor daripadanya boleh mencecah berat lebih 500 gram seterusnya dijual pada harga RM40 hingga RM70 sekilogram mengikut saiz. Sejak beroperasi hampir setahun sudah tiga kali mereka dapat tuai hasilnya dengan nilai jualan dianggarkan kira-kira RM8,000. Koperasi yang dianggotai 72 ahli itu menawarkan pakej menelusuri sungai hutan paya bakau bagi melihat 12 geotapak yang memiliki keunikan warisan geologi, biologi dan budaya di Biogeotrail Kubang Badak, namun kini pendapatan koperasi tersebut terjejas akibat pandemik Covid-19. Dilaporkan jumlah nilai kos yang dikeluarkan kira-kira RM60,000 itu belum beri pulangan, namun tetap optimis dengan potensi besar yang dimiliki projek tersebut. Ketika ini jualan ketam nipah mereka adalah masih tertumpu kepada penduduk tempatan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan pergerakan rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KETAM NIPAH.... DITERNAK DIA....
HARGA MAHAL... ADA KHASIATNYA...
DEMAM DENGGI... BUAT SUP SAHAJA...
ADA DITERNAK... DI LANGKAWI SANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(Jamadilawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.