Monday, January 17, 2022

KELEDEK JEPUN - SEMAKIN POPULAR

KELEDEK JEPUN (Ipomoea batatas) merupakan salah satu jenis keledek yang semakin popular di negara kita. Tanaman pokok ubi keledek jepun semakin terkenal kerana ia teruas mendapat permintaan tinggi. Selain daripada kegunaan dari bahagian ubinya, pucuk daun ubi jepun juga sangat sedap dibuat sayuran kerpada mereka yang sukakan daun keledek tersebut. Penulis blog juga pernah ujirasa daun keledek jepun yang dimasak lemak atau dijadikan sayur goreng yang dimakan dengan nasi putih. Sama dengan jenis keledek lain dimana nama saintifik ubi keledek Jepun adalah Ipomoea spp dan dikategorikan dalam golongan Convolvulaceae. Jenis ubi keledek jepun dilaporkan ia terdapat dalam beberapa jenis warna seperti, kuning, oren dan juga ungu. Makan ubi keledek jepun paling elok adalah dipanggang atau dibakar dimana ia ada dijual di kompleks membeli belah dan beberapa premis lain. Semasa melawat ke negara Jepun dan China serta Korea beberapa kali ada penulis blog mendapatkan beli keledek panggang yang dimakan panas-panas lagi. Dilaporkan dimana antara kandungan khasiat ubi keledek jepun yang agak kaya dengan mineral termasuk Magnesium (Mg), Vitamin A, Vitamin C, Zat Besi (Fe) dan juga Vitamin B6. Dalam pada itu juga beberapa laporan menyatakan diantara khasiat dan kelebihan yang ada pada ubi keledek ungu termasuk kemampuannya untuk mengurangkan sel kanser. Dalam beberapa kajian diet makanan yang dilakukan saintis mereka mendapati dimana kandungan zat dalam ubi keledek jepun adalah  sebanyak 20 kali lebih tinggi dari ubi-ubian lain. Ubi jepun juga sangat dan bermanfaat sebagai anti kanser, sesuai untuk mengurangkan kencing manis kerana ia didakwa mampu menstabilkan gula darah dan resistensi insulin yang lebih rendah. Kandungan unsur protein dalam ubi dapat mengatur kadar gula dan darah. Paling mmenarik dimana keledek jepun mampu manguatkan ingatan, membantu merawat masalah fungsi hati, mengatasi atau mengurangkan kesan stroke. DIlaporkan juga dimana keledek jepun akan membantu kesihatan jantung. Bahan seperti Magnesium dalam keledek jepun ini diperlukan untuk kesihatan arteri, darah, tulang, jantung, stroke, otot dan juga fungsi saraf. Artikel petang Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai kelebihan keledek jepun sekadar untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Dalam beberapa laporan dinyatakan dimana seorang ibu yang sedang hamil amat baik makan ubi keledek jepun. Menurut rujukan dari National Institues of Health disyorkan iaitu ibu sedang hamil memerlukan 80-85 mg vitamin C dan 27 mg zat besi. Dengan sukatan satu cawan ubi manis mengandungi 39 mg vitamin C dan 1.38 mg zat besi. Lazimnya berlaku dimana ibu hamil mudah terkena konstipasi atau susah buang air besar. Kandungan serat pada ubi ungu atau keledek jepun ini didakwa akan dapat membantu anda memenuhi keperluan serat. Ibu hamil disarankan agar mengambil kira-kira 22-28 mg serat sehari sebagai rutin. Dalam laporan lain dimana bagi setiap satu cawan ubi manis seperti ubi jepun ini mengandungi 6.6 gram serat. Kandungan khasiat seperti Vitamin B6 iaitu ia dilaporkan akan dapat mencegah rasa mual dan muntah serta dapat membantu pembentukan sel darah merah ketika hamil. Merujuk kepada satu laporan lain berkait daripada American Pregnancy Association dimana bagi ibu hamil memerlukan 1.9 mg vitamin B6 setiap hari. Satu cawan keledek jepun yang diambil lazimnya akan mengandungi 0.6 mg vitamin B6. Selain dari itu kededek jepun yang mengandungi bahan penting iaitu Anthocyanin yang terdapat dalam ubi keledek (termasuk keledek ungu dan keledek jepun) didakwa mampu didalam memberikan perlindungan terhadap kerosakan DNA dan ianya juga mampu mencegah penyakit kanser usus serta akan dapat menyeimbangkan penyakit kencing manis dan akhirnya akan membantu menguatkan daya ingatan. Kalangan mereka yang inginkan kecantikkan dimana makan keledek jepun juga berkaitan dengan kepercayaan untuk amat membantu dalam mencantikkan kulit dan bentuk tubuh badan. Paling terkini dimana kepercayan iaitu u=keledek jepun ini dipercayai juga membantu dalam mengurangkan penyakit jantung dan memberikan kesan yang baik terhadap jantung.

Penulis blog merujuk kepada satu laporan dan testimoni dalam FB Encik Hilmi dari Perak dimana kehebatan keledek jepun ini perlu dibincangkan didalam artikel ini. Kisah mengenai adik 
Muhammad Iman Nashriq yang berumur 2 tahun telah mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5 bulan dilahirkan. Adik ini perlu sering kali berulang alik ke hospital sejak umur 5 bulan sebanyak 3minggu sekali untuk membuat rawatan sehinggalah dia berumur 2 tahun. Bagaimana pun dilaporkan selama waktu tersebut dilihat memang tidak nampak apa-apa perubahan sama ada adek Mohamad Imam ini semakin sembuh ke atau semakin baik kerana semala ini simptom serangan lelah ini seakan-akan tetap sama sahaja. Ibu dan bapanya juga mencuba memberikan beberapa alterntif rawatan tradisional lain akan tetapi masih tidak juga berlaku perubahan yang ketara dengan masaalah ini. Keadaan anaknya masih sama menghadapi lelah hari demi hari. Bagaimana pun dilaporkan kemudian dia bersyukur sangat apabila bertemu sejenis jus daripada seorang kawannya dimana kesan dari pengambilan jus ini maka Iman sudah tidak perlu lagi sudah pergi hospital buat rawatan. Dilaporkan salah satu komponen didalam jus tersebut adalah daripada keledek jepun. Kemudian dia sekeluarga pun mengmalkan makan keledek jepun untuk kesihatan keluarga. Kini batuk-batuk biasa sahaja yang ada tapi yang ketaranya adik Iman sudah tidak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu lazimnya dia kena pergi sebanyak 3 kali sebulan untuk pergi sedut gas akan tetapi sekarang sudah tidak perlu lagi. Bagaimana pin kisah didalam FB ini mungkin perlu dilihat akan testimoninya tersebut dimana berkemungkinan ia adalah secar akebetulan sahaja berlaku. 

Selain keledek jepun ini enak dimakan dengan membakar atau boleh secara memanggangnya, ia sering juga diambil sebagai keledek jepun rebus. Keledek jepun ini mudah dibeli dipasaraya tau mana-mana premis yang menjual makanan ubi-ubian. Ia selalunya akan dibungkus didalam pek polistrine dengan beratnya 300 - 500 gram berharga sekitar RM4.00 - RM6.00 satu pek. Bergantung kepada beberapa warna isinya tetapi yang isi kuning ini memang sangat manis sekali rasanya. Ada yang dakwa dimana harga keledek jepun agak mahal berbanding dengan keledek biasa yang lain kerana pokoknya hanya mengghasilkan buah yang sedikit setiap pokok. Saiznya pun dari berukuran sederhana dan bayak yang kecil-kecil sahaja dan amat jarang yang dijumpai bersaiz besar atau XXL. Keledek ini sebaiknya dibersihkan dengan air dahulu (walau pun didalam pek kelihatan sudah bersih) dan kemudian ia di masukkan kedalam periok yang ada air yang sudah dibubuh sedikit garam. Tutup periok dan hidupkan api untuk sekitar 20 minit sehingga keledek empuk. Toskan air dari periok dan keledek jepun ini sudah sedia untuk dihidangkan. Bagaimana pun penulis blog selslunya lebih suka memasukkan keledek jepun ini didalam 'Kuali Ajaib' untuk dipanggang diatas dapur gas beberapa minit. Hasilnya dengan memasak didalam 'kuali ajaib' ini lebih baik kerana tidak menggunakan air langsung dan kemanisannya dijamis memuaskan. Boleh juga dibelah dahulu bagi mendpatkan keenakn sebenar. Semua pembaca semua mendapat info berguna mengenai kehebatan keledek jepun ini kali ini. Wasallam!!!.
KELEDEK JEPUN... UNGU KULITNYA...
ISINYA UNGU... KUNING PUN ADA...
MUDAH DIBELI... DARI PASARAYA...
DIREBUS DIPANGGANG... MUDAHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(14 Jamadilakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.