Saturday, January 29, 2022

ROTI CANAI TERBANG DAN KISAHNYA (Part 2)

ROTI CANAI TERBANG
(Flying roti canai) merupakan sejenis makanan yang sudah viral di Malaysia dimana ia selalunya 'diterbangkan' semasa mebuatnya. Banyak kisah dan video viral pembuatan roti canai terbang sesuai dikongsikan dalam artikel kali ini. Roti canai atau Roti Prata merupakan sejenis makanan yang sangat popular di Malaysia dimana ia juga selalunya dijadikan makanan pilihan untuk sarapan pagi selain daripada Nasi Lemak, Nasi Dagang, kuih muih dan beberapa lagi. Namun kini roti canai sudah boleh didapati 24 jam sehari di negara kita seperti dirangkian restoran mamak dan boleh mendapatkannya untuk dimakan bila-bila masa dengan masak sendiri produk 'Roti Canai Sejuk Beku'. Kini dilaporkan ada beribu restoren dan gerai yang menjual roti canai di Malaysia dengan pelbagai jenama, jenis dan laukpauk yang berbeza. Makanan roti canai digemari oleh semua kumpulan golongan masyarakat, kaum dan umur dan umur kerana kepelbagaian resepinya. Ada bepuluh malahan beratus nama yang diberikan kepada roti canai tetapi yang paling asas adalah 'Roti Kosong'. Nama jenis roti canai lain seperti Roti Telur, Roti Bawang, Roti Sardin, Roti Bom, Roti Banjir, Rotu Telur Bawang, Roti Pisang, Roti Tampal, Roti Jantan, Roti Tisu, Roti Tsunami, Roti Susu, Roti Coklat, Roti Milo, Roti Cheese dan banyak lagi gelaran. Bagaimana pun jenis 'Roti Canai Terbang' adalah diantara yang beberapa kali masuk TV kerana cara membuatnya yang memang menarik dan unik disebabkan doh diterbangkan semasa membuatnya. Ini belum masuk nama roti yang disesuaikan dengan nama orang, nama tempat, nama unik dan sebagainya. Ada nama roti canai awang, roti canai Pak Selamat, Roti Canai Kedai Mamak, Roti Canai Pokok, Roti Canai Tepi Sungai dan sebagainya. Roti canai roti perata ialah roti kudapan India jenis leper yang berbentuk bulat yang boleh dijumpai di beberapa negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengah hari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais. Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis. Apa pun penulis blog dapati dimana penggunaan awal perkataan canai dalam bahasa Melayu di belakang roti adalah hasil dari tingkah laku pencanai roti tersebut dalam cara bagi kerja meleperkan, mengangin dan menebar doh roti (termasuk menerbangkan). Ada juga menyatakan perkataan canai di belakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini sebagai "Channal" atau berkait dengan bandar Chennai di India disebabkan ramai pencanai roti ini dahulu asal usulnya juga dipercayai kebanyakan berasal dari sana pada ketika dimana kebanjiran orang India di Malaysia. Bagaimana pun kini penulis blog dapati kebanyakan yang menjual dan menebar roti canai adalah dari kalangan orang Melayu. Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti prata. Rupa roti prata dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat. Artikel petang Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology'' dipaparkan beberapa kisah menarik mengenai Roti Canai Terbang dan untuk dijadikan bahan rujukkan anda pembaca blog semua.

Portal berita
bharian.com dengan kisah 'Roti canai "terbang" hasil pulangan lumayan' memang boleh dijadikan bahan rujukkan. Kisah dari Rawang, Selangor ini nyatakan kemahiran menebar roti canai 'terbang' membawa Mohd Padil Omar ke beberapa negara asing dengan bayaran lumayan. bagi Mohd Padil (30 tahun) pada asalnya adalah penebar roti canai biasa sahaja dan pernah bekerja dengan orang lain akan tetapi hasil latihan dan mahu menambah baik 'persembahan', dia berjaya menguasai kemahiran yang dimiliki sekarang (Sila lihat foto disebelah). bagi Padilmsebagai anak kelahiran Johor, bukan sekadar menebar roti canai biasa tetapi dia mampu beraksi dengan memutar dan menerbangkan roti canai di udara sebelum menyambutnya kembali dimana kebolehan yang menarik minat banyak syarikat yang membawanya untuk dia membuat persembahan ke luar negara. Setiap kali memenuhi jemputan mana-mana pihak ke luar negara, Mohd Padil menerima antara RM6,000 hingga RM8,000 purata seminggu bertugas dengan keperluan lain ditanggung penganjur. Namun, Mohd Padil berkata, bukan mudah mencipta kejayaan begitu dan hanya kepada mereka yang gigih berusaha selain mempunyai kemahiran tersendiri menebar roti canai. Pada mulanya dia juga tidak pernah terfikir dengan menebar roti canai boleh membawanya ke luar negara dan membuat persembahan di hadapan kenamaan. Awalnya dia berlatih menebar roti canai terbang menggunakan tuala. Dakwanya roti canai kini sudah sebati dengan dirinya kerana sejak usia 10 tahun lagi dia sudah belajar membuat dan menebar roti canai dengan bapa saudaranya namun hanya pada tahun 2008 dia mula terbabit secara serius dalam persembahan begitu. Dia yang mula tertarik dengan persembahan roti canai terbang ini sejak menonton satu video persembahan roti canai. Dia akan usaha bagaimana cara boleh melambungkan doh roti dan mampu membuat aksi menari sambil memusingkan roti canai. Kemudian dia terfikir sampai bila nak menjadi penebar roti canai biasa dimana dia perlukan perubahan dan sejak itu mula belajar aksi menebar roti canai.

Dia rajin belajar hanya menerusi video serta bertanya dengan penebar roti canai terbang yang lain melalui Facebook. Pada mulanya saya gunakan tepung untuk berlatih tapi sebab rasa rugi tepung itu tak boleh digunakan kembali, saya berlatih menggunakan tuala yang dibasahkan. Apa pun rutin kerjanya sementara menanti undangan mengadakan pertunjukan biasanya dia turut berniaga roti canai di Cafe Ana Nasi Arab bersebelahan Balai Polis Bukit Beruntung. Beliau juga turut mempromosi kemahirannya menerusi akaun Facebook dinamakan sebagai Padil Roti Terbang. Ketika awal usahanya, setiap hari Padil berlatih memutar dan melambung tuala untuk memberikan kemahiran pergerakan tangannya selain untuk memastikan tuala yang digunakan itu tidak berlipat atau bergulung di udara. Dia akan berlatih sehingga tuala itu kembang dan bila diputar ia terbuka dengan sempurna. Apa pun latihannya itu membawa perubahan kepada Padil dari hanya menjadi penebar roti canai biasa kepada penebar profesional. Kini kemahirannya itu mula dikenali dalam kalangan penebar roti canai profesional sebelum mereka mengajaknya menyertai pertunjukan di dalam dan luar negara. Dia dakwa pertama kali dijemput membuat persembahan roti canai terbang bagaikan tidak percaya ada juga pihak yang menghargai bakat penebar roti canai sepertinya. Paling manis apabila diberi peluang untuk membuat persembahan di luar negara. Walaupun masih baru dalam dunia persembahan kemahiran menebar roti canai, saya sudah pergi empat negara iaitu Australia, China, Thailand dan Singapura (Sila lihat foto paling bawah). Diberitahu dimana paling banyak kali adalah ke Australia dimana dia ada membuat persembahan di beberapa tempat di sana. Setiap kali pergi saya akan tinggal selama dua minggu atau lebih. Selain membuat persembahan saya juga menyajikan roti canai. Padil dakwa kini dia juga berbangga kerana kemahirannya dihargai selain berpeluang menaikkan nama negara di luar, walaupun hanya sebagai penebar roti canai. Memberitahu masyarakat di luar negara sangat menghargai bakat dan kemahiran yang dimilikinya, sehinggakan ramai yang menyangkakan roti canai ini berasal dari Malaysia walaupun hakikatnya ia berasal dari India.  Paling tidak boleh dilupakannya adalah membuat beberapa persembahan roti canai terbang di hadapan Sultan Johor dan beberapa pemimpin negara dalam satu majlis di Istana Johor. Katanya memang sangat berdebar, risau jika persembahan tidak menjadi apatah lagi di hadapan golongan kenamaan. Tapi saya jadikan itu sebagai satu semangat dan pengalaman baru untuk diri. Satu lagi perkara yang menaikkan lagi akan semangatnya adalah apabila melihat ramai anak Melayu bekerja di luar negara dan mampu menjana pendapatan yang lumayan hanya sebagai penebar roti canai. Ramai sebenarnya anak Melayu yang bekerja menebar roti canai di luar negara dan Padil berkata ia sebenarnya satu peluang yang terbuka untuk semua orang, membuktikan tidak semestinya tanpa pendidikan tinggi kita tidak boleh bekerja di luar negara.

Di Melaka dilaporkan dimana '
Jom roti canai terbang!' kini sudah menadi viral. 
Media tempatan utusan.com nyatakan dimana perjuangan hampir 20 tahun Super Roti Man Malaysia Amir Hamzah Omar (36 tahun) dalam mengangkat roti canai sebagai makanan dunia sampai ke kemuncak apabila dia bersama rakan kongsinya kini dalam proses akhir membuka restoran sendiri di Sydney, Australia (Sila lihat foto disebelah). Akhirnya Restoran Jom Roti yang menyediakan roti canai dan teh tarik sebagai menu utama mula beroperasi dan pelanggan dapat menikmatinya.  Anak Malaysia itu juga merancang membuka empat lagi cawangan restoran sama di bandar utama di Australia dalam tempoh tiga tahun akan datang. Bapa kepada empat anak itu yang popular dengan kemahirannya menyediakan roti canai ‘terbang’ memang sudah menjadi impiannya mengangkat roti canai sebagai makanan antarabangsa sama seperti piza dari Itali atau hidangan sushi di Jepun. Sebelum ini dia kerap diundang membuat persembahan roti canai terbang di seluruh dunia terutama di Australia sebelum mengambil keputusan membuka restoran pertama di negara terbabit selepas berbincang dengan rakan kongsinya, Zi Hao Chew, 36. Kalau setakat buat persembahan, ia ‘mati’ begitu saja selepas program selesai. Dia bersama Hao Chew ambil inisiatif buka restoran supaya masyarakat dunia tahu apa itu roti canai dan teh tarik. Selain menikmati hidangan popular Malaysia itu, pelanggan boleh menyaksikan kemahiran saya menyediakan roti canai terbang. Semua itu usaha menjenamakan roti canai. Dia bercadang melatih lebih ramai penebar yang boleh menyediakan roti canai terbang. Pembukaan restoran itu nanti memberikan kepuasan pada dirinya. Dia ditemui pada majlis pelancaran Restoran Jom Roti di sebuah hotel di Banda Hilir, Melaka. Anak kelahiran Melaka itu dakwa roti canai juga diiktiraf sebagai makanan popular dunia termasuk di Chennai, India yang dikatakan negara asal makanan itu. Rakannya iaitu Hao Chew berkata, dia menggunakan pengalaman 16 tahun dalam bidang pengurusan makanan untuk bersama-sama membantu Amir mempopularkan roti canai. Niatnya untuk bersama-sama memperkenalkan roti canai sebagai makanan berasal dari Malaysia, jadi kami tidak kisah membelanjakan sehingga RM13 juta untuk semua ini. Buat permulaan mereka akan sediakan 10 menu berasaskan roti canai selain menawarkan hidangan Asia untuk tujuan bagi mempelbagaikan lagi hidangan mengikut cita rasa pelanggan yang berbeza-beza. Mereka menggunakan jenama Jom Roti kerana mahu mengekalkan identiti Malaysia walaupun sedar majoriti penduduk di Australia bertutur dalam bahasa Inggeris.  Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dikongsi bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

ROTI CANAI... TERBANG PUN ADA....
DOH DICANAI... TINGGI DIUDARA...
KEMAHIRAN ... LAITIHAN SEMPURNA...
PELBAGAI KISAH... ADA CERITANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 JamadilAkhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.