ROTI CANAI TERBANG (Flying roti canai) merupakan sejenis makanan yang sudah viral di Malaysia dimana ia selalunya 'diterbangkan' semasa mebuatnya. Banyak kisah dan video viral pembuatan roti canai terbang sesuai dikongsikan dalam artikel kali ini. Roti canai atau Roti Prata merupakan sejenis makanan yang sangat popular di Malaysia dimana ia juga selalunya dijadikan makanan pilihan untuk sarapan pagi selain daripada Nasi Lemak, Nasi Dagang, kuih muih dan beberapa lagi. Namun kini roti canai sudah boleh didapati 24 jam sehari di negara kita seperti dirangkian restoran mamak dan boleh mendapatkannya untuk dimakan bila-bila masa dengan masak sendiri produk 'Roti Canai Sejuk Beku'. Kini dilaporkan ada beribu restoren dan gerai yang menjual roti canai di Malaysia dengan pelbagai jenama, jenis dan laukpauk yang berbeza. Makanan roti canai digemari oleh semua kumpulan golongan masyarakat, kaum dan umur dan umur kerana kepelbagaian resepinya. Ada bepuluh malahan beratus nama yang diberikan kepada roti canai tetapi yang paling asas adalah 'Roti Kosong'. Nama jenis roti canai lain seperti Roti Telur, Roti Bawang, Roti Sardin, Roti Bom, Roti Banjir, Rotu Telur Bawang, Roti Pisang, Roti Tampal, Roti Jantan, Roti Tisu, Roti Tsunami, Roti Susu, Roti Coklat, Roti Milo, Roti Cheese dan banyak lagi gelaran. Bagaimana pun jenis 'Roti Canai Terbang' adalah diantara yang beberapa kali masuk TV kerana cara membuatnya yang memang menarik dan unik disebebkan doh diterbangkan semasa membuatnya. Ini belum masuk nama roti yang disesuaikan dengan nama orang, nama tempat, nama unik dan sebagainya. Ada nama roti canai awang, roti canai Pak Selamat, Roti Canai Kedai Mamak, Roti Canai Pokok, Roti Canai Tepi Sungai dan sebagainya. Roti canai roti perata ialah roti kudapan India jenis leper yang berbentuk bulat yang boleh dijumpai di beberapa negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengah hari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais. Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis. Apa pun penulis blog dapati dimana penggunaan awal perkataan canai dalam bahasa Melayu di belakang roti adalah hasil dari tingkah laku pencanai roti tersebut dalam cara bagi kerja meleperkan, mengangin dan menebar doh roti (termasuk menerbangkan). Ada juga menyatakan perkataan canai di belakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini sebagai "Channal" atau berkait dengan bandar Chennai di India disebabkan ramai pencanai roti ini dahulu asal usulnya juga dipercayai kebanyakan berasal dari sana pada ketika dimana kebanjiran orang India di Malaysia. Bagaimana pun kini penulis blog dapati kebanyakan yang menjual dan menebar roti canai adalah dari kalangan orang Melayu. Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti prata. Rupa roti prata dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat. Artikel petang Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology'' dipaparkan beberapa kisah menarik mengenai Roti Canai Terbang dan untuk dijadikan bahan rujukkan anda pembaca blog semua.
Kisah bertajuk 'Terbaik Terbang la dik...' dalam hmetro.com menarik untuk penulis blog kongsikan kisahnya. Kisah dari Kuala Lumpur melaporkan dimana walaupun masih berstatus budak sekolah, namun kemahirannya melakukan aksi menebar roti canai terbang mampu mengalahkan akan penebar dewasa makanan itu. Bakat dimiliki Muhammad Muiz Ruzaini (17 tahun) ini terbukti apabila dia dinobatkan johan Pertandingan Bakat Penebar Roti Canai diadakan di Menara Alor Setar, Kedah pada 2019 apabila mengalahkan penebar lebih tua dan berpengalaman. Dia yang juga pelajar Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Kedah dalam Pengajian Kejuruteraan Awam beritahu dimana dia memasang impian membuka kedai roti canai sendiri selepas tamat sekolah nanti. Pada awalnya diberitahu ayahnya yang juga mempunyai kedai roti canai di Pokok Sena, Kedah tidak menyokong minatnya kerana mahu lebih fokus kepada pelajaran. Namun selepas dia berjaya membuktikan kesungguhan dan kemahiran dalam bidang ini, dia akhirnya lebih terbuka dengan impiannya. Bapanya kini sudah menyuruhnya berguru dengan penebar roti canai profesional, Afiq Bakar yang tinggal di Pulau Pinang. Selepas perkongsian video melakukan aksi roti canai terbang dimuat naiknya di Instagram dan aplikasi Tik Tok tular, kedai bapanya, Ruzaini Darus, 54, terus mendapat perhatian dan dikunjungi ramai pelanggan. Perkongsian video itu telah menceritakan pembabitan awal Muhammad Muiz dalam menebar roti canai dengan hanya menggunakan tuala dan baju untuk berlatih sehingga berjaya mempunyai kemahiran seperti penebar profesional. Dia tidak mempunyai banyak masa berlatih menebar roti canai memandangkan saya bersekolah dan tinggal di asrama. Hampir setiap hari dia berlatih memutar dan melambung tuala atau baju untuk mengasah kemahiran pergerakan tangan di dalam tandas asrama atau dalam bilik tidur. Hanya setiap dua minggu sekali saja dia pulang ke rumah dan masa hujung minggu itulah saya manfaatkan sepenuhnya menebar menggunakan doh dan ia jelas bukan mudah seperti dilihat. Dakwanya ada sesetengah penebar roti canai belajar hampir bertahun-tahun untuk melakukan aksi berkenaan dan dia boleh dikatakan cepat belajar kemahiran itu. Bagaimanapun dia tidak berhenti menuntut ilmu dan setiap sebulan sekali akan pergi ke Pulau Pinang dengan menaiki pengangkutan awam dari Alor Setar untuk mempelajari kemahiran baru. Dia memasang impian untuk meneruskan usaha mengetengahkan bakatnya bukan saja di kedai, tetapi membuat suatu pertunjukan roti canai terbang di khalayak ramai. Video Muhammad Muiz menebar roti canai dengan pelbagai aksi unik tular di media sosial dan meraih lebih sejuta tontonan setakat ini.
Ada beberapa media termasuk fb dan video yang paparkan kisah bagaimana 'Lucu! Roti canai terbang 'landing' atas kepala' yang sesuai ditulis semua dan dikomngsikan. Penulis blon tonton video akan kehebatan aksi penebar roti canai terbang di sebuah gerai di Persiaran Angkasa Bandar Pinggiran Subang memang hebat aksinya dan pastinya akan menarik perhatian netizen namun ia menjadi viral kerana tragedi lucu yang berlaku. Dilihat didalam video tersebut dimana ada seorang wanita terpinga-pinga apabila kepalanya ditutupi roti canai terbang yang 'terhempas' akibat aksi terlebih lambung penebar roti canai itu. Rakaman video berdurasi satu minit itu telah mendapat tontotan mencecah 2.4 juta orang dalam tempoh empat hari video itu tular di laman sosial facebook milik John Purba. Terdapat pelbagai reaksi lucu dapat dilihat menerusi rakaman video berkenaan apabila secara tiba-tiba roti canai terbang itu 'landing' di atas kepala seorang wanita yang sedang duduk berhampiran gerai berkenaan. Bagaimana pun melihat reaksi spontan wanita itu seolah-olah bertanya apa sebenarnya berlaku kerana hanya mendapati kepalanya ditutupi sesuatu dan pada masa sama seorang lelaki (si penebar roti canai) bertindak pantas untuk mengambil semula roti canai terbang itu lalu beredar serta sempat meminta maaf. Sehingga kini, rakaman tersebut juga mendapat 11,000 maklum balas dan 15,000 tanda suka dari netizen. Seorang netizen bernama Farid memberitahu, pemilik kedai roti canai terbang itu berasal dari Kedah dan memiliki sikap peramah serta sempoi. Perniagaan yang mula bertapak hampir setahun itu beroperasi jam 5 petang dan sering mendapat tumpuan orang ramai kerana murah dan sedap.
Dia menggunakan banyak tepung semata-mata mahu belajar dan melengkapkan kemahiran selepas tertarik melihat aksi profesional penebar roti canai di YouTube. Baginya untuk membuat roti canai terbang pula, tepung perlu diadun dengan betul selain memerlukan pergerakan tangan yang laju selain sentiasa memberi tumpuan. Dia kini menjadi penebar roti canai sejak 2012 di sebuah kedai makan di Melaka, namun berhenti dua tahun kemudian kerana mahu menjaga arwah ayah yang sakit akibat barah tetapi meninggal dunia tidak lama selepas itu. Walau pun dia hampir kehilangan kemahiran selain faktor ekonomi yang tidak menentu menjadi punca untuk tidak meneruskan lagi pekerjaan sebagai penebar roti canai. Selama beberapa tahun saya hanya membuat kerja kampung tetapi rakan yang tahu kebolehan saya meminta supaya mula berniaga menyebabkan saya membuka kedai di kampung awal bulan ini. Mohd Fareez yang masih bujang mengakui membuat sendiri adunan roti canai menggunakan resepi tersendiri bagi memastikan roti canai dapat melayang di udara ketika ditebar. Kini roti canai terbang menjadi tarikan utama pelanggan terutama penduduk kampung untuk datang ke kedainya selain masakan panas lain yang dimasak sendiri. Walaupun hanya berniaga di kampung dengan hanya dibantu abang, setiap hari saya mampu menjual sehingga 200 keping roti canai sehari. Ramai pelanggan cukup terhibur apabila melihat Mohd Fareez melakukan aksi roti canai terbang dan tidak kisah berada di kedai makan pada setiap malam. Ada juga yang terus memberi sokongan padu kepada rakan sekampung untuk terus mencipta aksi baru roti canai terbang sebagai tarikan. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dikongsi bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ROTI CANAI... TERBANG PUN ADA....
DOH DICANAI... TINGGI DIUDARA...
KEMAHIRAN ... LAITIHAN SEMPURNA...
PELBAGAI KISAH... ADA CERITANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 JamadilAkhir 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.