Sunday, January 30, 2022

KUPU-KUPU DAN KETERANGANNYA

KUPU-KUPU (Butterfly) adalah sejenis serangga terbang daripada order Lepidoptera dan ia dikatan agak sama dengan serangga seperti Rama-rama. Bagaimana pun kebanyakan kupu-kupu mempunyai kepak dengan warna yang terang dan menarik. Seperti serangga holometabolisme lain dimana kitaran hisup kupu-kupu ini terdiri daripada empat peringkat iaitu peringkat telur (egg), larva (larva), pupa (pupae) dan dewasa (adult). Kebanyakan spesies serangga ini juga merupakan serangga diurnal (berjaga siang). Kupu-kupu terdiri daripada Kupu-kupu Sejati (superfamili Papilionoidea), Kupu-kupu Skipper (superfamili Hesperioidea) dan Kupu-kupu Rama-rama (superfamili Hedyloidea). Semua famili yang lain dalam Lepidoptera pula dipanggil rama-rama. Fosil kupu-kupu yang terawal dilaporkan berada pada zaman pertengahan zaman Eosen iaitu 40 hingga 50 juta tahun dahulu.  Penulis blog selalu bertanya kepada rakan taulan apakah dia perbezaan diantara kupu-kupu dan rama-rama. Ini kerana masih ramai dikalangan pembaca mungkin yang keliru tetapi ia adalah fakta. Ramai yang beranggapan sebaliknya tetapi ini adalah kebenarannya. Ada juga segelintir yang langsung tidak pernah mengambil berat tentang perkara ini. Apabila setiap kali ternampak serangga ini berterbangan maka mereka akan terus dikatakan ia adalah 'rama-rama' walaupun sebenarnya ia adalah seekor kupu-kupu. Tetapi bagaimana untuk pembaca semua mengetahui samada ia adalah kupu-kupu atau rama-rama?. Dalam penjelasan oleh petrosains.com menyatakan dimana istilah Butterfly itu ialah 'Kupu-kupu' dan bukannya rama-rama sementara istilah Moth itu ialah 'Rama-rama'. Acapkali sekiranya ia kelihatan menghinggapi bunga pada waktu petang dimana dikatakan serangga itu adalah kupu-kupu. Kupu-kupu adalah diurnal ataupun aktif di siang hari manakala kebanyakkan rama-rama adalah nokturnal ataupun aktif pada waktu malam. Bagaimana pun penulis blog selama ini dan sekarang pun masih berpendapat sebaliknya iaitu istilah Butterfly itu adalah Rama-rama dan Moth adalah 'Kupu-kupu' seperti didalam dalam beberapa artikel yang ditulis sebelum ini. Arrtikel tengahari Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya  teruskan menulis mengenai kupu-kupu dan kepentingannya didalam ekosistem sebagai bahan rujukkan pembaca semua.

Apa yang penting diketahui adalah dimana walau pun agak ramai yang percaya bahawa kupu-kupu mempunyai jangka hayat yang amat singkat akan tetapi sebenarnya ada spesis kupu-kupu boleh hidup agak lama setelah membaca artikel ini. Lazimnya kupu-kupu dewasa mampu hidup selama seminggu sehingga ada yang boleh hidups hampir setahun bergantung pada spesisnya. Kitaran hisupnya bagi kebanyakan spesis mesti melalui peringkat larva yang agak lama. Ada kalanya diperingkat ini ia menjadi keadaan dorman ketika dalam peringkat pupa atau telur agar dapat mengharungi musim sejuk. Biasanya kupu-kupu boleh bertelur sekali atau banyak kali setiap tahun bergantung kepad spesis dan musim (persekitaran). Bilangan keturunan setahun berbeza-beza atas pengaruh iklim dimana kupu-kupu yang tinggal di kawasan tropika seperti di Malaysia memang ianya mampu bertelur lebih sekali dalam setahun. Dalam habitat semulajadi lazimnya telur kupu-kupu dilindungi oleh kulit yang berabung keras yang dipanggil 'korion' dimana ia ditutupi dengan salutan lilin yang melindungi telur. Fungsinya adalah untuk elakkan telur daripada terjemur sebelum larva sempat berkembang sepenuhnya. Kajian pakar mendapati dimana bagi setiap telur kupu-kupu mengandungi liang-liang yang  berbentuk corong yang halus di satu hujungnya dikenali sebagai 'Mikropil'. Ia berfungsi sebagai cara membolehkan kemasukan sperma jantan untuk mensenyawakan telur betina diman selalunya berlainan spesis akan berlainan saiz telurnya. Kajian mendapati dimana semua telur kupu-kupu selalunya akan berbentuk sfera mahupun ovate. Dilaporkan dimana lazimnya t
elur kupu-kupu dilekatkan pada daun dengan bahan perekat khas yang cepat mengeras (Sila lihat foto disebelah). Apabila mengeras maka kemudian bahan itu akan mengecut dan ia boleh mencacatkan bentuk telur. Perekat ini mudah dilihat membentuk bahan  yang mengelilingi tapak setiap telur. Perekat ini jugalah yang dihasilkan oleh pupa untuk mengikat seta-seta dimana apabila ia jadi keras sampai lapik sutera yang melekatkan seta-seta tidak boleh dipisahkan. Telur kupu-kupu juga selalu diletakkan di atas tumbuhan dimana ada spesies kupu-kupu mempunyai julat tumbuhan perumah yang tersendiri sama ada terdiri daripada hanya satu spesies mahupun pelbagai spesies dalam tumbuhan yang sama. Lazimnya pada peringkat telur berlaku dalam masa selama beberapa minggu iaitu bagi kebanyakan kupu-kupu. Bagaimana pun ada telur yang keluar tidak lama sebelum musim sejuk terutamanya di kawasan beriklim sederhana yang perlu melalui peringkat diapaus (rehat) dan hanya menetas pada musim bunga. Terdapat spesis kupu-kupu yang lain yang boleh bertelur pada musim bunga supaya telur boleh menetas pada musim panas.

Seterusnya kitaran hidupnya adalah peringkat larva kupu-kupu (ulat beluncas) dimana ia akan memakan daun tumbuhan dan menghabiskan seluruh masanya sebagai beluncas untuk mencari makanan (Sila lihat foto disebelah). Kebanyakan ulat beluncas ini adalah jenis serangga maun walau ada laporan seperti spesies seperti Spalgis epius dan Liphyra brassolis yang memakan serangga lain. Nagi sesetengah larva terutamanya yang tergolong dalam Lycaenidae dimana ia akan menjalin perhubungan kesalingan dengan semut. Ulat Beluncas ini akan berhubung dengan semut dengan menggunakan getaran yang dipancarkan melalui substrat di samping merembeskan isyarat kimia. Dilaporkan dimana semut sedikit sebanyak akan melindungi larva ini dan sebagai balasan maka larva kupu-kupu ini menolong semut mengumpulkan rembesan madu. Ulat beluncas membesar melalui serantaian peringkat yang dipanggil 'instar'. Menjelang akhir setiap instar biasanya larva menjalani proses yang dipanggil 'apolisis' yang mana bahagian kulit ari iaitu lapisan luaran keras yang diperbuat daripada campuran kitin (chitin) dan protein-protein khusus akan dikeluarkan dari epidermis yang lembut di bawahnya bagi ianya jadi epidermis membentuk kulit ari yang baru di bawah. Di akhir setiap instar biasanya larva tersebut bersalin kulit dimana kulit baru berkembang lalu mengeras dan akan menghasilkan pigmen dengan cepat. Proses menyalin kulit ini boleh mengambil masa berhari-hari. Corak kepak kupu-kupu mula berkembang pada tubuh ulat beluncas menjelang instar yang terakhir. Dilaporkan ulat beluncas kupu-kupu mempunyai tiga pasang kaki kekal pada segmen toraks dan tidak lebih enam pasang prokaki yang tumbuh pada segmen abdomen. Pada 'prokaki' ini ada gegelang cangkuk halus yang selalu membantu beluncas menggenggam substrat. Ada setengah ulat beluncas mampu mengembungkan sesebahagian dari kepalanya supaya mirip ular sebagai langkah pertahanan. Ada juga yang dilengkapi dengan mata palsu supaya lebih berkesan. Sesetengah ulat beluncas mempunyai struktur khas bergelar 'osmeterium' untuk merembeskan bahan kimia yang busuk atas tujuan pertahanan juga.

Kepak atau anak kepak kupu-kupu selalunya memang tidak kelihatan di luar larva akan tetapi apabila larva dibedah, kelihatannya cakera kepak yang halus. ia akan berkembang pada segmen toraks kedua dan ketiga di tempat spirakel yang kelihatan pada segmen abdomen. Cakera kepak berkembang seiringan dengan trakea yang terletak di sepanjang tapak kepak, dan dikelilingi oleh membran peripodial yang nipis dan berpaut pada epidermis luaran larva dengan duktus yang halus. Cakera kepak amat kecil sehinggalah pada peringkat instar larva terakhir dan apabila ia bertambah besar dengan begitu cepat sehingga lengkap pembentikannya. Peringkat pupa adalah dimana organ kepak-kepak dipaksa keluar dari epidermis di bawah tekanan dari hemolimfa. Walaupun pada mulanya agak anjal dan rapuh akan tetapi ketika pupa hendak memecah keluar dari kulit ari larva maka kepak-kepak itu melekat rapat pada kulit ari luaran pupa (yang obtek). Dalam masa beberapa jam sahaka maka kepak itu membentuk kulit ari yang sungguh keras dan terikat rapat pada tubuh supaya pupa boleh dipegang tanpa merosakkan kepak (Sila lihat foto disebelah). Selalunya apabila ulat beluncas bertumbuh cukup besar maka akan terhasilnya hormon-hormon seperti hormon protorasikotropik (PTTH) yang keluar dari otaknya untuk untuk memulakan proses pempupaan (buat kepompong). Ketika ini lazimnya larva berhenti makan dan mula mencari tempat yang sesuai untuk bertukar menjadi pupa dibawah daun. Larva itu bertukar menjadi pupa (atau kepompong) dengan bergantung pada substrat lalu bersalin kulit buat kali terakhir. Dalam satu kepompong dimana ulat beluncas merembeskan enzim-enzim yang "mencernakan" hampir seluruh tubuhnya menjadi bahan yang melekit kecuali sel-sel yang penting untuk membentuk tubuh kupu-kupu serta neuron-neuron yang menyimpan kenangannya sebagai beluncas. Kepompong ini lazimnya tidak mampu bergerak namun sesetengah spesies boleh menggoncangkan segmen-segmen abdomennya atau membuat bunyi untuk menakutkan pemangsa. Perubahan atau pun transformasi pupa menjadi kupu-kupu secara metamorfosis amat mengagumkan. Biasanya bagi tujuan menukar bentuk kepak kecil yang kelihatan di luar pupa kepada kepak besar yang sesuai untuk penerbangan dimana kepak pupa ini perlu menjalani mitosis yang deras sambil menyerap nutrien yang amat banyak. Jika satu kepak dicabut dari awal lagi maka tinggal tiga kepak yang tinggal akan tumbuh dengan lebih besar. Dalam pupa biasanya kepak membentuk struktur yang menjadi mampat dari hujung hingga pangkal, dan dilipat dari hujung proksimal hingga distal apabila tumbuh, supaya ia boleh dibuka dengan cepat hingga mencapai saiz dewasa sepenuhnya. Sempadan-sempadan yang kelihatan pada corak warna dewasa adalah disebabkan oleh perubahan dalam ekspresi faktor-faktor transkripsi yang tertentu pada awal peringkat pupa.

Kupu-kupu dewasa merupakan peringkat terakhir yang cukup matang untuk ianya hubungan seks bagi serangga dipanggil imago. Kupu-kupu dewasa mempunyai empat helai kepak yang disaluti dengan sisik-sisik yang halus. Kepak depan dan kepak belakang tidak bercantum agar kupu-kupu boleh terbang dengan cantik dalam beberapa arah. Kupu-kupu dewasa mempunyai enam batang kaki dimana selalunya bagi beberapa spesis tertentu seperti spesis dari Nymphalidae dilihat saiz kaki depannya amat kecil. Setelah keluar dari kepompong maka kupu-kupu tidak boleh terbang sehingga kepaknya dibuka. Kupu-kupu yang baru keluar perlu mengambil masa untuk mengembangkan kepaknya dengan darah sambil menjemurkan kepaknya sama ada jangkamasn diambil selama satu jam mahupun berjam-jam lamanya. Apa pun dihabitat asal peringat inilah kupu-kupu ini amat terdedah kepada pemangsa yang memakannya. Apa pun kebanyakan kupu-kupu mengumuhkan bendalir pewarna lebihan selepas keluar dari kepompong sama ada ia berwarna putih, merah mahupun jingga. Mengenai marfologinya pula , lazimnya antara anggota-anggota tubuh kupu-kup dewasa mempunyai empat helai kepak iaitu terdiri dari kepak depan dan kepak belakang di setiap sisi kiri dan kanan tubuh. Tubuh kupu-kupu terdiri daripada tiga segmen terdiri dari Bahagian Kepala, Thoraks dan Abdomen. Kepala kupu-kupu dilengkapi dengan sepasang sesungut bersama sepasang mata majmuk dan juga sebatang probosis (belalai). Dalam keterangan lain dinyatakan diamana kupu-kupu yang bercirikan kepak adalah disaluti dengan sisik. Pewarnaan kepak kupu-kupu dihasilkan oleh sisik yang amat halus dimana sisik-sisik ini berpigmen melanin yang memberinya warna hitam dan perang akan tetapi warna biru, hijau, merah dan lain-lain biasanya tidak dihasilkan oleh pigmen. Ia sebaliknya oleh mikrostruktur sisik itu. Pewarnaan struktur ini berpunca daripada serakan cahaya secara koheren oleh sifat sisik yang hablur fotonik. Sisik pada kupuu-kupu yang melekap pada kepak dengan agak longgar dan mudah tertanggal tanpa diganggu kupu-kupu tersebut. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMA KUPU-KUPU... ADA DIANYA...
ADA DILIHAT... SIANG HARI SAHAJA...
ADA 4 PERINGKAT... CARA HIDUPNYA...
PEROSAK POKOK.. DAUN DIMAKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Jamadilakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.