Friday, January 21, 2022

ROTI CANAI - KISAH MENARIK (Part 4)

ROTI CANAI
atau Roti Prata merupakan sejenis makanan yang sangat popular di Malaysia dimana ia selalunya dijadikan makanan pilihan untuk sarapan pagi selain daripada Nasi Lemak, Nasi Dagang dan beberapa lagi. Namun kini roti canai sudah boleh didapati 24 jam sehari di negara kita seperti dirangkian restoran mamak dan boleh mendapatkannya untuk dimakan bila-bila masa dengan masak sendiri produk 'Roti Canai Sejuk Beku'. Terdapat beribu restoren dan gerai yang menjual roti canai di Malaysia dengan pelbagai jenamam jenis dan laukpauk yang berbeza. Bagaimana pun pagi ini penulis blog sebelum menulis artikel ini sudah pekena (makan) roti canai Awang yang popular dengan harga dikenakan sebanyak RM75 untuk du orang (termahal pernah makan roti canai). Apa tidaknya sekeping roti kosong dijual dengan harga RM1.50 sekeping dan kari kepala ikan Jenahak RM60.00 sepinggan dan juga dua gelas minuman panas. Kedai ini merupakan antara kedai roti canai yang popular di Melaka semenjak penulis blog bujang lagi pada tahun 1980'an dan sudah 2 generasi dalam perniagaan. Makanan roti canai digemari oleh semua golongan masyarakat, kaum dan umur dan umur kerana kepelbagaian resepinya. Ada bepuluh malahan beratus nama yang diberikan kepada roti canai tetapi yang paling asas adalah 'Roti Kosong'. Nama jenis roti canai lain seperti Roti Telur, Roti Bawang, Roti Sardin, Roti Bom, Roti Banjir, Rotu Telur Bawang, Roti Pisang, Roti Tampal, Roti Jantan, Roti Tisu, Roti Tsunami, Roti Susu, Roti Coklat, Roti Milo, Roti Cheese dan banyak lagi. Bagaimana pun jenis 'Roti Canai Terbang' adalah diantara yang beberapa kali masuk TV kerana cara membuatnya yang memang menarik dan unik disebebkan doh diterbangkan semasa membuatnya. Ini belum masuk nama roti yang disesuaikan dengan nama orang, nama tempat, nama unik dan sebagainya. Ada nama roti canai awang, roti canai Pak Selamat, Roti Canai Kedai Mamak, Roti Canai Pokok, Roti Canai Tepi Sungai dan sebagainya. Roti canai roti perata ialah roti kudapan India jenis leper yang berbentuk bulat yang boleh dijumpai di beberapa negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengah hari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais. Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis. Apa pun penulis blog dapati dimana penggunaan awal perkataan canai dalam bahasa Melayu di belakang roti adalah hasil dari tingkah laku pencanai roti tersebut dalam cara bagi meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai di belakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal" atau berkait dengan bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini dahulu asal usunya dipercayai kebanyakan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia. Bagaimana pun kini penulis blog dapati kebanyakan yang menjual dan menebar roti canai adalah dari kalangan orang Melayu. Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti prata. Rupa roti prata dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat. Artikel petang Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology'' iaitu artikel ke 6,831 saya kongsikan beberapa info dan kisah menarik mengenai roti canai untuk dijadikan bahan rujukkan anda pembaca blog semua.


Kini di sosmed ada banyak kisah roti canai yang boleh diakses termasuk kisah bagaimana 'Ular Melingkar Di Atas Pinggan Menu Unik Jadi Buruan Ramai' iaitu sejenis roti canai viral (Sila lihat foto disebelah). Kreativiti pembuat roti canai di negara kita menjadikan hidangan tersebut seakan jelmaan seekor ular melingkar di atas pinggan dimana ada kalanya pelanggan akan melihat dan jadi gerun, geli malahan ada juga yang takut. Itulah keunikan yang dibuat oleh beberapa pemilik premis roti canai yang mana teah mencipta menu roti canai berbentuk seekor ular yang semakin telah tular di laman sosial. Dilaporkan dimana menu tersebut seolah membuka ‘pintu rezeki’ berganda apabila roti canai yang unik itu kini mendapat sambutan ramai. Bagi Che Harun Ali (46 tahun) contohnya iaitu dari Kampung Kubur Kuda, Kota Bharu, Kelantan menyatakan idea mencipta roti canai ular itu timbul selepas beliau sekadar mencubanya secara suka-suka untuk dimakan sendiri sebelum mula ianya memperkenalkannya kepada pelanggan sejak setahun lalu. Dinyatakan dimana pada awalnya dia hanya mencuba atau sekadar suka-suka untuk dimakan sendiri, namun tidak menyangka ketika itu ia dilihat seorang pelanggan dan terus meminta untuk membuat kepadanya juga. Dari situlah dia terdetik untuk menjadikan roti canai berbentuk ular ini sebagai menu pilihan pelanggan di kedai dan sehingga ke hari ini ia semakin mendapat permintaan ramai dalam kalangan pelanggan. Kini menu tersebut menular di aplikasi WhatsApp dan mendapat perkongsian ramai terutama di daerah Kota Bahru dan menjadi 'the power of viral!'. Dia yang lama dan berpengalaman lebih 30 tahun berniaga roti canai menyatakan dimana para pelanggan mempunyai beberapa pilihan kerana roti yang dihasilkan mempunyai lima perisa atau inti iaitu planta dan susu pekat, milo, keju, kaya dan perisa nestum.  Sementara harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan yang mana ia dijual dengan harga serendah RM1.50 hingga RM3 sahaja. Selain roti canai ular, pelanggannya juga turut mempunyai pilihan lain antaranya roti hamlet, roti tisu, roti pisang dan saya akan menyediakan hampir sepuluh kilogram (kg) adunan roti canai setiap hari, untuk memenuhi permintaan pelanggan. Memang tidak dinafikan ada di antara pelanggan yang merasa geli dan gerun untuk memakan roti canai berbentuk ular ini, namun mereka masih tetap mempunyai pilihan lain. Ada juga pelanggan yang gerun namun tetap ingin mencuba kerana merasakan ia unik dan tidak pernah jumpa di tempat lain.


Pernahkan pembaca blog melihat ada kalangan orang Isam makan biawak?. Pstinya tidak sebelum ada kisah iaitu 'Biawak Halal yang mana merupakan sejenis roti canai Halal' yang semakin viral. Kini Roti Canai ciptaan Kamarul Rizal berbentuk biawak ini sudah mula menjadi buah mulut warganet dan ada yang terliur serta tidak kurang pula yang mengecamnya (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana roti canai merupakan antara makanan yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Makanan ini bukan sahaja enak dinikmati pada waktu pagi namun pada waktu siang atau malam ia tetap menjadi pilihan ramai. Dalam media kisah roti canai biawak yang dibuat oleh seorang lelaki yang dikenali dengan Abang Terbang itu telah menarik perhatian warganet yang beroperasi di Kuala Pilah, Negeri Sembilan (berhampiran dengan pejabat pos). Kisah roti canai tersebut dakwa pembuatnya adalah dibuat adalah berdasarkan kepada permintaan pelanggannya. Namun ia telah menjadi buah mulut warganet dan mendapat komen yang kurang baik. Bagaimana pun memandangkan ia merupakan binatang yang haram dimakan dilaporkan memang ada sesetengah warganet yang berasa geli melihat rupa roti canai tersebut. Penulis blog bagaimana pun pernah sekali singgah kegerai ini untuk ujirasa makanan roti canai yang unik tersebut. Kepada pembaca blog yang ingin ujirasa makanan unik ini boleh kelokasi.

Penulis blog yang berkunjung di Kg Lapan, Melaka sempat ujirasa apa yang dikenali sebagai Roti Canai Burrito. Satu set roti ini dijual dengan harga RM4 adalah sangat unik dan dikatakan sebagai 'Memang Merecik' untuk dicuba. Dilaporkan makanan roti canai sudah menjadi makanan kegemaran ramai di Melaka kerana sedap dan mudah didapati di mana-mana restoren dan gerai. Apa yang menarik tentang roti canai adalah kerna ia sesuai dinikmati pelbagai cara dan pelbagai jenis kuah serta laukpauknya. Pada penulis blog sama ada makanan tersebut dijadikan sebagai roti canai banjir, telur goyang, roti tampal, roti teur memang jika kena dengan selera kesemuanya sedap-sedap belaka. Tetapi kini sudah ada apa yang dinamakan sebagai 'roti canai burrito' seperti yang dijual di Gerai 8272, Barakah Corner di Kampung Lapan, Melaka. Dilaporkan dimana usaha menyediakan menu Roti Canai Merecik Special atau dikenali juga sebagai 'Roti Canai Burrito' memang sudah mula dikenali ramai (Sila ilhat foto disebelah). Apa yang menarik tentang roti canai merecik special ini ialah dimana ada inti roti canai iaitu telur dadar dan ayam goreng berempah yang sangat melazatkan. Roti canai ini juga diuli sehingga nipis untuk memastikan bahagian luar rangup dan flaky ibarat pastri. Kulit roti canai crispy ini adalah memang sesuai dipadankan bersama intinya yang penuh dengan rasa rempah ratus. Apa lagi sebab ia dititambah pula dengan kuah dhal banjir dan sambal. Jika ada pelanggan yang mahukan sesuatu yang extra digerai ini ditawarkan juga menu popular iaitu Roti Canai Cheese Merecik yang mempunyai tambahan keju sebagai inti dan juga topping. Hidangan yang ada bahan 'filling' ini memang enak dimakan begitu sahaja dimana apabila ada tambahan keju membuatkan hidangan ini menjadi lebih memuaskan. Walaupun agak pelik mennu ini akan tetapi keju menaikkan lagi rasa inti telur dan ayam goreng. JPara pembaca blog bila lagi hendak ujirasa roti canai yang unik ini.

Berlainan pula dengan produk 'Roti Canai Hitam' yang popular di Kg Pak Kancil Dalam, Pemaisuri, Terengganu. Ia adalah idea kreatif seorang wanita anak dua yang memperkenalkan menu roti canai hitam sebagai pilihan kepada penggemar roti canai tetapi kini telah memberi tuah apabila menerima banyak sambutan baik dari masyarakat tempatan. Bagi Nurul Safikah Hassan (32 tahun) yang mana mendakwa segalanya bermula apabila dia sering mendengar keluhan pelanggan, terutama golongan warga emas yang terpaksa melupakan hasrat untuk kerap makan roti canai kerana bimbang kandungan kolestrol yang tinggi. Dia kemudian berbincang dengan suaminya Amri Mustafa cara bagaimana mahu bantu pelanggan yang berdepan dengan situasi ini. Hasil daripada pemerhatian, pembacaan dan meminta khidmat nasihat daripada doktor, kami cuba memanfaatkan khasiat serbuk arang sebagai antara ramuan utama roti canai hitam (Sila anda lihat foto disebelah)Beliau yang mesra dipanggil Kak Long nyatakan guna serbuk arang khas iaitu bahan makanan yang diimport dari Jepun itu dikatakan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan sering digunakan untuk membuat roti atau kek. Memang pada peringkat awal memang ada pelanggan yang pelik dengan rupa roti canai ini yang berbeza daripada biasa namun daripada segi rasa tetap sama. Arang mudah didapati di kedai yang menjual bahan membuat kek dan ini membantu kami mendapatkan bahan mentah ini dengan mudah. Sejak diperkenalkan akhir tahun lalu, purata setiap hari lebih 100 biji roti canai hitam ditempah pelanggan. Apa yang enarik penulis blog walaupun roti canai ini lain daripada biasa tetapi dia masih mengekalkan harga jimat RM1 bagi roti canai hitam kosong. Apa pun apabila pelanggan mahu roti canai hitam untuk menu lain, contohnya roti canai hitam piza, harga dikenakan hanya RM3 sahaja. Bakat dan minat memasak sejak di alam sekolah rendah mendorong Nurul Safikah untuk rajin mencipta menu masakan baru. Sejak memulakan usaha perniagaan ini lebih setahun lalu kini dia sudah menghasilkan lebih 100 resipi menu roti canai. Resipinya yang terbaru adalah roti canai 'chicken chop' dan digemari pelanggan yang datang ke kedainya. Idea menghasilkan resipi baru datang apabila melihat pelbagai jenis resipi masakan. Ada juga permintaan pelanggan dan saya cuba olah supaya ia sesuai digandingkan bersama roti canai. Kini antara roti canai yang sering mendapat permintaan ialah roti canai piza, roti aiskrim, roti patkrapaw, roti kelapa muda dan roti strawberi. Dakwanya apabila tiba musim buah, dia turut menyediakan roti canai durian dan mempelam mengikut permintaan pelanggan. Apa pun setiap kali ada menu baru maka dia akan beri pelanggan cuba dahulu. Apabila menerima respon positif baru dijual untuk pelanggan lain dan walaupun masih setahun jagung, pasangan muda ini sudah memiliki tiga cawangan roti canai dengan lebih 100 menu. Cawangan pertama di Kampung Pak Kancil Dalam yang diusahakan saya sendiri bermula jam 2 petang hingga malam. Cawangan kedua pula dalam Kolej Universiti Bestari yang dikendalikan suami, manakala cawangan ketiga di depan Sekolah Putera Jaya bermula seawal 6 pagi hingga 2 petang. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca bersama. Semuga artikel bersiri ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
ROTI CANAI... ADA BANYAK NAMA....
ROTI CANAI ULAR... BIAWAK ADA...
ROTI CANAI KOSONG... ASASNYA....
ROTI YANG UNIK... KENA UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(15 JamadilAkhir 1443H).
Peminat makanan roti canai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.