(1) ROTI KOSONG
Roti canai kosong atau dipanggil sebagai 'roti kosong' ini merupakan antara jenis roti canai yang disediakan tanpa apa-apa bahan tambahan yang lain daripada doh asas. Roti kosong ini menjadi pilihan paling ramai pelanggan kerana ia murah, enak dan sesuai dimakan dengan semua jenis kuah serta lauk pauk. Jika dipadangkan dengan kuah dhal, kuah kari ikan, kari dagung, gula pasir atau pun sambal memang semuanya sesuai. Ia merupakan roti yang paling laris dikebanyakkan gerai menjual roti canai. Roti kosong ini menjadi asas kepada pembuatan roti jenis lain. Bahan-bahan untuk membuatnya adalah 3 cawan Tepung gandum (dapat 10 keping roti kosong), 1 sudu majerin, 1 sudu kecil susu pekat, 1 sudu kecil garam, 1 biji telur dan juga air panas secukupnya (dimasukkan sedikit demi sedikit). Cara membuatnya dimulakan dengan menggaul semua bahan sehingga sebati. Lepas gaul semua barulah masukkan telur. Kemudian gaul lagi sebati. Selagi tak sebati jangan masukkan air. Takut telur tu masak (jadi ketul-ketul). Ulilah adunan doh sehingga lembut sampai diuji pakai jari saja pun boleh. Selagi belum lembut maka boleh masukkan air sedikit demi sedikit. Kemudian uli lagi dan jika masih tidak lembut lagi maka boleh masukkan lagi air sehingga benar-benar lembut. Jika hendak tahu sama ada doh dah siap atau tidak maka boleh tekan-tekan pada doh yang di uli. Jika doh tersebut melawan balik maknanya perlu diuli lagi. Pastikan ianya penyet, macam gula-gula getah dimana selepas selesai uli ia perlu rehatkan dalam 30 minit hingga sejam. Tutup dengan kain lembab supaya ianya dapat bernafas. Yang pasti jangan letak dalam peti ais kerana ini boleh merosakkan doh. Kalau tidak mahu tutup gunapakai kain lembab pun tak apa dan tutup saja dengan apa yang boleh kerana apa yang penting tidak mahu ada angin masuk. Lepas direhatkan kemudian doh menjadi seakan bergetah dan kenyal. Kemudian boleh buat bebola kecil-kecil. Sediakan bekas bersih yang disapu majerin dalam. Tujuannya untuk pastikan doh tidak melekat. Bebola-bebola juga boleh disapu majerin supaya tak melekat dan ada juga yang pakai minyak. Kemudian perlu menebar doh sehingga membesar dan jika tidak mahir menebr hanya boleh main tarik-tarik saja. Penyetkan kemudian dicanai atau ditarik sampai nipis sev=belum dileperkan berbentuk bulat atau empat segi sebelum digoreng. Goreng sehingga warna kekuningan mcoklat dan apabila masak perlu di tepuk menghancurkan untu lebih lembut dan enak dimakan. Harga roti canai kosong diantara 80 sen sehingga RM1.50 bergantung kepada saiz, ketebalan, cara menggoreng dan juga lokasi.

(2) ROTI CANAI TELUR
Roti canai telur atau disebut 'Roti Telur' merupakan pilihan yang kedua terpopular di Malaysia dimana ia mudah didapati dikebanyakan premis roti canai. Sedikit kelinan pada roti jenis ini dimana semasa menebar selesai maka sebiji telur akan dipecahkan dan dibubuh didalam doh tersebut sebelum digoreng. Uniknya boleh dikatakan kebanyakannya bentuk roti canai telur adalah Empat Segi kerana setelah telur ayam (paling banyak digunakan selain telur lain) ia dilipat menjadi empat segi (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya hasil gorengan roti telur tidak rangup (not crispy) seperti roti canai kosong. Ini kerana lazimnya isi telur yang dibubuh didalamnya akan masak menjadikan ia lembap. Makanan ini didakwa berkhasiat kerana ia mengandungi protin dari telur ayam yang dibubuh didalamnya selain daripada komoonen lain. Membuatnya sendiri dirumah untuk roti telur mun mudah asalkan ada doh dan telur yang dicuci dahulu. Pemerhatian penulis blog mendapati ramai kalangan pembuat roti telur mingkin tidak membasuh telur ayamnya dahulu dan pelanggan perlu berhati-hati takut tercemar dengan najis. Roti telur sesuai dimakan dengan kuah kari, kuah dal dan pelbagai lauk paun lain seperti daging ayam, asam pedas dan juga kuah dhal. Harga roti telur ini diantara RM1.50 hingga RM2.00 bergantung kepad banyak faktir lain. Anda jangan keliru dengan roti tampal yang menggunakan teur dan akan dibincangkan dlaam bab berikutnya.

3. ROTI SARDIN
Roti canai sardin atau 'roti sardin' pula merupakan kegemaran penulis blog sejak dulu kerana ia mengandungi isi ikan sardin, bawang dan telur ayam serta ramuan lain. Roti sardin ini antara roti canai yang agak lama menyediakannya kerana lazimnya ia adalah tebal berbentuk empat segi sama. Proses membuatnya juga agak unik kerana inti roti sardin digabungkan antara isi ikan sardin (jenama penting dikenalpasti dimana ramai guna jenama sardin Botan, King Cup dan yang selalu sederhana kualitinya). Jika menggunakann sardin yang murah maka rasanya akan menjadi hambar sebaliknya jika menggunakan jenis sardin nahal tidak menguntungkan pengusaha. Sebiji telur dan hirisan bawang besar dikacau bersama isi ikan sardin dan telur sehingga sebati didalam bekas (kole besar). Kemudian ia diletakkan diatas doh yang siap ditebar dan di tutup kuitny menjadikan empat segi. Bergantung kepada kuantiti intinya maka ia akan diletakkan diatas kuali panas lebih lama sehingga intinya masak sepenohnya. Roti sardin enak dimakan begitu sahaja atau bersama kuah dhal atau kuah kari dan agak jarang mengambil lauk pauk lain. Harga kebanyakan roti sardin diantara RM4.50 sehingga RM5.50 sekeping bergnting kepada banyak faktur membuatnya.
4. ROTI BAWANG
Roti canai bawang atau 'roti bawang' juga merupakan pilihan ramai peminat roti canai di Malaysia. Penulis blog juga agak suka roti bawang kerana ia berbau wangi dan enak dimakan dengan kuahnya. Ia juga merupakan menjadi roti favourite mereka yang suka makan bawang akan tetapi dielakkan bagi mereka yang tidak suka makan bawang. Hirisan bawang sebagai inti menjadikan roti canai ini berlemak, manis dan menyelerakan. Biasanya roti ini akan rangup diluar tetapi juicy lembut didalamnya dan enak dimakan semasa panas lagi. Bergantung kepada kehendak pelanggan ada yang todk dicampu dengan telur dan ads roti bswng ysng dicmpur dengan telur menjadikn ianya 'roti bawang telur' yang juga diminati ramai. Roti bawang agk lebih mudah disediaka daripada roti sardin kerana bawang didalamnya akan cepat masak dan selalunya tidak setebal roti sardin. Ia enak dimakan semasa panas bersama kuah dhal atau kari. Harga roti bawang diantara RM2.00 sehingga RM3.00 sekeping bergantung kepada banyak sebab. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!.
ROTI CANAI... BANYAK JENNISNYA...
ROTI KOSONG...POPULARNYA DIA...
ROTI TELUR... RAMAI YANG SUKA....
ROTI UNIK ... PELBAGAI NAMANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(16 Jamadilakhir 1443H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.