Sunday, January 23, 2022

JENIS ROTI CANAI PILIHAN RAMAI (Part 2)

TERDAPAT BEBERAPA JENIS ROTI CANAI yang popular di Malaysia dan menjadi kegemaran ramai pengguna. Ini kerana roti canai atau Roti Prata merupakan sejenis makanan yang sangat popular di Malaysia dimana ia selalunya dijadikan makanan pilihan untuk sarapan pagi selain daripada Nasi Lemak, Nasi Dagang dan beberapa lagi. Namun kini roti canai sudah boleh didapati 24 jam sehari di negara kita seperti dirangkian restoran mamak dan boleh mendapatkannya untuk dimakan bila-bila masa dengan masak sendiri produk 'Roti Canai Sejuk Beku'. Terdapat beribu restoren dan gerai yang menjual roti canai di Malaysia dengan pelbagai jenamam jenis dan laukpauk yang berbeza. Makanan roti canai digemari oleh semua golongan masyarakat, kaum dan umur dan umur kerana kepelbagaian resepinya. Ada bepuluh malahan beratus nama yang diberikan kepada roti canai tetapi yang paling asas adalah 'Roti Kosong'. Nama jenis roti canai lain seperti Roti Telur, Roti Bawang, Roti Sardin, Roti Bom, Roti Banjir, Rotu Telur Bawang, Roti Pisang, Roti Tampal, Roti Jantan, Roti Tisu, Roti Tsunami, Roti Susu, Roti Coklat, Roti Milo, Roti Cheese dan banyak lagi. Bagaimana pun jenis 'Roti Canai Terbang' adalah diantara yang beberapa kali masuk TV kerana cara membuatnya yang memang menarik dan unik disebebkan doh diterbangkan semasa membuatnya. Ini belum masuk nama roti yang disesuaikan dengan nama orang, nama tempat, nama unik dan sebagainya. Roti canai roti perata ialah roti kudapan India jenis leper yang berbentuk bulat yang boleh dijumpai di beberapa negara di Asia Selatan dan juga Asia Tenggara. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengah hari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais. Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis. Apa pun penulis blog dapati dimana penggunaan awal perkataan canai dalam bahasa Melayu di belakang roti adalah hasil dari tingkah laku pencanai roti tersebut dalam cara bagi meleperkan serta untuk menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai di belakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal" atau berkait dengan bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini dahulu asal usunya dipercayai kebanyakan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia. Bagaimana pun kin kebanyakan yang menjual dan menebar roti canai adalah orang Melayu. Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti prata. Rupa roti prata dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat. Penulis blog suka juga buat roti puri atau 'lempeng kabul' dirumah untuk sarapan pagi (Sila lihat foto diatas). Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan kisah beberapa jenis roti canai yang menjadi pilihan ramai untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

5. ROTI BOOM

Roti canai boom atau mudahnya dipanggil sebagai 'Roti Bom' sahaja selalunya dijua dipasar malam, bazaar ramadan atau pasar tani dimerata lokasi. Roti ini selalunya akan dibuat dengan menggunakan "Planta" brand dimana ia akan ada rasa masin-masin mentega dan antara jenis roti canai termurah dipasaran. Selalunya ia dijual tidak sampai seringgit sekeping pun jika kena dengan saiz dan juga premis yang menjualnya. Lazimnya roti boom ini boleh dimakan terus begitu sahaja atau pun ada penjual yang menyediakan kuah juga. Jika pembaca blog ingin membuat roti boom dirumah memang mudah. B
ahan-bahan yang diperlukan adalah 1 kg tepung gandum, 2 1/4 cawan air, 3 sudu besar susu pekat, 3 sudu besar gula pasir, 1 sudu besar garam, 1 sudu besar marjerin, 1 biji telur dan sedikit kunyit serbuk. Cara membuatnya dimana satukan bahan utama air, susu , gula, garam,telor dan serbuk kunyit kkemudian ia dikacau sehingga garam dan gula larut. zseterusnya dimasukkan gandum sedikit demi sedikit sambil gaul hingga sebati. langkah selanjutnya adalah menguli sebati dan ia p[erl dimasukkan marjerin dan kemudian diuli lagi sehngga sebati dan doh menjadi kental serta tidak melekat di tangan. Jadikan ia doh bulat-bulat dan disusun dalam loyang serta perlu ditutup degan plastik selama 40 min. Sapukan marjerin pada setiap doh kemudian ia diperap selama 4 - 5 jam sebelum doh ini tebar leper dan dijadikan bulat. Sebelum menggoreng dileperkan dan ada yang bubuh gula pasir. Ia enak dimakan semasa panas-panas lagi.

6. ROTI PISANG
Roti Canai Pisang atau 'roti pisang' ini pada penulis blog merupakan sejenis hidangan yang saya suka makan. Ini kerana keenakan rasa pisang tersebut memberikan kepuasan memakannya kerana manis, aroma dan lemak terutama jika menggunakan pisang yang berkualiti. Roti pisang ini sangat terkenal di Thailand dimana ia sering di makan oleh pelanccong-pelancong dari Barat kerana ia dianggap sebagai 'banana pie' yang tidak pedas. Jika pembaca ingin mengetahui cara membuatnya sama dengan meebar doh sehingga nipi. Kemudian bahan pisang sesuai (pisang berangan, pisang cavendish dsb) akan diracik nipis atau ada yang melenyek terus didalam bekas dan kemudian dituang atau tabur diatas doh tersebut. Tutup dengan membentuk empatsegi sama sebelum di goreng. Ada pula yang menambah roti canai pisang ini dengan marjerin dan susu pekat manis untuk menambah perisa. Roti pisang ini enak dimakan semasa panas begitu sahaja atau bersama kuah kari atau kuah dhal. Harga roti canai pisang ini sekitar RM3.00 - RM4.00 sekeping bergantung kepada saiz, premis dan juga jenis pisang digunakan. Penulis blog selalunya boleh makan sehingga dua keping roti canai pisang yang enak ini.

7. ROTI TISU
Roti canai Tisu atau 'Roti Tisu' merupakan sejenis roti canai paling unik kerana bentuk dan ketinggian dan kenipisannya menarik. Penulis blog ada makan roti tisu dibanyak premis antaranya di Restoren Aini, Bukit Beruang, Melaka yang tidak jauh dari rumah. Biasanya pembaca blog ini juga boleh ke kedeai mamak 24 jam untuk ujirasa roti tisu yang berbagai bentuk dan versi. Bagaimana pun sesiapa yang ingin buat sendiri roti tisu ini perlu sediakan bahan terdiri dari 2 sudu marjerin, 2 sudu gula, 50 gm tepung gandum, 1/2 sudu garam, 1 sudu susu pekat manis, 1/2 sudu telur dan juga 1/2 sudu minyak masak. Cara membuat dengan memasukkan semua bahan ke ke dalam bekas uli (kecuali susu pekat dan gula) dan adunan diuli semua bahan tersebut sehingga mana  adunan lembut.z Kemudian ditebarkan secara membesar (yang ni kena pandai menebar agar lebar dan nipis sahaja). Kemudian ia perlu dimasak dengan meletakkan atas kuali leper yang cukup panas dan dimasak sehingga garing. Langkah seterusnya adalah dengan memotong sedikit helaian roti dari tengah hingga ke luar (1 jejari lebarnya) dan perlu seterusnya tarik bahagia yang dipotong dan di gulung untuk membentuk kon (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya dituang susu pekat di atas kon dan taburkan gula pasir di atasnya dan ia sudah sedia untuk dihidangkan. Cara makan roti tisu ini tidak bersama kuah kerana ia cukup garing dan rangup. Harga roti tisu diantara RM3.50 sehingga RM5.00 sekeping bergantung kepada saiz, ketinggian dan lokaliti. Bagaimana pun selalunya akan rasa 'tidak kenyang' makan roti tisu walau pun sekeping dua dihabisan seorang. Mungkin kerana ia nipis dan ringan semacan kertas tisu menjadikan secara psikologinya tidak mengenyangkan.


8. ROTI CHEESE
Roti canai cheese atau 'Roti Cheese' ini merupakan sejenis roti canai yang disukai oleh golongan orang muda dan juga ekspatriat. Pada penulis blog yang kurang suka makan cheese ini hanya dua kali sahaja pernah ujirasa memakannya. Roti canai cheese ini ada banyak jenis antaranya Roti canai cheese biasa (RM3.00 - RM3.50 sekeping), Roti Canai Cheese Telur (RM4.00 - RM4.50 sekeping), Roti Ketayap Cheese (RM4.00 sekeping) dan beberapa jenis lagi. Diantara roti canai cheese yang pernah viral adalah dari Restoren Mami Sri tanjung yang berada di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor yang dibuka dari jam 7.00 pagi sehingga jam 11.00 malam. Restrien ini adalah berasaskan makanan masakan mami pulau Pinang yang menyediakan 40 menu. Berkonsepkan selera utara dan kekalkan roti canai dan diletakkan keju (cheese) telah pun berjaya memikat selera pelanggan selepas mengambil masa dua tahun untuk proses penyelidikan bagi penghasilannya. Ia dijual dengan harga RM6 sekeping sesuai dikongsi dua orang. Antara makanan lain ikon seperti Mee goreng mamak, Rojak pasembor Mami Tanjung, Nasi goreng kampung Mami Tanjung dan minuman istimewa seperti tiga layer tea yang menggunakan susu cair, gula melaka dan pati teh untuk memikat selera pengunjung. Semua makanan di kedai ini menggunakan daun pisang sebagai pelapik makanan kerana ini identiti kepada air tangan masakan warisan mami Pulau Pinang. Banyak lagi jenis roti canai yang boleh ditulis dan semakin diminati seperti roti canai sarang burung, roti canai milo, roti canai selimut, roti canai planta dan banyak lagi.  Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!.
ROTI CANAI... BANYAK JENNISNYA...
ROTI KOSONG...POPULARNYA DIA...
ROTI TELUR... RAMAI YANG SUKA....
ROTI UNIK ... PELBAGAI NAMANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(16 Jamadilakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.