Monday, January 24, 2022

ROTI CANAI SEJUK BEKU (Part 1)

ROTI CANAI SEJUK BEKU
(Frozen roti canai) atau lebih biasa dipanggil sebagai 'Roti Canai Segera' merupakan salah satu produk sejuk beku yang sangat popular di Malaysia sejek beberapa tahun kebelakangan ini. DI Malaysia produk roti canai segara ini mudah dibeli dan diperolehi daripada banyak lokasi seperti pasaraya, pasar basah, kedai runcit malahan ada yang menjualnya di Pasar Malam dan Pasar Tani. Dalam pada itu terkini produk roti canai ini juga kini boleh dibeli secara on-line dan sesuai didalam era endemik covid19 yang melanda dalam negara dan seluruh dunia. Dalam kesibukan masa masyarakat masa ini dimana makanan sejukbeku menjadi pilihan di Malaysia yang boleh di kategorikan kepada tiga bentuk iaitu Produk Bahan Mentah Asas (seperti Daging Ayam, Daging Lembu, Ayam Tua (Ayam pencen), Kentarn Fries dan beberapa lagi), Produk Separa Proses (seperti kuih-kuih tradisional karipap, samosa, donut, roti canai, nugget, pizza, sosej, burger daging, burger ayam, sushi, roti jala, sate daging, kambing perap dan banyak lagi) serta juga Produk Sedia Di Makan (Ais Krim). Kalangan masyarakat Malaysia kehadiran produk 
Roti Canai Sejuk Beku, Karipap, Samosa merupakan paling popular untuk disediakan semasa sarapan pagi dan minum petang selain disediakan didalam maljis rasmi. Produk roti canai sejuk beku merupakan produk yang tahan lama, mudah diperolehi dan juga mudah untuk disediakan dengan memanaskannya dalam kuali atau air fryer dan oven. Bergantung kepada usahawan yang membuatnya dengan pelbagai kualiti, roti canai segara ini memang mendapat permintaan baik sama ada didalam negeri apa lagi diluar negara. Pengalaman penulis blog yang beberapa kali keluar negara akan mendapatkan bekalan roti canai segera tempatan daripada beberapa premis yang ada menjualnya disana. Memang ada ramai pengusaha roti canai sejuk beu ini di Malaysia dimana sebahagian daripada mereka mendapat bantuan dan galakan daripada kerajaan seperti Jabatan Pertanian, MARDI, JAKIM (Sijil halal), Kementerian Kesihatan dan sebagainya. Ada kalangan usahawan ini yang mencapat tahap jutawan dengan menghasilkan pelbagai makanan sejukbeku di Malaysia. Status 'Produk Halal' yang ada ini membolehkan pasaran produk sejukbeku Malaysia boleh pergi jauh keperingkat antarabangsa. Artikel pagi Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa kisah menarik mengenai roti canai segera atau sejukbeku unyuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Portal berita hmetro.com dengan artikel bertajuk 'Pengeluaran lima kali ganda' mengisahkan pengeluar produk makanan sejuk beku milik penuh Bumiputera, 
CR Khan Global Trading (CR Khan) menyasar meningkatkan pengeluaran roti canai sejuk bekunya sehingga lima kali ganda sekali gus menembusi pasaran luar negara menjelang lima tahun lagi wajar dijadikan satu rujukkan. Menurut Pengarah Pemasarannya iaitu Khairul Najib Asrullah Khan dimana berbekalkan mesin uli roti dengan kapasiti pemprosesan sebanyak 10 kilogram (kg) pada satu-satu masa ketika ini dimana sejumlah 600 keping roti canai sejuk beku mampu dihasilkannya setiap hari (Sila lihat foto disebelah). Jumlah itu sedang dipertingkatkan lagi menerusi penambahan mesin sama dengan kapasiti 30kg dalam waktu terdekat bagi memenuhi permintaan pasaran khususnya dari beberapa negeri yang sedang menanti bekalan daripadanya. Kini memandangkan kami berpangkalan di Jempol (Negeri Sembilan), roti canai sejuk beku CR Khan tentunya sudah ada di kebanyakan kawasan di negeri ini serta baru saja memasuki pasaran Lembah Klang menerusi pelantikan ejen. Permintaan sudah diterima daripada ejen di beberapa negeri seperti Johor, Kedah dan Kelantan namun kami juga menghadapi kekangan dari segi pengangkutan menyebabkan ia tertangguh seketika.Perancangan syarikat apabila adanya mesin uli berkapasiti lebih besar itu nanti, pasaran produk roti canai sejuk beku kami dapat menembusi segenap pelusuk negeri di Malaysia selewat-lewatnya tiga tahun lagi. Fokus syarikat menjurus ke arah menembusi pasaran luar pula dengan membawa jenama roti canai sejuk beku yang berkualiti dan premium untuk pengguna. Meskipun roti canai sejuk beku itu bertapak di pasaran Jempol sejak 2012 dengan kemampuan pengeluaran semasa mengehadkannya untuk menempatkan produk itu di lebih banyak kawasan. Kini persediaan diatur bukan saja untuk mesin uli roti malah mesin pembuat doh dan mesin pembungkus juga sedang diusahakan untuk ditambah masing-masing satu unit lagi bagi memastikan pelan peluasan pasaran berjaya direalisasikan. Pertambahan semua mesin ini membolehkan kapasiti pengeluaran dipertingkat selain menjadi alternatif sekiranya mesin sedia ada mengalami masalah tertentu kerana penghasilan secara manual bukan lagi pilihan. Mereka kini dalam proses mengeluarkan produk sejuk beku seperti murtabak mini, roti canai kismis dan roti canai berperisa bagi memberi lebih pilihan kepada pengguna. Dilaporkan dimana roti canai sejuk beku CR Khan dijual pada harga antara RM4.80 hingga RM6 di kedai terpilih serata Negeri Sembilan dan melalui ejen di Lembah Klang selain boleh dibeli menerusi laman Facebook dan Instagram rasmi CR Khan.

Media sama melaporkan dimana 'Negeri Sembilan bakal mempunyai Akademi Roti Canai' berkait dengan tajuk artikel kali ini. Dilaporkan dimana di Negeri Sembilan akan diw
ujudkan akademi tebar roti canai iaitu hasrat kerajaan negeri yang mahu melihat Negeri Sembilan sebagai negeri pertama di negara ini memiliki pusat latihan kemahiran khusus untuk menebar roti canai secara formal dan mengeluarkan roti canai segera terbesar. Dilaporkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Negeri Sembilan yang nyatakan agar perkara itu bakal menjadi realiti dalam tempoh dua bulan akan datang. Ia akan dilaksanakan menerusi kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Yayasan Negeri Sembilan (YNS), Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (Tabah) dan Restoran Abang Terbang. Sehubungan itu telah diadakan satu sesi perbincangan awal membabitkan semua pihak yang berkaitan sudah diadakan di Bangunan YNS, kelmarin. Apa pun mengikut perancangan awal dimana satu silibus khas akan dirangka untuk dimasukkan dalam senarai kursus jangka pendek yang boleh ditawarkan oleh Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS) kepada belia. Didakwa dimana karier dalam penyediaan roti canai ini menjanjikan pulangan yang lumayan apabila dilaporkan gaji sebagai penebar roti canai prifesional juga boleh tahan lumayan. Dilaporkan dimana-mana gerai atau kedai makan yang ada menawarkan menu berasaskan roti canai memang dilihat lazimnya sering jadi tumpuan pelanggan. Dalam pada itu cadangan sinergi antara Restoran Abang Terbang dan YNS. Abang Terbang bukan sahaja kreatif dalam penghasilan roti canai, malah mempunyai pendekatan tersendiri dalam aspek promosi dan publisiti produk mereka. Akhbar tersebut laporkan dimana kejayaan Restoran Abang Terbang di pekan Kuala Pilah mampu menjual antara 400 hingga 500 keping roti canai sehari pada hari bekerja dan antara 600 hingga 700 keping roti canai sehari pada hujung minggu boleh dijadikan inspirasi kepada belia yang lain.

Portan beritaharian.com melaporkan kisah 'Roti canai tinggi serat lebih sihat' dari Petaling Jaya memang wajar dikongsikan dalam artikel kali ini. Ini kerana makanan r
oti canai yang sering dikaitkan dengan pengambilan makanan tidak sihat tetapi ia kini tidak lagi begitu apabila menerusi inovasi campuran daripada bahan asas lebih berkhasiat. Pengubahsuaian dalam kandungan berasaskan sayuran, bijirin dan herba, bersifat rendah indeks glisemik (GI) telah menjadikannya lebih baik untuk kesihatan. Kini gabungan makanan tinggi serat itu bertujuan mengelak penyakit bahaya antaranya obesiti, gangguan kardiovaskular dan kencing manis. Dalam cara untuk mengekalkan bahan utama iaitu tepung gandum, marjerin, lemak semula jadi serta garam, roti canai itu mencampurkan sayur bendi, kacang dal, barli dan halba dalam penghasilan doh. Produk roti canai sejuk beku dihasilkan menerusi kerjasama syarikat Hollista Colltech Ltd dengan Kawan Food Berhad menjadikannya sebagai ‘roti canai paling sihat di dunia' bersifat rendah GI. Melalui hasil kajian University of Sydney, Australia sejak tujuh tahun lalu memberi peluang kepada penggemar roti canai menikmati sajian istimewa tanpa bimbang mengenai kandungan lemak berlebihan yang menjejaskan kesihatan. Apa pun menurut Ketua Pegawai Eksekutif Holista CollTech Limited, Datuk Dr Rajen M yang berkata sekeping roti canai biasa mengandungi sehingga 301 kalori, malah kandungan GI melebihi 70 iaitu paras sajian tidak sihat. Kandungan kalori dalam roti canai inovasi turun sehingga 280 kalori serta mencapai bacaan rendah GI iaitu antara 45 hingga 50. Apa pun keempat-empat campuran bahan asas itu mengurangkan peningkatan gula dalam darah. Selain itu, kandungan halba dan barli melancarkan proses penghadaman,” katanya ketika ditemui pada sesi taklimat media 'World's Healthiest Roti Canai' yang dilakukan (Sila lihat foto disebelah). Dr Rajen mendakwa dimana kajian terkini Unit Kecerdasan Ekonomi Menangani Obesiti di Asean 2018, mendapati obesiti di Malaysia menunjukkan peratusan 13.3 peratus iaitu paling tinggi di rantau ini. Kesannya perbelanjaan penjagaan kesihatan meningkatkan 20 peratus. Dilaporkan ada 3.6 juta penduduk negara Malaysia atau seorang daripada lima individu menghidap kencing manis. Lebih membimbangkan, jumlah itu meningkat mendadak dua kali ganda dalam tempoh 30 tahun. Budaya menjaga pemakanan menerusi kaedah rendah GI popular di Amerika Syarikat dan Australia sejak 1990-an tetapi baharu memasuki Malaysia kira-kira 10 tahun lalu. GI adalah mekanisma antarabangsa menguji kepantasan peningkatan atau penurunan gula dalam darah. GI rendah menyebabkan penurunan kadar penghadaman, sekali gus mengurangkan kandungan gula dalam darah. Sajian rendah GI seperti buah-buahan mengurangkan peningkatan gula dalam darah, berbanding makanan tinggi GI seperti nasi dan roti putih yang menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah. Kesannya meningkatkan risiko darah tinggi, kencing manis dan berat badan berlebihan atau obesiti. Roti canai paling sihat dijadual memasuki pasaran tempatan bermula April  dan pihaknya mensasarkan pasaran ke Amerika Syarikat Jun 2019. Artikel ini dibahagikan kepada 2 segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
PRODUK ROTI CANAI... SEJUKBEKU ADA...
DIPANGGIL JUGA ...ROTI CANAI SEGERA...
MUDAH DISIMPAN... SENANG DISEDIA...
RASANYA ENAK...BERPATUTAN HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang, 
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(19 JamadilAkhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.