Thursday, January 20, 2022

ROTI CANAI - KISAH MENARIK (Part 3)

ROTI CANAI
atau Roti Prata merupakan sejenis makanan yang sangat popular di Malaysia dimana ia selalunya dijadikan makanan pilihan untuk sarapan pagi selain daripada Nasi Lemak, Nasi Dagang dan beberapa lagi. Namun kini roti canai sudah boleh didapati 24 jam sehari di negara kita seperti dirangkian restoran mamak dan boleh mendapatkannya untuk dimakan bila-bila masa dengan masak sendiri produk 'Roti Canai Sejuk Beku'. Terdapat beribu restoren dan gerai yang menjual roti canai di Malaysia dengan pelbagai jenamam jenis dan laukpauk yang berbeza. Bagaimana pun pagi ini penulis blog sebelum menulis artikel ini sudah pekena (makan) roti canai Awang yang popular dengan harga dikenakan sebanyak RM75 untuk du orang (termahal pernah makan roti canai). Apa tidaknya sekeping roti kosong dijual dengan harga RM1.50 sekeping dan kari kepala ikan Jenahak RM60.00 sepinggan dan juga dua gelas minuman panas. Kedai ini merupakan antara kedai roti canai yang popular di Melaka semenjak penulis blog bujang lagi pada tahun 1980'an dan sudah 2 generasi dalam perniagaan. Makanan roti canai digemari oleh semua golongan masyarakat, kaum dan umur dan umur kerana kepelbagaian resepinya. Ada bepuluh malahan beratus nama yang diberikan kepada roti canai tetapi yang paling asas adalah 'Roti Kosong'. Nama jenis roti canai lain seperti Roti Telur, Roti Bawang, Roti Sardin, Roti Bom, Roti Banjir, Rotu Telur Bawang, Roti Pisang, Roti Tampal, Roti Jantan, Roti Tisu, Roti Tsunami, Roti Susu, Roti Coklat, Roti Milo, Roti Cheese dan banyak lagi. Bagaimana pun jenis 'Roti Canai Terbang' adalah diantara yang beberapa kali masuk TV kerana cara membuatnya yang memang menarik dan unik disebebkan doh diterbangkan semasa membuatnya. Ini belum masuk nama roti yang disesuaikan dengan nama orang, nama tempat, nama unik dan sebagainya. Ada nama roti canai awang, roti canai Pak Selamat, Roti Canai Kedai Mamak, Roti Canai Pokok, Roti Canai Tepi Sungai dan sebagainya. Roti canai roti perata ialah roti kudapan India jenis leper yang berbentuk bulat yang boleh dijumpai di beberapa negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengah hari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais. Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis. Apa pun penulis blog dapati dimana penggunaan awal perkataan canai dalam bahasa Melayu di belakang roti adalah hasil dari tingkah laku pencanai roti tersebut dalam cara bagi meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai di belakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal" atau berkait dengan bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini dahulu asal usunya dipercayai kebanyakan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia. Bagaimana pun kini penulis blog dapati kebanyakan yang menjual dan menebar roti canai adalah dari kalangan orang Melayu. Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti prata. Rupa roti prata dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat. Artikel petang Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology'' iaitu artikel ke 6,831 saya kongsikan beberapa info dan kisah menarik mengenai roti canai untuk dijadikan bahan rujukkan anda pembaca blog semua.


Kisah menarik 'Roti canai sotong dapat sambutan' di Alor Setar, Kedah memang menarik dikongsikan kali ini. Pembukaan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Kedah memberi nafas baru buat peniaga roti canai dengan dikenali Mohd Najmudin Md Noor (34 tahun) kerana membolehkan dia berniaga semula. Dia telah memperkenalkan menu baru iaitu roti canai sotong bagi memenuhi citarasa pelanggan yang ingin kelainan menikmati kuah yang dicampur lauk untuk hidangan pagi dan tengah hari (Sila lihat foto disebelah). Kini dia tidak menyangka mendapat sambutan dan permintaan di kalangan pelanggan yang datang dan sukakan menu baru tersebut. Sebelum ini dia hanya ada menjual roti canai untuk dibungkus sahaja namun sekarang pelanggan boleh 'dine-in' di kedainya di Medan Selera dengan syarat lengkap dua dos vaksinasi. Pelanggan juga bertambah apabila ramai yang sudah boleh merentas daerah. Dakwnya dalam seminggu sebelum menu baru ini dia cuma menjual roti canai menggunakan 10 kilogram tepung gandum untuk menghasilkan roti canai tapi sekarang terpaksa ditambah 15 kg semalam disebabkan ramai pelanggan yang sudah mula datang untuk makan selepas ia viral. Setiap set menu roti canai akan diletakkan sotong bergantung pada saiz iaitu dua atau seekor yang turut ditambah dengan sebiji telur separuh masak dengan harga RM6 sepinggan. Selain roti canai sotong kini dia turut menjual pelbagai jenis roti canai lain yang menepati citarasa pelanggannya. Dia kini bersyukur dan berterima kasih pada kerajaan kerana membenarkan ramai peniaga berniaga semula daimana dia berhasrat untuk membuka cawangan di Sungai Petani dan Langkawi selepas sudah 16 tahun berniaga roti canai.


Kisah dan kes 'Makan roti canai dalam banjir' di Rantau Panjang, Kelantan lebih mengasyikkan untuk ia  dikongsikan. Dilaporkan ada sebuah kedai makan menjual roti canai di pekan Rantau Panjang tetap beroperasi seperti biasa walaupun premis mereka digenangi air sedalam 0.3 meter susulan dari berlakunya banjir yang melanda digerai tersebut. Hasil tinjauan wartawan ke kedai terbabit di Kampung Cabang Tiga, telah mendapati beberapa pelanggan juga duduk di bangku sambil merendam kaki di dalam air yang mengalir laju seolah-olah tiada apa berlaku, sekali gus memberi suatu suasana yang menarik (Sila lihat foto disebelah). Bagi pemilik kedai iaitu Mohd Fadhli Mat Zain mendakwa dimana dia dan isteri, Umi Kalsom Yakub baru sahaja sebulan membuka kedai terbabit selepas berhenti kerja sebagai penjual buah di Jeli. Mereka berdua mengambil keputusan untuk terus berniaga kerana banjir di kawasan itu tidak berbahaya dengan paras air yang cetek sahaja. Tambahan pula dilaporkan ada penduduk sekitar juga tidak mahu kedainya ditutup. Biasanya mereka datang ke kedai ini untuk makan dan minum kerana tidak banyak gerai dibuka di sini sepanjang banjir. Namun, saya tetap mengikuti prosedur operasi standard (SOP) selain menasihatkan pelanggan menjaga penjarakan fizikal. Ini adalah pengalaman pertama berniaga makanan di dalam air kerana kami juga baru sahaja mula membuka kedai roti canai ini. Tetapi saya akui, agak seronok ditambah pula pelanggan yang datang masih sama seperti hari biasa. Ada pelbagai ragam pelanggan boleh dilihat, tidak kurang juga yang mencuit hati kerana suasana makan sambil berendam kaki di dalam air. Bapa kepada empat cahaya mata nyatakan barangan asas untuk membuat roti canai sudah dibeli awal dan dijadikan stok kerana dapat mengagak banjir bakal melanda. Dia terus membuka kedai ini pada namun bergantung kepada keadaan banjir iaitu andai kata ia naik semakin tinggi dan mungkin ia membahayakan maka dia akan tutup demi keselamatan bersama. Pendapatan yang diperolehi sama sahaja seperti hari biasa susulan pelanggan yang datang juga tidak berkurangan, malah semakin bertambah. Musim hujan memang ramai orang jadi rasa lapar dan ramai penduduk sekitar yang datang membeli roti canainya. 


Penulis blog agak terkejut juga banyak kisah mengenai roti canai dari Kedah. Kisah 'Kedai roti canai dibuka 4 pagi sejak 1980' oleh Mat Ali dan isterinya, Rohana menyediakan roti canai di kedainya yang diusahakan sejak 1980 sesuai dikongsikan.  Dilaporkan dimana biarpun sudah berusia 74 tahun namun warga emas dari Kampung Kedai Tepoh, Kuala Nerus, Terengganu ini masih aktif menjalankan perniagaan roti canai di hadapan rumahnya yang diusahakan sejak 1980 (Sila lihat foto disebelah). Uniknya perniagaan roti canai dijalankan dimana ia akan beroperasi seawal 4 pagi pada setiap hari. Dia berniaga bermula 4 pagi dan pada 8 pagi roti canainya sebanyak 10 hingga 12 kilogram (kg) habis terjual. Jika mahu makan roti canai di kedainya perlu datang awal jika tidak roti canai habis dan dakwanya paling lewat seawal jam 7 pagi mesti ada di kedai jika lewat dapat minum air sahaja. Kadang-kadang dia masih menebar roti canai di kedai bukan untuk disediakan kepada pelanggan, tetapi menyiapkan tempahan awal pelanggan dari jauh termasuk dari Kelantan. 
Dia yang bekerja sebagai penebar roti canai sejak berusia belasan tahun di Kemaman dimana selepas 10 tahun berkerja dan menimba pengalaman maka dia membuat keputusan untuk membuka kedai roti canai di kampung kelahirannya. Walau pun pada mulanya ramai memandang sebelah mata kerana saya menjual roti canai sahaja dan pada masa itu harga roti canai kosong 25 sen sebiji. Bagaimanapun berkat usaha, kesabaran serta sokongan isteri saya masih kekal berniaga sampai sekarang dengan pendapatan jauh lebih lumayan. Kini melalui hasil menjual roti canai, saya dan isteri dapat besarkan 11 anak yang kini berusia 43 hingga 21 tahun. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca bersama. Semuga artikel bersiri ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
ROTI CANAI... SAMA ROTI PRATA....
PELBAGAI GELARAN... IKUT NAMA...
ROTI CANAI KOSONG... ASASNYA....
KISAH MENARIK... DI ARTIKEL SAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(15 JamadilAkhir 1443H).
Peminat makanan roti canai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.