Saturday, January 1, 2022

KEPENTINGAN AIR DAN PERTANIAN

AIR DAN PERTANIAN
adalah dua benda yang tidak boleh dipisahkan  kerana kewujudan keduanya adalah saling melengkapi. Dalam kehidupan di bumi ini air (water) adalah merupakan salah satu unsur yang sangat diperlukan oleh mahluk hidup disebabkN air merupakan regulator pelarut yang universal dimana hampir berbagai macam zat Lin larut di dalamnya dan berinteraksi langsung dengan sistem yang terdapat dalam setiap organisme hidup. Oleh karena itu pula kualiti air merupakan salah satu aspek yang semakin banyak mendapat perhatian dalam pengedalian sumber daya air. Untuk lebih memahami tentang kualiti air ini ada baiknya penulis blog dan pembaca mengetahui terlehih dahulu tentang sifat air. Secara kimiawi struktur molekul air merupakan ikatan antara 2 atom hidrogen (H) dan 1 atom oksigen (O) yang lebih dikenal dengan rumusan sebagai H2O pada suhu biasa akan tetapi dalam bentuk Padat (ais atau air batu) ia akan berubah menjadi ikatan 4 atom hirogen dan  berada 1 atom oksigen (tetrahidral). Secara fisikal air mempunyai beberapa sifat yang unik antara lain adalah air tidak berbau, tidak berasa dan tidak berwarna dengan mempunyai titik beku pada suhu 0°Celcius dan titik didih pada suhu 100°Celcius.  Air yang mempunyai sifat-sifat di atas adalah air suling (air murni) sehingga di alam air yang mempunyai sifat-sifat seperti di atas selalunya hampir tidak terjadi disebabkan dibimu ini tidak ada yang benar-benar murni kerana di dalamnya selalu terkandung berbagai bahan lain sama ada bahan organik mahu pun anorganik. Bahan ini juga terdiri daripada unsur yang ringan, terampai sehingga kepada bahan yang terlarut. Sebagai contoh dengan adanya unsur garam terlarut (residu terlarut) dalam air maka nilai konduktiviti spesifiknya adalah lebih tinggi dari air suling. Demikian pula dengan adanya bahan organik terlarut maupun yang tersuspensi dalam air, maka selain air akan berwarna juga akan meningkatkan kelajuan pengambilan oksigen dan selanjutnya akan berpengaruh terhadap perubahan dalam beberapa parameter lainnya. Ini bermakna kemasaman air (pH) yang merupakan parameter yang sangat berperanan penting dalam metabolisme perairan dan pertanian. Jika berlaku sebarng nilai pH maka ia mempengaruhi kegunaan tanah dan pertumbuhan tanaman. Kualiti air pertanian memang berkait rapat dengan pH air dan juga bagaimana cara pengurusannya. Air untuk pertanian ini ada dua sumber iaitu Air Permukaan (Surface  water) dan Air Tanah (Ground Water). Air Permukaan adalah air yang berada diatas permukaan tanah terdiri daripada air lariandan jasad air (Seperti air sungai, tasek, kolam dan sebagainya). Air Tanah pula merupakan sumber air bawah tanah yang berada dalam tanah yang berada dalam retakan dan ruangan dalam tanah, pasir dan batu (seperti telaga tiub). Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menukis mengenai kepentingan air dan sektor pertanian untuk dijadikan bahan rujukkan pembac semua.

Air sebagai sumber kehidupan kepada manusia, tumbuhan dan organisma dibumi. Air juga m
erupakan satu khazanah alam yang tidak ternilai harganya. Kita perlukan air untuk menjalani kehidupan seharian kerana ia sumber penting dalam menjana pelbagai bidang ekonomi seperti pertanian, perindustrian, perikanan dan penjanaan sumber tenaga elektrik dan sebagainya. Ramai yang tahu dimana hampir 3/4 daripada permukaan bumi adalah kawasan berair. Begitu juga dengan tubuh manusia di mana 70% daripada komposisi tubuh manusia adalah air.  Kajian menunjukkan bahawa manusia boleh hidup lebih seminggu tanpa makanan tetapi hanya beberapa hari tanpa air. Ini menggambarkan betapa pentingnya kegunaan air dalam kehidupan kita. Negara kita juga telah mengalami beberapa krisis bekalan air yang serius. Antaranya krisis air pada tahun 1998 di Lembah Kelang di mana kira-kira 600,000 penduduk Selangor dan Kuala Lumpur telah terjejas. Apa pun sebagai pengguna kita haruslah mengambil iktibar dan juga pengajaran daripada peristiwa ini dengan menyediakan satu pelan tindakan agar krisis seperti ini dapat dielakkan daripada berulang atau setidak-tidaknya mengurangkan impaknya. Diantara tugas dan tanggungjawab pengguna yang paling utama ialah menjimatkan air. Kita sememangnya berhak untuk mendapatkan bekalan air yang terjamin keselamatannya serta menggunakan sebanyak mana yang kita ingini berdasarkan harga yang telah dibayar. Adalah pembaca tahu dan sedar  bahawa sebenarnya manusia perlu berurusniaga dengan alam. Ini kerana setiap liter air yang digunakan akan melalui proses kitaran semulajadi. Hari demi hari manusia harus menyaksikan betapa pencemaran terhadap sumber alam ini masih berlaku. Adakah suatu hari nanti ada yang sanggup membayar harga yang begitu tinggi untuk mendapatkan bekalan air yang selamat dan bersih? Jawapannya pada diri kita sendiri. Oleh itu sebaiknya ada langkah yang paling mudah boleh diambil oleh setiap pengguna ialah dengan menjimatkan penggunaan airApabila kita menyentuh isu penjimatan air, ia tidak akan lengkap tanpa kita melihat dan membincangkan tentang cabaran dan kesan jika terdapat masalah kepada bekalan air bersih kerana tiada sesiapa pun yang menjimatkannya. Sehingga kini, pencemaran air terutamanya sumber utama air bagi kehidupan harian dan kegunaan industri iaitu sungai sudah terlalu kritikal kecederaannya. Di manakah punca dan siapa pula yang harus dipersalahkan. Pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan tetapi hasilnya masih mendukacitakan.

Lazimnya didalam setiap persidangan sedunia atau di peringkat kebangsaan dan serantau mengenai alam sekitar mahupun bekalan air isu pencemaran pastinya akan menjadi isu pokok. Namun sedemikian seserius mana pun dalam perbincangan dan persidangan itu diadakan akan tetapi tanpa tindakan dan susulan yang sewajarnya tidak berkesan dimana kes-kes pencemaran sungai-sungai ini akan bertambah parah. Oleh itu peranan pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam Air usaha memelihara dan memulihara sungai-sungai dan sumber air yang lain sewajarnya diberi pujian. Tetapi tanpa kesedaran pengguna, sebagai pengguna utama alam sekitar yang mendagangkan air ini, semua usaha akan sia-sia umpama mencurahkan air ke daun keladi. Kesedaran pengguna sebenarnya merupakan aset terpenting untuk terus memastikan bahawa sumber ini akan terus wujud, bersih dan selamat serta dapat meneruskan khidmatnya kepada tahap kehidupan sejagat. Apa yang pasti peranan ibu bapa harus memainkan peranan untuk mendidik anak-anak yang bakal menjadi pengguna alam ini agar sedar akan tanggungjawab mereka dan bersama-sama menjaga khazanah ini. Kesedaran pengguna di peringkat awal akan menjadi pemangkin kepada jaminan bahawa sumber alam ini akan terus selamat dan berdekatan. Ibu bapa pastinya akan tersenyum lega kerana warisan anak cucu mereka akan terus menikmati kehebatan sumber air ini dan meneruskan kemandiran tamadun dan kehidupan. Pengguna harus sedar bahawa mereka juga mempunyai hak mengenai kualiti pembekalan air agar kita sentiasa mendapat perkhidmatan air yang benar-benar berkualiti, bersih dan selamat. Saban tahun, pelbagai isu mengenai kualiti pembekalan air yang semakin menurun dilaporkan. Pengguna seringkali menghadapi pelbagai masalah seperti mendapat bekalan air yang kotor, gangguan perkhidmatan yang terlalu kerap dan kadar bayaran perkhidmatan yang kadangkala terlalu tinggi dan tidak masuk akal. Malah ramai pengguna terpaksa berbelanja lebih dengan memasang sendiri penapis air berteknologi tinggi di premis masingmasing lantaran kualiti air yang begitu teruk.  Antaranya setiap rumah dibandar sudah menggunakan sistem penapis air seperti alatan COWAY yang mahal (Sila lihat foto disebelah) sebgaai air minuman berkualiti. Ada beberapa tempat di Semenanjung Malaysia pula turut juga mengalami masalah catuan bekalan air kerana hujan yang tidak menentu dan mempengaruhi kadar takungan air serta masalah penyaluran bekalan. Satu perkara lagi yang perlu diberikan perhatian mendalam oleh semua pihak terutamanya pengguna ialah keselamatan dan keupayaan kawasan tadahan hujan serta alam sekitar yang bersih untuk memastikan sumber ini akan terus kekal dan berupaya menampung penambahan bilangan penduduk. Perkara ini perlu diberikan perhatian serius kerana sumber ini adalah asas utama kemandirian tamadun dan kehidupan. Tanpa usaha yang berterusan dan berkesan, suatu hari nanti pasti tiada lagi sumber air yang benar-benar bersih untuk kehidupan sejagat. Mungkin suatu hari nanti air untuk kegunaan harian terpaksa melalui satu proses kompleks untuk dijadikan air yang benar-benar bersih dan selamat. Pengguna haruslah memainkan peranan utama dengan memupuk kesedaran agar kawasan tadahan hujan dan alam sekitar kita akan terus sesuai untuk kehidupan sejagat. Semua pihak harus sedar tentang tanggungjawab dan tugas mereka mengenai penggunaan air. Pengguna terutamanya sebagai pengguna utama alam sekitar harus mempunyai kesedaran yang tinggi untuk terus memastikan bahawa generasi masa depan akan terus menikmati alam sekitar yang bersih seterusnya bekalan air yang selamat.

 
Keperluan air oleh tanaman berbeza mengikut jenis tanaman. Terdapat tanaman yang memerlukan air yang sangat banyak seperti tanaman padi dan ada yang perlukan air dengan sederhana banyak seperti sayur-sayuran daun serta banyak tanaman yang perlukan air yang sedikit seperti pokok buah-buahan dan pokok getah. Air yang tersedia kepada tanaman banyak dipengaruhi oleh faktur seperti Jenis Tanah, Suhu, Kanopi Tumbuhan, Kadar Evapotranspirasi dan sebagainya. Tanah berpasir didapati tidak mampu menyimpan air dengan lama kerana partikel yang kasar dan poros berbanding dengan tanah jenis liat yang mampu menyimpan air. Akar tumbuhan lazimnya akan menyerap air yang terdapat pada tanah kemudian dihantar keseluruhan bahagian pokok terutamanya dibahagian daun untuk proses Fotosintesis. Proses Fotosintesis ini akan menukarkan air, nutrien dan karbon dioksida bagi menghasilkan tenaga, gula dan oksijan  dibahagian daun dengan bantuan cahaya matahari. Dalam satu laporan kajian menunjukkan sebanyak 25,710 juta meter padu air diperlukan untuk tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran di Malaysia dalam tahun 2019 (Jangkamasa selama satu tahun). Berapa banyakkah air dalam angka tersebut?.. Angka ini belum ramai pihak yang mengeluarkannya secara rasmi kerana maklumat tersebut hanya boleh kita dikira daripada pelbagai sumber dengan kaedah pengiraan yang agak komplikated. Daripada jumlah tersebut sebanyak 2,708 juta meter padu air adalah untuk keperluan buah-buahan dan sebanyak 22,593 juta meter padu air adalah untuk kegunaan sayur-sayuran. Malaysia mempunyai kawasan penanaman buah-buahan seluas 264,099 hektar dan kawasan sayur-sayuran seluas 192,297 hektar pada tahun 2019. Anggaran pengeluaran hasil bagi buah-buahan dan sayur-sayuran pula sebanyak 1.8 juta metrik tan pada tahun tersebut. Peranan air sangat signifikan dalam pengeluaran hasil tanaman khususnya tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran dan tanaman kontan. Nilai tersebut diatas tidak mengambil kita tanaman penting lain seperti tanaman padi, tanaman kelapa sawit dan lain-lain lagi. Jumlah air yang diperlukan untuk tanaman makanan khususnya buah-buahan dan sayur-sayuran sebenarnya sedikit sahaja berbanding dengan jumlah taburan hujan tahunan. Kajian tersebut juga menunjukkan jumlah air sebanyak 25,302 juta tersebut sebenarnya kurang dari 10% daripada jumlah taburan hujan di Malaysia. Pengurusan air yang baik untuk tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan membolehkan program pengeluaran buah dan sayur dalam negara dijalankan sepanjang tahun. Penggunaan teknologi sistem pengairan moden seperti penggunaan Sistem Pengairan Sprinkler, Sistem Pengairan Titis, Sistem Pengairan Micro-jet dan Sistem Penanaman Fertigasi membantu dalam aktiviti pengurusan air dengan cekap dan berkesan. Pada masa ini sistem pertanian secara fertigasi didapati paling ekonomik dan produktif terutama untuk jenis tanaman bernilai tinggi yang ditanam dibawah Struktur Pelindung Hujan (SPH). Pihak kementerian pertanian dan agensi pelaksana perlu menyediakan dasar-dasar pertanian yang sesuai untuk mempastikan bekalan air untuk keperluan sayur-sayuran dan buah-buahan dijamin. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
AIR ITU PENTING... UNTUK KEHIDUPAN....
AIR DIPERLUKAN... DALAM PERTANIAN....
AIR TERCEMAR... ANCAM KESIHATAN....
AIR PERLU DIHAGA.... KELESTARIAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Rabiulawal 1443H)
Happy New Year 2022!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.