Friday, December 31, 2021

APA ITU BAKTERIA?

APAKAH DIA BAKTERIA?
. Selalu kita mendengar kewujudan bakteria terutama didalam makanan tercemar yang boleh menyebabkan sakit perut dan sebagainya. Merujuk kepada beberapa jurnak dinyatakan dimana bakteria ialah satu kumpulan utama organisma unisel. Istilah "bakteria" telah digunakan dengan berbagai-bagai maksud untuk semua prokariot serta untuk sekumpulan utamanya yang digelarkan eubakteria, tergantung kepada gagasan-gagasan mengenai hubungan antaranya. Istilah bakteria yang digunakan dalam penulisan kali ini adalah merujuk kepada eubakteria. Lagi satu kumpulan bakteria (digunakan secara umum dari segi bukan taksonomi) ialah Arkea. Dalam ilmu moden dimana semua kajian bakteria digelarkan Bakteriologi sebagai salah sub- bidang mikrobiologi (Microbiology). Penulis blog belajar mengenai bakteria semasa belajar di universiti dahulu dimana agak jelas didalam menegetahui akan subjek ini. Bakteria adalah organisma yang paling banyak terdapat di dunia dimana ia sentiasa boleh didapati di dalam tanah serta di dalam air atau v=bersimbiosis dengan organisma yang lain. Dilaporkan dimana kebanyakan mokrob dan patogen adalah bakteria. Memang saiz bakteria amat kecil dimana ukuran dengan alat khas mendapati ukurannya sekitar 0.5 - 5.0 μm pada ukuran yang paling panjang. Lazimnya bakteria juga mempunyai dinding sel yang serupa dengan sel tumbuhan dan kulat akan tetapi dinding sel bakteria biasanya diperbuat daripada peptidoglikan dan bukannya daripada selulosa (seperti untuk tumbuhan) atau Chitin (seperti untuk kulat) serta bakteria tidak berhomolog dengan dinding sel eukariot. Banyak bakteria bergerak dengan menggunakan flagelum yang mempunyai struktur yang berbeza dengan flagelum kumpulan lain (Sila lihat rajah diatas). Dilaporkan oleh saintis dimana biasanya terdapat 40 juta sel bakteria di dalam satu gram tanah dan sejuta sel bakteria di dalam satu mililiter air tawar. Mengira populasi bakteria pun bukan mudah kerana dilaporkan pada keseluruhannya terdapat kira-kira lima nonilion (5×1,030) bakteria di muka bumi dan berjaya untuk ia membentuk biojisim dimana jumlahnya adalah melebihi kesemua tumbuhan dan binatang. Ada bakteria berfaedah dan ada bakteria jahat. Bakteria berguna adalah penting dalam aktiviti kitar semula nutrien dimana kehadirannya yang banyak langkah dalam kitar nutrien bergantung pada organisma ini. Proses pengkomposan bahan organik melibatkan banyak bakteria untuk pereputan. Artikel malam ini sambil menonton Piala AFF Suzuki Final Pertama diatara Indonesia dengan Thailand saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology' mengenai apakah dia bakteria untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Sering kita mendengar didalam media utama sama elektronik dan media cetak mengenai keracunan makanan akibat serangan bakteria. 
Bakteria sebenarnya adalah organisma bernyawa yang hidup dimana istilah 'bacteria' hanya mula  diperkenalkan pada pertengahan abad ke 19 selepas saintis berjaya mengenalpasti kewujudan makhluk-makhluk halus berbentuk rod. Berikutan bentuknya yang mirip dengan rod kayu maka saintis barat menggelarkan makhluk-makhluk itu sebagai “bacterium” yang bermakna 'rod atau kayu' dan ia mewakili bentuk bakteria yang telah ditemui. Bagaimanapun, penemuan pertama bakteria sebenarnya telah pun berlaku lebih awal pada abad ke-17 iaitu oleh seorang penyelidik bernama Antony Van Leeuwenhoek yang kini dikenali sebagai bapa kepada kajian mikrobiologi. Leeuwenhoek menjalankan kajian dalam sampel air hujan dan menemui sejenis makhluk halus yang hanya dibentuk dengan satu sel “protozoa”. Bagi menamakan hasil penemuannya itu dia menamakan makhluk itu sebagai “animalcules” yang bermakna haiwan-haiwan kecil yang bersaiz mikroskopik. Kini kita bernasib baik terma awal itu ditukar kepada bakteria kerana agak susah sesiapa hendak menyebutnya nama asalnya iaitu Animalcule. Bakteria adalah sejenis organisma yang sangat halus yang hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop. Kebanyakan bakteria adalah tidak merbahaya akan tetapi terdapat bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan dan kerosakan makanan. Bakteria penyebab keracunan makanan boleh ditemui di mana-mana. Di antara sumber bakteria adalah seperti pada makanan mentah, manusia, serangga, tikus, haiwan peliharaan, sisa makanan, tanah dan udara. Dalam pada itu makanan yang dicemari oleh bakteria keracunan makanan mungkin mempunyai rupa, rasa dan bau yang normal. Perlu dikenali beberapa jenis bakteria menyebabkan keracunan makanan iaitu kumpulan Salmonella, Kumpulan Staphylococcus Aureus, Kumpulan Escherichia coli, Baccilus cereus, Vibrio parahaemolyticus dan juga Campylobacter.

Didalam dunia kesihatan sering ditanya apakah dia 
jangkitan bakteria?. Jangkitan bakteria adalah jangkitan disebabkan oleh bakteria dimana jenis bakteria penyebab penyakit disebut bakteria patogenik. Bakteria menyebabkan jangkitan melalui beberapa cara seperti melalui saluran pernafasan (Bordetella pertussis), melalui luka terbuka (Escherichia coli), melalui sentuhan lansung dengan haiwan terjangkit (Bacillus anthracis), melalui pengambilan makananan yang tercemar (Brucella abortus), melalui melalui hubungan intim seks (Treponema pallidium) dan melalui daripada ibu kepada anaknya semasa kelahiran (Neisseria gonorrhoeae). Ramai mungkin pernah mengalami apakah simptom jangkitan disebebbkan oleh bakteria. Kebiasaannya dimana antara simptom jangkitan bakteria tertumpu pada satu bahagian tertentu dalam badan. Simptom jangkitan adalah seperti adanya tanda kemerahan, bengkak, sakit, sakit tekak, demam dan juga paling selalu dakwa adalah sakit kepala. Beberapa jensi penyakit yang disebabkan oleh bakteria banyak jenis kerana bakteria menyerang tubuh badan dan melemahkan sistem imun. Penyakit disebabkan bakteria adalah seperti batuk kokol (Bordetella pertussis), Jangkitan saluran kencing (Escherichia coli), Ulser (Helicobacter pylori), Leptospirosis (Leptospira interrogans), Batuk kering (Mycobacterium tuberculosis), Demam kepialu (Salmonella typhi) dan beberapa panyakit lain. Jangkitan bakteria dikesan dengan pemeriksaan mikroskopik, pewarnaan, pengkulturan dan pemencilan bakteria daripada spesimen. Spesimen yang digunakan adalah seperti sampel kahak untuk jangkitan salur pernafasan, banah dan wound swab untuk jangkitan pada luka dan darah untuk jangkitan aliran darah. Sampel lain adalah termasuk najis bagi masalah ciritbirit, bendalir cerebrospinal untuk penyakit meningitis, air kencing untuk jangkitan saluran kencing dan juga semua spesimen akan diperiksa untuk mengesan kehadiran bakteria. Jangkitan bakteria biasanya dirawat dengan antibiotik. Antibiotik boleh membunuh atau mencegah pertumbuhan bakteria. Pencegahan jangkitan bakteria termasuklah menjalankan amalan gaya hidup yang sihat, mengelakkan pengambilan makanan dan minuman tercemar atau selalu mencuci tangan dengan bersih/ Sebaiknya melakukan pengendalian makanan yang bersih dan pastikan hubungan seks yang selamat.

Setelah faham tentang bakteria rasanya penulis bog hendak kongsikan info tentang apakah itu virus. Virus adalah agen jangkitan paling kecil. Virus hanya boleh dilihat dengan mikroskop elektron. Virus hanya bereplikasi dalam sel hidup dan berupaya menjangkiti tumbuhan, haiwan,bakteria dan manusia. Jangkitan virus adalah jangkitan disebabkan oleh virus. Virus biasanya menjangkiti manusia melalui cara seperto dari saluran pernafasan (seperti virus influenza, virus measles), melalui mulut atau saluran usus (virus herpes simplex), melalui luka pada kulit (HIV, virus hepatitis C), melalui gigitan serangga terjangkit (virus dengue oleh nyamuk) atau pun melalui gigitan haiwan terjangkit (virus rabies oleh anjing). Virus juga disebarkan melalui hubungan seks (herpesviruses) dan daripada seorang ibu kepada anak yang dikandungnya (cytomegalovirus). Lazimnya kebanyakan simptom jangkitan virus adalah sama, dan bergantung kepada jenis virus yang dijangkiti. Simptomnya adalah seperti berlaku situasi hidung berair, Sinus, Batuk, Sakit tekak, Ruam, Sakit atau pun demam. Kelainan jenis penyakit yang disebabkan oleh virus memang berbeza dengan bakteria menyebabkan penyakit yang berlainan. Sesetengah penyakit disebabkan virus ialah seperti Penyakit tangan, kaki dan mulut (virus coxsackie).  Penyakit hepatitis kronik (virus hepatitis B), AIDS (human immunodeficiency virus), Cacar air (varicella-zoster virus),  Beguk (mumps virus) dan juga Ketuat (human wart virus). Ada kaedah untuk mengesan jangkitan virus iaitu dengan pelbagai kaedah dan spesimen, bergantung kepada kawasan jangkitan dan jenis virus yang disyaki. Antara spesimen untuk mengesan jangkitan virus adalah seperti kahak (throat and nasal swab untuk jangkitan salur pernafasan), conjunctival swab untuk jangkitan mata, Air kencing untuk jangkitan saluran air kencing, Darah atau air kencing dan genital swab untuk penyakit jangkitan kelamin,  Najis and swab rektum (untuk jangkitan saluran gastrointestinal) dan melalui coretan kulit, bendalir daripada vesikel dan darah (untuk jangkitan kulit). Kaedah yang boleh digunakan termasuk teknik PCR, pengkulturan dan mikroskop elektron dalam mengesan antibodi , antigen atau partikel virus. Tiada rawatan khusus untuk jangkitan virus.Virus dirawat dengan antiviral dan dicegah dengan vaksin. Antiviral hanya bertindak merawat simptom jangkitan dan meningkatkan sistem keimunan badan supaya tubuh dapat melawan sendiri jangkitan virus. Virus tidak boleh dibunuh dengan antibiotik. Kita boleh mencegah jangkitan virus dengan cara selalu mencuci tangan dengan bersih, perlakuan aktiviti seks yang selamat (safe sex),  Elakkan daripada mengambil minuman dan makanan tercemar, Elakkan perkongsian jarum suntikan dan juga sentiasa mengamalkan pemakanan yang seimbang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
HIDUPAN HALUS ...NAMANYA BAKTERIA.... 
PENYEBAB PENYAKIT... PADA MANUSIA...
BANYAK JENISNYA... ADA YANG BAHAYA...
BERLAINAN VIRUS... BERLAINAN RUPANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 Jamadilawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.