Sunday, January 2, 2022

IKAN JELAWAT DAN KISAH MENARIK

 IKAN JELAWAT (Leptobarbus hoevenii) atau juga dikenai sebagai Ikan Sultan merupakan ikan pemangsa air tawar yang sukar ada dijual dipasar-pasar kerana dari segi namanya sahaja penulis blog dapat tahu ia hanya untuk hidangan Sultan atau Raja sahaja zaman dahulu. Penulis blog beberapa kali dapat jumpa ikan jelawat ini di Mersing, Johor iaitu kawasan Taman Negara Endau-Rompin semasa membuat tinjauan ke kawasan pekampungan Orang Asli, Kg Peta untuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Mersing dahulu. Memang ada banyak ikan jelawat dibeberapa buah lubuk didalam kawasan konservasi di taman tersebut dapat dilihat. Sebenarnya ikan jelawat ini ada dianak sungai disebelah rumah di Kampong saya di Muar, Johor walau pun spesisnya agak berlainan dengan yang ada di Mersing. Ikan ini mempunyai bentuk badan agak panjang yang menarik dengan mempunyai sisik berkilat. Melihat kepada warna sisiknya dilihat ia seakan berwarna kehijauan dari bahagian atas dan bahagian abdomennya berwarna keputihan bercampur seakan warna perak. Jika diteliti dengan lebih dekat dilihat dibahagian sirip ikan ini akan dilihat warna merah cerah (Sila lihat foto diatas). Dilaporkan bagi ikan jelawat juvenile (anakan) akan dapat dilihat satu garian berwarna hitam melintasi bahagian tengah badannya. Ia mampu bergerak dengan pantas didalam air tawar. Biasanya ikan jelawat ini boleh membesar sehingga 160 cm dan merupakan ikan oviparous, maserba, gregarious dimana ia juga biasanya berenang pada pertengahan sehingga dasar air. Taburan ikan jelawat ini dipercayai  berada dalam sungai, tasik dan lombong di sekitar Malaysia, Indonesia dan Thailand. Seperti dilaporkan walau pun ikan ini dildakwa suatu masa dahulu hanya menjadi santapan di raja tetapi setelah ikan ini berjaya dibiak dan telah dikomersilkan ia sudah ada dipasaran bagi hidangan ramai walau pun harganya agal lumayan tinggi. Setakat ini hanya ada beberapa kali dapat ujirasa ikan jelawat liar yang mana ia dihidangkan oleh kelompok petani di sebuah kampong yang juga peserta Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di sebuah kampung dekat Sungai Pahang dengan membakarnya semasa bertugas di Pahang dahulu. Memang ikan ini istimewa kerana sungguh enak dimakan. Artikel pagi ini dalam blog  "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa kisah berkaitan ikan jelawat dalam media tempatan dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Portal berita tempatan bertajuk 'Putih mata bila ikan kolam terlepas' berlaku di Alor Gajah, Melaka akibat banjir besar yang melanda. Dilaporkan beribu-ribu ikan tilapia dan jelawat dari kira-kira 60 kolam terlepas dalam kejadian banjir di Kampung Sungai Buloh merugikan ramai penternak ikan air tawar. Hujan lebat di hulu sungai di Tampin, Negeri Sembilan sejak jam 5.30 petang telah pun mengakibatkan air melimpah masuk ke dalam banyak kolam ikan air tawar dimapong ini. Kolam ikan dikampung ini telah dibina semenjak tahun 1980'an lagi dan diselenggara sehingga tahun 2021 ini. Kejadian banjir itu menyebabkan kira-kira 20 pemilik kolam yang keseluruhannya anak jati kampung berkenaan mengalami kerugian berpuluh-puluh ribu ringgit. Bagi Muhammad Ramli Abdul Hamid (69 tahun) amat terkejut apabila mendapati dua kolam ikan tilapia dan jelawat di hadapan rumahnya dipenuhi air sungai yang melimpah. Dia yang baru balik dari masjid jam 9 malam akan tetapi tidak dapat ke rumah kerana jalan antara dua kolam dinaiki air dan saya terpaksa menunggu hingga air surut pada jam 10.30 malam (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya masih ada kira-kira 3,000 ikan tilapia merah dan jelawat dalam kolam pertama dan 2,000 ekor lagi dalam kolam kedua dihanyutkan arus sungai yang deras. Rakannya Hairuddin Bakar (47 tahun) pula berkata dimana dia tidak mampu berbuat apa-apa apabila kolam yang dipenuhi 3,000 ikan tilapia merah dan jelawat dimasuki air yang melimpah dari sungai yang hanya kira-kira satu meter dari kolam. Hujan lebat mulai menyebabkan kolam ikannya dimasuki air sungai dan kira-kira jam 8 malam, air sudah penuh dan ikan terlepas keluar. Kejadian itu juga telah menyebabkannya mengalami kerugian beribu-ribu ringgit berdasarkan ikan tilapia merah yang dijualnya pada harga RM9 sekilogram dan anak jelawat RM10 sekilogram.


Berlainan pula kisah di Pekan, Pahang dimana 'Air Hitam Paya bawa petaka' kepada penternak ikan air tawar disini. Dilaporkan akibat f
enomena air paya gambut berwarna hitam masuk ke Sungai Pahang selepas banjir surut menjadi punca banyak ikan dalam sangkar mati hingga menyebabkan kerugian lebih RM300,000 kepada penternak. Ikan pelbagai saiz jenis patin, kerai, tilapia dan jelawat mati setiap hari sejak dua minggu selepas fenomena ini dengan jumlah yang banyak. Bagi penternak Ahmad Abdullah (70) dan isterinya mendakwa dalam tempoh dua minggu ini dia kerugian lebih RM300,000 apabila ikan dalam 80 sangkar di Sungai Pahang dekat Kampung Tanjung Medang didapati teah pun mati setiap hari. Beliau dakwa dimana air paya gambut berwarna hitam yang bertakung dan agak masam serta berbau ini dalam beberapa minggu ketika banjir kemudian mengalir masuk ke dalam Sungai Pahang apabila banjir surut adalah merupakan dan menjadi punca utama ikan sangkar miliknya mati dengan jumlah banyak. Dia dakwa setiap hari lebih 500 kilogram (kg) ikan patin buah, kerai dan jelawat pelbagai saiz mati seperti berlaku keracunan apabila badan ikan berwarna putih dan mengeluarkan bau busuk. Sebagai usaha beliau akan mengutip ikan-ikan tersebut da dibawa pulang untuk disiang dan kemudian diproses menjadi ikan perkasam (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun tidak semua spesis ikan akan dijadikan pekasam kerana ia sudah tidak sesuai diproses. Membuat perkasam ini setidak-tidaknya boleh menjana sedikit pendapatan.

Seorang usahawan penternak ikan kecewa apabila beliau yang juga '
Penternak ikan sangkar rugi RM7 juta angkara khianat' dilaporkan dalam portal utusan.com pada April 2021. Kisah dipetik dari Ipoh, Perak dimana seorang penternak ikan sangkar kerugian hampir RM7 juta selepas sebanyak 280 sangkar ternakannya pecah dan dihanyut­kan arus deras Sungai Perak dipercayai angkara perbuatan khianat dalam kejadian di sini pada Isnin lalu. Bagi Heng See Yong (33 tahun) mendakwa akibat kejadian pada kira-kira pukul 5 petang itu menyebabkan hampir kesemua ikan ternakannya kira-kira 500 tan terlepas ke dalam sungai manakala sebahagian besar daripada 280 buah sangkar ternakannya pecah. Dia laporkan telah  menternak ikan tilapia, patin, jelawat, jelai dan baung serta termasuk sangkar yang musnah dan menganggarkan rugi RM7 juta akibat kejadian itu. Sangkarnya hanyut dan pecah disebabkan tali pengikat sangkar terputus. Dia rasa ta­linya dipotong sebab dia guna 10 tali untuk mengikat sangkar daripada dihanyutkan arus deras. Katanya mana mungkin semua tali putus sekali gus, lagipun dia guna tali yang besar dimana kalau terputus pun mungkin satu atau dua sahaja tak mungkin semua sekali terputus. Kejadian ini pertama kali berlaku sejak 11 tahun dia mengusahakan ternakan ini. Dia yang kemudian membuat laporan polis dan menunggu polis menjalankan siasatan. Di menambah ketika kejadian, arus sungai deras dan dia yang dibantu 13 bot rakan-rakannya yang lain cuba menyelamatkan sangkar yang ha­nyut, namun usaha mereka gagal kerana sangkar terlalu besar. Mungkin hanya lima peratus sahaja ikan dan sangkar yang hanyut dapat diselamatkan.Dia yang kesal terhadap mereka yang mengambil kesempatan mengambil ikan daripada sangkarnya yang pe­cah ketika kejadian. Kini ada di antara mereka yang menyauk ikan dari sangkarnya sehingga meme­nuhi sampan.
Dakwanya orang kutip ikan, kita tak boleh buat apa-apa pada masa itu walaupun ikan belum terlepas ke sungai tetapi mereka naik atas sangkar dan sauk ikan. Jumlah kehilangan sebanyak 300 kilogram dari sangkarnya malah semakin ramai yang datang menyauk ikan dalam sangkar . Inilah risiko dalam pertanian terutama sektor akuakuktur yang perlu dihadapi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!
IKAN JELAWAT... MAHAL HARGANYA....
AKIBAT BANJIR... HANYUT SEMUA...
IKAN MATI... AIR PAYA SEBABNYA...
ADA YANG KHIANAT... BAGAIMANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Outrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 Jamadilawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.