Wednesday, December 15, 2021

BROMELIAD DAN CIRI KHASNYA

BROMELIAD
kepada sesetengah orang mungkin agak kurang mengenalinya dimana sebenarnya keluarga tumbuhan dari Bromeliad yang besar (dahulunya dikenali sebagai Pineapple) mempunyai lebih daripada 2,000 spesies. Bromeliads juga merupkan sejenis tumbuh-tumbuhan monocotyledonous yang berbunga yang merupakan tumbuh didalam habitat asal terutama di kawasan tropika dan ada juga yang tumbuh dikawasan subtropika sehinbgga kekawasan padang pasir hingga hutan hujan hijau. Lazimnya apa yang dikaji dimana di bawah keadaan habitat semula jadi dimana tumbuhan bromeliad tumbuh di atas tanah dimana ada spesis batangnya yang tenggelam dalam air dan ada yang berada di atas batu. Tumbuhan yang pelbagai ini disebabkan oleh habitat yang luar biasa dimna sama dengan tumbuhan lain yang mempunyai sistem akar yang agak lemah. Ini kerana walaupun banyak spesies tumbuh bromeliads tumbuh di tanah fan menerima nutrien dari tanah tetapi ia agak lasak bagi sesetengah spesis. Bromeliads adalah tumbuhan monocarpic yang unik kerana apanila ia berbunga atau matang seringkali kelihatan pada bahagian daun seakan dicat dengan warna-warna cerah yang menarik sehingga selalu menjadi hiasan. Bergantung kepada genus dan spesia dimana kebanyakan spesis mempunyai daun yang sempit dan tebal yang dikumpulkan dalam roset dan membentuk takungan. Kekadang akan ada air yang akan mengumpul di corong sedemikian dan juga ada serangga terjatuh kedalamnya dan kemudian serangga mati. Ia akan menjadi sisa-sisa organik terbentuk supaya tumbuhan dapat makanan. Bromeliads merupakan tumbuhan satu ahli keluarga  nanas dimana ia mempunyai komposisi yang sangat menarik dan asli. Terkini ramai kalangan peminat bromeliads menjadikan tumbuhan ini sebagai hadian yang diletakkan didlam bekas ala Terrarium dihias dengan menarik (Sila lihat foto diatas). Produk ini semakin digemari dikalangan penghuni bandar dimana ia mudah dilihat, dijaga dan diletakkan dilokasi yang strategik dalam rumah. Artikel petang Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai bromeliads dn beberapa ciri khasnya untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Dalam pada itu penulis blog dapati dimana semua tumbuh-tumbuhan yang tergolong dalam keluarga ini boleh juga dibahagikan kepada tiga kategori bergantung kepada habitatnya. Tumbuhan bromeliad dikelaskan dari habitan Reservoir Bromeliads, Atmosfera Bromeliads dan Terestial Bromeliads. Bagi habitat asa; Reservoir bromeliads dimana ia merupakan diantara kumpulan terbanyak dengan daun yang berwarna yang indah seperti bentuk bulatan yang terang besar. Didalam katehori ini ada termasuk Spesis Gusmania, Vriesia, Neoregelia, Cryptanthus, Blue Tillandsia dan juga Echmea. Tumbuh-tumbuhan ini boleh dibezakan dengan yang lain dimana kelihatan roset berbentuk corong daun yang sempit. Bila dewasa atau berbunga akan meningkat dari pusatnya kepada peduncle tinggi. Daun yang membentuk kembang terpusat ditengahya untuk berfungsi sebagai takungan di mana air dikumpulkan. Kebanyakan tumbuhan ini berasal dari hutan Amerika di mana ia tumbuh di kawasan hutan atau di atas pokok. Akar tumbuhan ini memainkan peranan sejenis sauh (pelekat) memegang bunga di batang pokok induk dimana ia menumpang. Rosetnya akan hanya boleh keluar berkembang dalam masa beberapa tahun sebelum pembungaan bermula. Lazimnya bunganya boleh bertahan beberapa bulan sahaja sebelum roset utama mati dan ia digantikan oleh pucuk sisi yang tumbuh di pangkalnya kemudian. Dikaji dari segi marfologi dimana antara daya tarikan bunga ini dengan saiznya agak kecil dan selalunya hanya berumur pendek. Keanehan penjagaan tumbuhan tangki adalah penyiraman mereka: tuangkan air lembut ke corong, dan hanya selepas itu sedikit melembabkan permukaan tanah. Ia sering dikaitkan sebagai sejenis tumbuhan iaitu 'Bromeliad Epiphytic' dimana ia mempunyai akar yang agak lemah dan ia perlu ditanam sedemikian rupa sehingga mereka duduk dengan tegap dalam substrat dan perlu dijaga pokok tumpangan.  

Kategori bromeliads yang ke 2 iaitu Atmosfera Bromeliads dimana tumbuhan ini l
ebih suka menetap pada pokok duri kaktus besar iaitu berada di hujung cabang pokok tersebut secara aslinya. Tumbuhan bromeliads ini pula dilaporkan mempunyai sistem akar yang sangat lemah dimana didalam beberapa kes kedapatan bahagian akarnya tidak dilihat sama sekali. Mereka tidak mempunyai daun yang jelas akan tetapi berbentuk tumbuh-tumbuhan sangat pelbagai. Diantara spesis yang terkenal dalam kumpulan ini seperti Tillandsia spp. (Sila lihat foto disebelah).  Di bawah keadaan semula jadi spesia ini lazimnya akan mendapat air dari titisan embun atau kabus yang melekat pada daun. Spesis ini mendapat makanan dari zarah debu yang berada diudara dimana penulis blog juga mempunyai spesis ini diletak dipintu rumah selama 5 tahun tanpa di jaga tetap hidup subur. Tumbuhan ini bagaimana pun memang tidak boleh disiram akan tetapi ia hanya sesuai jika disembur dari botol semburan dengan air lembut. Tumbuhan bromeliad atmosfera memerlukan banyak cahaya akan tetapi letakkan dari terkena hujan terus. Ia juga tidak memerlukan substrat khusua seperti pembajaan kerana ia cukup baik untuk dijadikan sebagai tanaman hiasan. Kategori ke tiga merupakan bromeliads dari spesis Terestrial  dimana lazimnya jenis ini akan mempunyai sistem akar yang baik. Walau pun dilihat jenis ini berbeza dari kebanyakan tumbuhan indoor yang ain kerana dilaporkan ada tisu daun sesuai seakan berada di padang pasir yang akan mengumpul kelembapan. Lazimnya ia siliha agak sangat berisi, licin dan berkilat. Vagi menjaganya aktiviti penyiraman tumbuhan ini memerlukan cara sederhana dimana cara pengairan air substrat tidak dibenarkan. Keperluan pencahayaan untuk bunga ini juga bergantung pada keadaan di mana ia tumbuh dan ia juga memerlukan matahari. Antara yang popular adalah seperti tumbuhan Cryptanthus spp yang menarik juga. 

Antara beberapa jenis tanaman bromeliads yang eksotik dan popular terdapat di Malaysia terutama beberapa nurseri dan peminat bromeliads tempatan. Ada yang betul-betul sebagai pokok nanas iaitu Jenis Nanas, Jenis Bilbergia, Jenis Vriesia, Jenis Hechtia, Jenis Gusmania dan juga Jenis Neorelgia. Jenis Nanas mungkin diantara houseplant bromeliads yang paling terkenal dari keluarga ini. Kebanyakan peminat bromeliads ini kenal dimana pokoknya mempunyai buahnya yang besar seakan nanas biasa yang kelihatan seperti putik nanas segar. Ia selalunya mempunyai jenis daun yang agak panjang dan tajam dan sesuai ditanam dikawasan terbuka dimana ada banyak cahaya matahari. Ia mudah dibeli dibeberapa pembekal tempatan dengan pelbagai pilihan. 
Jenis bromeliads BILBERGIA pula adalah tumbuhan yang sama sekali tidak kelihatan menonjol dan panjang dengan ada daun yang tergantung. Ia hanya akan mekar hanya sekali dalam seumur hidup dimana ia memerlukan pencahayaan yang terang dan kelembapan sederhana. Jenis VRIESIA pula merupakan sejenis tumbuhan yang sudah ada pengalaman dalam cara menanam Epiphytes bromeliads yang semakin meningkat. Walau pun ia tidak sesuai ditanam diatas tanah sebaliknya sesuai ditanam di atas kayu oak, pokok atau mana-mana batang pokok lain (Sila lihat foto disebelah). Jenis ini juga memang memerlukan kelembaban tinggi dan disiram dalam roset daun. Jenis Hectia pula adalah jenis bromeliad daratan yang agak ringan dan berkhasiat. Tumbuhan Hectia dilapor memerlukan penyiraman yang banyak dimana ia suka kepada cahaya matahari yang banyak dan perekitaran udara kering. Jenis bromeliads GUSMANIA mempunyai bentuk roset padat daun panjang yang cerah. Dia memerlukan kelembapan yang tinggi, penyiraman yang banyak, tempat yang terang, tetapi ia wajar melindungi tanaman dari sinar matahari langsung. Ia lazimnya akan mengeluarkan bunga mekar di musim sejuk dengan perbungaan yang menakjubkan. Terakhir adalah jenis bromeliads NEOREGELIA dimana bunganya mempunyai daun yang sangat panjang iaitu sehingga 35 cm yang membentuk roset basal padat dimana pada pangkal yang menjadi merah sebelum berbunga. Tumbuhan neorelia sesuai ditanam dilokasi yang cerah di mana banyak sinaran matahari.  

Menyentuh kepada cara penjagaan bromelids dan bagi mempastikan yang 
tumbuhan eksotik subur maka pemiliknya perlukan kemahiran dan kesabaran tertentu kerana perlu ada ilmu asas menjaga tanaman ini. Pastikan lokasi meetakkan bromeliads disesuaikan dengan habitat yang diperlukan mengikut spesis dipilih. Ada spesis bromeliads yang memerlukan suhu yang agak tinggi (sekurang-kurangnya lebih dari 25 °Celcius bagi membolehkan tumbuhan mudah berbunga. Ia juga sesuai dipastikan ditanam dikawasan sejuk dengan suhunya kurang dari 12 °Celcius. Bagaimana pun hasil bebrapa rujukkan dimana lazimnya kebanyakan bromeliads memerlukan banyak cahaya matahari yang terang. Banyak bromeliads tidak boleh bertolak ansur dengan aktiviti penyiram air dimana tumbuhan ini dipastikan mempunyai sistem saliran yang baik. Tanah yang ditanam dengan bromeliads perlu disiram hanya selepas kering. Bagi spesis yang tertentu yang tidak membentuk roset sebaiknya diperiksa dimana tanah harus sederhana lembab. Penyemburan air menggunakan alat penyembur sesuai digunakan untuk kebanyakan spesis bromeliads terutama pada musim panas. Bagi tujuan pemberian makanan atau baja sebaiknya diberikan menggunaka baja semburan (baja foliar) yang diberikan secara semburan terus kebahagian tymbuhan bergiliran dengan semburan air. Walau pun secara semula jadi dimana tumbuhan ini hampir tidak mempunyai akar untuk menyerap nutrien sebaiknya berikan baja semburan dengan kadar kepekatan dikurangkan 5 kali ganda kurang daripada piawaian biasa yang dituis pada label. Penjagaan bromeliads pada peringkat awal perlu diperiksa selama 3 bulan sebelum ia dianggao sudah establish untuk dikatakan sebagai ornamental planta yang menarik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BROMELIADS... TANAMAN HIASAN APA DIA...
KELUARGA NANAS... BANYAK JENISNYA...
MUDAH DITANAM...IA SENTIASA DIJAGA...
BUNGA MENARIK... PENDAPATAN DIJANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah, Melaka,
Malaysia.
(9 Jamadilawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.