Thursday, December 16, 2021

PENGELUARAN SUSU GETAH - APA ISUNYA

SUSU GETAH (Rubber latexs) merupakan salah satu penghasilan utama dari tanaman gerah selain daripada batang kayunya. Tanaman getah (Hevea brazilliensis) di Malaysia adalah merupakan satu tanaman industri atau estet perladangan yang menghasilkan Getah Asli. Tumbuhan dari keluarga pokok berkayu Euophobiaceae ini pernah menjadi komoditi utama di Malaysia dan kini menjadi komoditi eksport di beberapa negara jiran sebagai punca pendapatan negara. Susu Getah (Rubber latex) yang diperolehi dari pokok getah digunakan secara meluas di dunia untuk bahan industri berasaskan getah dan bersaing dengan getah tiruan. Keluasan penanaman pokok getah di Malaysia kini dilaporkan telah berkurang sebanyak 28.1% daripada tahun 2000 hingga tahun 2010. Iaitu daripada seluas 1.43 juta hektar kepada  1.03 juta hektar. Penurunan yang lebih signifikan dilihat dalam sektor ladang atau estet dengan pengurangan sebanyak 49.67 peratus menjadikan keluasan bagi tanaman getah ladang atau estet pada tahun 2010 pada paras 61,100 hektar berbanding pada tahun 2000 iaitu pada paras 123,780 hektar. Namun begitu masih tetap berlaku peningkatan eksport getah Malaysia iaitu sebanyak 22.54 peratus  daripada 548,235 tan pada tahun 2000 kepada 707,793 tan pada tahun 2010 (Sumber: Lembaga Getah Malaysia, 2011). Penggunaan getah tiruan juga lebih banyak berbanding dengan penggunaan getah asli. Pokok getah berasal dari Brazil atau kawasan hutan Amazon yang tumbuh liar sebelum di bawa ke kawasan lain di dunia untuk dijadikan komoditi perladangan utama seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand, India dan Sri Lanka. Pengeluar getah asli dunia hampir 90% adalah di kawasan Asia Tenggara. Sejarah menunjukkan pada tahun 1876 pemerintah Inggeris iaitu Mr. H.A. Wickham telah membawa 70,000 biji benih getah dan di bawa ke Royal Botanic Garden di England sebelum ditanam di Sri Lanka, Jawa dan Singapore Botanic Garden. Mr H.H. Ridley kemudian mengembangkan tanaman getah di Malaysia sebagai tanaman perladangan dengan memperkenalkan kaedah kutipan susu getah menggunakan kaedah 'menoreh' yang lebih produktif berbanding dengan mencedrkan pokok seperti ditempat asal. Artikel malam ini dalam blog "Anin Agro Technology" saya paparkan mengenai beberpa isu susu getah yang dilaporkan didalam media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Dalam portal berita sinarharian,com.my dari Alor Setar, Kedah melaporkan 'Penoreh digallak hasilkan susu getah' menarik ditulis semula. Penoreh getah kini digalakkan menghasilkan lebih banyak susu getah (susu getah) berbanding getah sekerap (cuplump) apabila fasa pertama Kedah Rubber City (KRC) mula beroperasi Mac 2020. Ini kerana apabila KRC beroperasi kelak maka jumlah permintaan susu getah dalam negara dijangka meningkat bagi memenuhi pasaran industri getah dunia. Pendapatan penoreh juga akan meningkat susulan nilai susu getah adalah 30 peratus lebih tinggi berbanding harga sekerap. Sebaiknya bagi persediaan awal dimana kerajaan sedang mengenal pasti pengusaha tanaman getah yang bersedia bekalkan susu getah bagi kegunaan pelbagai industri getah di KRC. Fasa pertama KRC seluas 30 ekar dijangka siap menjelang Mac 2020 dan KRC memerlukan susu getah berkualiti tinggi untuk hasilkan produk teknologi tinggi seperti peralatan perubatan, sarung tangan, pembuatan tayar dan pelbagai lagi. Apabila permintaan susu getah meningkat, secara tidak langsung kita bantu tingkatkan taraf hidup dan pendapatan penoreh. Bagi memastikan KRC mendapat perhatian dunia maka kerajaan negeri Kedah melalui Invest Kedah menandatangani memorandum perjanjian (MoU) bersama China (Sanya) Public Diplomacy Institute, di Global Rubber Conference ke-15 yang diadakan di Hainan, China. Kolaboratif itu adalah bagi membangunkan industri getah negara, menerusi kajian dan usahasama dua pihak untuk berdepan saingan rantau Asia Tenggara susulan penggunaan getah semakin meningkat khususnya di China dalam pelbagai sektor berkaitan. KRC boleh tawarkan pelbagai produk terutama apabila Hainan dijadikan pulau perdagangan bebas dan berperanan sebagai pusat mengumpul data industri getah. Ketika itu KRC dijangka boleh menjadi pusat pengeluar getah berteknologi tinggi untuk penuhi pasaran dunia. Kini dilaporkan teknologi getah di China berada di tahap tinggi apabila negara itu memulakan projek perintis menoreh pokok getah dengan menggunakan mesin robotik. Negara kita masih mempunyai penoreh kalangan tenaga manusia, namun itulah gambaran masa depan dalam industri getah. Rakyat harus ceburi sektor kerjaya yang mempunyai prospek tinggi dalam bidang berkaitan IR 4.0 agar dapat penuhi permintaan industri akan datang.

Portal sama melaporkan 'Soalan dari seorang penoreh getah' dari Kuala Kangsar, Perak yang isinya amat menarik dijadikan bahan rujukkan. Berita yang disiarkan pada hujung tahun 2019 ini msih relevam untuk dikongsikan dalam artikel kali ini. Wartawan menulis berpeluh di bawah matahari yang membakar serta dikejar oleh gerombolan nyamuk (satu tamparan boleh membunuh sehingga 5 ekor) seorang penoreg getah bernama Ah Seng yang berusia 57 tahun menunjuk wartawan SH bagaimana cara menoreh getah. Dakwanya ia mesti satu gerakan kemas kerana jika torehan itu bergerigi maka susu getah tidak akan mengalir keluar. Dia yang mula belajar cara menoreh getah ketika berusia tujuh tahun dimana ibu bapanya juga penoreh getah (Sila lihat foto disebelah). Temubual diteruskan dengan Ah Seng selepas habis menoreh dikebun getah seluas 2.73 hektar. Dakwanya kini dia sudah tidak mampu untuk makan sampai kenyang apabila purata pendapatannya merosot dengan banyaknya apabila harga susu getah berada sekitar RM2.40/kg. Dakwanya pada 2008, harga susu getah lebih RM7.00/kg tetapi sekarang beliau memperoleh pendapatan kasar ada purata kira-kira RM1,600 sebulan. Apabila keadaan baik maka jumlah pendapatannya boleh mencecah RM2,000. Menambah ceritanya pada tahun 2018 dimana harga jatuh ke paras bawah RM2 dan dia tidak yakin ia akan pulih dalam masa terdekat. Dia hanya boleh berharap kerana isu lain dihadapi adalah hujan kerana tidak boleh kawal cuaca. Apa pun lazimnya dalam sebulan dia dan penoreh-penoreh lain dikampungnya  hanya ada 10-11 hari torehan kerana hujan. Kini dengan harga sekitar RM2 didakwa dia dan isteri hanya dapat cukup-cukup hidup dan dipersoalkan bagaimana pula keluarga yang mempunyai anak-anak kecil dan sedang belajar di IPT. Dia nyatakan kini dia dan isterinya mempunyai 5 anak dimana semua bekerja di luar negeri. Wartawan bertanya kalau-kalau mereka menimbang untuk kembali ke Malaysia akan tetapi dia hanya sinis ketawa. Sebenarnya dia tidak cukup berani untuk tanya mereka supaya berbuat demikian. Ia adalah seperti negara ini tiada harapan. Ditambah pula dengan perasaan tiada harapan akibat kenaikan kos sara hidup. Dia dakwa apakah di Malaysia harga yang tidak meningkat terutama barang keperluan harian. Dia nyatakan dimana kini kelihatannya seolah-olah perlaksanaan SST lebih buruk daripada GST. Walau pun Ah Seng ketawa namun begitu adalah jelas bahawa di sebalik wajah riang terpancar akan kekecewaan sedang meningkat. Kos menjaga tanaman getah bukannya murah pada masa apabila sekampit baja urea kini berharga RM85/unit dan 200 liter racun perosak berharga RM220 iaitu kadar satu kenaikan harga 10 peratus dari tahun lalu untuk kedua-duanya. Dia yang juga menggaji pekerja asing yang menjaga ladangnya kerana faktur umur turut perlu membayar sejumlah RM240 seorang setiap tiga bulan. Memang tiada pekerja warga tempaan yang mahu melakukan kerja di ladang getah sekarang. Mengenai subsidi sebelum ini dia boleh dapat 18 kampit baja dan RM600 elaun setiap tahun akan tetapi kini permohonannya banyak kali ditolak kerana beliau 'tidak layak' atau ' tidak memberi maklumat yang cukup oleh pihak atasan. Bantuan ini akan menaikkan bukan saja pendapatannya tetapi juga semangatnya. Kini apabila harga adalah RM2 dia hilang semangat dan tidak akan mahu pergi bekerja lagi. Bila harga getah rendah maka makan pun tidak akan kenyang sementara badan jadi letih tanpa sebarang hasil.  

Portal ini melaporkan berita 'Penoreh berhadapan dengan penyutan susu getah' memang berkaitan dalam artikel ini. Berita dari Padang Besar, Perlis ini menyatakan dimana berlaku penyusutan susu getah yang semakin ketara dan agak membimbangkan golongan penoreh berikutan situasi berkenaan boleh menjejaskan pendapatan mereka. Bagi seorang penoreh getah Felda Mata Ayer bernama Subuh Bidin (68 tahun) nyatakan dimana keadaan tersebut berlaku sejak beberapa bulan lalu menyebabkan perbelanjaan barangan keperluan harian terpaksa dicatu bagi mencukupkan jumlah perbelanjaan untuk persediaan persekolahan anak-anak yang kurang sebulan sahaja lagi. Perkara ini berkaitan pakaian sekolah juga terpaksa diketepikan terlebih dahulu bagi memberi keutamaan kepada yuran dan pembelian buku. Kes sama juga dinyatakan oleh Shafie Sawai (66 tahun) dakwa akibat cuaca panas akibat musim kemarau yang melanda Perlis turut memberi kesan kepada penoreh apabila susu getah yang ditoreh cepat mengering. Keadaan tersebut telah menyebabkan pendapatan mereka susut sekali ganda berbanding sebelumnya. Kini daripada lebih 250 kilogram getah diperoleh dalam seminggu didakwahasilnya cuma tinggal kira-kira 150 kilogram sahaja. Tambahan pula pada getah ketika ini cuma antara RM2.40 hingga RM2.60 sekilogram memang mebimbangkan penoreh getah. Jika diikutkan mereka harga tersebut masih tidak berupaya mengurangkan beban penoreh, lebih-lebih lagi ketika berdepan musim kemarau dan hujan yang tidak menentu. Dakwa Pengerusi Majlis Belia Felda Mata Ayer iaitu Firdaus Amer mendakwa kesemua penoreh getah berdepan dengan masalah masa. Kini kejadian penyusutan susu getah berlaku sejak November lalu akibat musim kemarau yang dijangka berlarutan sehingga Januari depan. Mereka dakwa jumlah  pengeluaran susu getah berhenti dalam tempoh kurang 30 minit selepas ditoreh, berbanding dua atau tiga jam sebelum ini.

Portal berita hmetro.com pula dengan tajuk 'P
enoreh getah lebih selesa jual getah sekerap' sesuai dijadikan bahan rujukkan artikel kali ini. Dilaporkan dimana penorehh getah bernama Bukhari Yunus menoreh getah dengan membuat getah sekerap di kebunnya di Kampung Solok Limau Nipis, Masjid Tanah, Melaka sejak sekian lama (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan kini kebanyakkan penoreh getah di Alor Gajah, Melaka dan di seluruh Malaysia amnya enggan berpindah kepada kaedah penghasilan susu getah atau lateks kerana ia membabitkan proses rumit sedangkan harganya tidak terlalu jauh berbeza dengan penjualan getah beku. Kini ramai penoreh mendakwa terpaksa menunggu susu getah berhenti menitik antara empat hingga lima jam sebelum mampu membawa keluar hasil dari kebun berbanding hanya perlu menoreh dan meninggalkan getah membeku dalam mangkuk hingga menjadi getah beku atau sekerap. Bagi Bukhari sejak menoreh pada usia 20 tahun memang dia tidak pernah menghasilkan lateks kerana ia membabitkan kerja disifatkan rumit berbanding menghasilkan getah beku. Waktu itu harga getah tinggi tetapi sekarang harga getah sekerap cuma RM1.75 sekilogram. Jika dia buat getah cair (lateks) memang dia percaya harganya tidak terlalu tinggi hingga dua atau tiga kali ganda. Dia mendakwa kini memperoleh antara RM100 hingga RM150 seminggu hasil daripada kegiatan menjual getah beku iaitu pada harga purata antara RM1.70 hingga RM1.80 sekilogram. Kini jika dia buat getah cair memang kena bekerja dari subuh hingga petang untuk menoreh, menunggu susu getah berhenti menitik, mengutip dan membawanya keluar dari kebun. Memang perlu banyak masa yang dihabiskan sedangkan ketika ini dia hanya perlu bekerja dari jam 7 pagi hingga 9 pagi untuk tujuan menoreh dan menghasilkan getah beku. Waktu yang terluang digunakan untuk mengambil upah bertukang. Berita ini adlah berkisar dari kenyataan Pengarah RISDA Melaka yang telah menggesa seramai 9,723 pekebun kecil getah di Melaka disyorkan untuk berpindah kepada penghasilan lateks kerana ia mampu melonjakkan pendapatan sebanyak 30 peratus.
Pihak RISDA bersedia membawa Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (MARDEC) membeli lateks daripada pekebun kecil, asalkan mereka bersedia melakukan anjakan dalam pengeluaran hasil komoditi itu. Dalam kes lain dimana seorang penoreh, T Ganasenaran (63 tahun) menyatakan dimana dia tetap memilih untuk menghasilkan getah beku berbanding getah cair kerana ia lebih mudah sesuai dengan tenaga dan usianya yang sudah lanjut. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
SUSU GETAH... PUTIH WARNANYA...
DITOREH TELITI... DICAWAN MASUKNYA...
GETAH SEKERAP... PENOREH SUKA... 
BERBAGAI CERITA... DLAM MEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Jamadilakhhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.