Saturday, November 13, 2021

TANAH UNTUK PERTANIAN - APA DIA? (Part 4)

TANAH (SOIL)
merupakan salah satu dari komponen penting dalam sektor pertanian selain daripada bidangusaha, modal, pengurusan, amalan agronomi dan pemasaran. Tanah ialah lapisan atas permukaan bumi dimana ia mempunyai lapisan yang berbeza dari segi ketebalan dan warna yang dipengaruhi oleh iklim, topografi, bahan induk, tumbuhan asal dan masa. Penulis blog belajar mengenai tanah semenjak sekolah rendah lagi dan di perkukuhkan lagi semasa berada disekolah menengah di bidang pertanian dan lebih terperinci di universiti. Tanah sebenarnya amat penting dipelajari oleh semua pihak sama ada untuk sektor pertanian, perindustrian dan juga lain-lain sektor. Tanah boleh dibahagikan kepada Tanah Atas, Tanah Bawah dan Batuan. Tanah Atas merupakan lapisan paling atas dimukabumi dimana lazinya akab terdapat sisa tumbuhan dan haiwan dengan kadar ketebalan 15 cm dan lapisan paling subur sesuai untuk aktiviti pertanian. Ia selalu mempunyai sistem pengudaraan baik dan kandungan bahan organik tinggi dimana ciri ni diperlukan oleh akar tumbuh dengan baik dan adalah tempat tinggal hidupan tanah atau mikroorganisma lain. Bagi Tanah Bawah pula ia berada di bawah tanah atas dengan ciri yang lebih padat serta mengandungi bahan terkumpul melalui larut resap. Ia juga merupakan jenis lapisan keras dan padat dimana ini akan menghalang akar tumbuh dan pengaliran air dimana hanya ada sedikit organisma hidup. Ia lazimnya mengandungi bahan terkumpul melalui larut resap dan ini menghalang akar tumbuh dan pengaliran air. Lapisan Batuan pula adalah bahan induk tanah yang akan mengalami proses luluhawa. Lazimnya susunan profil tanah adalah ada empat bahagian iaitu atas sekali terdiri dari lapisan atas, lapisan tengah, lapisan tengah, lapisan bawah dan lapisan batuan induk. Kepentingan Tanah secara umumnya tanah akan memberi sokongan mekanik kepada akar dan lakukan cengkaman akar menyebabkan tumbuhan tumbuh tegak agar daunnya menerima cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis. Tanah juga membekal nutrien kepada tumbuhan dimana ada simpanan nutrien dimana terdapat sebahagian pula berbentuk bahan organik yang dibebas apabila reput. Unsur baja dalam tanah akan bertindakbalas dengan kumin tanah dan disimpan dalam tanah. Tanag juga akan membekal oksigen dan air kepada tumbuhan dimana udara tanah selalu mengandungi gas Karbon dioksid (CO2) dan Oksijen (O2) dan lain-lain lagi dimana ada lebih banyak kerana terhasil dari respirasi akar, respirasi mikro- organisma tanah dan aktiviti pereputan bahan organik. Kajian mengenai kesuburan tanah untuk pertanian dilakujan sejak beratus tahun untuk ianya diketahui akan cirinya dimana ini akan membantu amalan agronomi yang bakal dilakukan didlam pertanian. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya berkongsi dengan pembaca semua mengenai maklumat tanah untuk pertanian sebagai bahan rujukkan semua.

Tanah pertanian perlu dilakukan proses  Pemugaran sebelum dapat dilakukan penanaman terutama untuk tanaman makanan. Pemugaran ialah kerja-kerja memecah, menggembur dan menghapus rumpai. Amalan yang disyorkan adalah termasuk proses pemugaran primer dimana kerja membajak mula dilakukan. Dalam pada itu maksud contoh alat pemugaran primer adalah seperti bajak sepak, bajak piring, bajak putar dan bajak pahat. Dalam amalan agronomi dimana tujuan pemugaran primer adalah untuk memotong dan membalikkan tanah sehingga ia pecah dan longgar daripada asalnya tanah keras. Apabila siap maka tanah ini sudah sedia pada permukaan dan ia sesuai untuk pemugaran sekunder. Proses pemugaran sekunder akan dilakukan selepas pemugaran primer yang bertujuan untuk memusnahkan rumpai, mencampur baja dan kimia pengawal perosak (Sila lihat foto disebelah). membajak kedua ini akan menimbus dan menggaul sisa tumbuhan, memusnah atau kawal perosak, menyediakan batas tanaman dimana dilihat hasil permukaan tanah halus untuk menyemai atau menanam. Contoh alat untuk kerja pemugaran sekunder seperti bajak sikat, penggembur dan alat pembatas. Tanah sawah diantara jenis tanah pertanian yang perlu dibajak setiap kali penanaman bari akan dilakukan. Tanah sawah yang terdiri daripada jenis liat akan dibajak putar dan kemudian dibajak halus sebelum permukaannya di ratakan (land levelling). Kerja meratakan permukaan sawah merupakan salah satu penentu didalam penghasilan dan produktiviti padi yang bakal dihasilkan selain daripada faktur pembajaan, kawalan air, varieti padi digunakan dan sebagainya.

Tanah pertanian juga selslu menghadapi nasaalah Hakisan Tanah (soil eroison). Tanah bercerun yang tidak dijaga baik akan terdedah dengan hakisan yang disebebkan oleh aliran air permukaan disebebkan hujan lebat di Malaysia. Isu hakisan tanah yang berlaku dikawasan tanah tinggi seperti di Cameroon Highland dan beberapa kawasan tanah tinggi lain sering menjadi berita viral (Sila lihat foto disebelah). Hakisan ini bukan sahaja merosakkan tanah untuk tanaman akan tetapi menyebabkan kehiangam nyawa mereka yang terlibat. Hakisan tanah juga berlaku dikawasan ladang dan kebun pertanian yang dibuka tidak mengikut jadual atau masa sesuai untuk semasa membuka ladang. Disyorkan dimana aktiviti pembukaan hutan untuk pertanian dan penebangan getah atau kelapa sawit secara meluas dilakukan pada musim panas dan elakkan musim hujan untuk kurangkan hakisan tanah. Daris segi amalan dimana ada beberapa jenis hakisan tanah yang boleh berlaku iaitu hakisan tanah dan hakisan alur serta hakisan lurah. Hakisan permukaan merupakan jenis hakisan peringkat permulaan dimana lapisan nipis permukaan tanah hilang dibawa air yang mengalir. Jenis hakisan alur pula akan berlaku selepas hakisan peringkat kedua dimana tanah akan dihakis lebih dalam membentuk alur. Ketiga adalah hakisan lurah apabila hakisan alur dibiar berterusan membentuk lurah dimana tahap ini sudah sukar dipulihkan. Langkah  dan prinsip pencegahan dan kawalan hakisan perlu dilakukan di Malaysia adalah untuk melindungi permukaan tanah terutama daripada timpaan hujan. Ia juga bertujuan untuk mengelak pengaliran air dan mengurangkan kadar kelajuan larian air. Kaedah mencegah dan mengawal hakisan tanah oleh air boleh dilakukan dengan Menanam penutup bumi seperti dengan cara menanam kekacang (jenis centro, peuro, calapo atau jenis keledek hiasan). Tanaman penutup bumi ini akan menutup pemukaan tanah bagi mengurangkan kelajuan larian air dan mengurangkan daya timpaan hujan. Akar tanaman ini akan mencengkam memegang butir tanah untuk mengelakkan dari dilarikan air. Kaedah kedua adalah dengan membuat teres dimana ia akan mengelak air hujan mengalir menerusi lereng bukit dimana ia akan memperlahan larian air permukaan semasa hujan. Kaedah kawalan hakisan yang ke 3 adalah dengan menanam mengikut kontor terutama dikawasan yang curam. Penanaman getah dan kelapa sawit mengikut kontor menghalang air mengalir turun sepanjang lereng bukit. Seterusnya cara ke 4 dengan cara membuat sungkupan dimana bahan diletak di permukaan tanah melindung permukaan tanah dari ditimpa hujan. Bahan yang digunakan untuk sungkupan adalah seperti rumput kering, daun kelapa, plastik (plastik silvershine) dan sebagainya. Diantara kebaikan sungkupan adalah ia mengelakkan berlaku  hakisan tanah,  mengelakkan tanah padat, menurunkan suhu tanah, memulihara kelembapan tanah dan juga mengelakkan pertumbuhan rumpai. Kaedah ke 5 kawal hakisan tanah adlaah dengan menanam secara jalur seperti menanam merentasi lereng atau kawasan curam. Ia akan menghalang air dari mengalir terus sepanjang kawasan curam. Akhirnya kaedah ke 6 adalah dengan membina sistem peparitan yang sesuai kerana air yang berlebihan dikumpul dan dipindah keluar melalui parit dengan cepat.

Di Malaysia aktiviti pertanian yang mana menggunakan tanah boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Pertanian Perladangan (Estet), Pertanian Pekebun Kecil dan Pertanian Pindah. Pertanian ladang adalah pertanian yang dilakukan diatas tanah yang sah dengan kawasan luas oleh syarikat keluarga, warga tempatan dan syarikat asing bagi tanaman tertentu seperti padi, kelapa sawit, getah, nanas, kelapa, koko dan beberapa buah-buahan terpilih. Kebanyakan tanah estet ini adalah daripada kawasan diluar bandar yang subur (rata-rata kelas 1 dan 2) yang agak rata dan mula dibangunkan semenjak zaman penjajahan kolonial dahulu. Keluasan ladang dimana keluasan tanah dimajukan melebihi 40 hektar (100 ekar) sehinga puluhan ribu hektar. Ladang mempunyai sistem pengurusan profesional dengan ada pengurus ladang, penolong pengurus, FA, mandur dan pekerja yang khusus menguruskannya. Satu ladang yang established mempunyai semua kelengkapan ladang seperti jalanladang, kilang, terekter, mesin dan juga keperluan infra yang lain. Ia memerlukan modal yang besar untuk dilaburkan sama ada melalui pinjaman bank atau modal syarikat. Hasil ladang biasanya banyak dan pasarannnya akan ditumpukan kebanyakannya untuk eksport dan juga sebahagian kecil untuk domestik. Ladang biasanya menggunakan teknologi moden dengan bahan input benih tanaman dan juga sistem amalan teknologi yang memberikan hasil produktiviti terbaik kepada syarikat. Pertanian pekebun kecil pula merupakan sebahagian besar yang melibatkan ramai petani dan selalu berasingan. Pekebun kecil adalah penduduk tempatan yang memajukan tanah sendiri atau sewa atau tanah kerajaan dengan kebenaran dengan keluasan yang kurang dari 40 hektar. Tanah pertanian pekebun kecil purata di Malaysia adalah sekitar 1 - 2 hektar sahaja dengan skop tanaman yang pelbagai daripada jenis tanaman industri (kelapa sawit, getah, koko, kopi) kepada jenis tanaman makanan (padi, sayuran, buah-buahan, herba dan sebagainya). Pekebun kecil diuruskan secara individu, secara berkelompok dengan modal yang kecil diperolehi dari modal sendiri, pinjaman keluarga atau pinjaman bank. Pekebun kecil sering menggunakan input yang moden bergantung kepada jenis tanaman dan tahap komesilisasinya. Hasil akan dipasarkan untuk pasaran tempatan, diproses dan sebahagiannya akan dieksport. Tahap penggunaan mesin dan jentera agak kurang begitu juga tahap kecukupan infrastruktur. Pertanian Pindah di Malaysia semakin kurang jumlah keluasannya dan hanya dilakukan dikalangan  orang asli di Semenanjung dan penduduk pribumi di Sabah dan Sarawak di kawasan hutan atau pinggir hutan. Ia mengamalkan konsep tebang, bakar, tanam, tuai dan tinggal. Tanah dipilih kebanyakannya diereng bukit dengan keluasan sekitat 0.5 - 1.0 hektar. Ststus tanah kebanyakannya adalah ribeb orang asli, milik masyarakat atau keluarga tertentu dan pemilikan individu jarang berlaku. Tanaman ruji seperti padi bukit, ubi kayu, keledek, sayuran dan ulaman diantara yang diusahakan dengan tanpa modal besar (atau tiada kos) kerana semua kerja dilakukan secara manual. Hasil tanaman untuk kegunaan sendiri atau kegunaan kelompok masyarakat mereka. Hasil biasanya rendah kerana tidak menggunakan input pertanian moden seperti baja kimia, racun kimia dan kualitinya juga rendah. 
Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAH PERTANIAN... APA DIANYA...
PROFIL TANAH... BERLAPIS PULA...
TANAH SUBUR... IA BERRONGGA...
WARNA TANAH... PENTING JUGA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Rabiulakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.