Friday, November 12, 2021

TANAH UNTUK PERTANIAN - APA DIA? (Part 3)

Hari ini mencapai sasaran pembaca blog yang ke 30 juta!.

TANAH (SOIL)
merupakan salah satu dari komponen penting dalam sektor pertanian selain daripada bidangusaha, modal, pengurusan, amalan agronomi dan pemasaran. Tanah ialah lapisan atas permukaan bumi dimana ia mempunyai lapisan yang berbeza dari segi ketebalan dan warna yang mana ia dipengaruhi oleh iklim, topografi, bahan induk, tumbuhan asal dan masa. Penulis blog belajar mengenai tanah semenjak sekolah rendah lagi dan di perkukuhkan lagi semasa berada disekolah menengah di bidang pertanian dan lebih terperinci di universiti. Tanah sebenarnya amat penting dipelajari oleh semua pihak sama ada untuk sektor pertanian, perindustrian dan juga lain-lain sektor. Tanah boleh dibahagikan kepada Tanah Atas, Tanah Bawah dan Batuan. Tanah Atas adalah merupakan lapisan paling atas dimukabumi dimana lazinya akab terdapat sisa tumbuhan dan haiwan dengan kadar ketebalan 15 cm dan lapisan paling subur sesuai untuk aktiviti pertanian. Ia selalu mempunyai sistem pengudaraan baik dan kandungan bahan organik tinggi dimana ciri ni diperlukan oleh akar tumbuh dengan baik dan adalah tempat tinggal hidupan tanah atau mikroorganisma lain. Bagi Tanah Bawah pula ia berada di bawah tanah atas dengan ciri yang lebih padat serta mengandungi bahan terkumpul melalui larut resap. Ia juga merupakan jenis lapisan keras dan padat dimana ini akan menghalang akar tumbuh dan pengaliran air dimana hanya ada sedikit organisma hidup. Ia lazimnya mengandungi bahan terkumpul melalui larut resap dan ini menghalang akar tumbuh dan pengaliran air. Lapisan Batuan pula adalah bahan induk tanah yang akan mengalami proses luluhawa. Lazimnya susunan profil tanah adalah ada empat bahagian iaitu atas sekali terdiri dari lapisan atas, lapisan tengah, lapisan tengah, lapisan bawah dan lapisan batuan induk. Kepentingan Tanah secara umumnya tanah akan memberi sokongan mekanik kepada akar dan lakukan cengkaman akar menyebabkan tumbuhan tumbuh tegak agar daunnya menerima cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis. Tanah juga membekal nutrien kepada tumbuhan dimana ada simpanan nutrien dimana terdapat sebahagian pula berbentuk bahan organik yang dibebas apabila reput. Unsur baja dalam tanah akan bertindakbalas dengan kumin tanah dan disimpan dalam tanah. Tanag juga akan membekal oksigen dan air kepada tumbuhan dimana udara tanah selalu mengandungi gas Karbon dioksid (CO
2) dan Oksijan (O2) dan lain-lain lagi dimana ada lebih banyak kerana terhasil dari respirasi akar, respirasi mikro- organisma tanah dan aktiviti pereputan bahan organik. Kajian mengenai kesuburan tanah untuk pertanian dilakujan sejak beratus tahun untuk ianya diketahui akan cirinya dimana ini akan membantu amalan agronomi yang bakal dilakukan didlam pertanian. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya berkongsi dengan pembaca semua mengenai maklumat tanah untuk pertanian sebagai bahan rujukkan semua.

Pertanian di Malaysia sering dikaitkan juga dengan jenis ta
nah bermasalah untuk tanaman makanan. Antara jenis tanah bermasaalah yang ada di Malaysia adalah Tanah Gambut, Tanah Asid Sulfat, Tanah Bris, Tanah Bekas Lombong, Tanah Lempung dan beberapa lagi. Tanah yang bermasaalah selalunya berkait dengan kandungan unsur utama nutrien yang sangat berkurangan, kekurangan bahan organik, pH tanah yang terlalu tinggi atau terlalu rendah serta ketidakupayaan untuk menyimpan air, kandungan humus tinggi dan nutrien dalam tanah (terlalu poros). Tumbuhan yang kekurangan nutrien akan menunjukkan beberapa simptom dilapangan. Gejala kekurangan ini sering dilaporkan berlaku kepada tanah bermasaalah, tanah yang terlalu kerap digunakan dan tidak dilakukan pemambahan baja yang sesuai mengikut keperluan tumbuhan. Penulis blog beberapa kali membuat tinjauan beberapa jenis tanaman seperti tanaman mangga chokanan di projek TKPM (Taman kekal pengeluaran makanan) diatas tanah bekas lombing dan tanah gambut diseluruh Malaysia. Tanaman mangga ini memerlukan sistem pengurusan khusus disesuaikan dengan tanah bekas lombong yang kurang bahan organik, terlalu kering dan suhu yang selalunya agak tinggi (Sila lihat foto disebelah). Unsur  Nitrogen (N) yang merupakan komponen protein diperlukan atau berfungsi untuk penghasilan klorofil biasanya akan dapat untuk mempercepat tumbesaran tumbuhan dimana ia menghasilkan daun lebih. Kekurangan N boleh dilihat diana berlaku klorosis atau daun menjadi kekuningan pada semua daun. Unsur Fosforus (P) berfungsi untuk mempercepatkan pengeluaran akar, bunga dan buah serta ia mempcepatkan kematangan pokok. Unsur in juga akan menguat tangkai buah diman penghasilan tenaga pada peringkat awal tumbesaran. Tanda daun berwarna hijau tua atau warna kemerahan atau ungu pada daun atau petiol merupakan diantara simptom kekurangannya. Unsur Kalium (K) berfungsi untuk ianya dapat mempercepatkan pengeluaran bunga dan buah. K juga akan memberi ketahanan pokok dari penyakit dimana ia diperlukan untuk metabolisme kanji dan protein serta mampu untuk tujuan pengaktifan enzim. Tanda seperti nekrosis (tisu mati) pada tepi daun tua/tepi daun terbakar dan klorosis antara urat daun muda antara kekurangan K pada tumbuhan.

Jenis tanah bermasaalah seperti tanah liat (atau juga dipanggil sebagai tanah lempung) adalah sering dijumpai. Tanah liat lazimnya mempunyai nilai pH ≤ 3.5 dan dikelaskan sebagai jenis tanah yang tidak subir. Ia juga mempunyai ciri ketoksikan Al, Fe dan Mn yang tinggi serta selalnunya juga mempunyai  bahan organik tinggi. Tanah gambut mempunyai saliran tidak baik dan selalunya tidak memberi sokongan pada akar (itulah sebebnya pokok sawiy boleh tumbng). Ia juga merupakan jenis tanah berasid dimana selalunya akan kekurangan unsur Cu, Mn, Zn, Fe, Mo dan Bo. Tanah ini mempunyai kandungan pasir tinggi, tanah tidak berstruktur, lapisan keras apabila ianya kering, mempunyai daya simpan air rendah dan akan berlaku kekurangan air pada musim panas. Tanah liat yang telah melalui proses pertanian lazimnya mempunyai nilai pH 4.3 - pH 5.8 dengan 80% adalah daripada jenis pasir yang tidak berstruktur. Ia juga memang mengandungi mineral kuarza, tidak kandung air, kandungan liat tinggi, saliran kurang baik dan memang sukar digembur. bagaimana pun amalan agronomi boleh dilakukan untuk menambahbaik tanah bermasaalah dengan pelbafai kaedah. Kaedah yang paling lazim dilakukan petani adalah dengan melakukan pembajaan tanah. Pembajaan boleh menggunakan pelbagai jenis baja sama ada baja organik, baha kimia (inorganik), baja foliar, pengapuran dan banyak lagi. Baja boleh digredkan dimana gred baja selalunya mengandungi kuantiti nutrien utama yang sepatutnya terdapat dalam baja. Agihan nutrien ini selau diberi dalam bentuk peratus (%N, %P2O5, %K). Sebagai contoh bagi Baja Ammonium sulfat ( 20 % N ) dimana baja ini mengandungi 20 % nitrogen atau bagi setiap 100 kg baja Ammonium sulfat terkandung di dalamnya 20 kg nitrogen. bagi baja sebatian kimia dengan formulasi seperti Baja NPK 16:16:17 dimana baja ini mengandungi 16 % nitrogen, 16 % P2O5 dan 17 % kalium oksida atau dalam setiap 100 kg baja NPK terkandung 16 kg N, 16 kg P2O5 dan 17 kg K2O. Dalam pada itu ada jenis Baja Campuran iaitu jenis baja yang dicampur secara fizik tetapi tidak disebatikan dan ia mempunyai kandungan nutrien rendah. Jenis Baja Sebatian pula mempunyai nutrien disebatikan secara kimia dengan nisbah tertentu. Terdapat juga Baja Lengkap dimana ia terdidi dari kombinasi semua jenis nutrien utama NPK, mikronutrien , enzim,pengawalatur pertumbuhan. Dalam pada itu juga terdapat jenis Baja Lurus (Straight Fertilizer) dimana baja ini hanta membekalkan cuma satu nutrien utama sahaja. Antara contoh baja lurus adalah Nitrogen, Fosforus dan  Kalium seperti baja Urea, Amonium Sulfat, Kalsium Nitrat,  Kalium Nitrat, Amonium Nitrat, Natrium Nitrat dan CIRP. Terdaat juga jenis Superfosfat tunggal, Superfosfat ganda dua dan Superfosfat ganda tiga (TSP), Muriat of potash (MOP),  Kalium sulfat dan juga Kalium nitrat. Pada masa ini pula penggunaan baja semburan atau Baja Foliar merupakan antara jenis baja yang kerap digunakan.

Tanah pertanian perlu dibaja untuk dapat menentukan cukup nutrien bagi proses pertumbuhan dan penghasilan. Teknik membaja tanaman ada banyak cara dimana antaranya adalah dengan cara Menabur dimana baja ditabur sekata di atas permukaan tanah, digaul dengan tanah, diletak sekeliling pokok mengikut jadual pembajaan dan kesesuaian (Sila lihat foto disebelah). Kaedah ini selalunya menggunakan jenis baja butiran halus atau jenis granul yang ada dipasaran. Ada juga cara membaja didalam Alur dimana jenis baja pepejal diletak di dalam alur di kiri dan kanan biji benih atau pokok. Sebaiknya membaja cara ini juga boleh diletakkan dalam jalur 4  - 5 cm dalam sisi barisan pokok. Cara lain membaja dengan meletakkan didalam Poket dimana lubang poket digali di hujung kanopi pokok buah-buahan. Baja diletak dalam poket dan ditutup semula. Kaedah membaja seterusnya adalah dengan cara Semburan daun menggunakan larutan baja yang perlu disembur pada pokok terutama bahagian hijau. Disebabkan tanah dikawasan tropika kebanyakannya adalah asidik maka pengapuran (liming) perlu dilakukan dengan kerap terutama sebelum penanaman dilakukan. Tujuan aktiviti pengapuran adalah untuk mengurangkan keasidan tanah kerana jenis tanah berasid perlu dirawat dengan menggaul atau menabur bahan kapur. Ia juga akan membekal nutrien tumbuhan kerana kapur membekalkan unsur Ca dan Mg. Pemgapuran juga akan membaiki agregat tanah kerana fungsi kapur meneutralkan cas negatif pada kumin tanah dimana ini akan menjadikannya bercantum. Kumin tanah dilekatkan oleh pelekat hasil pereputan bahan organik. Diantara contoh bahan kapur disyorkan untuk digunakan bagi tanah pertanian termasulkah Batu kapur (Kalsium karbonat - CaCO3). Kapur Tohor (Kalsium oksida - CaO), Jenis Kapur Mati (Kalsium hidroksida atau Ca(OH)2) dan juga jenis Kapur Dolomit (CaMg CO3). Terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum melakukan pengapuran. Pertama perlu dilihat jenis tanaman kerana kapur diberi dengan merujuk julat pH yang sesuai bagi tanaman tertentu. Kedua adalah apakah jenis bahan kapur kerana jenis kapur dolomit membekal Ca dan Mg sesuai tanaman kelapa sawit, koko, jagung dan sekoi. Dalam pada itu penggunaan kapur tohor dengan kandungan insur Ca tinggi adalah kurang kaustik tetapi sukar diguna. Ketiga mengapur perlu dilihat jenis tanah dimana jenis tanah asid sulfat dan tanah gambut boleh dirawat dengan bahan kapur. Bagaimana pun pengapuran berlebihan akan menyebabkan ketoksikan Fe, Mn, Zn, Cu dan Bo pda tanah pertanian. Faktur ke 4 dimana kandungan bahan organik pada tanah tinggi kandungan bahan organik perlukan banyak kapur dan bahan organik menyerap kation H+ dan kapur sukar mengubah pH.  Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

TANAH PERTANIAN... APA DIANYA...
PROFIL TANAH... BERLAPIS PULA...
TANAH SUBUR... IA BERRONGGA...
WARNA TANAH... PENTING JUGA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Rabiulakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.