Thursday, November 11, 2021

TANAH UNTUK PERTANIAN - APA DIA? (Part 2)

TANAH (SOIL)
merupakan salah satu dari komponen penting dalam sektor pertanian selain daripada bidangusaha, modal, pengurusan, amalan agronomi dan pemasaran. Tanah ialah lapisan atas permukaan bumi dimana ia mempunyai lapisan yang berbeza dari segi ketebalan dan warna yang dipengaruhi oleh iklim, topografi, bahan induk, tumbuhan asal dan masa. Penulis blog belajar mengenai tanah semenjak sekolah rendah lagi dan di perkukuhkan lagi semasa berada disekolah menengah di bidang pertanian dan lebih terperinci di universiti. Tanah sebenarnya amat penting dipelajari oleh semua pihak sama ada untuk sektor pertanian, perindustrian dan juga lain-lain sektor. Tanah boleh dibahagikan kepada Tanah Atas, Tanah Bawah dan Batuan. Tanah Atas merupakan lapisan paling atas dimukabumi dimana lazinya akab terdapat sisa tumbuhan dan haiwan dengan kadar ketebalan 15 cm dan lapisan paling subur sesuai untuk aktiviti pertanian. Ia selalu mempunyai sistem pengudaraan baik dan kandungan bahan organik tinggi dimana ciri ni diperlukan oleh akar tumbuh dengan baik dan adalah tempat tinggal hidupan tanah atau mikroorganisma lain. Bagi Tanah Bawah pula ia berada di bawah tanah atas dengan ciri yang lebih padat serta mengandungi bahan terkumpul melalui larut resap. Ia juga merupakan jenis lapisan keras dan padat dimana ini akan menghalang akar tumbuh dan pengaliran air dimana hanya ada sedikit organisma hidup. Ia lazimnya mengandungi bahan terkumpul melalui larut resap dan ini menghalang akar tumbuh dan pengaliran air. Lapisan Batuan pula adalah bahan induk tanah yang akan mengalami proses luluhawa. Lazimnya susunan profil tanah adalah ada empat bahagian iaitu atas sekali terdiri dari lapisan atas, lapisan tengah, lapisan tengah, lapisan bawah dan lapisan batuan induk. Kepentingan Tanah secara umumnya tanah akan memberi sokongan mekanik kepada akar dan lakukan cengkaman akar menyebabkan tumbuhan tumbuh tegak agar daunnya menerima cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis. Tanah juga membekal nutrien kepada tumbuhan dimana ada simpanan nutrien dimana terdapat sebahagian pula berbentuk bahan organik yang dibebas apabila reput. Unsur baja dalam tanah akan bertindakbalas dengan kumin tanah dan disimpan dalam tanah. Tanag juga akan membekal oksigen dan air kepada tumbuhan dimana udara tanah selalu mengandungi gas Karbon dioksid (CO2) dan Oksijen (O2) dan lain-lain lagi dimana ada lebih banyak kerana terhasil dari respirasi akar, respirasi mikro- organisma tanah dan aktiviti pereputan bahan organik. Kajian mengenai kesuburan tanah untuk pertanian dilakujan sejak beratus tahun untuk ianya diketahui akan cirinya dimana ini akan membantu amalan agronomi yang bakal dilakukan didlam pertanian. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya berkongsi dengan pembaca semua mengenai maklumat tanah untuk pertanian sebagai bahan rujukkan semua.

Dalam ilmu sains tanah ada info mengenai 
Tekstur Tanah yang perlu difahami dalam bidang pertanian. Ini kerana tekstur tanah ialah peratus kandungan kumin-kumin pasir, kelodak dan liat atau sifat kasar dan halusnya sesuatu tanah. Tekstur tanah ditentukan dengan cara merasa dengan tangan atau kaedah mendapan. Pisahan tanah ialah lapisan kumin yang saiznya ditetapkan mengikut sistem pengelasan Atterberg atau sistem USDA. Bagaimana pun asas kepada kepentingan tekstur tanah dimana tekstur tanah dalah kerana ia dapat menentukan keadaan penyaliran (drainage) dimana biasanya tanah yang bertekstur kasar mempunyai saliran yang baik. Tektur tanah berkait dengan Sistem Pengudaraan Tanah dimana jenis tanah bertekstur kasar mempunyai liang lebih besar yang dapat memudahkan pertukaran gas. Ketiga tekstur tanah berkait dengan sifat  Penjerapan Nutrien dimana bagi tanah bertekstur halus seperti kumin liat bercas negatif dan dapat menjerap nutrien bercas positif. Tanah bertekstur halus selalunya akan dapat menakung air. Selain itu tanah pertanian juga perlu diketahui akan ciri Struktur Tanah kerana struktur tanah ialah susunan kumin-kumin tanah (pasir, kelodak dan liat) dalam bentuk tertentu. Sebenarnya jenis tanah pasir adalah tidak berstruktur dimana ia mempunyai struktur butir rapuh dan adalah terbaik kerana berongga. Apa pun semua kena faham dimana ada kepentingan struktur tanah yang boleh dijadikan panduan untuk menjadi struktur tanah yang baik. Mengenai bagaimana pengudaraan tanah dimana kewujudan rongga antara agregat membenarkan udara dan air meresap dengan baik. Air tidak bertakung dan akar mendapat oksigen cukup diperlukan bagi tanah pertanian yang subur. Ciri tanah seperti Daya Tahan Tanah dimaksudkan dengan bagaimana kumin-kumin tanah dapat  bergabung menjadi binaan yang lebih besar dan dapat mengelakkan tanah dari hakisan yang memperpanjangkan tanah atas untuk tujuan penanaman. Ciri khas tanah pertanian dan bagaimana ia dapat mengurangkan kesan ketoksikan CO2 adalah apabila struktur yang baik dapat mengurangkan kesan ketoksikan CO2 kerana gas ini mudah meresap ke udara. Dinyatakan diman terdapat 5 jenis struktur tanah yang dikenapasti iaitu jenis tanah butir rapuh, berlapis, berblok, prismatik, kolumnar dan juga tanah tidak berstruktur atau tanah berbutir tunggal serta tanah berbongkah (massive). Kesemuanya bergantung kepada proses lukuhawa yang berlaku.

Dalam sektor pertanian sifat kimia tanah merupakan perkara yang perlu dikaji dan difahami sebelum menjalankan aktiviti pertanian komersil. Antara perkara yang penting adalah kualiti  tanah atau pH Tanah. Ini kerana pH tanah ialah nilai keasidan atau nilai kealkalian sesuatu tanah kerana kebanyakan tanah yang berada dikawasan tropika adalah bersifat asid kerana berlaku proses larut resapan. Keasidan tanah lazzimnya akan wujud kerana kehadiran ion hidrogen (H+) dimana nilai pH tanah ditentukan oleh kepekatan ion hidrogen (H+). Dalam pada itu selalunya pH tanah ditentukan dengan menggunakan kaedah Kuhn atau menggunakan alat meter pH. Sebenarnya nilai pH tanah disebabkan oleh beberapa faktor yang boleh menyebabkan keasidan tanah. Pertama adalah kandungan bahan induk tanah sama ada ia dari batu granite yang mana ia mengandungi aluminium yang dalam alam semuajadi ia akan mengalami tindakbalas hidrolisis dan mengeluarkan ion hidrogen. Disebabkan perkara tersebut maka tanah yang berasal dari bahan induk batu granit adalah berasid. Faktor kedua adalah disebebkan proses Larutresapan dimana berlku kehilangan bahan berbes seperti kehilangan ion Ca, Mg dan K melalui larutresapan digantikan oleh ion hidrogen. Kehadiran ion hidrogen menyebabkan tanah akan jadi berasid. Faktur ke 3 adalah disebabkan oleh penggunaan baja kimia seperti baja Amonium sulfat yang akan hasilkan ion NH+. Proses selnjutya adalah NH+ NO3- + H+ dimana kehadiran H+ ini akan menurunkan pH tanah. Ke 4 adalah disebabkan oleh proses pereputan bahan organik kerna pereputan bahan organik menghasilkan asid organik yang akan merendahkan pH tanah. Faktur k 5 dimana berlaku penambahan asid karbonik dan asid nitrik dan gas CO2, nitrogen oksida dan nitrogen dioksida di atmosfera larut dalam air hujan dan membentuk asid lemah. Aasid tersebut ialah asid karbonik dan asid nitrik. Faktur ke 6 adalah dimana berlaku proses respirasi akar dan organisma tanah dan gas CO2 yang dihasilkan semasa respirasi akar dan organisma tanah bertindakbalas dengan air menghasilkan asid karbonik. Akhirnya faktur ke 7 adalah berlaku penghasilan gas nitrogen dioksida dan nitrogen oksida. Tindakan kilat menggabungkan gas nitrogen dioksida dan oksigen di atmosfera yang kemudiannnya bertindakbalas dengan air untuk menghasilkan asid nitrik. Asid nitrik turun bersama hujan, masuk ke dalam tanah dan menyebabkan tanah berasid.

Dalam tanah dipersoalkan apakah dia kesan pH tanah kepada tanaman?. Pertama adalah nilah pH tanah adalah menentukan akan ketersediaan nutrien. Ini kerana nutrien mudah larut dalam larutan tanah pada pH tertentu sahaja dimana jika tanah mempunyai nilai pH rendah maka berlaku pembebasan ion ferum (Fe) dan magnesium (Mg). Sementara itu jika tanah tersebut mempunyai nilai pH tinggi maka berlaku pembebasan ion Kalsium (Ca) dan Magnesium (Mg). Keempat-empat ion itu bertindakbalas dengan fosfat (P) membentuk fosfat tidak larut. Dilaporkan unsur Fosfat kurang tersedia jika pH terlalu tinggi atau rendah. Nilai pH tanah juga akan menentukan aktiviti mikrob dalam tanah. Dilaporkan dimana hidupan mikroorganisma bermanfaat hidup pada dengan julat diantara pH 5.5 - pH 7.8. Kepentingan hidupan mikroorganisma yang jalankan proses penitratan terjejas apabila nilai pH kurang pH5.5 dan jika pH rendah maka ia akan merencatkan aktiviti cacing tanah. Nilai pH tanah juga berkaitan dengan kehadiran penyakit tumbuhan.  Lazimnya tanah yang mempunyai nilai pH rendah boleh menyebabkan kulat mudah membiak, tumbuhan sukar memperoleh nutrien dan pertumbuhan akar terjejas apabila pH tanah terlalu tinggi atau rendah. Kepentingan tanah juga dikaitkan dengan ketersediaan unsur nutrien dalam tanah dan bagaimana cara pemberiaan baja yang betul mengikut pH tanah. Sebenarnya saintis menyenaraikan beberapa unsur diperlukan untuk pertumbuhan tumbuhan dikebun. Unsur tersebut dibahagikan kepada Makronutrien dan Mikronutrien. Unsur Makronutrien terdiri daripada O, C, H, N, K, P, S, Ca dan Mg sementara unsur  Mikronutrien adalah terdiri dari Fe, B, Mn, Zn ,Cu, Mo dan Cl. Dalam pada itu sesuatu unsur nutrien perlu jika tumbuhan tidak membesar dengan sempurna. Lazimnya tindakan nutrien yang spesifik tidak boleh diganti dengan unsur lain kepada tumbuhan tersebut. Unsur nutrien bertindak secara langsung dalam tumbuhan dan juga apabila tumbuhan kekurangan sesuatu unsur maka sebaiknya unsur tersebut perlu ditambah dengan program pembajaan. 
Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info yang amat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAH PERTANIAN... APA DIANYA...
PROFIL TANAH... BERLAPIS PULA...
TANAH SUBUR... IA BERRONGGA...
WARNA TANAH... PENTING JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Rabiulakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.