Wednesday, November 10, 2021

TANAH UNTUK PERTANIAN - APA DIA? (Part 1)

TANAH (SOIL)
merupakan salah satu komponen penting dalam sektor pertanian selain daripada faktur bidangusaha, modal, pengurusan, amalan agronomi dan pemasaran. Tanah ialah lapisan atas permukaan bumi dimana ia mempunyai lapisan yang berbeza dari segi ketebalan dan warna yang dipengaruhi oleh iklim, topografi, bahan induk, tumbuhan asal dan masa. Penulis blog belajar mengenai tanah semenjak sekolah rendah dan di perkukuhkan lagi semasa sekolah menengah di bidang pertanian dan di universiti. Tanah juga sebenarnya amat penting dipelajari oleh semua pihak sama ada untuk sektor pertanian, perindustrian dan juga lain-lain sektor. Tanah boleh dibahagikan kepada Tanah Atas, Tanah Bawah dan Batuan. Tanah Atas merupakan lapisan paling atas dimukabumi dimana lazimnya akan terdapat sisa tumbuhan dan haiwan dengan kadar ketebalan 15 cm dan lapisan paling subur sesuai untuk aktiviti pertanian. Ia selalu mempunyai sistem  pengudaraan baik dan kandungan bahan organik tinggi dimana ciri ni diperlukan oleh akar tumbuh dengan baik dan adalah tempat tinggal hidupan tanah atau mikroorganisma lain. Bagi Tanah Bawah pula ia berada di bawah tanah atas dengan ciri yang lebih padat serta mengandungi bahan terkumpul melalui larut resap. Ia juga merupakan jenis lapisan keras dan padat dimana ini akan menghalang akar tumbuh dan pengaliran air dimana hanya ada sedikit organisma hidup. Ia lazimnya mengandungi bahan terkumpul melalui larut resap dan ini menghalang akar tumbuh dan pengaliran air. Lapisan Batuan pula adalah bahan induk tanah yang akan mengalami proses luluhawa. Lazimnya susunan profil tanah adalah ada empat bahagian iaitu atas sekali terdiri dari lapisan atas, lapisan tengah, lapisan tengah, lapisan bawah dan lapisan batuan induk (Sila lihat foto diperenggan bawah). Kepentingan Tanah secara umumnya tanah akan memberi sokongan mekanik kepada akar dan lakukan cengkaman akar menyebabkan tumbuhan tumbuh tegak agar daunnya menerima cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis. Tanah juga membekal nutrien kepada tumbuhan dimana ada simpanan nutrien dimana terdapat  sebahagian pula berbentuk bahan organik yang dibebas apabila reput. Unsur baja dalam tanah akan bertindakbalas dengan kumin tanah dan disimpan dalam tanah. Tanag juga akan membekal oksigen dan air kepada tumbuhan dimana udara tanah selalu mengandungi gas Karbon dioksid (CO
2) dan Oksijen (O2) dan lain-lain lagi dimana ada lebih banyak kerana terhasil dari respirasi akar, respirasi mikro- organisma tanah dan aktiviti pereputan bahan organik. Kajian mengenai kesuburan tanah untuk pertanian dilakujan sejak beratus tahun untuk ianya diketahui akan cirinya dimana ini akan membantu amalan agronomi yang bakal dilakukan didlam pertanian. Artikel pada malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya berkongsi dengan pembaca semua mengenai maklumat tanah untuk pertanian sebagai bahan rujukkan semua.

Selain daripada nutrien, mikro organisma dan udara dalam tanah, kandungan air (water) juga  merupakan komponen penting didalam tanah untuk menentukan kesuburan tanaman. Lazimnya air tanah adalah wujud dalam bentuk filem yang meliputi kumin tanah, bentuk wap dalam rongga tanah atau pun dalam bentuk cecair yang akan mengalir dalam rongga tanah. Air juga  merupakan salah satu aspek terpenting didalam sistem pertumbuhan tanaman. Pengkaji sains tanah (soil scientists) menyatakan dimana lazimnya komponen tanah secara umumnya adalah terdiri dari bahan mineral (sekitar 45 %), Air sekitar 25 %, gas atay udara (25%) dan bahan organik (5 %). Dilaporkan dimana bahan dalam tanah adalah terdiri dari bahan mineral inorganik dan bajan organik. Bahan mineral tanah (inorganik) adalah terdiri dari kumin mineral iaitu pasir (kuarza), kelodak dan liat hasil proses luluhawa. Lazimnya bahan kuarza mengandungi silika dioksida dan kumin pasir dan kelodak mempunyai silika dioksida tinggi yang tidak terlibat dalam tindakbalas kimia dalam tanah. Kumin liat terdiri dari silika oksida, oksida ferum dan aluminium. Dalam pada itu Bahan Organik merupakan bahan humus ialah hasil akhir pereputan bahan organik. Selalunya antara ciri-ciri pentung bahan humus adalah ia berbentuk bahan stabil, berwarna gelap, tidak larut dalam air, menyimpan air serta ia menyimpan kation. iasanya sumber bahan organik terdiri dari sisa-sisa tumbuhan dan haiwan, najis, tumbuhan dan haiwan mati. Dalam tanah juga terdapat bakteria dan kulat merupakan agen penguraian yang mengurai bahan organik di dalam tanah. Dalam pertanian kepentingan bahan organik yang memang memberi kesan baik kepada tanamanan kerana ia mamp untuk membekalkan nutrien kepada tumbuhan seperti ia juga mengandungi N,P,K,Ca dan Mg. Humus juga membaiki struktur tanah dan juga sebagai sebagai bahan pelekat untuk melekatkan kumin tanah membentuk agregat tanah. Susunan agregat ini dipanggil butirapuh. yang akan seterusnya ia memberikan pengudaraan dan saliran yang baik. Bahan organik juga akan menambahkan daya penampungan air tanah. Lazimnya bahan organik dicampur dengan tanah pasir menambah daya penampungan air dan akan menghalang kehilangan nutrien dalam tanah. Proses pereputan bahan organik menghasilkan bahan-bahan bercas yang berupaya menarik ion Ca, K, Mg, Fe, Zn, Bo. Ion ini diikat pada bahan organik kerana bahan organik bercas negatif dan tidak mudah hilang melalui larutresapan.

Tanah yang sesuai untuk pertanian juga sebaiknya mengandungi Udara (Air). Udara dalam tanah akan berada didalam rongga tanah yang tidak diisi dengan air akan diisi oleh udara (Sila lihat foto disebelah). Udara atau gas tanah selalu mengandungi banyak karbon dioksida dan kelembapan tinggi berbanding di amosfera. Gas CO2 ini selalunya lebih banyak kerana respirasi akar dan organisma tanah dan pereputan bahan-bahan organik di dalam tanah. Gas CO2 akan terperangkap di dalam tanah. Dalam pada itu kandungan gas oksigen tanah penting untuk respirasi akar dan organisma tanah. Dalam pada itu saiz rongga tanah halus (kecil) akan dipenuhi cecair dan rongga lebih besar terisi gas. Kandungan air tanah pada paras muatan medan memastikan bekalan oksigen dalam tanah adalah mencukupi. Antara beberapa ciri-ciri muatan air tanah dimana kadar muatan medan (had basah tanah) dimana keadaan rongga tanah dipenuhi oleh air dan masih terdapat ruang udara. bagi jenis tanah tepu air dimana semua rongga tanah dipenuhi air dan tiada udara. Air berlebihan didalam tannah akan menyebabkan akar tumbuhan terendam di dalam air dan menjadi rosak atau mudah diserang penyakit. Dalam menganalisa kesuburan tanah berkaitan air ada sistem dinamakan Had Layu (nilai titik layu) dimana jika hanya terdapat terlalu sedikit air dalam tanah dan tidak dapat diambil oleh akar. menjadikan kesannya pokok akan layu. Komponen Organisma dalam tanah sangat penting untuk pertanian. Secara umumnya terdapat 6 jenis organisma utama didalam tanah iaitu Bakteria, Akntinomisit, Kulat, Nematod, A;ga dan cacing tanah yang perlu dilihat dalam kepentingan pertanian. Ba
kteria lazimnya akan terlibat dalam proses pereputan sisa organik dimana ia amat penting dalam peredaran C,N,P dan S dalam tanah. Sementara itu Aktinomisit merupakan jenis organisma yang bercirikan diantara bakteria dan kulat. ia selalunya akan mengeluarkan hifa dan ia penting dalam proses pereputan Sisa Organik. Tanah untuk pertanian sebaiknya dari tanah subur dimana ia juga ada komponen Kulat (Fungi) didalamnya. Kulat adalah berperanan penting dalam pereputan bahan organik dalam tanah dimana ada jenis kulat yang bersimbiosis dengan akar tumbuhan untuk kebaikan tumbuhan. Cacing Nematod (Meloidoggynes spp) merupakan hidupan yang membantu pereputan bahan organik dimana ia menggunakan bahan pereputan bahan organik. Bagaimana pun ia juga merupakan agen perosak yang menyerang tanaman. Komponen Alga dalam tanah akan  menggunakan cahaya untuk jalankan fotosintesis dengan cara ia menukar menukar CO2 kepada O2 di sawah padi. Ada dilaporkan dimana setengah alga menyerap N daripada udara dan sampaikan kepada pokok padi. Komponen CacingTanah (soil worm) dalam tanag merupakan satu indikator tanah yang subur. Cacing ini akan bergaul hasil reputan daun di atas tanah dan membawa tanah dari satu lapisan ke lapisan lain. Ia juga akan membaiki pengudaraan dan saliran tanah melalui banyak lubang digalinya dan tinja mengandungi kalsium (Ca) yang berfungsi untuk menyubur tanah.

D
alam menentukan kesuburan tanah berkait juga dengan warna tanah. Warna tanah menggambarkan keadaan fizikal tanah, kandungan bahan organik, saliran tanah, aktiviti mikroorganisma dan kesuburan tanah. Biasanya tanah yang berwarna gelap (hitam keperangan) adalah jenis tanah yang lebih subur (Sila lihat foto disebelah). Jika warna tanah berwarna Pudar atau kekuningan ia merupakan jenis tanah yang paling tidak subur. Perantaraan antara keduanya iaitu jika warna tanah adalah sederhana gelap (perang kekuningan) maka ia boleh dikatakan tanah sederhana subur. Warna tanah dikenalpasti dengan membandingkan warna tanah dengan Carta Warna Munsell (Munsell Color Chart) yang digunakan diseluruh dunia. Bagi mengetahui lebih lanjut kaitan antara warna tanah dengan cirinya boleh membaca seterusnya artikel ini. Sebagai contoh ciri tanah berdasarkan warna merah (red color) dimana ia mempunyai kandungan oksida ferum tinggi dan mempunyai saliran dan pengudaraan baik. Tanah ini sering didapati di lereng bukit dan amat sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit. Tanah berwarna perang pula ia biasanya mengandungi oksida ferum dan bahan organik, mempunyai saliran baik dan subur. Bagi tanah berwarna kelabu (grey) biasanya mempunyai bahan oksida ferum dan oksigen kurang dengan saliran kurang baik dan menakung air dan juga ia kurang beroksida. Jenis ini mempunyai sistem pengudaraan yang kurang baik dimana ia sesuai bagi tanaman padi. Warna tanah yang kehitam-hitaman (blackish) mempunyai bahan kandungan mangan oksida atau bahan organik tinggi, mampu menakung air dan pH rendah. Ia ada banyak bahan organik lambat reput kerana kurang oksigen dan juga lazimnya tidak mampu memberi sokongan kepada tumbuhan besar. Tanah jenis ini amat sesuai untuk digunakan bagi tanaman singkat masa seperti nanas dan sayuran. Bagi jenis tanag berwarna putih (white) pula ia lazimnya banyak kandungan liat dikenali sebagai koalinit. Bagi jenis tanah berwarna kuning (yellow) merupakan tanah ada oksida ferum berpadu dengan air dimana selalunya tanah ini mempunyai saliran baik dan akan lebih lembap berbanding tanah merah. Warna tanah juga menentukan amalan agronomi tanaman yang sesuai untuk dijalankan terutama untuk tanaman makanan. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAH PERTANIAN... APA DIANYA...
PROFIL TANAH... BERLAPIS PULA...
TANAH SUBUR... IA BERRONGGA...
WARNA TANAH... PENTING JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Rabiulakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.