Thursday, November 18, 2021

SEKTOR PERTANIAN MALAYSIA - APA DIA? (Part 2)

SEKTOR PERTANIAN
di Malaysia membentuk sekitar dua belas peratus (12%) daripada KDNK negara dimana sekitar enam belas peratus (16%) daripada penduduk Malaysia pula dilaporkan memang bekerja dalam sektor pertanian dalam pelbagai bidangusaha. Malaysia yang dahulu sebelum dan selepas merdeka menjadikan sektor pertanian sebagai sektor utama dan telah berubah pada masa kini dengan senario begitu ketara. Kewujudan ladang-ladang yang besar telah ditubuhkan oleh zaman penjajahan British dimana syarikat ini membuka ladang iaitu tanaman baru seperti ladang getah (1876), ladang kelapa sawit (1917) dan ladang koko (1950). Kebanyakan ladang-ladang ini adalah dikawasan tanah subur yang luas untuk pengeluaran produk eksport dan hanya sedikit untuk kegunaan domestik pada masa itu. Apa pun beberapa jenis tanaman makanan telah ditanam oleh pekebun kecil dan penduduk tempatan untuk tujuan domestik seperti padi, sayuran, pisang, kelapa, durian, nanas, beras, rambutan. Iklim Malaysia tropika yang mempunyai curahan hujan banyak dan sinaran matahari sepanjang tahun membolehkan aktiviti penanaman dapat dijalankan sepanjang tahun. Malaysia yang terletak di Semenanjung di Asia Tenggara merupakan satu kawasan yang jarang sekali terjejas oleh ribut taufan atau kemarau. Malaysia mengekalkan tahap kelembapan di sekitar 90% kerana lokasinya yang berdekatan dengan khatulistiwa. Cuaca yang  panas dan lembap sepanjang tahun membolehkan aktiviti pertanian dijalankan sepanjang tahun. Bagaimana pun makanan ruji rakyat Malaysia dari tanaman padi hanya mampu menghasilkan sekitar 70% kadar kecukupan (SSL). Sektor Pertanian di Malaysia dibawah beberapa kementerian yang terlibat seperti Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Perusahaan Komoditi dan Perladangan dan beberapa lagi. Sumbangan sektor pertanian di Malaysia masih penting demi kelestarian da kecukupan jaminan bekalan makanan negara dan penghasilan produk pertanian untuk eksort terus berkembang. Industri Kelapa Sawit merupakan diantara industri yang sangat penting di Malaysia dengan nilai eksport berbillion ringgit setahun. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai fakta dan kepentingan sektor pertanian di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Pertanian di Malaysia banyak bergantung kepada beberapa faktur seperti iklim, sejarah, ekonomi dan dasar-dasar kerajaan. 
Faktor Iklim merupakan antara yang utama menentukan sektor ini dimana kebanyakaan kawasan tanah pamah atau dataran rendah lazimnya adalah bersuhu tinggi sesuai untuk tanaman getah, padi dan sebagainya. Berlainan pula dengan kawasan tanah tinggi seperti di Cameroon Highland dan Kundasang dimana suhunya agak rendah dan sesuai untuk dimajukan dengan tanaman temperate seperti kobis, tomato, strawberry, capsicum dan sebagainya. Tanaman sayuran 'Sweet Chili Pallermo' di Cameroon Highland juga merupakan satu kejayaan yang dilaporkan di TKPM Tanah Rata yang saya kunjungi (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu kebanyakan ternakan dari baka tropika sesuai diternak di Malaysia. Faktor Sejarah dalam sektor pertanian memang sangat signifikan dimana pada zaman sebelum penjajahan Inggeris telah ujud sistem tanaman sara diri seperti tanaman padi, kelapa, buah dan tanaman kontan (ubi, keladi dan sebagainya). Kemudian semasa zaman penjajahan Inggeris mereka telah memmperkenalkan tanaman getah dan kelapa sawit. Seterusnya ada kumpulan imigran Cina membawa masuk aktiviti ternakan ayam dan khinzir dan juga imigran India membawa masuk lembu LID. Bagaimana pun aktiviti pertanian di Malaysia selepas merdeka pelbagai tanaman dan penternakan serta akuakultur dan industri asas tani telah pun diusahakan. Dari aspek faktor ekonomi pula pasaran dan infrastruktur mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan dimana infrastruktur asas untuk pasaran perlu ada untuk memudahkan hasil dipasarkan. Kerajaan membangunkan infrastruktur asas seperti kemudahan dan perkhidmatan asas (pengangkutan, bekalan elektrik, air untuk membangunkan sektor pertanian. Faktur ke 4 yang terlibat adalah bagaimana faktur dasar kerajaan merancang pembangunan pertanian.  Kerajaan telah melancarkan Dasar Pertanian Negara dan RRJP3 serta Dasar Agro Makanan Negara (DAN) didalam meningkatkan pengeluaran makanan dengan cara seperti pembukaan kawasan baru dan guna tanah secara intensif. Ia juga berjaya dalam proses peningkatan kecekapan dan produktiviti sektor pertanian dan mampu untuk bertujuan memaksimumkan pendapatan melalui aktiviti penggunaan sumber secara optimum. Kerajaan Malaysia telah memajukan semula sektor pertanian secara sistematik.

Menyentuh tentang trend pertanian di Malaysia amat menarik untuk ianya dibahaskan. Kerajaan sebenarnya m
empelbagaikan aktiviti tanaman, ternakan dan ternakair serta industri asas tani. Ia bermatlamat untuk mengelakkan negara bergantung kepada satu jenis tanaman atau ternakan sahaja sebagai punca pendapatan. Pendekatan ini mampu  menambah dan mempelbagaikan jenis tanaman dan ternakan, menambah pendapatan petani, mempelbagaikan ekonomi negara serta dapat meluaskan pasaran hasil pertanian. Selain daripada aktiviti pertanian sedia ada yang telah komersil pendekatan beberapa bidangusaha berpotensi baru juga dipergiatkan.  Bidang usaha yang berpotensi maju adalah seperti menternak lebah madu, menternak keluut, menternak rusa rusa, burung unta, puyuh, buah-buahan terpilih, sayur-sayuran dan juga tanaman herba. Penulis blog meninjau banyak usahawan menternak kelulut diseluruh negara yang mampu dalam menghasilkan madu kelulut dimana kini sudah ada piawaian madu tersebut sebagai 'Superfood' dipasaran (Sila lihat foto disebelah)Pertanian di Malaysia sejak dulu adalah memang berorientasikan eksport dan komersial yang bermatlamat untuk mendapatkan tukaran wang asing dan menjana dari pendapatan eksport. Selain getah dan kelapa sawit kini beberapa komoditi sudah dieksport seperti nanas, belimbing, manggis, jambu batu, petola segi, keledek, serai, orkid, kekwa dan bunga ros. Pasaran durian dan nanas MD2 segar ke China membuka ruang pasaran besar yang perlu dipenuhi. Apa pun masih ujud masalah pemasaran eksport produk pertanian seperti kadar cukai import lebih tinggi dan tahap persaingan dengan hasil serupa dengan keluaran negara pengeksport yang lain serta kos penghantaran yang tinggi dan juga bentuk sekatan seperti peraturan kasihatan, keperluan sijil import dan keperluan pembungkusan.

Perubahan ketara dilapangan adalah apabila kini sudah ada h
ubungkait antara sektor pertanian dengan sektor pelancongan dikenali sebagai 'Agro-tourism' dan juga 'Eco-tourism' sebelum pandemik covid19 melanda dunia. Apa pun Agrotourism merupakan program pelancongan berasaskan kepada pertanian dimana pelancong domestik dan antarabangsa akan dibawa kebeberapa pusat [elancongan pertanian seperti di Selangor Fruit Valley, Penang Tropical Fruit Farm dan banyak lagi (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu program seperti aktiviti  homestay, farmstay, hutan rekreasi dan kolam memancing ikan menjadi tumpuan pelancong. Terdapat banyak kaedah untuk memajukan sektor agrotourism seperti dengan cara mengadakan ladang komersial, lebuhraya merentasi kawasan perladangan, muzium atau taman pertanian dan promosi melalui media massa. Pertanian di Malaysia juga sering digabungkan dengan landskap. Landskap sering nemberikan suatu lagi pemandangan di atas daratan termasuk bentuk muka bumi, bangunan, jalanraya dan tumbuh-tumbuhan. Aktiviti untuk pererlandskapan dijalankan seperti kegiatan merancang, merekabentuk dan menguruskan landskap untuk tujuan rekreasi, keselesaan dan keselamatan manusia. Ianya adalah bertujuan bagi menghasilkan pemandangan yang menarik, nilai estetika dan mendapatkan hasil yang lumayan, Antara yang telah berjaya dilaksanakan adalah dimana tanaman  getah dan kelapa sawit ditanam berdasarkan susunan dan corak tertentu dan ada tanaman buah-buahan, pastura dan ternakan didalamnya. Dalam pada itu kerajaan telah berjaya menyediakan tapah MAEPS di Serdang yang setiap dua tahun akan mengadakan pameran MAHA dimana ada teknologi pertanian terkini dan promosi produk pertanian keluaran tempatan dimana MAHA ini telah dikenali diperingkat dunia. 
Artikel ini dibahagikan kepada lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 untuk semuanya dibaca bersama. Semuga artikel bersiri ini akan memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...!.
SEKTOR PERTANIAN.. DI MALAYSIA...
SUMBANG KDNK....ADA 12% SAHAJA...
KELAPA SAWIT GETAH...YANG UTAMA...
TANAMAN MAKANAN... PENTING JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Rabiulakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.