Friday, November 19, 2021

SEKTOR PERTANIAN MALAYSIA - APA DIA? (Part 3)

SEKTOR PERTANIAN
di Malaysia membentuk sekitar dua belas peratus (12%) daripada KDNK negara dimana enam belas peratus (16%) daripada penduduk Malaysia pula telah dilaporkan memang bekerja dalam sektor pertanian dalam pelbagai bidangusaha. Malaysia dilapor sebelum merdeka menjadikan sektor pertanian sebagai sektor utama telah berubah pada masa kini dengan senario begitu ketara sebagai maju dalam sektor perindustrian. Kewujudan ladang-ladang yang besar telah ditubuhkan oleh zaman penjajahan British dimana syarikat ini membuka ladang iaitu tanaman baru seperti ladang getah (1876), ladang kelapa sawit (1917) dan ladang koko (1950). Kebanyakan ladang-ladang ini adalah dikawasan tanah subur yang luas untuk pengeluaran produk eksport dan hanya sedikit untuk kegunaan domestik pada masa itu. Apa pun beberapa tanaman makanan telah ditanam oleh pekebun kecil dan penduduk tempatan untuk tujuan domestik seperti padi, sayuran, pisang, kelapa, durian, nanas, beras, rambutan. Iklim Malaysia tropika yang mempunyai curahan hujan banyak dan sinaran matahari sepanjang tahun membolehkan aktiviti penanaman dapat dijalankan sepanjang tahun. Kedudukan Malaysia yang terletak di Semenanjung di Asia Tenggara merupakan kawasan yang jarang sekali terjejas oleh ribut taufan atau kemarau. Malaysia mengekalkan tahap kelembapan di sekitar 90% kerana lokasinya yang berdekatan dengan khatulistiwa. Cuaca panas dan lembap sepanjang tahun sesuai dengan pertanian. Bagaimana pun makanan ruji rakyat Malaysia dari tanaman padi hanya mampu untuk negara menghasilkan sekitar 70% kadar kecukupan (SSL). Sektor Pertanian di Malaysia dibawah beberapa kementerian yang erlibat seperti Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Perusahaan Komoditi dan Perladangan dan beberapa lagi. Sumbangan sektor pertanian di Malaysia masih penting demi kelestarian da kecukupan jaminan bekalan makanan negara dan penghasilan produk pertanian untuk eksort terus berkembang. Industri Kelapa Sawit merupakan diantara industri yang sangat penting di Malaysia dengan nilai eksport berbillion ringgit setahun. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai sektor pertanian di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Sektor P
ertanian dalam melibatkan banyak aspek yang berorientasi pada pengeluaran, pasaran dan semuanya terkait dengan permintaan dan harga serta kualiti produk. Faktor seperti penawaran dan permintaan produk pertanian akan menentukan pendapatan kepada pengusaha pertanian. Sebagai kesan  dari keberhasilan petani daripada ladang akan meningkatkan akan timbul masalah baru di dalam bidang pemasaran yang perlu dihadapi iaitu bagaimana cara taau kaedah terbaik bagi menyampaikan produk dari petani kepada pengguna. Sejak dahulu kebanyakan produk pertanian diuruskan melalui peranan 'orang tengah' dimana merekalah yang menentukan segalanya. Ini tidak menguntungkan kepada pengusaha pertanian kerana julat harga di ladang dengan harga runcit kepada pengguna seringkali dipersoalkan. Isu harga dan kualiti ini menjadikan risiko penting dalam sistem pemasaran kerana produk pertanian adalah tidak tahan lama kerana kualitinya akan cepat menurun. Kelemahan dalam sistem pemasaran hasil pertanian ini cuba diatasi dengan pelbagai pendekatan dari banyak pihak terutamanya daripada kerajaan. Dalam usaha untuk pemasaran produk yang berasaskan agromakanan di seluruh negara, MAFI melalui agensi melaksanakan pelbagai program seperti Program Ladang Kontrak, Program Pengukuhan Bekalan Ladang Kontrak ke Pasaran (KUKUH), Program Pembinaan Pusat Pengumpulan Ladang, Program Usahawan Motosikal Roda Tiga, Program Pasar Tani, Program Pasar Nelayan, Program Pusat Pengumpulan & Pengedaran Ikan (CCDC), Program Qfish dan Program FishPro. Program Ladang kontrak sebagai contoh melibatkan perladangan yang melibatkan perjanjian secara rasmi di antara pengusaha pertanian dengan pembekal (pembeli/penyedia modah). Kaedah ini bertujuan dalam usaha mengurangkan risiko kerugian dan menyediakan pasaran hasil pertanian yang tetap. Antara faedah kepada para pengusaha pertanian dan pembeli seperti mereka tidak bimbang lagi aktiviti pemasaran hasil kerana tidak perlu lagi memerlukan modal yang banyak bagi tujuan memulakan perusahaan. Peserta ladang kontrak akan mendapat latihan, khidmat nasihat dan kemudahan lain dari pembeli serta mendapat bekalan pada masa ditetapkan, mendapat bekalan pada harga dipersetujui dan juga mendapat bekalan mengikut kuantiti dan kualiti yang ditetapkan. MAFI melalui agensinya menyediakan saluran pasaran berkonsepkan dari ladang terus ke pengguna seperti pasar tani, MyFarm Outlet (MFO) dan MyBest Buy di seluruh negara. Saluran ini menawarkan bekalan hasil pertanian pada harga yang berpatutan iaitu 5-20 peratus lebih rendah bagi komoditi terpilih berbanding harga pasaran.  Sehingga Mei 2020 dilaporkan sebanyak 264 outlet MFO telah beroperasi manakala pasar tani telah diadakan di 379 lokasi seluruh negara. Saluran pasaran ini akan diperluaskan lagi khususnya di kawasan luar bandar.

Tanah pertanian milik pekebun kecil di Malaysia pula biasanya mempunyai keluasan sekitar purata 1 - 2 hektar sahaja atau kurang. Mereka perlu untuk menyediakan modal yang mencukupi untuk memajukan bidangusahanya terutama jika ingin membuka kebun baru tanpa apa-apa kemudahan asas yang diperlukan. Kerajaan melalui elbagai jabatan dan agensinya melakukan penggabungan 
ladang kecil ini dibawah satu pengurusan. Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok atau Mini Estet dimana kemuidan saiz keseluruhan ladang akan bersaiz besar seperti mini estet agar mudah untuk diuruskan dengan profesional. Pihak FELCRA dan RISDA antara agensi yang banyak menggabungkan tanah milik pekebun kecil getah dan kelapa sawit dijadikan mini estet dengan berjaya di Malaysia. Penulis blog beberapa kali membuat tinjauan penggabungan tanah sawah menhadi projek Mini Estet Padi yang mana dilaporkan lebih berjaya berbanding dengan pengurusan sawah secara individu (Sila lihat foto disebelah). Beberapa skim sawah padi yang penulis blog tinjau dahulu di Daerah Temerloh dan Daerah Bera di Pahang telah dimajukan oleh pihak swasta untuk tanaman padi dengan pendekatan Mini Estet telah berjaya sehingga sekarang. Penggabungan tanah milik petani ini didakwa dapat mempastikan keberkesanan penggunaan sumber sedia ada dimana ada agen kerajaan memberikan khidmat nasehat dan juga bantuan input pertanian dan khidmat pemasaran. Cara ini dilaporkan berjaya meningkatkan produktiviti ladang dan pendapatan petani melalui pembangunan komoditi dalam jumlah yang besar dan tersusun. Pendekatan Projek Ladang Berkelompok yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian juga memberikan impak positif kepada petani individu yang mana menanam sayuran dan buah-buahan dengan lebih komersil.

Sektor pertanian dijangka memperolehi sumber pertumbuhan yang baru daripada hasil pelbagai inisiatif bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan kumpulan industri baru seperti perhutani, produk asli istimewa, buluh dan rotan, produk bioteknologi, florikultur dan ikan hiasan. Sektor kecil makanan juga dijangka mengalami pertumbuhan ketara berikutan langkah-langkah intensif yang telah diambil untuk mengatasi kekangan-kekangan yang dihadapi berkaitan dengan pengeluaran, serta daya usaha lain untuk terus dapat memperkukuhkan asas ekonomi sektor kecil ini. Sumbangan sektor kecil makanan kepada KDNK pertanian dijangka meningkat daripada RM4.3 bilion dalam tahun 1995 kepada RM7.4 bilion dalam tahun 2010. Permintaan kukuh yang kian meningkat terhadap minyak sawit di pasaran antarabangsa akan mempergiatkan lagi pertumbuhan industri ini. Nilai ditambah sektor kecil ini dijangka meningkat daripada RM6.8 bilion kepada RM10.3 bilion bagi tempoh tersebut, sementara sumbangannya kepada KDNK pertanian dijangka meningkat daripada 42.1% kepada 44.6%. 
Perhutani bermaksud sebagai sejenis kegiatan pertanian dan perhutanan dibangunkan bersama-sama dengan beberapa jenis tanaman yang sesuai digabungkan dalam satu kawasan dan juga agro pelancongan atau eco pelancungan. Ia bertujuan untuk memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal. Sebagai contoh dimana tanaman rotan di dalam kebun getah, ladang pokok jati dan sentang dan sebagainya. Antara manfaat integrasi pertanian dengan perhutanan adalah ia dapat mewujudkan ruang untuk satu gabungan perusahaan perhutanan dan pertanian. Ia juga akan dapat mengoptimumkan penggunaan sumber terutama tanah. Perhutani juga akan menyokong pelbagai perhubungan cara simbiotik seperti penanaman spesis pokok hutan dengan tanaman industri pertanian. Ia juga akan membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan dari tanah yang sama, mampu mengurangkan permintaan untuk tanah-tanah pertanian yang baru dan juga akan meningkatkan pendapatan dari pelaburan. Artikel ini dibahagikan kepada lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 untuk dibaca bersama. Semuga artikel bersiri ini akan memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!.
SEKTOR PERTANIAN.. DI MALAYSIA...
SUMBANG KDNK....ADA 12% SAHAJA...
KELAPA SAWIT GETAH...YANG UTAMA...
TANAMAN MAKANAN... PENTING JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Rabiulakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.