Saturday, October 23, 2021

IMPORT MAKANAN MALAYSIA MENINGKAT

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA (DOSM)
dalam laporan tahunannya menyatakan dimana kedudukan ekonomi negara adalah dalam keadaan terkawal. 
Antara cabaran utama perdagangan Malaysia adalah kebergantungan import kepada penghasilan produk eksport negara yang seterusnya memberi kesan kepada nilai ditambah sektor luaran di Malaysia. Dilaporkan sebelum pandemik COVID-19, perdagangan Malaysia dijangka kembali pulih dengan keseluruhan eksport kasar Malaysia diunjur berkembang 1.0 peratus pada 2020 berikutan penambahbaikan aktiviti perdagangan global dan peningkatan dalam kitaran Elektrik dan elektronik (E&E). Import kasar dianggar kembali pulih 2.7 peratus pada 2020 sejajar dengan kenaikan import barangan pengantaraan, modal dan penggunaan.  Bagaimana pun pada suku pertama (ST1) 2020, imbangan dagangan Malaysia mencatatkan lebihan dengan nilai RM37.0 bilion iaitu kadar peningkatan sebanyak 0.1 peratus berbanding suku yang sama tahun lepas. Jumlah dagangan pada ST1 2020 menunjukkan momentum positif pada kadar 1.2 peratus kepada RM440.4 bilion yang disumbangkan oleh peningkatan eksport dan import pada suku semasa, yang naik masing-masing sebanyak 1.1 peratus dan 1.3 peratus. Namun berikutan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kadar pertumbuhan eksport Malaysia berdasarkan jangkaan pihak BNM akan jatuh sebanyak 13.6 peratus. Antara cabaran lain perdagangan Malaysia adalah kebergantungan import kepada penghasilan produk eksport negara yang seterusnya memberi kesan kepada nilai ditambah sektor luaran di Malaysia. Sebahagian besar daripada industri berorientasikan eksport di Malaysia merekodkan kebergantungan yang tinggi terhadap input perantaraan yang diimport. Produk elektrik, elektrikal dan optikal, logam asas, prosesan makanan dan produk logam yang direka adalah antara subsektor yang merekodkan nisbah import yang menghampiri 50.0 peratus kepada nilai eksport. Subsektor Penyediaan, Pemintalan dan Penenunan Tekstil menggunakan 66.2 peratus komoditi import sebagai input dalam menghasilkan produk industri tersebut. Ini diikuti oleh subsektor Produk Tembakau (56.9%) dan Komputer, Peranti, Mesin dan Kelengkapan Pejabat (49.1%). Import dalam sektor perkhidmatan terutamanya pengangkutan turut meningkat menyebabkan defisit perkhidmatan semakin melebar berbanding tahun 2010. Daripada analisis menggunakan perangkaan imbangan pembayaran, didapati syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa lebih cenderung untuk mereka menggunakan perkhidmatan muatan udara dan laut serta insuran asing. Sektor pembuatan mendominasi perbelanjaan perlindungan alam sekitar pada 2018 iaitu RM1,820.8 juta atau 67.5 peratus. Dalam melaksanakan perdagangan Malaysia perlu memperoleh kelebihan dengan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, bahan mentah yang diimport dan juga berasaskan komoditi. Malaysia perlu memberi penumpuan penghasilan produk yang melibatkan lebih ramai pekerja mahir dan separa mahir menggunakan sumber tempatan yang memberikan kesan pengganda lebih tinggi dan juga mempertingkatkan kepelbagaian produk. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai import makanan Malaysia yang semakin meningkat dan membimbangkan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Dalam portal berita m.star melaporkan 'Malaysia Terlalu Bergantung Kepada Import Makanan' sesuai dirujuk. Rakyat Malaysia mungkin ada yang masih berbangga dengan status negara sebagai 'syurga makanan' akan tetapi kebanyakan bahan-bahan yang digunakan bukan daripada sumber tempatan tetapi apa yang ditunjukkan dalam bil import makanan berjumlah RM45.4 bilion pada 2015 telah terus meningkat kepada RM55.4 billion pada tahun 2020. Malaysia memperoleh sayur-sayuran, buah-buahan dan daging sekurang-kurangnya daripada 120 negara dan juga mengimport lebih daripada 50 jenis bahan segar dan beku bagi memenuhi selera rakyat Malaysia terutamanya penggemar makanan. Buah-buahan seperti tembikai, pisang, nanas dan juga rambutan adalah antara yang diimport dari luar negara dengan kos berjumlah RM1.55 bilion antara Januari dan Jun tahun lalu. Negara Afrika, Australia, India, Thailand dan China antara yang menjadi sumber Malaysia mendapatkan import buah-buahan. Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, pada tahun 2020 sahaja Malaysia membelanjakan sekitar RM55.4 bilon untuk import makanan. FAMA dapati dimana pada tahun 2014 jumlah import makanan berjumlah RM42.6 bilion, peningkatan mendadak sebanyak RM12.4 bilion berbanding empat tahun sebelumnya dan kini naik lagi. Sayur-sayuran seperti bawang merah, bawang putih, brokoli, cendawan, bendi, kacang, keledek, tomato dan cili diimport dari beberapa negara seperti China, India, Thailand, Australia dan juga Singapura. Selain itu sebanyak RM18.68 bilion dibelanjakan untuk mengimport ayam, daging lembu, daging kerbau, itik dan daging khinzir dari Amerika Syarikat, China, Australia dan beberapa negara lain. Sumbangan pertanian kepada KDNK meningkat sedikit sebanyak 2.1 peratus pada  tahun berikutnya. Penyumbang utama kepada produk nilai tambah pertanian adalah kelapa sawit. Agro-makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, padi dan beberapa tanaman lain menyumbang sebanyak 20.1 peratus kepada KDNK sektor pertanian. FOMCA nyatakan dimana keselamatan makanan perlu menjadi keutamaan kerajaan bagi memastikan negara mampu mengurangkan jumlah penggantungan kepada import barang-barang keperluan.  Pada masa ini Malaysia hanya berupaya untuk mengeluarkan produk seperti telur, ayam dan daging khinzir. Malaysia memang terlalu bergantung kepada import untuk barangan keperluan lain dimana itulah sebabnya harga bagi sesetengah barangan agak mahal. Kerajaan perlu di gesa untuk memberi penekanan kepada industri tanaman makanan untuk kelestarian yang lebih baik. Dilaporkan sejak kerajaan mengalihkan tumpuan daripada sektor pertanian kepada perindustrian didakwa tahap keselamatan tanaman makanan telah diabaikan dengan ketara.

Portal berita bharian.com tepah pun melaporkan 'Kebergantungan negara terhadap makanan import semakin meningkat' memang agak mengejutkan penulis blog. Malaysia perlu mengimport makanan bagi memenuhi keperluan dan permintaan pengguna tempatan walau pun dalam musim pandemik Covid19. Dilaporkan Malaysia mengimport RM55.5 bilion produk makanan berbanding eksport sebanyak RM33.8 bilion pada tahun lalu. Ketua Perangkawan Malaysia berkata peningkatan yang lebih pantas import berbanding eksport mendorong peningkatan defisit perdagangan produk makanan negara berjumlah RM21.7 bilion pada 2020, meningkat 24.9 peratus berbanding tahun sebelumnya. Pada masa yang sama jumlah import makanan terkumpul berjumlah RM482.8 bilion dalam tempoh 10 tahun, manakala eksport berjumlah RM296 bilion. Apa pun di samping itu juga Malaysia sangat bergantung kepada import bagi daging kambing (RM879.4 juta), mangga (RM87.9 juta), kelapa (RM266.1 juta) dan daging lembu (RM2.2 bilion) untuk memenuhi permintaan domestik. Lebih daripada 70 peratus daging kambing yang diimport berasal dari Australia sementara mangga, kelapa dan daging lembu masing-masing diimport dari Thailand, Indonesia dan India.  DOSM telah menerbitkan laporan Akaun Pembekalan dan Penggunaan Komoditi Pertanian Terpilih, 2016-2020. Dalam buku penerbitan ini memaparkan statistik pengeluaran, eksport dan import serta indikator kadar sara diri, kadar kebergantungan import dan penggunaan per kapita bagi 45 komoditi pertanian terpilih meliputi tiga kategori iaitu tanaman, ternakan dan perikanan. Skala pandemik COVID-19 telah menjejaskan perdagangan antarabangsa dan globalisasi dengan penularan virus di aliran perdagangan antarabangsa. Apa pun pandemik ini juga turut mempengaruhi penawaran dan permintaan. Pada tahun 2020 terdapat sebanyak 24 daripada 45 item menunjukkan trend penurunan bagi Kadar Kebergantungan Import (IDR) yang disumbangkan oleh sekatan perdagangan antarabangsa ekoran pandemik yang berpanjangan. IDR menerangkan kebergantungan sesebuah negara kepada import komoditi pertanian dalam memenuhi keperluan domestik. Nilai IDR yang tinggi menunjukkan peningkatan pada bekalan komoditi pertanian yang diimport.
Bagi memenuhi keperluan dan permintaan pengguna tempatan, produk makanan perlu diimport dari luar negara terutama bawang besar, produk tenusu, kopi, tepung gandum, teh, bawang kecil, ubi kentang dan minyak masak.

BH seterusnya melaporkan dimana '
Malaysia bukan pengimport bersih makanan, tukaran asing bukan pemacu harga - Bank Negara' wajar untuk ditulis semula kisahnya. BH telah melaporkan dimana Malaysia mempunyai keupayaan sara diri untuk sebahagian besar barangan makanan meskipun jumlah kandungan import agak besar dakwa Bank Negara Malaysia. Bank pusat itu menegaskan tanggapan bahawa status Malaysia sebagai ‘pengimport bersih’ makanan dan kadar pertukaran asing sebagai satu-satunya pemacu harga makanan di negara ini adalah salah. Bank Negara juga ada menjelaskan pengeluaran makanan di Malaysia adalah cukup untuk menampung penggunaan domestik bagi banyak bahan makanan asas yang mana daripada 33 produk pertanian yang biasa digunakan cuma 16 sahaja mempunyai nisbah sara diri melebihi 100 peratus. BNM dakwa perubahan kepada status pengeksport bersih makanan mungkin tidak dapat mengikis keperluan negara terhadap bahan yang diimport dan pengaruh kadar pertukaran. Pergerakan kadar pertukaran hanya dapat mempengaruhi sebahagian saja daripada harga makanan dan faktor lain mungkin sama penting atau lebih penting. Apa pun berdasarkan perangkaan sedia ada dimana sejak lima tahun lalu kadar defisit perdagangan makanan dan minuman meningkat dengan sederhana kepada RM18.8 bilion pada 2018, berbanding RM16.9 bilion pada 2013. Jika dilihat dengan lebih teliti dimana Malaysia juga adalah pengeksport bersih untuk makanan seperti timun, terung, bayam, telur, kacang panjang, bendi, nanas, pisang dan udang, sekali gus menepis tanggapan kebergantungan pada import yang meluas adalah tidak tepat. Dari segi import, bahagian kandungan import dalam jumlah bekalan makanan ialah 24 peratus yang mana peratusan itu termasuk komponen import untuk pengeluaran domestik (sembilan peratus) dan import barangan siap (15 peratus). Bekalan sesetengah makanan seperti daging lembu dan kobis bulat sebahagian besarnya perlu diimport dari negara lain. Secara kebetulan dimana bahan makanan yang bergantung pada import itu juga mencatatkan kadar inflasi yang melebihi paras purata sejak sedekad yang lalu. Sebaliknya bagi bahan makanan seperti daging ayam dan telur yang mempunyai nisbah sara diri yang tinggi menunjukkan kenaikan harga yang pada amnya selaras dengan inflasi keseluruhan. Masih  terdapat hubungan bukan linear antara kebergantungan import dengan kenaikan harga sebagai contoh dimana meskipun kebergantungan import untuk daging lembu adalah lebih tinggi daripada kelapa tetapi kadar kenaikan harganya pada tempoh 2010-2018 adalah lebih rendah daripada kenaikan harga santan segar. Hal itu menunjukkan bahawa faktor lain memang turut mempengaruhi harga akhir kepada pengguna selain daripada pergerakan kadar pertukaran. Dengan mengambil kira beberapa peringkat yang terbabit dalam pengeluaran makanan maka Bank Negara dapati dasar dalam negeri yang disarankan pada masa ini adalah tepat pada masanya dan wajar. Ini termasuk dengan cara mempelbagaikan sumber import, memperkemas peraturan dan memodenkan teknologi pengeluaran dan pengedaran. Meskipun mengambil masa untuk direalisasikan, langkah ini akan dapat menangani isu struktur yang menjadi teras kepada masalah bekalan makanan di Malaysia sejak beberapa dekad. Semuga artikal ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
IMPORT MAKANAN... TERUS NAIK SAJA...
KENAPA JADI BEGITU...RAMAI TERTANYA... 
BUKAN BEZA NILAI DUIT... BNM DAKWA...
PELU DIATASI... STRATEGI DI LAKSANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Safar 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.