Sunday, October 24, 2021

TANAH PASIR - APA DIA?

TANAH PASIR
(Sands) merupakan sejenis tanah yang mana ia terdiri dari bahan berbutir terbentuk secara semula jadi yang terdiri daripada batu dan zarah galian kecil yang halus. Saya belajar mengenai tanah termasuk 'tanah pasir' semasa belajar di universiti dahulu. Definasi tanah pasir yang digunakan oleh pakar kaji bumi adalah sebagai butiran pasir bersaiz ukur lilit antara 0.0625mm (atau ​1⁄16 mm, atau 62.5 μm) hingga kepada ukuran 2 milimeter (mm). Setiap butiran pasir adalah dengan julat saiz ini dikenali sebagai butiran pasir. Ciri kelas saiz pasir lebih besar berikutnya adalah anak batu iaitu dengan zarah antara 2 mm sehingga 64 mm. Saiz lebih kecil berikutnya dalam geologi adalah tanah lumpur dengan saiz zarah kecil daripada ukurlilit 0.0625 mm sehingga 0.004 mm. Spesifikasi saiz antara pasir dan anak batu telah kekal sama lebih dari satu abad akan tetapi dilaporkan zarah dengan ukur lilit sekecil 0.02 mm telah ditakrifkan sebagai pasir di bawah piwaian Albert Atterberg digunakan seawal abad ke-20. Piwaian kejuruteraan 1953 yang diterbitkan oleh Persatuan Pegawai Lebuh Raya Negeri dan Pengangkutan Amerika Syarikat (AASHTO) telah menetapkan saiz pasir minimum sebagai 0.074 mm. Spesifikasi minimum bagi Jabatan Pertanian Amerika Syarikat 1938 adalah 0.05 mm (USDA staandard). Pasir berasa kesat apabila digeser antara jari (lumpur, sebagai perbandingan akan berasa seperti tepung). Sebenarnya secara teknikal tanah (soil) 
merupakan lapisan terluar dari bumi yang pada awalnya berasal dari bebatuan yang mengalami proses luluhawa sehingga membentuk partikel-partikel halus atau disebut dengan regolite. Tanah merupakan kombinasi mineral dan bahan organik lainnya yang sangat penting kepada proses kehidupan diatas bumi memiliki sifat fizikal seperti bahan, tekstur, kepadatan dan lainnya.  Proses luluhawa ini terjadi dalam jangka waktu yang cukup lama bahkan hingga ratusan atau ribuan tahun. Tanah memiliki peranan yang sangat penting bagi kegunaan dan juga kehidupan manusia yang mempunyai banyak ada jenis tanah tersebar diseluruh bahagian muka bumi. Kebanyakan sumber makanan berasaskan tumbuhan haiwan dan lain-lainnya adalah sebahagian besar daripada  yang hidup diatas tanah. Salah satu jenis tanah yang paling sering dijumpai adalah tanah pasir terutama dikawasan gurun dan pantai. Artikel petang rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai beberapa fakta asas mengenai tanah pasir untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Tanah pasir adalah tanah dengan partikel berukuran besar dimana ia terbentuk dari asalnya batuan-batuan beku serta batuan sedimen yang memiliki butiran besar dan kasar atau yang sering disebut dengan kerikil. Tanah pasir memiliki kapasiti untuk serapan air yang rendah karena sebahagian besar tersusun atas partikel berukuran 0.02 mm sehingga saiz 2 mm. Tanah pasir pada umumnya tidak dapat membentuk agregat sehingga ia mudah untuk proses hakisan (eroison). Unsur yang terkandung pada tanah pasir adalah terdiri dari unsur Posforan (P) dan Kalium (K) yang ada akan tetapi ia  tidak tersedia untuk diserap oleh tanaman. Selain itu juga terdapat unsur Nitrojen (N) dalam kadar yang sangat sedikit. Tanah pasir merupakan tanah yang tersebar cukup banyak di Malaysia akan tetapi ia boleh dikelaskan kepada 2 kategori iaitu Pasir Bukit dan Pasir Pantai. Ciri-ciri am tanah pasir termasuk ia tidak mampu menyimpan air (poros), jenis mineral dan tidak mengandungi unsur baja (nitrient) disebebkan tekstur pada tanah pasir yang sangat lemah. Tanah pasir juga memiliki kesuburan yang rendah sehingga hanya sedikit sekali tanaman yang dapat tumbuh pada tanah pasir (seperti di padang pasir atau gurun). Tanah pasir memiliki rongga yang besar sehingga pertukaran udara dapat berjalan dengan lancar. Selain itu tanah pasir tdak melekit (peroi) jika basah sehingga menjadikan tanah pasir mudah untuk diproses. Tanah pasir memiliki tekstur yang kasar dan memang ada terdapat ruang pori-pori (rongga) yang besar diantara butiran-butirannya sehingga keadaan tanah ini menjadi struktur yang lepas (loose type) dan gembur. Ciri tanah pasir tersebut menjadikan tanah pasir ini mempunyai kemampuan yang rendah untuk ia dapat mengikat air. Pada dasarnya tanah pasir merupakan tanah yang tidak sesuai untuk digunakan sebagai media tanam kerana partikelnya yang besar dan kurang dapat menahan air yang diperlukan oleh akar tumbuhan. Bagaimana pun ia berguna apabila digunakan sebagai bahan tanaman sebagai Media Tanah Campuran yang dicampur dengan tanah atas, bahan organik dan cocopeat. 

Dalam keadaan biasa dimana tumbuhan agak sukar untuk mengadaptasi diatas tanah pasir yang tidak mengandungi air, tiada nutrien dan juga tiada bahan organik yang diperlukan. Biasanya selain daripada aspek kesuburan, suhu pada permukaan tanah pasir juga sangat tinggi iaitu pada umumnya diatas 30 darjah Celcius. Memang ciri ini adalah sangat tidak membolehkan bagi ciri pertumbuhan tanaman untuk hidup subur diatasnya. Hanya ada beberapa spesis tumbuhan yang boleh hidip dikawasan tanah berpasir seperti digurun (Sila lihat foto disebelah). Apa pun beberapa gurun di luar negara telah dibangunkan dan dirawat dengan baik sehingga boleh dijadikan kawasan pengeluaran makanan yang hebat seperti yang penulis blg pernah membuat tinjuan di Dina Farm, Mesir pada tahun 2000 dahulu. Di negar China pula melalui youtube ditunjukkan bagaimana Gurun Gobi yang berpasir dan panas ditukar kepada kawasan perladangan yang luas dengan teknologi yang dibangunkan oleh China. Perkara sama juga berlaku di USA, India, Australia dan beberapa negara lain. Di Malaysia Tanah Nekas Lombong (tin mines land) merupakan salah satu kawasan tanah berpasir yang luas terdapay dibeberapa negeri terutama di Perak dan Selangor. Beberapa kawasan tanah bekas lombong ini diusahakan untuk dijadikan kawasan pertanian melalui teknologi sistem pengairan, penambahan banyak bahan organik dan sistem tanaman yang komersil. Beberapa tanah bekas lombong ini dijadikan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) oleh kerajaan negeri dikelolakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia yang berjaya. Penulis blog pernah melawat TKPM Sungkai dan TKPM Tg. Malim di Perak yang menanam pelbagai jenis tanaman makanan. Penggunaan bahan organik ini dapat berupa kompos, baha raji ayam atau tanah gambut. Bahan organik ini berfungsi sebagai pengikat atau perekat didapati mampu untuk mengikat butiran pasir semula dengan bahan organik mampu menggumpalkan pasir. Dengan cara pencampuran ini maka struktur tanah campuran kemudian akan menjadi subur dan selain itu bahan organik yang diberikan akan berfungsi untuk menyerap air dimana akhirnya berkemampuan untuk menyimpan air akan  meningkat. Sebenarnya bahan organik, kompos, atau tahi ayam yang digunakan untuk dicampur dengan tanah pasir adalah daeipada bahan organik yang sudah matang (bukan raw material). Ciri-ciri bahan organik yang sudah matang adalah berwarna hitam, tidak berbau, dan peroi. Pemberian bahan organik pada tanah pasir dilakukan dengan kadar dengan kadar minima 20 tan sehektar. Selain pemberian bahan organik adalah pemberian air yang dapat dilakukan dengan penyiraman ketika tanah pasir digunakan sebagai media tanam. Sifat tanah pasir yang mudah kering maka penyiraman harus dilakukan secara teratur. Teknik cara penyiraman pada musin kemarau harus kerap dilakukan daripada ketika musim hujan. Pada musim kemarau disyorkan dilakukan penyiraman 2 sampai 3 kali dalam sehari. Dalam pada itu antara kegunaan tanah pasir pada dasarnya memang tahap kesuburannya rendah ia masih boleh digunakan untuk tujuan pertanian. Ada teknologi dimana dibuktikan tahap penghasilan dari tanah pasir adalah lebih produktif. 

Kepada pembaca yang masih kurang jelas persoalan apakan dia perbezaan antara Pasir dan Tanah akan dijelaskan dalam bab ini. Apa pun perbezaan utama dimana bagi tanah (soil) ia mempunyai liang-liang yang mana ia akan membolehkan air dan nutrien disimpan didalamnya sementara bagi pasir ia adalah longgar, berbutir dan tidak mempunyai liang untuk mememegang air dan nutrien (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog sering ditanya mengenai situasi dimana ada kalangan orang ramai masih keliru dengan istilah 'pasir dan tanah' dimana mereka menganggapnya sama. Perlu dijelaskan dimana walau pun pasir adalah jenis tanah akan tetapi dari segi ilmu sains tanah (soil classification) ia agak berbeza antara satu sama lain. Secara definisi, tanah adalah lapisan atas permukaan tanah bumi yang terdiri daripada zarah batu, humus, air, dan udara yang hancur, sedangkan pasir adalah bahan longgar yang terdiri daripada batu atau butiran mineral. Tanah adalah salah satu unsur daripada tiga sumber semulajadi utama di samping udara dan air. Ia adalah salah satu daripada perkara yang ujud di alam semula jadi yang luar biasa yang tidak akan ada kehidupan dimana ia adalah satu lapisan nipis bahan di permukaan bumi di mana tumbuhan mempunyai akarnya. Tanah terdiri daripada banyak komponennya akan tetapi tiga komponen yang utama adalah adalah TANAH MINERAL, BAHAN ORGANIK dan pastinya ORGANISMA HIDUP yang tinggal di dalam tanah. Berlainan pula dengan pasir yang hanya merupakan bahan berbutir semulajadi iaitu yang terdiri daripada zarah batu dan mineral yang halus dibahagi-bahagikan. Pasir juga bergantung pada  banyak komponennya iaitu terdiri daripada SILIKA (Si) dan sejumlah kecil KALSIUM KARBONAT. Pasir yang merupakan serinng disebbut sebagai 'Tanah' memang ia dianggap sama dengan tanah. Kedua-duanya juga memang bergantung pada lokaliti ia berada akan berbeza dari segi tekstur dan ciri-ciri dari satu tempat ke tempat lain. Kedua-duanya memang boleh digunakan secara meluas untuk pertanian bagi tempat bercucuk tanam, berternak dan akuakultur serta lain-lain aktiviti berkaitan. Antara tumbuh-tumbuhan digunakan untuk menanam bunga, bunga dan biji-bijian makanan seperti beras, gandum dan sayuran. Dalam pada itu pasir digunakan untuk tumbuh-tumbuhan tumbuhan seperti kacang, tembikai dan sebagainya.  Kedua-duanya digunakan secara meluas untuk tujuan lain seperti pasir digunakan secara meluas dalam industri batu bata, kaca dan pembinaan. Tanah pula sering akan digunakan secara meluas dalam banyak bidang seperti pembinaan, keindahan, ubat-ubatan, tembikar, pemurnian air, dan lain-lain. Berdasarkan sifat fizikal kedua-dua jenis pasir dan tanah dapat dikelaskan berdasarkan tekstur, struktur, ketumpatan, keliangan, konsistensi, suhu dan warna. Ciri ini boleh dijelaskan dari segi warna dimana kedua-duanya akan menukar warna mereka mengikut tempat yang dijumpai di dalamnya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembac ablog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
NAMANYA PASIR.... PEROI BUTIRNYA...
TIDAK SIMPAN AIR... BANYAK SILIKA....
PASIR DIRAWAT... BOLEH IA DIGUNA...
JANGAN KELIRU... TANAH BEZANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(14 Rabiulawal 1443H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.