Monday, August 2, 2021

TANAMAN PADI DAN NUKLEAR

TANAMAN PADI
(Oryza sativa) merupakan sejenis tanaman penting di Malaysia dan beberapa negara tropika diseluruh dunia kerana nasi adalah merupakan salah satu makanan ruji kini libatkan teknologi nuklear. 
Tanaman padi merupakan satu industri tanaman dan agromakanan yang ketiga terpenting di Malaysia selepas tanaman kelapa sawit dan getah. Keluasan tanaman padi di Malaysia Musim Utama 2017/2018 dilaporkan 436,054 hektar dengan seluas 268,318 hektar padi sawah di Semananjung Malaysia, seluas 20,828 hektar padi sawah di Sabah dan seluas 76,198 hektar padi sawah di Sarawak. Data ini termasuk juga seluas 32,572 hektar padi bukit di Sabah dan seluas 135,164 hektar padi bukit di Sarawak. Terdapat 12 Jelapang Padi di Malaysia yang masih produktif dalam mengeluarkan padi iaitu MADA, KADA, IADA Kerian, IADA BLS, IADA P. Pinang, IADA Semb Perak, IADA KETARA, IADA Kemasin Semerak, IADA Pekan, IADA Rompin, IADA Kota Belud dan IADA Batang Lupar. KADA merupakan kawasan Jelapang Padi (Grainary Area) yang terluas di Malaysia dengan 100,659 hektar dan IADA Batang Lupar merupakan Jelapang Padi terkecil dengan keluasan 1,121 hektar. Kawasan penanaman padi Luar Jelapang Padi di Malaysia adalah seluas 218,174 hektar pada tahun 2018 dengan 57,673 hektar berada di Semenanjung Malaysia. Negeri Kedah juga mempunyai kawasan penanaman padi Luar Jelapang Padi teruas dengan 26,857 hektar dan Selangor serta Pulau Pinang tidak ada kawasan sawah luar jelapang. Data CCS Kebangsaan juga melaporkan dimana intensiti penanaman padi sawah di Malaysia adalah 94.5% dengan dua negeri mencapai 100% intensiti tanaman. Dua negeri tersebut adalah Perlis dan Pulau Pinang. Apa yang selalu menarik minat saintis dan orang ramai adalah purata hasil padi negara. Dilaporkan pada tahun 2018 purata hasil padi negara adalah 3,511 metrik tan sehektar dengan purata hasil padi sawah sebanyak 4,031 mt sehektar. Purata padi bukit menurunkan penghasilan nasional kerana purata padi bukit di Sabah hanya 2,714 mt sehektar dan sebanyak 1,958 di Sarawak. Dengan kiraan CCS dilaporkan pada musim utama 2017/2018 pengeluaran padi negara adalah sebanyak 1,531,034 metrik tan. Dilaporkan kawasan jelapang padi menghasilkan 69.4% daripada pengeluaran padi negara dengan julat 4.0 - 5.9 kg sehektar. Banyak inovasi dan amalan agronomi tanaman mengenai padi kini dikaitkan dengan teknologi nuklrae seperti penghasilan baka varieti baru padi, penghasilan baja nuklear dna beberapa temuan lagi. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya pasti paparkan beberapa laporan media mengenai padi dan beras yang terkait dengan teknologi nuklear ubtuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Portal berita Utusan Malaysia dengan artikel bertjuk '
Beras teknologi nuklear' menarik untuk dikongsikan. Foto disebelah menunjukkan bagaimana Dr Sobri Hussein (kiri) dan Penolong Pegawai Sains, Shuhaimi Shamsudin memasukkan padi yang didedahkan dengan sinaran gamma menggunakan alat GammaCell dalam bekas khas dengan Padi Nuklear NMR 152. Dilaporkan industri padi dan beras tempatan sejak dahulu amat penting dimana ia bukan sekadar sumber makanan negara tetapi penjanaan kepada ekonomi khususnya dalam kalangan penanam padi. Dilaporkan kini keluasan penanaman padi di Malaysia adalah 689,268 hektar (ha) dengan pengeluaran sebanyak 2.9 juta tan metrik, penghasilan beras (1.88 juta tan metrik) manakala purata pengeluaran hasil ialah 4.207 tan sehektar. Dengan tahap sara diri (SSL) mencecah 72 peratus, Malaysia masih mengimport beras antara 700,000 hingga 900,000 tan metrik. Memang.  masih banyak cabaran dalam industri padi dan beras tempatan antaranya kadar pengeluaran rendah, kadar jumlah kehilangan lepas tuai agak tinggi iaitu antara 10 hingga 30 peratus, serangan padi angin, masalah penyakit, bencana alam, perubahan cuaca yang tidak menentu dan kualiti benih padi sah yang rendah. Dilaporkan dimana kejayaan didalam  menghasilkan beras menggunakan teknologi nuklear telah membuktikan kaedah tersebut membantu golongan petani. Didakwa setakat ini MARDI adalah antara agensi yang berjaya membangunkan pelbagai varieti yang kini berjumlah 50 varieti padi. MARDI diberi mandat membangunkan teknologi biak baka tersebut sejak 1969 bagi memberi manfaat kepada penanam, sekali gus membolehkan mereka layak mendapat subsidi baja, racun dan harga. Pada 1964 MARDI mula menghasilkan varieti pertama, Malinja manakala Kadaria 1, varieti terakhir setakat ini diisytiharkan tahun lalu. Namun sebenarnya teknologi tersebut tidak berhenti di situ sahaja memandang usaha menghasilkan varieti baharu padi sentiasa dijalankan. Industri ini perlu terus menerima suntikan teknologi baharu bagi membolehkan varieti varieti berkualiti dapat dihasilkan supaya petani dapat menambah pengeluaran, sekali gus meningkatkan tahap SSL negara. Selain MARDI, Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) turut terlibat dalam teknologi biak baka padi, dengan tujuan yang sama iaitu membantu petani mendapatkan benih berkualiti bagi meningkatkan pengeluaran. Penyelidik Kanan Bahagian Agroteknologi dan Biosains Nuklear Malaysia, Dr. Sobri Hussein berkata, projek ini diketuai oleh Dr. Abdul Rahim Harun dengan kerjasama pelbagai agensi dan institut pengajian tinggi tempatan serta mendapat bantuan teknikal daripada Agensi Tenaga Atom Antrabangsa (IAEA) menerusi Projek Biak Baka Mutasi Aruhan Padi menggunakan teknologi nuklear.

Projek ini yang bermula pada 2004 dengan merawat benih padi MR 219 dengan sinaran gama pada kekuatan dos radiasi 300 Gy menggunakan kebuk gama di Agensi Nuklear Malaysia (ANM) untuk mengaruh mutasi sehingga ia dapat menghasilkan varieti NMR152.  Benih yang telah didedahkan dengan sinaran gama kemudiannya ditanam untuk menghasilkan populasi generasi pertama (M1) benih aruhan mutasi di plot kajian Jabatan Pertanian Sungai Burung Tanjung Karang. Pada generasi kedua ANM buat pemilihan ciri-ciri yang dikehendaki seperti hasil tinggi, rintang penyakit, tahan kemarau dan juga tahan kepada perubahan iklim. Kira kira 500 warisan mutan yang berpotensi, disaring daripada makmal dan rumah hijau kemudiannya diulang rawat terhadap tekanan air minimum dan simulasi kemarau di petak sawah. Langkah seterusnya adalah selepas memperoleh warisan padi yang berpotensi, ia ditanam beberapa pusingan hayat sehingga generasi kelima untuk memastikan kestabilan variasi mutan padi baharu tersebut. Beberapa varieti mutan padi yang tahan kepada kemarau atau tekanan air minimum kemudiannya dipilih dan ciri-ciri agronomi dan hasil yang penting seperti berat benih, bilangan anak pokok, saiz biji, tempoh berbunga dan matang padi akan dicerap. Penilaian awal ke atas prestasi warisan mutan yang berpotensi dijalankan pada 2010. Hasilnya dimana dua padi mutan iaitu NMR 151 dan NMR 152 telah dipilih berdasarkan prestasi cemerlang dan hasil tuaian yang tinggi serta adaptasi yang sangat memuaskan kepada perubahan cuaca dan penyakit. Bagi mengesahkan warisan mutan ini rintang terhadap keadaan kemarau, maka ujian verifikasi dijalankan melalui kajian tindak balas fisiologi dan biokimia warisan mutan padi ini terhadap beberapa parameter. NMR 152 juga boleh bertahan di kawasan yang sukar dan menghasilkan tuaian yang tinggi berbanding varieti lain. PADI NMR 152 ditanam menggunakan transplanter dimana pada tahun 2019, Kajian Penentusahan Tempatan (LVT) di beberapa lokasi telah dijalankan di Changloon, Kedah, Tanjung Karang dan Sekinchan di Selangor. NMR152 secara konsisten mengeluarkan hasil padi secara purata lapan tan sehektar di semua kawasan. Kos penanaman dilapor boleh dikurangkan antara lima hingga 10 peratus kerana penggunaan baja dan racun perosak yang kurang. Pada masa yang sama, hasil tuaian boleh meningkat di antara 20 hingga 50 peratus bergantung kepada kawasan tanaman dan amalan kultura petani.

Portal Berita Harian pula dengan artikel bertajuk Baja nuklear penyubur tanaman' menaruk untuk dikongsikan. Foto  sebelah menunjukkan dimana aktiviti penyemburan baja bio yang pertama pada tanaman padi di FELCRA Seberang Perak dengan keluasan 15.70 hektar. Dilaporkan dimana tenaga nuklear (nuclear energy) mempunyai pelbagai kegunaan yang berbeza mengikut keperluan. Lazimnya untuk menghasilkan haba, elektrik, memulihara makanan, mencari sumber baru atau sebagai rawatan perubatan malahan ramai lebih gerun mendengarnya apabila nuklear digunakan sebagai senjata peperangan seperti pembuatan bom nuklear. Apa pun diantara yang menarik perhatian adalah penggunaan teknologi tenaga nuklear dalam penghasilan 'baja bio' yang memberi manfaat kepada petani melonjakkan hasil tanaman. Terkini dimana penggunaan baja bio jenama Bioliquifert dicipta oleh Agensi Nuklear Malaysia untuk meningkatkan hasil dan menjadikan tanaman subur, tahan serangan penyakit dan mesra alam sekitar. Baja bio sesuai digunakan untuk pelbagai jenis tanaman termasuk kelapa sawit, padi, jagung, sayur-sayuran seperti tomato, bendi, timun, sawi, kobis cina, terung, bayam dan buah-buahan. Pegawai Penyelidik Agensi Nuklear Malaysia, Dr Phua Choo Kwai Hoe, berkata baja dalam bentuk cecair itu mampu meningkatkan hasil tanaman petani sehingga 15 peratus berbanding baja kimia dan organik. Kini penggunaan baja bio dapat mengurangkan kos pembajaan dan mengelak pencemaran kepada tanah serta sumber air berbanding menggunakan baja kimia. Kadar pencemaran akibat penggunaan baja kimia berlebihan dan terlalu lama akan menyebabkan mikrob di dalam tanah mati dan tanah 'sakit' bertukar menjadi keras. Ini menyebabkan tidak sesuai dan menjadi punca hasil kurang. Pencemaran tanah dalam jangka masa panjang memberi kesan kepada hasil tanaman, manusia dan persekitaran.

Baja bio ini dilaporkan memang akan membekalkan nutrien kepda tanaman seperti tanaman padi hasil daripada penyelidikannya. Kini dengan inovasi baja bio itu memungkinkan proses pembajaan menggunakan dron terutama membabitkan tanaman yang luas. Cara penggunaan teknologi nuklear sinaran gamma pada baja bio digunakan untuk pensterilan pembawa bagi mengelak berlakunya kontaminasi hingga mikrob jahat membunuh atau menjangkiti mikrob baik yang dicampurkan. Baja bio mempunyai mikrob berfaedah dan bersifat pelbagai fungsi bagi meningkatkan pertumbuhan tanaman melalui penukaran unsur pemakanan penting, iaitu nitrogen (N), fosfat (P) dan kalium (k) atau NPK kepada bentuk tersedia untuk diambil tanaman. Unsur N, P dan K mengandungi hormon perangsang bagi menggalakkan pertumbuhan daun, akar selain membolehkannya berbunga dan berbuah lebih lebat. Penggunaan baja bio dapat mengurangkan kos pembajaan dan mengelak pencemaran tanah (Sila lihat foto disebelah). Selain faktor tanah, lokasi dan cuaca baik, baja itu juga bagus dan berupaya membekalkan nutrien penting kepada tanaman kerana ia menjadi antara aspek penting untuk memastikan petani dapat menuai hasil lumayan. Menurut Saintis Phua yang juga pakar dalam Teknologi Nuklear Biobaja dan Mikrobiologi mendakwa ada petani keliru apabila tanaman tidak subur selepas diberi baja kimia dengan banyak. Sebenarnya dilaporkan iaitu ketiadaan mikrob pada baja kimia menyebabkan tanaman tidak dapat menyerap nutrien sepenuhnya. Bagi baja organik, kandungan mikrob di dalamnya tidak diketahui, malah populasinya juga rendah berbanding baja bio. Baja bio kali pertama dihasilkan Agensi Nuklear Malaysia dalam bentuk cecair sejak aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), pada 2002 dimana ia turut digunakan bagi meningkatkan prestasi tanaman. Selain hasil tanaman lebih baik, ujian kepada tanaman jagung mendapati penggunaan baja bio memberikan rasa lebih manis berbanding menggunakan baja kimia. Setiap 100 mililiter (mm) baja bio boleh dilarutkan dalam air 1000 ml bergantung kepada jenis tanaman. Baja ini lebih mesra alam, kurangkan pencemaran alam sekitar, tetapi ia belum digunakan sepenuhnya bagi mengganti baja kimia atau baja organik.

Dilaporkan dimana teknologi memamg masih baharu kepada petani dan kadar penerimaan petani masih dinilai oleh pesawahdan ANM mengesyorkan penggunaan baja itu secara berperingkat. Melalui aktiviti pemerhatian (observation test), baja bio dapat mengurangkan penggunaan baja kimia atau baja organik, antara 25 hingga 50 peratus bergantung kepada jenis tanaman dan amalan petani dimana ini adalah optimis ia dapat digunakan secara meluas pada masa depan. Kesan mikrob melalui baja bio memberikan pokok sistem pertahanan lebih baik dan sukar diserang penyakit. Penggunaannya juga dapat mempercepatkan waktu tuaian sehingga 10 hari bergantung kepada lokasi dan cuaca berbanding apabila menggunakan baja kimia seperti kajian dilakukan di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kedah. Hasil dari Projek Biobaja melalui kerjasama serantau Forum for Nuclear Cooperation in Asia (FNCA) dan geran penyelidikan ScienceFund Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 2017 dan 2019, Agensi Nuklear Malaysia berjaya mengkomersialkan tiga produk baja bionya. Setakat ini dilaporkan sebanyak 400,000 liter produk baja bio jenama Bioliquifert dilancarkan pada 2017, sudah dibekalkan kepada pesawah di Kedah, Perlis dan Perak melalui Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) yang diselaraskan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Dua lagi produk baja bio melalui projek ini ialah GoGrow BioNPK Biobaja (2019) dan Biobaja M99 menerima Gold award pada Hari Inovasi 2019. Kerjasama antara Agensi Nuklear Malaysia dengan MOSTI serta FNCA, melalui penyelidikan sejak beberapa tahun lalu memberi manfaat kepada pengguna.  Kajian penggunaan baja bio di lot sawah seluas lapan hektar di Kampung Parit Tok Ngah, Tanjong Piandang, Perak mendapati hasil pesawah bagi musim kedua tahun lalu, meningkat kepada lima tan berbanding 3.92 tan, pada musim pertama tahun sama. Sebagai mengakhiri rencana diberikn sedikit info mengenai Bioliquifert. Baja ini adalan jenis 'Biobaja cecair' mengandungi mikroorganisma pelbagai fungsi pengikat nitrogen. Ia juga aakan menjadi pelarut fosfat dan pelarut kalium. Apa pun sbenarnya ia mampu menggalakkan kadar pertumbuhan dan tingkatkan hasil tanaman dimana didakwa akan meningkat hasil tanaman padi sehingga hampir 15 peratus. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!
TEKNOLOGU NUKLEAR... SUDAH ADA...
DALAM PADI ... LAMA SUDAH KAJIANNYA...
BENIH DI RADIASI... BANYAK PROSESNYA...
HASIL TINGGI... CUKUP BERAS NEGARA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan BUkit Beruang,
Air Keroh, Melaka,
Malaysia.
(2 Zulhijjah 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.