Sunday, August 1, 2021

CARA HALAU LIPAN DAN RAWAT BISANYA

LIPAN
atau dalam nahasa Inggeris dipenggil Centipedes merupakan sejenis serangga berkaki banyak yang ramai takut terhadapnya kerana ada spesis lipan yang berbisa apabila mengigit dan bila ia menusukan venomnya kepada manusia dan mangsa lain. Lipan ialah jenis artropod tergolong dalam kelas Chilopoda dalam subfilum Myriapoda. Lipan ialah haiwan panjang dengan sepasang kaki untuk setiap segmen badan dimana lazimnya lipan boleh mempunyai bilangan kaki dari bawah 20 hingga melebihi 300. Lipan mempunyai bilangan pasang kaki yang ganjil contohnya berjumlah 15 atau 17 pasang kaki (30 atau 34 kaki) tetapi bukan 16 pasang kaki (32 kaki). Lipan merupakan sejenis serangga pemangsa atau Karvovor yang memakan serangga lain untuk kehidupannya. Penulis blog dapati dimana dianggarkan terdapat lebih dari 8,000 spesis lipan di seluruh dunia dimana 3,000 spesis lipan telah dikenalpasti. Penulis blog merujuk kepada wikipedia dimana terdapat 5 order lipan dengan ada 14 famili lipan disenaraikan untuk dijadikan bahan rujukkan. Bagi Order Scutigeromorpha ada 3 famili iaitu Pselliodidae, Scutigeridae dan Scutigerinidae semantara bagi order Lithobiomorpha ada dua famili iaitu Henicopidae dan Lithobiidae. Bagi order Craterostigmomorpha hanya satu famili iaitu Craterostigmidae. Bagi order Scolopendromorpha pula dilapor ada 3 famili iaitu Cryptopidae, Scolopendridae dan Scolopocryptopidae. Akhirnya bagi order Geophilomorpha ada 5 famili iaitu famili Mecistocephalidae, Neogeophilidade, Geophilidae, Geophilidae dan Linotaeniidae. Di Malaysia pula terdapat spesis Lipan Bara (Scolopendra subspinipes) yang amat ditakuti keranasengatannya dikatakan amat berbisa menyebabkan kesakitan yang luarbiasa dan dalam kes tertentu boleh menyebabkan kematian. Lipan bara yang berwarna coklat hitam gelap dengan kakinya kemerahan memanag kelihatan amat garang dan mengerikan (Sila lihat foto diatas sekali). Artikel Sabtu malam ini sambil menonton perlawanan badminton Sukan Olimpik Tokyo 2020 dimana bergu badminton negara berjaya meraih pingat gangsa saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai cara bagaimana untuk menghalau dan juga membasmi lipan didalam rumah untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Biasanya l
ipan boleh merayap di sekitar kawasan rumah anda termasuklah di celah-celah kasut, rak-rak buku dan pakaian. Sebelum lipan ini merayap di badan dan menyengat anda pula maka sebaiknya dihalau lipan dari rumah dengan cara betul agar ia tidak menganggu keselesaan dalam rumah. Ada banyak petua dan cara yang boleh dilakukan didalam cara agai mana menghalau dan membasmi lipan dirumah. Penulis blog percaya dimana sebut sahaja lipan, pasti pembaca akan terbayang di fikiran bagaimana rupanya serangga ini yang bukan sahaja menggelikan dengan kaki yang banyak akan tetapi mempunyai gigitan berbisa. Apa yang mengerikan adalah sengatan atau gigitan lipan juga boleh mendatangkan bahaya kepada nyawa terutamanya bayi atau kanak-kanak yang masih kecil atau bagi anda yang mempunyai alahan terhadap bisa serangga ini. Pembaca blog bagaimana pun jangan fobia atau bimbang kerana dalam artikel ini saya akan akan kongsikan maklumat tentang lipan dan cara menghapuskan lipan dari rumah untuk dijadikan bahan bacaan dan amalan berguna. Ada banyak jenis lipan diseluruh dunia dimana apa yang penting adalah kita perlu kenal jenis lipan yang merbahaya. Di Malaysia Lipan Bara merupakan spesis lipan yang sangat terkenal dengan gigitannya yang dikatakan sangat menyakitkan. Sesuai dengan namanya yang dikaitkan dengan bara memang spesis lipan ini mempunyai sifat fizikal warna yang kemerahan dan boleh membesar hingga 30cm. Jenis yang kedua lazim dijumpai dalam rumah adalah Lipan Hitam dimana lipan ini biasanya mempunyai bentuk fizikal seperti lipan bara tetapi berwarna hitam dan menyebabkan ia susah untuk dilihat terutamanya pada waktu malam. Selain dikaitkan sebagai serangga yang berbisa biasanya lipan juga dikaitkan dengan kepercayaan mistik iaitu adanya 'Geliga Lipan' yang dikatakan mempunyai kuasa mistik dikalangan pengamal perubatan tradisional atau dukun dikawasan luar bandar.

Apa pun pembaca blog perlu tahu dimana seb
enarnya, lipan tidak menyengat atau menggigit. Secara saintifiknya dimana lipan menggunakan dua kaki depannya yang dikenali sebagai 'Forcipules' untuk menyepit dan ianya melukakan kulit  kemudian lipan akan menyuntik bisa (venom) kedalam badan. Venom ini akan menyebabkan kesakitan dan bengkak pada kawasnan disengat dan memasukki saluran darah yang menyebabkan kesakitan. Lipan yang berada di kawasan rumah lazimnya adalah sukakan kawasan yang lembap, basah dan yang tersembunyi. Penulis blog memang tidak hairan jika kes gigitan lipan ini akan meningkat terutamanya pada musim hujan. Keberadaan gumpalan baju basah sewaktu musim hujan juga boleh menjadi tempat persembunyian serangga kecil ini dimana pernah beberapa kali didapati lipan berada diapal gumpalan kain lembab diatas lantai. Merujuk kepada kawasan rumah kampung tradisional ada yang terletak di tengah sawah padi atau dudun atau kebun sawit yang mana ada banyak  dikelilingi daun mati serta rekahan kayu membolehkan habitat ini sesuai untuk lipan bersarang dan sebaiknya belukar dan timbunan daun kering mereput ini perlu selalu diselenggara dan dibersihkan. Peribahasa 'musuh dalam selimut' sesuai dikaitkan dengan kehadiran lipan apabila ada kemungkinan lipan boleh menjadi musuh dalam selimut anda sewaktu tidur. Lipan merupakan sejenis serangga yang sangat aktif di waktu malam dan boleh bersembunyi di dalam gumpalan selimut. Sebaiknya jika kurang senang dan percaya pernah melihat lipan dalam bilik tidur maka diperiksa daulu dan pastikan tempat tidur bersih dan selamat. Berjaga-jaga dengan kawasan laman rumah yang tidak terurus kerana ini akan memudahkan lipan untuk membiak dan juga menyembunyikan diri tanpa disedari.

Jika berlaku g
igitan lipan seolah-olah ianya sama seperti gigitan ular dengan ada dua bintik halus pada kulit dan kemerahan. Jika anda sudah digigit (Sila lihat foto disebelah). Mangsa disarankan untuk membunuh lipan itu sekiranya boleh kerana lipan tersebut boleh menyerang serta menyengat berkali-kali sekiranya ia rasa terancam. Kemudian dibasuh kawasan sengatan dengan sabun antibakteria dan bilas dengan air yang banyak. Bisa sengatan lipan ini merupakan sejenis protein yang boleh terurai dengan menggunakan teknik rendaman air panas (35 - 45 Celcius), Bagaimana pun bagi sesetengah individu, kesan gigitan lipan ini akan mendatangkan rasa sakit yang kuat dan anda perlu berjumpa dengan doktor bagi rawatan klinikal yang selanjutnya. Jika mangsa mempunyai sebarang alahan terhadap serangga berbisa sebaiknyadengan segera perlu berjumpa dengan doktor kerana anda boleh mengalami kejutan anafilaksis hingga menyebabkan kematian. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda.

Ada beberapa petua bagaimana c
ara menghalau lipan di dalam rumah untuk dilakukan. Pertama jika rumah ada kesan retakkan pada dinding atau lantai perlu diperiksa kerana tempat ini sering menjadi sarang lipan. Lazimnya lipan akan masuk ke dalam rumah melalui rekahan atau sudut rumah yang kecil dan gelap (Sila lihat foto disebelah). Oleh itu jika boleh retakan tersebut perlu dibaiki dan cuba perhatikan jika ada sebarang rekahan pada dinding atau pintu atau mana-mana sudut lain rumah yang boleh menyebabkan si lipan menyelinap dan masuk ke dalam rumah tanpa kita sedari. Cara ini akan membantu mengurangkan risiko daripada lipan menyelinap dan masuk ke dalam kawasan rumah. Petua yang ke 2 adalah dengan menghapuskan sumber makanan lipan sebab lipan merupakan haiwan karnivor yang mana sumber makanannya ialah serangga kecil lain seperti lipas, semut dan anai-anai. Selain dari mengambil langkah untuk menghalau dan menghapuskan lipan sebaiknya dihapuskan sumber makanannya terlebih dahulu. Ke 3 adalah dengan sentiasa selenggara kebersihan kawasan rumah  dan juga luar atau dalam. Kebersihan rumah sentiasa perlu diselenggara tidak kira kawasan luar atau dalam rumah. Bagi rumah yang mempunyai kawasan luar rumah kena pastikan timbunan daun kering serta kayu yang sudah reput sentiasa dibuang dan dibersihkan. Ini kerana, kawasan yang lembap ini boleh menjadi tempat persembunyian lipan. Periksa juga kawasan longkang yang tersumbat dengan air yang sering bertakung. Jangan biarkan situasi ini berlarutan kerana ia turut boleh mengundang kehadiran lipan. Kaedah ke 4 adalah dengan meletakkan garam makan dikawasan ada rekahan atau kawasan lembap didalam rumah. Garam masin ini dilaporkan akan menjadi petua semulajadi untuk halau dan mengurangkan lipan di rumah dengan taburkan garam. Jika anda mempunyai binatang peliharaan maka garam juga boleh ditaburkan di sekitar bekas minuman binatang peliharaan yang mempunyai air yang bertakung di dalamnya. Namun kena pastikan garam tersebut tidak dijilat oleh binatang peliharaan anda pula.

Petua ke 5 adalah dengan meletakkan d
aun pandan sebagai salah sebagai salah satu cara untuk menghalau lipan. Daun pandan sebenarnya mudah didapati dimana-mana dan daun ini boleh menjadi pewangi hebat semulajadi dalam rumah. Mungkin bau yang pandan adalah wangi bagi manusia tetapi tidak bagi lipan. Bau wangi yang dikeluarkan oleh daun pandan sangat tidak digemari oleh lipan dan juga serangga-serangga perosak yang lain. Caranya cukup mudah iaitu dengan menghiriskan daun pandan dan letakkan di dalam bekas yang bersih. Letakkan sahaja di sudut-sudut rumah yang disyaki menjadi tempat tumpuan lipan. Selain itu juga letakkan juga daun pandan di kawasan rumah yang lembap dan mempunyai rekahan kecil. Selain daun pandan petua lain adalah dengan meletakkan Serai Wangi kerana daun ini  memang tidak asing lagi sebagai salah satu alternatif semulajadi bagi menghalau serangga perosak. Petua ke 6 ini sesuai kerana serai wangi turut mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan bagi serangga perosak. Caranya hampir sama seperti daun pandan, hanya letakkan sahaja di kawasan yang menjadi tumpuan lipan. Jika anda inginkan cara yang lebih mudah, gunakan sahaja produk semburan serai wangi yang mudah didapati di mana-mana kedai runcit atau pasaraya. Petua yang ke 7 adalah meletakkan Essential oil atau minyak pati dilokasi sesuai. Walau pun di Malaysia, minyak pati atau essential oil sering digunakan sebagai salah satu kaedah aromaterapi sebenanya minyak pati atau essential oil ini boleh digunakan untuk menghalau lipan juga. Disebabkan anatomi lipan ini yang mempunyai antena yang sangat sensitif kepada bau maka ia akan menghindari kawasan yang ada dan mempunyai bau kuat yang tidak disukainya. Caranya, titiskan sahaja beberapa titik minyak pati ini di celahan tingkap, pintu atau tempat yang boleh menjadi laluan masuk lipan. Bau minyak ini akan seolah-olah menjadi pendinding yang boleh membantu menghalau lipan atau serangga perosak daripada menjadi tetamu yang tidak diundang di rumah. 

Petua ke 8 adalah meletakan ubat gegat dikawasan strategik. B
agi mereka yang inginkan cara lebih moden dan mudah untuk menghalau lipan, antara alternatif yang boleh dicuba ialah dengan cara menggunakan ubat gegat. Ubat gegat (naphtalene balls) ini akan mengeluarkan gas naphtalene yang beracun kepada lipan. Letakkan sahaja ubat gegat di sekitar kawasan yang menjadi tumpuan lipan dan pasti lipan akan mulai berkurang di kawasan rumah. Petua yang ke 9 adalah membubuh serbuk 'diacematous earth'. Serbuk diacematous earth merupakan suatu alternatif yang turut boleh dicuba. Caranya adalah dengan menaburkan sahaja serbuk ini di kawasan luar rumah untuk mengelakkan lipan dari masuk ke dalam rumah. Petua yang paling mudah dilakukan adalah dengan membuat semburan racun aerosol atau racun serangg terus dilokasi atau keatas lipan hidup. Sebaiknya perlu berhati-hati dalam mengendalikan racun ini serta memilih racun yang bukan sahaja berkesan akan tetapi tidak mendatangkan bahaya kepada kesihatan keluarga dan juga keluarga. Pastikan juga racun yang digunakan disimpan di tempat yang selamat dan tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Bagaimana pun jika krisis ini masih berlanjutan dan tidak dapat dibendung lagi sebaiknya jangan ragu-ragu untuk mendapatkan khidmat profesional yang diiktiraf.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
SERANGGA LIPAN... BANYAK KAKINYA...
MENGIGIT BISA... MEMANG BAHAYA...
PERLU DIRAWAT... DENGAN SEGERA...
MENGHALAU LIPAN... ADA PETUANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Zulhijjah 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.