Tuesday, August 3, 2021

MINYAK SAWIT MERAH - APA DIA?

MINYAK SAWIT MERAH
(Red palm oil) adalah minyak yang terhasil daripada buah kelapa sawit yang matang atau nama saintifik tanaman kelapa sawit adalah Elaeis guineensis yang mana ia berasal dari Barat Daya Afrika. Dalam banyak laporan MPOB ada dinyatakan dimana anggaran jumlah minyak yang boleh dihasilkan daripada 100kg buah kelapa sawit matang adalah sebanyak 23kg minyak kelapa sawit. Penulis blog yang telah beberapa kali membuat latihan praktikal dibeberapa estet sawit di Kluang dan Temerloh Pahang faham akan perkara ini.  Malaysia adalah di antara negara pengeluar minyak kelapa sawit yang utama di dunia selain daripada Indonesia. Oleh kerana pengeluaran minyak daripada buah kelapa sawit adalah banyak berbanding sumber lain, maka minyak kelapa sawit menjadi sumber minyak makan utama di dunia berbanding dengan minyak sayuran dan lemak haiwan.    Minyak kelapa sawit mempunyai titik asap (smoke point) yang tinggi dan stabil pada suhu tinggi. Ia sangat sesuai sebagai minyak masak utama dalam pemakanan seharian kita. Ia juga banyak digunakan dalam industri makanan di seluruh dunia. Dalam pada itu dilaporkan minyak kelapa sawit yang tidak ditapis atau dalam bentuk asalnya mempunyai warna iaitu kemerahan jingga dan dari segi gelaran di panggil sebagai ‘Minyak Kelapa Sawit Merah’. Jenis minyak ini adalah kaya dengan bahan karotenoids dan anti-oksidan. Pengambilan minyak ini dengan cuma 2 sudu minyak kelapa sawit merah setiap hari boleh memberikan khasiat kesihatan yang baik. Apa pun penulis blog merasa masih ramai lagi di kalangan masyarakat tempatan yang tidak mengetahui akan kehebatan minyak sawit merah kerana sudah terbiasa dengan minyak masak (sudah bertapis) yang dibeli daripada kedai atau supermarket. Artikel subuh hari raya Aidilfitri ke 4 tahun 2021 ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai apakah dia minyak sawit merah dan laporan kajian di UPM iaitu produk yang dibuat untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Minyak sawit merah terhasil daripada pemprosesan minyak secara dari mesokap buah sawit (Elaeis guineensis). Minyak ini memang mengandungi asid lemak dan mikronutrien penting seperti karotenoid (termasuk pro-vitamin A), vitamin E dan fitosterol. Menurut kajian oleh Penyelidik Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Yanty Noorzianna Abdul Manaf berkata, beberapa kajian membuktikan minyak sawit merah memiliki sumber karotena dan vitamin A untuk diet manusia. Minyak sawit merah dilaporkan mengandungi bahan iaitu 500 - 1,500 ppm karotena. Dianggarkan dimana in kandungan karotena dalam minyak sawit merah melebihi 15 kali berbanding dengan lobak merah, 300 kali melebihi tomato dan 44 kali melebihi sayuran hijau dan memang sangat hebat nutrisinya. Kajian mendapati minyak sawit merah dapat mengawal penyakit jantung, katarak, rabun malam dan kanser mulut, paru-paru, kulit, hati dan perut. Kajian yang dijalankan terhadap pelajar sekolah bagi kaedah menangani masalah kekurangan vitamin A yang boleh menjejaskan penglihatan, imuniti badan dan tulang yang lemah merencatkan keupayaan pembelajaran serta fungsi mental. Pelajar berkenaan telah diberikan biskut yang diperbuat daripada minyak sawit merah dan didapati dalam tempoh tertentu mereka tidak lagi mengalami masalah itu dimana ini sekali gus membantu memulihkan penglihatan dan kesimpulannya menyatakan minyak sawit merah banyak khasiat untuk kesihatan.  Tambahnya kepada ibu mengandung dan menyusu juga disarankan mengambil minyak ini sebagai diet harian untuk mengurangkan risiko kekurangan vitamin A dan anemia pada ibu serta bayi. Minyak sawit merah juga kaya vitamin E iaitu 30 peratus tokoferol dan 70 peratus tokotrienol.

Daripada kajian juga mendapati dimana mintak sawit merah ini juga b
agus untuk meningkatkan sistem imuniti badan, mengawal tahap kolesterol, pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah. Ddskkwa dimana pengambilan minyak ini juga membantu melindungi daripada serangan angin ahmar (stroke) dan membantu mengawal sel kanser daripada merebak terutama sel kanser payudara. Selain itu, vitamin E juga membantu melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet (UV) bagi mengelakkan kanser kulit dan penyakit kulit lain. Diluar sana didapati dimana harga minyak sawit merah adalah lebih mahal berbanding minyak sawit kuning. Oleh itu sebaiknya pihak kerajaan dan pihak terbabit perlu mengawal harga minyak sawit merah dan lebih aktif mempromosi minyak ini bagi tujuan menggalakkan penggunaannya dalam diet harian dalam kalangan rakyat Malaysia. Disyorkan untuk diadalah pelbagai usaha penggunaan minyak ini perlu giat dilakukan dalam kalangan penduduk pedalaman dan pesakit yang mengalami masalah kekurangan zat melalui khidmat masyarakat dan sebagainya. Walau pun ada beberapa kajian juga giat dan dijalankan penyelidik UPM dalam analisis dan pembangunan produk baru menggunakan minyak sawit merah tetapi masih banyak yang perlu dilakukan. UPM juga ada menawarkan perkhidmatan konsultansi dan analisis kepada pelanggan bagi bidang berkaitan. Kelapa sawit memang diketahui kaya dengan sumber Vitamin E dan karotena, namun persoalannya ialah sejauh mana kandungan itu dapat diproses, seterusnya ‘dilahirkan semula’ dalam bentuk yang mudah bagi dimanfaatkan serta digunakan dalam pemakanan dan kegunaan harian yang lain.

Minyak sawit, terutamanya minyak kelapa sawit merah atau red palm olein mengandungi Vitamin E dipanggil tocols iaitu tocopherols dan tocotrienols, serta karotenoids yang merupakan sumber penting untuk pemakanan yang sihat. 
Minyak kelapa sawit merah dilaporkan mengandungi antara 700-1,000 ppm tocols manakala 500 - 1,500 ppm karotenes. Bagaimanapun kandungan ini adalah dalam bentuk cecair iaitu minyak dan ini sekali gus mengehadkan aplikasi serta penggunaannya. Memasaknya pada suhu yang tinggi pula boleh memusnahkan tocopherols, tocotrienols serta karotenoids. Kajian oleh penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) terhadap minyak kelapa sawit merah berjaya merintis penemuan inovasi memproses kandungan itu dan ia seterusnya mengubah bentuknya kepada serbuk (Powder) melalui kaedah microencapsulation. Menurut kajian Pensyarah Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Prof Dr Lai Oi Ming yang menjalankan kajian bersama itu berkata penyelidikan berkenaan dilakukan bermula akhir tahun 2013 dan mengambil masa kira-kira satu setengah tahun. Apa yang unik ialah melalui teknologi ini dimana UPM telah dapat menukar vitamin berkenaan iaitu daripada bentuk minyak kepada ‘powder’. Vitamin ini turut boleh digunakan dan dicampur kepada makanan yang dimasak walaupun pada suhu yang tinggi. Oleh sebab ia stabil pada suhu tinggi, membolehkannya diaplikasi ke dalam pelbagai jenis makanan. Penyelidikan dijalankan bersama dengan MPOB dengan kedua-dua pihak memberi sumbangan serupa terhadap penyelidikan itu. Selain dikekalkan dalam bentuk serbuk yang dibotolkan dan dalam bentuk uncang sachet ia juga dihasilkan dalam bentuk kapsul. Menyedari bahawa mee segera adalah antara makanan kegemaran di banyak negara Asia, beliau berkata, penemuan itu juga sudah diaplikasikan terhadap makanan berkenaan, yang diberi nama Nutra Mee, menjadikannya mee segera yang mengandungi agen antioksidan yang baik. Berbanding kebanyakan mee segera yang terdapat di pasaran, Nutra Mee ini diperkayakan dengan Vitamin E menjadikannya sumber baik untuk mendapatkan tocols dan karotenoids. Warna kuning yang menyerlah juga menarik perhatian, selain mudah disediakan serta boleh dimakan ketika panas dan sejuk. Hasil daripada penyelidikan menjadikan kandungan minyak kelapa sawit merah itu sebagai serbuk memenangi pingat emas pada Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) manakala aplikasi terhadap mee segera itu pula memenangi pingat perak pada International Invention, Innovation & Technology Exhibition 2014, Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi 2014, serta Bio-innovation Award 2014. Semuga artikel ini memberi info berguna mengenai minyak sawit merah kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
MINYAK SAWIT... MERAH WARNANYA...
BERKHASIAT... PELBAGAI NUTRISINYA...
SESUDU DMINUM... JADIKAN AMALAN...
BADAN SIHAT... CEPAT MENDAPATKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP putrajaya,
Malaysia.
(4 Syawal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.