Friday, July 9, 2021

KISAH TENTANG TELUR PUYOH

TELUR PUYOH
atau QUAIL EGG merupakan sejenis telur paling kecil yang sudah dikomersilkan dibanyak bahagian seluruh dunia sebagaii makanan yang berkhasiat.  Banyak resepi masakan menggunakan telur puyuh sebagai hidangan utama atau sebagai hiasan atau sebagai ramuan makanan lain. Di Malaysia penternakan puyoh dikategorikan kepada dua jenis iaitu Puyoh Pedaging dan Puyoh Penelur. Bagi Puyoh Pedaging ia adalah sistem penternakan burung untuk dapat menghasilkan daging puyoh yang paling popular dibuat masak goreng puyoh kunyit. Bagi puyoh penelur pula diberikan makanan khusus dengan baka yang sesuai hanya untuk menghasilkan telur puyoh dan setelah cukup umu serta penghasilan telur tidak produktif akan dijadikan daging juga. Ramai usahawan muda yang meminati menternak burung puyoh secara komersil kerana potensinya. Dilaporkan dimana seorang pemuda sanggup mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi memberi fokus kepada perniagaan telur burung puyuh sembilan tahun lalu dimana kini ternyata tidak sia-sia apabila Abdul Khairan Firdaus Abdul Rahim kini memiliki 12,000 ekor burung yang mampu menghasilkan 8,000 biji telur sehari. Beliau yang berumur 37 tahun dimana sebelum ini berkhidmat sebagai pegawai di Majlis Sukan Negara (MSN) bertukar minat apabila kini bekerja sendiri sepenuh masa dengan membekalkan telur burung puyuh ke seluruh negara termasuk dalam perancangan menembusi pasaran Singapura. Dia yang mula menternak burung puyuh di kawasan rumahnya di Kampung Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan dengan hanya bermula dengan hanya 500 ekor dengan bermodalkan RM2,000 hasil bantuan keluarga pada tahun 2010 kini berjaya mempunyai tanah sendiri pada 2015 dan membuka tempat penternakan yang lebih besar dan sesuai di Tanah Merah. Ternakan burung puyuh ini beliau lakukan di atas tanah seluas 0.8 hektar dan perlu ditambah bagi memenuhi permintaan telur puyuh yang sebenarnya memerlukan sebanyak 200,000 biji sehari. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa kisah tentang industri telur burung puyoh untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan anda semua.

Menurut Abdul Khairan pagi semasa ditemui wartawan Bernama menyatakan dimana dia 
hanya menjual telur dan bukan burung puyuh kerana menyedari permintaan terhadap telurnya lebih tinggi selain tidak ramai yang mengusahakan perniagaan ini. Dakwanya menternak burung puyuh ini tidak susah jika kita tahu caranya dan lebih-lebih lagi puyuh betina sebenarnya akan bertelur sebiji sehari. Ramai yang terkejut dengan kenyataan ini namun sebenarnya 70 peratus puyuh di tempatnya akan menghasilkan telur pada setiap hari (Sila lihat foto disebelah). Kini dia menubuhkan syarikatnya sendir iaitu A K Puyuh Emas Enterprise dalam menguruskan industri burung puyuhnya. Pernah diberikan banu=tuan teknilkal dan geran oleh LPP dan JPV serta TEKUN beliau kini lebih berani dari segi kewangan dan asas penternakan burung puyuh. Kini dibantu oleh empat pekerja dimana dia akan memastikan telur puyuh yang dihasilkan dalam kualiti yang baik malah produk itu tidak menggunakan sebarang bahan kimia atau pengawet. Telur burung puyuh di tempatnya mampu bertahan selama dua minggu saja kerana dia tidak menggunakan sebarang bahan terlarang untuk memastikan ia tahan lama. Oleh sebab itu memang ramai pemborong yang setia mendapatkan bekal dengannya kerana kualitinya terjamin. Harga telur burung puyuh di pasaran adalah RM4 untuk 14 biji namun di ladangnya ini lia ebih memfokuskan belian secara borong yang mana kebanyakan pelanggan membeli lebih 3,000 biji. Nasihatnya kepada mereka yang berhasrat menjadi pengusaha burung puyuh supaya memberi fokus sepenuhnya kepada ternakan. Sebaiknya bakal usahawan itu harus bijak mendapatkan sumber modal dan yang paling penting perlukan tempat ternakan yang jauh sekurang-kurangnya satu kilometer dari penempatan. Dia juga ada memperkenalkan sistem ‘payung’ dan ternak berkelompok yang memberi peluang anak muda mengusahakan burung puyuh dan dibantu serta diajar sepenuhnya oleh pihak A K Puyuh Emas Enterprise sehingga berjaya.

Berlainan pula dengan akhbar Berita Harian bertajuk 'Singapura gantung import telur burung puyuh dari Malaysia' dimana pada Oktober 2019 k
erajaan Singapura menggantung import telur puyuh dari Malaysia yang membekalkan 20 peratus daripada bekalan diperlukan negara itu berikutan penemuan sisa dadah pada produk berkenaan. Agensi Makanan Singapura (SFA) ketika mereka  memaklumkan keputusan itu kepada CNA dimana proses penggantungan import dari ladang Telic Farm di Malaysia telah dibuat selepas menemui dadah nicarbazin dalam telur puyuh. Dadah nicarbazin berperanan menghalang jangkitan penyakit parasit di dalam ternakan unggas. Menurut portal Todayonline dimana pekeliling mengenai aktiviti dalam penggantungan sudah dipaparkan pada laman web SFA.  Penggantungan itu adalah sehingga SFA mendapat dokumen pengesahan dan bahawa ladang terbabit sudah mengambil langkah sewajarnya. Bagaimana pun bagi memastikan telur yang dikeluarkan tidak mengandungi sisa dadah serta selamat untuk dimakan oleh manusia. SFA dakwa selalunya Singapura mendapatkan bekalan telur puyuh segar dan sudah diproses dari beberapa negara seperti Malaysia, China, Taiwan dan Vietnam selain dibekalkan oleh penternak tempatan.  Sepanjang tahun 2018  Telic Farm mengeksport kira-kira 17 juta telur puyuh segar ke Singapura. Jumlah ini adalah kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan bekalan telur puyuh yang diperlukan Singapura. Isu ini bagaimana pun telah diselesaikan beberapa minggu kemudian apabila pihak pengeluar menyesesuaikan makanan dan jennis perubatan yang mereka gunakan. Kecekapan pihak SFA ini memang patut dicontohi bagaimana mereka mampu mengesan mana-mana bahan makanan yang selamat untuk dimakan dinegara tersebut.

Berlainan pula di negara jiran Indonesia dimana Liputan6.com disana melaporkan mengenai walau pun dianggap tidak sihat 
ianggap tak Sehat, Telur Puyuh Ternyata Punya 8 Kebaikan untuk Tubuh. Dilaporkan dari pembacaan tersebut penulis blog dapati telur burung puyuh menjadi salah satu bahan makanan yang mudah didapati dipasaran. Telur bewarna putih dengan bintik-bintik coklat ini memang biasanya memiliki ukuran yang lebih kecil dari telur ayam. Bagaimana pun telur puyuh seringkali dihindari kerana dianggap boleh menaikkan kadar kolesterol akan tetapi ia adalah ternyata kaya vitamin B1, B2, dan A. Selain itu juga telur puyuh dikenal sebab sumber protein yang baik untuk tubuh dimana ia boleh menjadi pengganti yang tepat bagi mereka yang alergi terhadap telur ayam. Portal tersebut nyatakan dimana teur outuh mampu mencegah Penyakit Kronik dimana telur puyuh memiliki tingkat vitamin A dan vitamin C yang signifikan boleh mencegah timbulnya banyak penyakit kronik dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Telur puyoh juga dialorkan mengubati Alergi dan Keradangan. Bahan Ovomucoid hadir dalam telur puyuh yang merupakan sejenis protein yang bertindak sebagai komponen anti alergi semulajadi. Peradangan atau gejala lain dari reaksi alaergi bisa diatasi dengan bantuan telur puyuh. Ia juga mampy untuk meningkatkan Metabolisme dengan vitamin B yang terkandung dalam telur ini boleh meningkatkan aktiviti metabolisme di seluruh tubuh iaitu dengan meningkatkan fungsi hormon dan enzimatik. Hebat memang ia mampu meningkatkan Kekebalan dan membersihkan darah dari racun dan logam berat serta meningkatkan kemurnian darah dann juga meningkatkan daya ingatan dan meningkatkan aktiviti otak. Te;ur puyoj juga ,emgatasi masaalah Batuk dan Asma iaitu dari sifat antioksidan dalam telur puyuh yang manan ia boleh meningkatkan fungsi paru-paru secara keseluruhan.  Telur puyuh sangat tinggi vitamin A dan selenium dan ini untuk bekerja dengan baik dalam mengubati masalah pernafasan seperti batuk, asma dan TBC. Seterusnya telur puyoh akan meringankan Sakit Perut kerana ia elakkan berlaku gangguan pencernaan seperti gastritis, tukak lambung, ulkus duodenum, dan lainnya. Senyawa antioksidan yang asas dan kuat dalam telur ini akan menjaga masalah pencernaan jika dimakan dengan cara teratur. Ia lambatkan proses penuaan kerana ujud keadaan memperkuatkan sistem kekebalan tubuh dan memperlambat penuaan organ. Bahan antioksidan, asid lemak vital, selenium, dan vitamin yang terdapat dalam telur puyuh menjadikannya agen anti-penuaan yang sempurna. Ia juga boleg diserap terus melalui kulit untuk kelembutan dan kelembapan. Didakwa telur puyoh telah terbukti efektif dalam mengatasi masalah stres, migrain, hipertensi, depresi atau serangan panik dan penyakit kecemasan.

Asas mengenalpasti apakah p
erbezaan kandungan nutrisi Telur Ayam dan Telur Puyuh akan dibuat justifikasinya. Apa pun apabila melihat secara penampilannya, anda sudah pasti boleh membezakan kedua-dua makanan ini dengan mudah. Lazimnya telur ayam mempunyai kulit luar atau cengkerang yang berwarna coklat sementara telur puyoh pula cenderung berwarna putih dengan tompok-tompok hitam iaitu pada cengkerangnya. Mengenai kandungan protein iaitu berdasarkan Very Well Fit dimana setiap 50 gram atau sekitar 1 biji telur ayam berukuran besar mengandungi 6 gram protein dan 78 kalori. Kajian mendapati dimana dalam satu hidangan telur puyuh (5 biji) mengandung 6 gram protein dan 71 kaloriApabila anda makan satu hidangan telur puyuh dengan bandingan kuantiti yang sama ini bermakna anda mendapatkan pengambilan protein yang sama ketika diambil hidangan dimakan sebiji telur ayam. Kandungan kalorinya pun hanya kurang 7 kalori saja dimana keadaan ini tidak jauh berbeza. Bahkan dilaporkan bukan sahaja jumlah kalorinya yang hampir sama akan tetapi kandungan vitamin dan mineral pada kedua-dua jenis makanan ini juga cenderung sama. Bagi kandungan Kolesterol pula banyak diviralkan kandungan dalam telur puyoh. Selama ini anda mungkin mengelakkan memakan telur puyoh kerana ia dikatakan bahawa boleh menyebabkan peningkatan kolesterol. Jadi anda lebih memilih untuk memakan telur ayam sahaja yang mana kandungan kolesterolnya yang lebih selamat. Namun adakah perkara ini  benar dimana secara faktanya iaitu setiap lima biji atau sehidangan telur puyoh hanya mengandungi 5 gram lemak keseluruhannya yang terdiri daripada 1.6 gram lemak tepu. Sementara itupula jika dibandingkan dengan sebiji telur ayam yang bersaiz besar (50 gram) mengandungi lima gram lemak keseluruhan iaitu dengan 1.5 gram lemak tepuWalaupun perbezaannya kelihatan sedikit, namun kandungan lemak tepu dalam telur puyoh tetap lebih tinggi berbanding telur ayam. Ini kerana saiz quail egg yang kecil dan mungkin tidak sedar bahawa anda sudah memakannya dalam kuantiti yang agak banyak. Oleh itu sebaiknya anda perlu berhati-hati kerana lemak tepu boleh meningkatkan kadar kolesterol jahat dalam tubuh anda. Apa pun sebenarnya kedua-dua telur ini sama-sama bermanfaat untuk kesihatan kerana formulasi makanan keduanya disesuaikan dengan potensi mereka bertelur. Namun dilaporkan jika dilihat dari kandungan lemaknya, telur ayam cenderung lebih sihat daripada telur puyoh secara umumnya. Mereka yang mempunyai kolesterol tinggi memang sebaiknya hadkan memakan telur puyoh kepada hanya sesekali sahaja. Ini kerana ukurannya yang kecil dimana ini mungkin sering kali pesakit tidak sedar ketika makan telur puyoh yang enak dalam jumlah yang banyak tanpa disedari. Walau pun begitu pula ini bukan bererti anda boleh bebas makan banyak telur ayam. Perlu diingatkan juga bahawa ia masih ada kandungan lemak tepu yang tidak boleh dipandang remeh. Sebaiknya penulis blog setuju dengan syor diberikan iaiitu bagi pengambilan yang lebih selamat dan sihat boleh iana diolah makanan ini dengan cara direbus atau cara lain yang tidak memerlukan banyak minyak atau marjerin. Semuga artikel panjang lebar ini memberi info berguna mengenai telut puyoh dan perra penting kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

TELUR PUYOH... KECIL SAIZNYA...
KANDUNGAN NUTRISI... SAMA...
KOLESTEROL .. ADA JAWABNYA...
MAKAN SIHAT... KAWAL SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 JamadilAkhir 1442H).
Posted from:
Pantai Hospital Melaka,
Air Keroh, Melaka àt 9.7.2021. 4.01 am.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.